Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

30 April 2015

Short vacation to Melaka (Menara Taming Sari)


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..


Entry semalam pasai hotel..
Entry harini pasai naik Menara Taming Sari pulak...
Malas nak combine satu entry ja sebab nanti panjang berjela...
Teringin nak naik sebab 2 tahun lepas ke Melaka xdapat nak naik sebab ramai orang...
Kami sampai petang Jumaat, lepas check in hotel & isi perut makan asam pedas...
Terus zasss jalan kaki ke Menara Taming Sari...
Maklum lah..hotel selang satu bangunan je dengan menara tuh..
Bestnya kalau bukan weekend ialah orang tak ramai...
So, nak beli tiket naik menara pun tak ramai...
Harga pun tak sama dengan hari minggu..

Family photo...


Welfie dulu sebelum menara naik atas...
Tak ramai orang pun...


Adik behave sangat jalan jauh kali ni...
First time Amani jalan jauh...


Dah start naik atas..berpusing-pusing..
Terus aku rasa gayat...
Sebelum ni okey je kalau naik tinggi-tinggi...
Kali ni gayat sungguh..tak boleh tengok bawah langsung..
Faktor usia kah? Hahahaha...ke sebab menara tu berpusing sambil naik atas?


Enjoy pemandangan dari atas...
Tapi aku tak la enjoy sangat...hahaha..gayat..


Sebab aku gayat, Amani biar papa dia pegang...hahahaha..
Seronok kamu dik...tak gayat macam ibu ke?
Amsyar lagi la...siap pegi tepi tingkap tu tengok bawah...Ibu gayat oiii....
Padahal takde tinggi mana pun menara tu...
Kerek ar ibu kome ni...


Disebabkan ibu kome ni penggayat...maka ibu kome selfie je la sendiri...
Hahahaha...


Tamat kisah naik Menara Taming Sari..
Nantikan entry hari ke 2 jalan-jalan sekitar A Famosa pulak..

29 April 2015

Short vacation to Melaka (Review Hotel)


Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..


Nak dijadikan cerita, tanpa plan apa-apa, adik aku dari Aloq Staq ajak berjalan-jalan ke Melaka..
Eh, actually ada la plan sikit..cuma lokasi tu yang tak plan..
Memula plan nak ke PD je...tapi pikir-pikir PD tak ada apa sangat...
Pastu ke KL aje la kita...Pastu last-last terus lajak ke Melaka...
Hotel pun main redah walk-in je cari..

Hari Jumaat amik cuti, pepagi terus gerak ke Melaka...
Jauh jugak lah kan ke Melaka dari Ipoh ni...
Lebih kurang 5 jam perjalanan sampai la ke Bandar Melaka..
Sebelum buat apa-apa, cari hotel dulu la kan...
Nasib ada...kami cari hotel yang dekat-dekat dengan Dataran Pahlawan..
Senang, jalan kaki je ke Menara Taming Sari & A Famosa tu...


Ni hotelnya...hotel bajet yang sesuai dengan bajet & walaupun hotel bajet tapi perkhidmatan memuaskan..
Bilik pun okay...
Yang best....selang sebuah bangunan ja dah sampai Menara Taming Sari...

Kadar Harga Bilik Hari Biasa
RM100.00 (Dua orang sebilik)
RM120.00 (Tiga orang sebilik)
RM150.00 (Empat orang sebilik)
RM170.00 (Lima orang sebilik)
RM200.00 (Enam orang sebilik)

Apartmen 3 bilik - RM300.00

Bilik 2 orang  
Bilik 2 orang
RM100.00 - RM120.00


Bilik 3 orang 
Bilik 3 orang
RM120.00 - RM140.00


Bilik 4 orang 
Bilik 4 orang
RM150.00 - RM170.00


Bilik 5 orang 
Bilik 5 orang
RM170.00 - RM190.00


Bilik 6 orang 
Bilik 6 orang
RM200.00 - RM220.00


Sumber gambar: Hotel Seri Pelangi Melaka


So far..untuk yang nak stay 1 malam tu ok la...
Just nak tidoq kan...hehehe..siangnya berjalan-jalan...
Walaupun hotel bajet, tapi kira ok la..
Dekat dengan Menara Taming Sari, A Famosa...
Berjalan kaki je....

Tempat makan pun senang nak cari....

20 February 2014

Rindu Laksa Kari Nyonya Melaka


Assalamualaikum...

Sedang belek-belek gambaq p Melaka aritu, terjumpa gambaq ni...


Buat pertama kali...aku jadi hantu laksa...
Tapi bukan semua jenis laksa ye..
Hanya laksa ini sahaja..
Sedap sampai teringat ni...
1st time makan laksa kari nyonya melaka ni aritu kat Mydin MITC, Melaka...
Tak tau nak describe camana rasa dia...
Hahaha..sedap dia lain macam...
Nasib la tak mengidam kan...
Kalau tak jenuh mana nak cari yang macam ni...


Nak kena masak sendiri la macam ni...tp boleh ke dpt rasa sebijik macam yang aku makan tu? Hahahaha...


19 February 2014

Cuti CNY - Melaka (Part 2)....


Assalamualaikum..

Bila dah ada part2 kena la gigih jugak menghabiskan cerita....
Malaih wei nak sambung taip entri pastu publish...hadoi la...Hehehe..

Hari kedua di Melaka...yakni hari last...pepagi lagi dh siap2..
kemas2 beg semua terus zass bawak turun simpan dlm keta & terus g breakfast.
Nanti tak payah pikir dah nak naik atas...angkut beg2..lepas breakfast dah leh terus gerak...

Hari last plan nak ke Zoo Melaka & Taman Buaya. Since tempat2 tu memang dah satu jalan ke highway...
Aku malas nak celoteh panjang2..jom la layan gambaq2 yang ada..


Excited nak p zoo okey...odw to Zoo Melaka ni...
Baru lepas breakfast ramai-ramai...

Okey dah sampai Zoo Melaka...
Sepanjang nak ke zoo cabaran jugak la sebab boleh tahan jem jugak...
Kan ke zoo ni jalan nak ke highway...
Ok la...dah sampai zoo mesti la kena masuk kan...
Memang excited dah nak masuk semua orang...
Tapi kan...sedih la...tak dapat nak masuk sebab orang ramai sangat..
Time nak beli tiket tu yang Q panjang tak hengat...
Malas la nak beratur terus tak dapat masuk...
Kesian Amsyar...takpe la..nanti kita g zoo Taiping aje la ye...


Masuk Taman Buaya aje la kita....
Ok la...dlm taman ni pun ada mini zoo jugak....hihi...
Nak masuk pun takde nak kena Q panjang berjela...


Tiket masuk ke Taman Buaya RM 15 utk org dewasa & 
utk kanak2 bawah 4 tahun cam Amsyar free aje...


Route Map...xla besaq sangat pun Taman Buaya ni...


Okey..ambik gambaq ngan buaya dulu..hehehe...



Bergambar depan replika Masjid Negara, KLCC, Penang Bridge, Putrajaya etc...


Start our tour to see crocodile...xbanyak sangat actually buaya dalam ni...
Time kami sampai semua buaya tengah tidoq...
Tapi pukul 2.30 mcm tu ada la crocodile show..
Tapi kami dah keluar time tu...
Tak dapat la Amsyar tengok crocodile buat show...

So, selain buaya-buaya kat dalam taman ni ada rumah hantu uols...
Pastu cam ada mini water park jugak...
Tergedik-gedik kaki Amsyar ajak masuk sana...
Sudah...mana de bawak baju nak mandi manda pun...
Mana la tau kan dalam tu ada tempat swimming tu...


Keluar dari Taman Buaya, dekat-dekat area situ jugak ada kereta lembu...
Lama tak tengok kereta lembu...ye la..last time pegi Melaka tahun bila kan..
Time tu kereta lembu masih dekat area A Famosa tu...
Lupa pulak nak tanya berapa ringgit naik kereta lembu ni...

So, itu la serba ringkas cuti-cuti kami ke Melaka....
Tak puas sebab xdapat pegi banyak tempat..
Takpa, next time kita pegi lagi...

Tapi kan...ada kisah pulak odw nak balik....bayangkan kami gerak nak balik jam 4 ptg..
Tapi disebabkan jalan nak ke highway tersangat-sangat la jem...kami decide untuk lepak kt Petronas sampai jam 12 tgh malam baru gerak...
Tunggu highway clear sikit...
Alhamdulillah, selamat sampai Ipoh 6 pagi...

Al tammat percutian 3 hari 2 malam kami ke Melaka...

10 February 2014

Cuti CNY - Melaka (Part 1)


Assalamualaikum...

Ok..ini cerita seminggu yang lalu...
Hahaha..baru nak dapat update...

Cuti CNY aritu kami join konvoi KEKAL 84 papa Amsyar ke PD & Melaka...
Nama pun konvoi, ramai la...ada dlm 11 buah kereta...
Best sebab ramai2...xde la bosan...

Jom layan gambar yang ada...

 Konvoi KEKAL 84...11 buah kereta semuanya..
Bertolak dari Ipoh kul 7 pagi...sampai hentian pertama PD jam 1 tgahari...



Budak excited nak swimming...huhu..mula2 bg main air ombak je..
last2 mengamuk nak mandi...
Terpaksa la papa layankan dia swimming...
1st time amsyar mandi laut ni...
Hitam la kamu nak...hahaha...

So, dipendekkan cerita (hahaha...mls nak cita pnjang2 kan aku ni)
Dari PD ke Melaka xlama pun....ikut jalan bawah (tak ikut highway) melalui Sungai Udang..
So, sepanjang perjalanan tu memang heaven sebab kiri kanan nmpk rumah Melaka yang comel kiut miut tu..
Seronok ja tengok....
Nak ke bandar Melaka memang jem tak ingat...nasib la kan...

Sampai apartment pun dah malam...aktiviti seterusnya sambung keesokan hari..



Okey..ini apartment yang kitaorg sewa...
Nama apartment ni aku dah lupa...
Best sangat apartment ni sebab dekat dgn laut...
Memang dok kena angin laut ja la..
Kami amik 2 apartment...
1 untuk kaum lelaki & 1 untuk kaum perempuan..
Standard 1 apartment ada 3 bilik, 2 bilik air...
Apertment pun dekat dengan town actually..
Boleh jalan kaki sahaja nak ke town...
Tapi...boleh tahan lenguh la kaki kalau berjalan...


Aktiviti esoknya kami pusing bandar Melaka lah...awai pagi dh keluar ni...
Semangat nak naik Menara Taming Sari, nak masuk Kapal Portugis dan lain2...

Jalan-jalan kat Dataran Pahlawan dulu...
Ok je...mcm shopping complex yang lain jugak...
Memandangkan cuaca kat luar memang panas terik...kami lepak dlm ni saja...hahaha...
lepas tu baru kuar jalan2 sekitar..


Hanya mampu melihat dari bawah Menara Taming Sari...
Sedih kot sebab xdpt nak naik...
Sebabnya...nak beli tiket Q teramat la panjang..
Dah malaih nak beratur..
Nasib la bila p time public holiday camni kan...
Ok takpe..nanti kita datang Melaka time hari biasa pulak okeh...
Hahahaha..bilakah?


Kagum sebentar kami melihat beca-beca yang cantik2...
Siap pasang speaker lagu macam2..
Ok...aku memang ketinggalan zaman pasal beca sebab kali terakhir aku ke Melaka adalah berpuluh2 tahun nan lalu...time tu depan A Famosa tu padang lagi...ada kereta lembu..
Skang ni mana ada dah padang...kereta lembu pun dah dipindahkan dekat Zoo Melaka...
Tu pasai ketinggalan zaman sikit tengok betapa berubahnya Melaka...


 

Naik beca la...dah penat berjalan..
Haahaha...25 hengget ja untuk naik beca ni...
Dia bwk pusing banyak tempat gak...
Ok la...sejuk je bila ats beca sambil menikmati pemandangan sekeliling...

Okay...nasib ada abang beca...dia la tolong amikkan gambar kami ni....
Hehehe..kalau idak jangan harap la ada gambar bertiga...
Walau pergi konvoi..tp masing2 bw haluan masing2...
Kami tak jalan ramai2...


Semua gambar dekat A Famosa...
Nak naik Kapal portugis pun xdapat jgak..
Orang ramai sangat oiii...
Sudahnya naik beca aja la..


Malam kami plan nak ke Jonker Walk & naik bot kat River Cruise...tapi tak dpt nak ditunaikan sebab paham2 la ye....ramai sangat manusia time tu...sudahnya jalan2 cari makan aja...


To be continued.... Part 2...