Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

24 December 2013

Projek Memikat Suami....


Assalamualaikum...

Esok cuti kan? Kan? hehehe....seronok kan? kan? 

Ha.....dah agak, mesti ada yang question tajuk entri arini kan? Hihi...projek apakah untuk memikat suami...erk, ini tajuk actually tak ada kena mengena pun dengan aku...haha...eh, tak tau ke? ada drama baru dekat ASTRO RIA semalam...Setiap Isnin, pukul 10 malam...drama ni baru start & kebetulan time tu tertengok...bila dah tertengok terus terjebak...so, bila dah terjebak tu paham-paham la kan....hihihi....

Macam biasa lah, drama yang diadaptasi dari novel ni...
confirm meletoppp...haha....yeke? entah la...saja nak cakap ja pun... 
Tapi dengarnya novel ni tengah laris sekarang...

So, ini lah novelnya...aku tak pernah baca pun...
Dulu2 ada la...pinjam novel kakak aku yang suka beli & kumpul novel...
Aku nak beli novel memang tidak la...hihihi....

Pengarang: HANINA ABDULLAH

Sinopsis:

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi uummi & dan babah, Husna bersetuju dengan permitntaan itu meskipun dia tahu sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

"Jangan menyesal little girl. Awak Ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today." - Zahrain Alimin

Hidup berumahtangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side Kick.

"Buat apa kalau Puan Sri berkenan tapi tuan punya badan tidak!" - Nawwal Husna

"Una tak pernah fikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?" - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimi? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

"Sayang...abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. benci, benci, benci, tup tup in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu," - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah berjaya menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



Jangan lupa menonton drama ni...

## Terbekenan dengan nama Nawwal Husna....kalau adik amsyar nanti gigirl leh la letak...eh?

20 December 2013

Program Mimbar Pencetus Ummah "Duniaku Dakwahku" di ASTRO OASIS


Assalamualaikum...

Sedikit review dari program Mimbar Pencetus Ummah di ASTRO OASIS ni...


INFO PROGRAM PENCETUS UMMAH

Pencetus Ummah - “Duniaku Dakwahku”


Pencetus Ummah membawa penonton merasai bagaimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai cara kreatif yang tidak disangka ini boleh disimbolkan sebagai ‘Duniaku’ dimana peserta-peserta program berusaha menggunakan pelbagai platfom yang wujud dalam ‘dunia’ ini untuk membawa mesej Islam kepada manusia secara keseluruhan atau tertentu.

PROGRAMSINOPSISSIARAN
PROLOG PENCETUS UMMAHSebuah program yang berdurasi selama 15 minit ini mengkhususkan mengenai profil diri setiap 12 orang peserta Pencetus Ummah. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan para peserta kepada para penonton untuk mengenali setiap peserta dengan lebih rapat.Program 6 episod ini akan bersiaran pada 15th sehingga 20th November 2013.
SERAMBI PENCETUS UMMAHSebuah program yang berdurasi selama 30 minit bertujuan untuk berkongsi dengan penonton mengenai jurnal harian para peserta tentang persiapan mental dan fizikal bagi menghadapi Malam Mimbar.Bersiaran pada Rabu dan Khamis pada setiap minggu bermula 20th November 2013, 9.00malam.
MIMBAR PENCETUS UMMAHMerupakan malam kemuncak persembahan para peserta Pencetus Ummah. Setiap persembahan peserta akan diadili oleh 2 orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Disamping itu, terdapat persembahan istimewa dari penyanyi tempatan bagi merancakkan lagi malam ini.Mimbar akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis 9.00malam selama lapan minggu bermula 21st November 2013 sehingga 9th Januari 2014

Dari kiri_ Dr Ridhuan Tee Abdullah (Pengacara) dan para Murabbi - Ustaz Zulkefli Hamat, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Tarmizi Abdul Razak
Barisan Fasilitator (Murabbi):
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Ustaz Haji Zulkifli Hamat
Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak

Pengacara:
Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Barisan Peserta (PU):

Shahrul Hamid M.P.H Seeni Md, 38 (Pulau Pinang) - PU SHAHUL
Hissamuddin Iberahim, 35 (Kedah) - PU HISSAM
Mohd. Zainuddin Mohamed Zaini, 32 (Perak) - PU YEOP
Mohammad Hafiz Muhammad Haneefa, 32 (Selangor) - PU HAFIZ
Salman Maslori, 31 (Selangor) - PU SALMAN
Attan Thowi Yusof, 31 (Kedah) - PU THOWI
Mohd. Fakhrurrazi Mohd. Hanapi, 29 (Selangor) - PU RAZI
Izzat Fathi Hisham, 24 (Perak) - PU IZZAT
Fakhrul Islam Md. Zarin, 24 (Melaka) - PU FAKHRUL
Mohd. Sufian Mohd. Isa, 28 (Selangor) - PU SUFIAN
Mohd Hafidz B. Mohd Zawawi, 27 (Kelantan) - PU FIDZ
Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, 20 (Kuala Lumpur) - PU RAHMAT 

**********************************************************************************
Program yang wajib ditonton sebab banyak mesej, dakwah & ilmu yang akan kita dapat...Bak kata pengacara Dr. Ridhuan Tee tengok ja dah dapat pahala.....betoi kan?
Alhamdulillah...apatah lagi ilmu2 yang kita dapat...
Program ni memang program feberet kami....setiap Khamis koi 9 malam dah standby depan TV...hehehe..suka tengok PU YEOP dengan PU RAHMAT bagi tazkirah & penyampaian diaorang memang best...tapi yang lain-lain pun best...semua PU memang best kalau tak takkan diaorang terpilih masuk program ni kan...

## Sapa-sapa yang tak pernah tengok tu cuba la tengok..confirm jatuh cinta punya... hehehe...sekian...


28 November 2013

Oh My Ganu!! Awesome lah!!!


Assalamualaikum...

Sapa tengok Oh My Ganu semalam angkat tangan!! Mesti ramai tengok kan? kan? kan? Hah...aku hampir-hampir missed cita ni tau tak....thanks to Amsyar sebab ajak ibu tengok tv...hahaha....Oh My English ni memang cita feberet kami 2 beranak...hehehe...so, bila dia buat telefilem ni memang sangat best la kan...

So far, memang best hoi cita ni..tergelak aku sorang-sorang. Ada zizang lak kan...lagi best...mesej papa Amsyar rupanya dia pun tengah layan jugak cita ni...hehehe...



Sinopsis:

Oh My Ganu yang berlatar belakang sebuah kampung di Pantai Timur (Terengganu la..nama pun oh my Ganu kan) menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman nya.

Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang turut digilai oleh seorang jutawan Keropok Lekor, Zizang (Zizan Razak). Zizang mencabar Mr. Middleton dan sesiapa yang berjaya akan mendapat Cikgu Ayu. Apakah kesudahannya? 

Oh My Ganu (© astro)
Student 3 Merah....

Ada Izzue Islam jugak....Oh Zizang....



25 November 2013

MasterChef Malaysia All Stars...


Assalamualaikum....

Yeah...MasterChef Malaysia kini kembali...hahaha...tapi kali ni menggabungkan kembali peserta-peserta dari musim lalu...patut la dinamakan ALL STARS kan... Mula bersiaran pada 23 November 2013 9.00malam....setiap Sabtu - Selasa di ASTRO RIA & ASTRO MAYA HD...



Tema: "Hidangan Pembalasan"


20 peserta dengan pelbagai ragam...ye la kan..semua dah pernah masuk MasterChef sebelum ni....



Dan of course diaorang ni akan bertanding untuk mewakili badan-badan kebajikan yang telah dipilih. Jom kita tengok:

Azwan Ali – RUMAH SERI KENANGAN CHERAS
Karl Shafek – PUSAT KANAK-KANAK ISTIMEWA KAJANG
Soo Wincci – PERSATUAN ORANG PEKAK MALAYSIA/ KUALA LUMPUR
Raja Azmi – RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH (RACTAR)
Kenchana Dewi – PUSAT JAGAAN WARGA TUA SRI TANJUNG
Celina Khor – PERTUBUHAN PERTOLONGAN WANITA
Sharifah Shahora – RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BUDRIAH
Michael Ang – PUSAT JAGAAN RUMAH KEBAJIKAN WARGA EMAS ST MARK
Syanie – PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM / MISKIN KLANG
Enot – PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSPIRASI ANAK-ANAK
Brian – PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK YATIM SELANGOR
Imelda – LEMBAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM SARAWAK
Zamir – PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK YATIM/MISKIN RUKAIYAH
Che Lah – PUSAT JAGAAN RUMAH NURHASANAH
Ah Hong – RUMAH PENYAYANG BISTARI
Along – PUSAT JAGAAN ORANG-ORANG KURANG UPAYA DAN TERBIAR LOVELY
Azlina – TAMAN SRI PUTERI CHERAS
Azni – PERSATUAN SINDROM DOWM MALAYSIA
Ary Malik – RAUDATUS SAKINAH
Shahriah – PUSAT JAGAAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHUWAH ANAK YATIM MISKIN DAERAH SABAK BERNAM


Sumber: ASTRO GEMPAK & FB MASTERCHEF ALL STARS