28 November 2013

Oh My Ganu!! Awesome lah!!!


Assalamualaikum...

Sapa tengok Oh My Ganu semalam angkat tangan!! Mesti ramai tengok kan? kan? kan? Hah...aku hampir-hampir missed cita ni tau tak....thanks to Amsyar sebab ajak ibu tengok tv...hahaha....Oh My English ni memang cita feberet kami 2 beranak...hehehe...so, bila dia buat telefilem ni memang sangat best la kan...

So far, memang best hoi cita ni..tergelak aku sorang-sorang. Ada zizang lak kan...lagi best...mesej papa Amsyar rupanya dia pun tengah layan jugak cita ni...hehehe...



Sinopsis:

Oh My Ganu yang berlatar belakang sebuah kampung di Pantai Timur (Terengganu la..nama pun oh my Ganu kan) menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman nya.

Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang turut digilai oleh seorang jutawan Keropok Lekor, Zizang (Zizan Razak). Zizang mencabar Mr. Middleton dan sesiapa yang berjaya akan mendapat Cikgu Ayu. Apakah kesudahannya? 

Oh My Ganu (© astro)
Student 3 Merah....

Ada Izzue Islam jugak....Oh Zizang....



Genap setahun dikau pergi....Al-Fatihah...


Assalamualaikum...


Harini genap setahun dikau pergi..
Masih terasa dikau berada disini...
Rindukan gelak tawamu...senyumanmu...
Tapi, Dia lebih menyayangimu...
Semadilah dengan tenang disana...tempat yang kekal abadi...
tempat yang pasti akan kami kunjungi nanti...
Kami sentiasa merinduimu, mendoakanmu...
Segala kenangan kita akan terpahat di ingatan..
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Syakirah Hashim...



Syakirah ni sepupu aku paling rapat...ada benda best mesti nak bagitau dia...dia ada pakwe baru pun aku akan tau...dia dapat interview...nak naik pangkat semua dia akan BBM (Time tu tengah hot BBM kan)... Aku kawen, dia la pengapitnya...aku nikah pun dia sanggup turun dari Langkawi...lagi mengharukan bila aku bersalin, dia orang yang awai datang melawat...& teman aku dekat hospital sampai balik rumah... Ah, banyak lagi kenangan aku dengan dia....serius, dia jenis yang tak kisah orang nak kata apa.... seorang yang pemurah sangat dengan senyuman....gelak tawa dia sampai memecah kesunyian...memang peramah....oh, aku merindui itu semua...Tapi, tanggal 28/11/12 yang lalu....dia pergi...akibat kemalangan...Masih aku ingat, pukul 12 tgh malam...kak ipar SMS bagitau pasal arwah... Ya Allah, menggigil aku...seakan tak percaya....memang aku tak percaya...tapi itu yang terjadi...ketentuan dari Yang Maha Esa...masih ingat BBM dengan arwah baru beberapa hari...last mesej dia bagitau dia dapat naik pangkat...2-3 hari nak masuk keja dengan pangkat baru dia pergi....Alhamdulillah, dapat menatap wajah nya buat kali terakhir. Pukul 3 pagi bertolak dr Ipoh terus balik kampung. Pukul 6 pagi kami amik feri terawal ke Pulau Langkawi. Syukur sempat menatap wajahnya buat kali terakhir. 


Gambar kenangan....

## Al-fatihah.....


27 November 2013

Wordless Wednesday: Macam-macam style ada...


Assalamualaikum...

Cerita semalam...time tengok TV..macam2 style ada..
kejap macam ni..kejap macam tu..



## Harini 27hb dah...nasib la...gaji belum dapat hoi....adeh!! 



26 November 2013

Samsung Galaxy Tab 3 Kids...


Assalamualaikum...


Last week nampak Mommy HDAE upload gambaq Samsung Galaxy Tab 3 for kids kat IG...terus macam wow!! siap ada tab special untuk kids....canggih kan zaman sekarang ni...so, harini aku saja la nak review pasal tab ni..

KUALA LUMPUR, 21 November 2013 – Samsung Malaysia Electronics, today announced the launch of Samsung GALAXY Tab 3 Kids, the first of its kind tablet, built specifically for kids with key educational tools and safety features. “It’s no secret that kids are using technology more than ever before,” said Mr. Kwon Jae Hoon, Managing Director of Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd. “We saw this as an opportunity to create a special tablet – exclusively for kids. The GALAXY Tab 3 Kids delivers an intuitive and kid-friendly user experience filled with rich, interactive and educational content. It also has enhanced parental controls, which parents will love.”

GALAXY Tab 3 Kids comes pre-loaded with top ranked kid’s apps and a brand new Kid’s Store aimed at driving the educational possibilities of technology for kids. The pre-loaded content is available across 3 categories- Education, Creativity, and Games.

Developed with kids’ best interests at the forefront, the tablet also offers parents the ability to select the apps they want their kids to have access to using the Application Manager. The GALAXY Tab 3 Kids also includes a Time Management feature that allows parents to set specific time periods for usage. When the designated usage time is up, a password protected lock screen appears, requiring a parent or adult to enter the password to unlock the device. This tool will help parents ensure that the time spent by their children on the device is balanced.

With 1.2GHz dual processor, 1GB RAM, 3 megapixel rear-facing camera and 1.3 megapixel front-facing camera, GALAXY Tab 3 Kids has the power and performance you would expect from a Samsung GALAXY tablet, designed to provide kids with an exciting and interactive experience.

A Kids Case featuring a kids-friendly grip and multiple stand options will also be available for the GALAXY Tab 3 Kids. The case also comes equipped with an easy-to-grip C Pen, providing fun drawing capabilities without leaving marks on other objects. 

GALAXY Tab 3 Kids is all set to retail in Yellow colour and will be available at all Samsung Brand Stores and authorised dealers starting today. 

Samsung Makes Learning Fun with GALAXY Tab 3 Kids

Samsung Makes Learning Fun with GALAXY Tab 3 Kids




Sumber berita & gambar: www.samsung.com


Harga: RM 799 
For more info sila la google ye...hehehehe....

25 November 2013

MasterChef Malaysia All Stars...


Assalamualaikum....

Yeah...MasterChef Malaysia kini kembali...hahaha...tapi kali ni menggabungkan kembali peserta-peserta dari musim lalu...patut la dinamakan ALL STARS kan... Mula bersiaran pada 23 November 2013 9.00malam....setiap Sabtu - Selasa di ASTRO RIA & ASTRO MAYA HD...



Tema: "Hidangan Pembalasan"


20 peserta dengan pelbagai ragam...ye la kan..semua dah pernah masuk MasterChef sebelum ni....



Dan of course diaorang ni akan bertanding untuk mewakili badan-badan kebajikan yang telah dipilih. Jom kita tengok:

Azwan Ali – RUMAH SERI KENANGAN CHERAS
Karl Shafek – PUSAT KANAK-KANAK ISTIMEWA KAJANG
Soo Wincci – PERSATUAN ORANG PEKAK MALAYSIA/ KUALA LUMPUR
Raja Azmi – RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH (RACTAR)
Kenchana Dewi – PUSAT JAGAAN WARGA TUA SRI TANJUNG
Celina Khor – PERTUBUHAN PERTOLONGAN WANITA
Sharifah Shahora – RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BUDRIAH
Michael Ang – PUSAT JAGAAN RUMAH KEBAJIKAN WARGA EMAS ST MARK
Syanie – PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM / MISKIN KLANG
Enot – PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSPIRASI ANAK-ANAK
Brian – PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK YATIM SELANGOR
Imelda – LEMBAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM SARAWAK
Zamir – PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK YATIM/MISKIN RUKAIYAH
Che Lah – PUSAT JAGAAN RUMAH NURHASANAH
Ah Hong – RUMAH PENYAYANG BISTARI
Along – PUSAT JAGAAN ORANG-ORANG KURANG UPAYA DAN TERBIAR LOVELY
Azlina – TAMAN SRI PUTERI CHERAS
Azni – PERSATUAN SINDROM DOWM MALAYSIA
Ary Malik – RAUDATUS SAKINAH
Shahriah – PUSAT JAGAAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHUWAH ANAK YATIM MISKIN DAERAH SABAK BERNAM


Sumber: ASTRO GEMPAK & FB MASTERCHEF ALL STARS


22 November 2013

Mommycha 1st giveaway


Assalamualaikum...

Terasa nak join giveaway by MommyCha ni...

Sesapa nak join jom terjah blog MommyCha yea...


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.


How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  
Entrynye biase-biase pon takpe.


Selamat mencuba mommies semua...


Jom senyum dengan kami...say cheese...





Kisah Kasih: Kompilasi Sejuta Kisah kelahiran


Assalamualaikum...
Happy Friday....

Excited sangat semalam bila nampak Mommy Shehan update pasal projek komuniti anjuran RAHIM (Rangkaian Hati Ibu-Ibu Malaysia). Pastu lagi excited bila Mak Icha pun dah join....

Camana nak join? Sangat mudah...hanya email kisah kelahiran anak kita ke kisahkasih@myrahim.org. Tak kisah la kisah macamana pun janji ada cerita pasal pengalaman melahirkan anak...

Target: Mau kumpul sejuta cerita!!!!!!!

Mari join cepat...



Cerita kelahiran putera hati RAFIEQ AMSYAR:






21 November 2013

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2014...


Assalamualaikum...

Bab-bab gaji ni memang aku jadi alert terlebih...hahahha...walau bukan kena mengena dengan diri yang bukan orang gomen ni, daku kena jugak hamik tau..sebab papa Amsyar kan gomen...kena amik tau sebab boleh merancang perbelanjaan untuk tahun 2014 & rancang percutian...eh?? ya, tahun 2014 adalah tahun cuti-cuti untuk diri sendiri...kena jugak pikir pegi bercuti...hahaha...aptb...

So, para penjawat awam sekalian..semoga ini dapat membantu anda & juga saya untuk merancang bajet & perbelanjaan lain dengan lebih berhemah untuk tahun depan....





Al-Fatihah: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)


Assalamualaikum...

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar yang telah pergi menemui penciptaNya tanggal 2 November yang lalu...

Seringkas mengenai Ahmad Ammar...

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sumber gambar & ringkasan biodata Ahmad Ammar: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com 






Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7

##  Sebak tatkala melihat video perjalanan hidup arwah....semoga apa yang diperjuangkan akan menjadi contoh untuk kita semua...Al-Fatihah...


20 November 2013

Hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan...


Assalamualaikum...

Tertarik dengan berita nan satu ini...kisah pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank tu...



PETALING JAYA: Bekas pengawal keselamatan, Laode Ardina Laude Rasila, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, 23 Oktober lalu.

Tertuduh yang berasal dari Sulawesi didakwa membunuh mangsa di dalam bangunan AmBank cawangan USJ Subang Jaya pada jam di antara 6 dan 6.30 petang.

Laode Ardina didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua iaitu melepaskan tembakan menggunakan senjata 'pump gun' dengan niat menyebabkan kematian mangsa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret KB Elena Hong Tze Lan dalam prosiding sebentar tadi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun dan Muhamad Asyraf Md Kamal manakala tertuduh yang memakai t-shirt hitam, tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta - Bharian


Apa pendapat korang????

## Alfatihah untuk arwah Norazita Abu Talib...


Hantar Ucu masuk UITM..


Assalamualaikum...


Phew!!! What a busy day...chewaahh..kemain...hahaha...tapi serius, semalam ngan harini memang bz...nak update blog pun tak sempat tau...terperap cerita minggu lepas...


Ok la...minggu lepas kami ke KL...eh, tak masuk KL pun actually...ke UITM, Puncak Perdana hantar ucu masuk belajar. Ucu tu adik papa Amsyar...so Amsyar panggil Ucu la...Dapat sambung belajar buat Diploma Teknologi Kreatif (Skrin) under Fakulti Filem, Teater & Animasi. First time la Ucu berpisah dengan mama...so, leh agak kan situasi airmata bila perpisahan itu berlaku...Ala, biasa la tu...aku dulu 1st day masuk UIA pun malam tu menangis ingat family....pastu ok dah...


UITM Puncak Perdana kami tak pernah sampai lagi. Nasib tak sesat..terima kasih kepada GPS kerana dengan bantuan beliau kami berjaya sampai ke UITM Puncak Perdana tanpa sesat...Hihihi...


Signboard...

Tempat pendaftaran...kami sampai pagi...pendaftaran start 8.30 pagi...
time ni memang tak ramai sangat pun...


Salah sebuah blok bangunan asrama diaorang...cantik cam apartment...


Sesi pendaftaran pun bermula....cuba tengok lane lelaki dengan pompuan? Hahaha...2 orang ja budak lelaki? ramai lagi budak pompuan...ni time pagi ja...tak ramai lagi yang datang..tapi memang pompuan ramai dari lelaki pun...


Ini dewan makan...ok la...makanan pun murah-murah...sesuai la dengan student kan...


Ucu dapat bilik tingkat 2...bilik cam apartment la...ada hall...ada 3 bilik..2 bilik air...
total student untuk 1 rumah tu 8 orang...tapi kan..kesian ucu dapat katil tingkat atas..jenuh nak memanjat nanti...hehehe..

Bilik Ucu...ada 4 katil...double decker...ucu lak dapat katil atas..hah, jenuh nak memanjat...tapi kan, bilik ni sangat sempit..bayangkan 4 orang dalam bilik tu..memang sempit...

Tempat study pulak dekat hall....

Rombongan kami...hehehe..time ni nak balik dah...kesian ucu kena tinggai...
Belajaq rajin-rajin ya ucu....

## Rindu & terkenang zaman masuk UIA dulu weh....




19 November 2013

Trick Art Museum & Red Carpet @ ICity Shah Alam...


Assalamualaikum...

Finally...dapat jugak update blog...haish...Sibuk la sesangat kan...hehehe...


Last week kan hantar Ucu masuk UITM...so, plan nak bawak Amsyar ke ICity...dia memang suka la tengok lampu cantik-cantik & warna-warni tu...Lagipun Amsyar tak pernah lagi sampai ICity tu..kesian kan? Hahahaha.....sambil ke ICity, memang aim nak masuk Museum 3D tu @ Trick Art Museum...Yes, impian berjaya ditunaikan...tapi hampir-hampir tak jadi pegi tau sebab papa Amsyar nak ke PWTC tengok KL Autoshow....Nasib baik jalan nak ke PWTC ikut Federal Highway tu jem...so, papa Amsyar malas nak redah jem so kami patah balik ke ICT....Tapi sayang jugak, terlepas peluang nak masuk Autoshow..Next time okey...


Sampai ICity lebih kurang 8 lebih camtu...Guess what??? Ramainya orang ohoi..bas berbijik-bijik parking kat luar...oh, time cuti sekolah sudah...memang la ramai...tapi nasib kami sampai awal...still leh dapat parking & semakin lewat semakin ramai...baru tau...hikhikhik...


Semakin maju & membangun ICity ni rupanya...Last pegi 2 tahun lepas..time tu Amsyar dalam perut...sekarang dah ada tambah macam-macam...selain snowalk, lampu, rumah hantu & etc etc...banyak sangat tak ingat nak sebut dah...Tujuan utama nak terjah Museum 3D ja...tapi jalan-jalan la jugak  kat bawah tu bawak Amsyar tengok lampu... 

 
Eye On Malaysia versi ICity...hihi...tak sure la baru @ dah lama ada wheel ni...dah macam ala-ala funfair pun ada time ni...Gambar kami pun blur..hahaha...pakai camera handphone sajo....


Ice age mural....so nice...


Inilah red carpet...tarikan terbaru yang ada di ICity...sepanjang jalan nak ke tempat ni ada la logo star ni....Apa itu red carpet? 

Red carpet ni cam ala-ala tempat patung lilin tu...selebriti terkenal...ada Mr. Bean, ada David Beckham, ada Prince William & Princess Kate dan lain2...hahaha...Kami tak masuk pun...sebab? Hah..sebab tiket nak masuk sangat mahal ok...RM 100 for adult...tapi kalau nak masuk sekarang tengah ada Y.E.S....RM 50 for adult....so, memang tak la nak masuk red carpet ni time tengah-tengah bulan ni kan...dah gaji pun belum tentu nak masuk kot...Hihihihi...Lagipun Amsyar takut patung yang besar-besar ni...hahaha..sah-sah tak leh masuk bawak dia...

So, dapat bergambar sajo depan pintu masuk Red Carpet ni...

Jumpa pulak patung Ironman kesukaan Amsyar ni...tapi cuba tengok Amsyar tu...takut pulak...peluk tak mau lepas...tapi bila dah jauh dok ironman...ironman...alahai...

Yeahh...sudah sampai tempat yang dituju..Bergambar dulu depan pintu masuk...tapi, time ni ramai sangat orang...huhu...macam tak best ja..macam tak best ja....tapi dah sampai takkan tak mau masuk pulak kan...

Tiket masuk: RM10 for adult
(Sebelum ni tengok web RM5...hahhaha..maybe weekend mahal sikit kot)

Disebabkan ramai sangat orang, maka nak bergambar pun cam susah sikit...

Amsyar masuk-masuk ja dia lain macam...hahaha..nak berdukung ja...mungkin hairan ramai sangat orang..pastu tengok gambar pelik-pelik pulak...Tapi bila naik level 2...bukan main ligat berlari sana sini...terbantut sikit nak bergambar...hhahaha...

Bagi yang tak pernah masuk, jangan risau la kalau tak reti nak bergaya macam mana..hahaha...sebab sebelah art ni ada dilekatkan sekeping gambar kira cam bagitau kita la nak bergaya macam mana...hihihi..


Angel...

Curi telur helang...

Pandai Amsyar bagi giraffe ni makan....

Mai secawan...


Hamik kau...

Shhhh.....

Banyaknya syilling...

Naik bot...hahaha...

Lariiiikkkkk!!!!

Takutnya....

Dapat jumpa Spiderman okey....

Yes...the one & the only....gambar yang ada muka papa...selain gambar ngan Amsyar kat atas tu....

Al-tammat la cerita di Museum 3D ni...tapi tak puaih hati sebab tak dapat ambik gambar dengan semua lukisan...pastu orang ramai sangat sampai nak ambil gambar kn tunggu turn...Tapi takpe, lepas ni nak pegi lagi...hahaha...pegi time tak ramai orang pulak...baru syok...yes, mesti kena pegi lagi sebab best...pastu kena bawak kamera la supaya gambar nampak cantik...hahaha...kami amik gambar ni pakai kamera henpon sajo....