31 December 2013

Welcome 2014....Goodbye 2013...


Assalamualaikum...

Semua pakat update entri tahun baru ni...rasa rugi pulak kalau tak update jugak...
Bukan nak boleh masuk tahun 2013 balik dah...hihihi..last entri di tahun 2013...
Tak tau nak membebel apa sebenaqnya...entri ni dari pagi tadi..
Petang baru paksa diri bagi siap then publish jugak...hahaha....
Rugi wooo kalau tak publish...
Eh....aku merapu apa ni?
Hurmmm....
Okey...

Untuk semua kawan-kawan...yang baca blog aku ni, aku nak wish

v
v
v
v
v
v
v
v
v
Apa jua yang berlaku di tahun 2013; samada pahit atau manis semuanya 
menjadi kenangan yang terindah dalam hidup...kan?
Semoga kita mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku tahun 2013...
Dan seterusnya menjadikan ia lebih baik di tahun 2014....


Cerita 2013:-
Ada masam, ada pahit, ada manis & ada kelat...semua ada...
Biasa la hidup kita ni kan...kalau takda variety ni...
Tak adala kemanisan dalam sebuah kehidupan...chewaaah...
Bagi aku, alhamdulillah.....tahun 2013 adalah tahun yang best!
Walau ada benda tak tertunai lagi...insyaallah boleh bawak ke tahun 2014 pulak....
Tahun 2013, si buah hati Rafieq Amsyar sudah 2 tahun...
Tahun depan dah masuk 3 tahun....
See, cepatkan masa berlalu...
Aku pulak, tahun 2013 umo 30 tahun....
Tahun 2014 masuk 31 tahun...
Usia perkahwinan pun dah nak masuk 4 tahun 2014 ni...
Begitu lah perancanganNya....
Alhamdulillah, apa yang Dia rancang itulah yang terbaik..


Harapan 2014:
Insyaallah, ingin menjadi lebih baik dari sekarang...dari segala segi..
Dari segi ibadah kepada DIA yang satu,
Dari segi sifat seorang isteri, seorang ibu & seorang anak...
Semoga dapat menjadi isteri yang solehah, ibu yang baik untuk anak-anak (Insyaallah) 
& anak yang berjasa kepada mak & abah...


## Esok cuti...ada plan ke? hehehehe....
Bye-bye 2013....

Kenduri kahwin sepupu papa kat Penang & Sg. Petani...


Assalamualaikum...

Last week kami sekeluarga ke Penang & Sg. Petani...Kenduri kahwin sepupu papa Amsyar... 

Bila p Penang kalu kena la ada gambaq naik Penang Bridge kan...
Cuaca haritu ok...ni kali kedua Amsyar p Penang...
1st time pegi time hantar tok ngan wan p umrah...


Upload gambaq driver seround...hehehe..
Payah oooo nak dpt gambaq papa Amsyar ni...


Dah sampai rumah pengantin pompuan...dekat Sg. Tiram, jalan nak ke Airport Bayan Lepas tu...ni rombongan pihak lelaki (sepupu papa)...ramai jugak, dalam 8 biji kereta kot kalau tak salah...Gambaq pengantin tak da amik pun..kamera orang lain ada la...hahaha...


Ni kenduri kat sebelah lelaki pulak....bukan main Amsyar tu...asyik nak naik dok kat pelamin ja..



 


Layan kan gambar-gambar kami ni....Hahahaha...


Ngan pengantin....suka la tu dia....




My big boy....

## Tak sabar nak tunggu cuti raya cina....mau jalan-jalan...hehehe..insyaallah....semoga dipermudahkan apa yang dirancang....


27 December 2013

Aku tak akan pernah serik untuk mencuba...


Assalamualaikum...

Salam Jumaat...
Jumaat terakhir di tahun 2013...
Semoga penghujung tahun 2013 ini memberi kenangan manis untuk semua...
Dan juga untuk aku, di hari-hari terakhir berakhirnya tahun 2013 ni aku masih tak jemu mencuba nasib...
Ya, aku tak akan pernah berputus asa & tak akan pernah serik..
Kerana aku percaya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang bersabar...
Semoga rezeki di tahun 2014 berpihak kepada kami..


Ini lah dia...benda yang tak pernah jemu-jemu aku lakukan...
Bila ada kekosongan yang bersesuaian aku akan apply.
Sambil berdoa semoga ada la satu tempat untuk aku berkhidmat di sana nanti...
Mungkin di tahun 2014 nanti...siapa tahu kan?
Kami akan tetap bersabar & inilah yang dinamakan perngorbanan...



## Amin ya rabbal a'lamin


26 December 2013

Selamat ulangtahun kelahiran abah...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, harini 26/12/13 adalah hari lahir abah...
Hari lahir yang ke 66 tahun...
Dah menginjak setahun lagi usia abah...
Semoga abah sentiasa berada dibawah rahmat & kasih sayangNya,
Semoga abah diberi kebahagiaan didunia & akhirat, 
ipanjangkan usia & diberi kesihatan yang baik.

Happy Birthday ABAH!!! 
Hj. Hashim Bin Othman..

## Walau jauh Insyaallah anakmu ini tak akan pernah lupa abah...tak akan pernah lupa mak..kerana kalian berdua adalah insan yang amat dihormati...pengorbanan yang mak & abah lakukan untuk membesarkan anakmu ini tidak akan dapat dibalas dengan wang ringgit mahupun apa jua harta didunia ini..hanya dengan secebis doa & kasih sayang yang tak berbelah bahagi....





Amin Ya Rabbal A'lamin...

24 December 2013

Projek Memikat Suami....


Assalamualaikum...

Esok cuti kan? Kan? hehehe....seronok kan? kan? 

Ha.....dah agak, mesti ada yang question tajuk entri arini kan? Hihi...projek apakah untuk memikat suami...erk, ini tajuk actually tak ada kena mengena pun dengan aku...haha...eh, tak tau ke? ada drama baru dekat ASTRO RIA semalam...Setiap Isnin, pukul 10 malam...drama ni baru start & kebetulan time tu tertengok...bila dah tertengok terus terjebak...so, bila dah terjebak tu paham-paham la kan....hihihi....

Macam biasa lah, drama yang diadaptasi dari novel ni...
confirm meletoppp...haha....yeke? entah la...saja nak cakap ja pun... 
Tapi dengarnya novel ni tengah laris sekarang...

So, ini lah novelnya...aku tak pernah baca pun...
Dulu2 ada la...pinjam novel kakak aku yang suka beli & kumpul novel...
Aku nak beli novel memang tidak la...hihihi....

Pengarang: HANINA ABDULLAH

Sinopsis:

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi uummi & dan babah, Husna bersetuju dengan permitntaan itu meskipun dia tahu sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

"Jangan menyesal little girl. Awak Ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today." - Zahrain Alimin

Hidup berumahtangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side Kick.

"Buat apa kalau Puan Sri berkenan tapi tuan punya badan tidak!" - Nawwal Husna

"Una tak pernah fikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?" - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimi? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

"Sayang...abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. benci, benci, benci, tup tup in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu," - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah berjaya menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



Jangan lupa menonton drama ni...

## Terbekenan dengan nama Nawwal Husna....kalau adik amsyar nanti gigirl leh la letak...eh?

23 December 2013

Cerita weekend: Bukit Merah Laketown Resort...


Assalamualaikum...

Tak mau cakap banyak moh kita layan gambo-gambo yang ada...hehehe...

Excited dia bila bagitau nak p swimming....ya la, dah lama dia bersuara nak swimming....siap check pelampung dia ada angin ke tidak...siap pam padahal sampai kt bukit merah sana sekejap ja dia pakai pelampung ni...tak guna pun...hahaha...


Ibu...kita dah sampai....see, muka happy tu..
Padahal muka baru bangun tidoq...hihi...


Ok...moh bergambar kat pintu masuk dulu...Amsyar with papa....

Pintu masuk ke Laketown Waterpark...
Syukur cuaca elok & tak crowded sangat walaupun orang ramai...
Ok la kan? 

Antara pool yang ada la...x sempat aku nak snap semua gambar...
Mana nak mandi..nak tengok anak...nak amik gambar lagi kan....
Hahahaha...tapi boleh dikatakan pool ni sesuai untuk kanak-kanak...
Air tak dalam & kat sini la Amsyar main pun..


Amsyar with papa...alahai ini anak...macam dah besar...
tak mau orang pegang...takut awak tu jatuh je...


Posing dengan ibu pulak...ko nampak ibu melutut disitu...hihi...
kalau budak tinggi amsyar ni air kat kolam tu lebih kurang paras dada...ok la kan...
Walaupun ok kena always pantau anak-anak bermain ye....for safety... :-)

Layan kan aksi beliau mandi-manda...





Jumpa kawan...jom main sama-sama...


Sambil mandi manda makan roti...
Alahai anak...


Cantik kan tempat ni...
Sangat sesuai untuk kanak-kanak sebab air xdalam...
Pastu tepi tiang tu cam ada air pancut...
Lagi best..mak bapak leh dok tepi tu dating sambil pantau anak main...
Hahahahaha...aptb...


## Leh repeat lagi ke sini sebab best...compare to Bukit Gambang yang kami pegi dulu...hehehe...dah kenapa nak compare pulak....Saja-saja je...Lagipun fikir lokasi yang dekat ....eh, lagi dekat Lost World Tambun tu...hehehe...itu pun nak pegi jugak...tp nanti-nanti la....hihihi....

Sekian cerita Bukit Merah Laketown yang best bangat!!!



20 December 2013

Program Mimbar Pencetus Ummah "Duniaku Dakwahku" di ASTRO OASIS


Assalamualaikum...

Sedikit review dari program Mimbar Pencetus Ummah di ASTRO OASIS ni...


INFO PROGRAM PENCETUS UMMAH

Pencetus Ummah - “Duniaku Dakwahku”


Pencetus Ummah membawa penonton merasai bagaimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai cara kreatif yang tidak disangka ini boleh disimbolkan sebagai ‘Duniaku’ dimana peserta-peserta program berusaha menggunakan pelbagai platfom yang wujud dalam ‘dunia’ ini untuk membawa mesej Islam kepada manusia secara keseluruhan atau tertentu.

PROGRAMSINOPSISSIARAN
PROLOG PENCETUS UMMAHSebuah program yang berdurasi selama 15 minit ini mengkhususkan mengenai profil diri setiap 12 orang peserta Pencetus Ummah. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan para peserta kepada para penonton untuk mengenali setiap peserta dengan lebih rapat.Program 6 episod ini akan bersiaran pada 15th sehingga 20th November 2013.
SERAMBI PENCETUS UMMAHSebuah program yang berdurasi selama 30 minit bertujuan untuk berkongsi dengan penonton mengenai jurnal harian para peserta tentang persiapan mental dan fizikal bagi menghadapi Malam Mimbar.Bersiaran pada Rabu dan Khamis pada setiap minggu bermula 20th November 2013, 9.00malam.
MIMBAR PENCETUS UMMAHMerupakan malam kemuncak persembahan para peserta Pencetus Ummah. Setiap persembahan peserta akan diadili oleh 2 orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Disamping itu, terdapat persembahan istimewa dari penyanyi tempatan bagi merancakkan lagi malam ini.Mimbar akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis 9.00malam selama lapan minggu bermula 21st November 2013 sehingga 9th Januari 2014

Dari kiri_ Dr Ridhuan Tee Abdullah (Pengacara) dan para Murabbi - Ustaz Zulkefli Hamat, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Tarmizi Abdul Razak
Barisan Fasilitator (Murabbi):
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Ustaz Haji Zulkifli Hamat
Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak

Pengacara:
Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Barisan Peserta (PU):

Shahrul Hamid M.P.H Seeni Md, 38 (Pulau Pinang) - PU SHAHUL
Hissamuddin Iberahim, 35 (Kedah) - PU HISSAM
Mohd. Zainuddin Mohamed Zaini, 32 (Perak) - PU YEOP
Mohammad Hafiz Muhammad Haneefa, 32 (Selangor) - PU HAFIZ
Salman Maslori, 31 (Selangor) - PU SALMAN
Attan Thowi Yusof, 31 (Kedah) - PU THOWI
Mohd. Fakhrurrazi Mohd. Hanapi, 29 (Selangor) - PU RAZI
Izzat Fathi Hisham, 24 (Perak) - PU IZZAT
Fakhrul Islam Md. Zarin, 24 (Melaka) - PU FAKHRUL
Mohd. Sufian Mohd. Isa, 28 (Selangor) - PU SUFIAN
Mohd Hafidz B. Mohd Zawawi, 27 (Kelantan) - PU FIDZ
Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, 20 (Kuala Lumpur) - PU RAHMAT 

**********************************************************************************
Program yang wajib ditonton sebab banyak mesej, dakwah & ilmu yang akan kita dapat...Bak kata pengacara Dr. Ridhuan Tee tengok ja dah dapat pahala.....betoi kan?
Alhamdulillah...apatah lagi ilmu2 yang kita dapat...
Program ni memang program feberet kami....setiap Khamis koi 9 malam dah standby depan TV...hehehe..suka tengok PU YEOP dengan PU RAHMAT bagi tazkirah & penyampaian diaorang memang best...tapi yang lain-lain pun best...semua PU memang best kalau tak takkan diaorang terpilih masuk program ni kan...

## Sapa-sapa yang tak pernah tengok tu cuba la tengok..confirm jatuh cinta punya... hehehe...sekian...


Ini namanya rejeki...


Assalamualaikum...

Rezeki Amsyar...selalu dok sebut nak swimming...nak swimming...
Finally, dapat tiket free ke Bukit Merah Laketown....Hoyeh!!

Voucher dari Groupon....
Tima kasih maklong bagi Amsyar tiket free...
Ok la dari tak da kan....
Dapat 3 voucher.. 2 adults & 1 child...
Tp kalau kanak2 tinggi dia 90cm ke bawah free je...
Agaknya Amsyar dh berapa cm sekarang ye...hahaha..kalau bawah 90cm lepas la...
Voucher valid sampai 31 Disember....kami pun masih dok pikir lagi bila nak p ni...
Weekend adalah waktu yg sesuai...tapi tinggal minggu ni dengan minggu depan...
Kalau nak p time weekdays memang tak la...
Kami berdua is malaih nak ambik cuti ujung-ujung tahun ni...
Apapun, doakan semuanya dipermudahkan...

## Alhamdulillah, rezeki ..

19 December 2013

Edisi Rajin: Puding Roti with Sos Kastard


Assalamualaikum....

Edisi rajin menjengah kembali....hahaha..rajin la sangat kan...
Ni kes teringin nak makan....bila tgk ada ja bahan2 nak buat apa lagi on la....
Nasib senang ja nak buat....
Balik keja trs msk dapur mengerjakan puding roti..

Ada yang nak resipi ke? Ni kira resipi bantai ja ni...

Memula susun je roti gardenia dlm loyang camni...tapi make sure loyang dgn roti korang tu disapu butter dahulu ya...pastu roti potong la kecik2 ikut suka & susun cantik2...gitu.....
Pastu ketepikan & buat adunan utk dituang dlm loyang roti..

Untuk adunan tu kita perlukan:
Telur 4 biji (saiz sederhana)
Gula 
Fresh milk 
Esen vanilla
Tepung kastard
Kismis (ikut suka nak letak @ tak)

Cara buat pukul telur dgn gula sampai gula larut. Pastu masukkan la gula, fresh milk, esen vanilla & tepung kastard. Kacau sampai semua sebati. Kismis tu ikut suka la korang nak masukkan sekali dalam adunan @ tabur je atas roti bila adunan dah dituang. Dua-dua boleh....Pastu tuang ke dlm loyang roti. Biarkan roti terendam dengan adunan dlm 30 minit. Bagi dia mesra gitu..Sementara tunggu tu jom buat sos kastard pulak.


Untuk sos kastard kita perlukan:
Tepung kastard
Susu cair (1 tin)
Esen vanilla
Garam sikit
Gula

Caranya campur la semua bahan & kacau sampai tepung kastard sebati. Pastu atas api perlahan, kacau sos sampai kelihatan agak pekat. Dah siap...


Bakar puding dgn suhu 150oc selama 30 minit (suhu ikut oven masing2 ya). Nak tau dah masak, roti akan bertukar jadi keperangan & nak sure lagi masak ke idak ambik lidi cucuk. Bila xmelekat maknanya masak la tu... Hehehhe...


Biar sejuk lepas tu baru potong...yummy...sos kastard tu letak dlm peti ais dulu...bagi sejuk sikit baru umpphhh rasanya bila nak makan...


Ha...macam biasa lah kan....juri yang akan merasa dulu...Hihihi...


# Selamat mencuba...hihi...

18 December 2013

Jom shopping at Mumsluv (Mother's Inspiration).....


Assalamualaikum...

Hamik! Dah kenapa aku ni kan sehari nak update semua...hahaha...keciwi pulak macam baru belajaq berblog aku ni...bila dah tak update sampai 2-3-4 hari...bila dah rajin terlebih rajin macam ni pulak dah....alahai...takpa la...aku tak mengganggu orang pun...kah kah kah.....

Ni nak share satu laman web online shopping yang aku rasa macam best ja...macam best ja (tak habis2 nak guna ayat macam best ni...aptb) Ok...sesapa rasa nak jamu mata & seterusnya berbelanja online boleh jenguk laman web ni http://mumsluv.com/ @ jenguk FB MumsLuvExclusive... serius, baju2 sangat lawa....berpinau mata tengok sambil pikir bila la leh beli...hahaha....bila dah jadi mak2 ni kena la cari baju yang sesuai...tak gitu...plus sesuai & of course kena cari yang menutup aurat... 

Jom tengok apa yang ada kat Mumsluv ni...

"A mother's heart is a patchwork of love" - Like


  
Lawa kan? 

Juga ada jubah & dress.....



## Oh...kena beli juga sehelai kalau mcm ni..tengok ok ke idak kualitinya....hehehe...dapat beli sepasang pun dah puaih hati...