26 March 2014

Jualan Meriah Mania Mydin...


Assalamualaikum...


Semalam Lia bagitau, Mydin buat sale..Dia tanya tak pegi ke? Hah? 
Tak tau pun...mcm mana nak pegi... Kesian kan... sampai tak tau... 
Mydin tu pun dah lama tak jejak....
Lia bagitau sale 50% & 30%...baju untuk anak leh dpt dengan harga RM 5 sepasang...
Siap dia whatsApp gambaq baju yang dia beli....
Ada lagi yang murah...Gila dia kata....Macam2 barang lagi la...
Senang ckp memang tgh sale gila...
Agaknya macam sale SOGO tu kot...
Haahahaha...ok, aku memang rindu nak g Sale SOGO tu...
Tapi, apakan dayo....

Meh tengok apa itu Jualan Meriah Mania Mydin ni..

Sumber gambar: Google


Sumber gambar: Google


Dekat Mydin Meru....kaunter untuk register Kad Meriah Mydin..
Ada kad Mydin baru boleh beli dgn harga sale...

Sumber gambar: Google


Hasil rembatan semalam pas keja zasss terus ke Mydin...
Nampak sangat tak nyempat2 kan...
Hahahaha...Tak beli banyak pun..
Permulaan katanya...tp lepas ni mesti akan pegi utk kali kedua...
3 pasang baju Amsyar tu harga asal sepasang RM 12...lepas diskaun dapat RM 5 sepasang..
Murah kan? Yang penting kena tengok kualiti kain jugak walaupun murah..
Yang ni ok....kain pun ok..tak panas...
Bila time sale ni boleh la beli lebih sikit...
Lagipun baju Amsyar banyak dah kecik...
Ok la untuk pakai dekat taska & pakai harian...

Buku pulak ada discount 30%..
Juga leh guna guna voucher buku tu...
Dapat beli 2 buku untuk Amsyar...

Aku sempat tawaf bahagian baju ngan buku ja semalam..
Yang pasti untuk semua pakaian discount 50%..
Yang 30% tu untuk kasut, aksesori, buku, perkakasan & hiasan rumah, 
barang sukan & barang permainan...


Ha....yang ni paling penting...
Kalau takdak benda ni takleh nak shopping dengan harga sale..
Hahahaha...gigih aku semalam baru nak buat kad Mydin...
Takpa, nanti kumpul point banyak2 leh tebus hadiah...
Macam la selalu shopping kat Mydin..
Ok, nak buat kad ni kena bayar RM 12 untuk setahun...

Promosi ini tak termasuk di cawangan2 berikut: 
* Emporium Rawang
*Emporium Chow Kit
* Emporium Plaza MPK, Klang
* Mydin Mart Nilai
* Mydin Mart Seri Muda
* Mydin Mart Shah Alam

Lain-lain tempat ada sale ni ye kawan2!!

Happy shopping at Jualan Meriah Mania Mydin..

19 March 2014

Bila Amsyar dah petah berbicara, bertanya itu & ini....


Assalamualaikum...


Harini dah Rabu, dua hari lagi untuk bekerja..lepas tu weekend menjengah..
Semua orang tak sabar kan menunggu weekend?
Sapa tak suka weekend ohoi...


Rafieq Amsyar sekarang ni dah pandai ajak balik kampung uols...
Dalam sehari mesti ada 2-3 kali dia sebut..


Amsyar: " Ibu, jom balik kampung"
Aku: "Nak balik kampung jumpa sapa?"
Amsyar: "Nak jumpa tok, wan, kak long, awie, makngah bla bla bla..." (nasib dia tak sebut satu kampung) hahahaha..over la tu aku ni...
Aku: " Okey, nanti kita ajak papa balik kampung k"


Serius, aku pun rindu nak balik kampung halaman sendiri....
Selalu kalau balik, orang kata xdan panas punggung dah nak balik Ipoh dah...
Macam tu la...Tak pernah nak balik kampung lama-lama...
Amsyar baru baru nak start mesra dengan tok, wan semua tetiba dah kena balik....
Tak sempat Amsyar nak merasa jadi 'kampung boy'....
Sangat tak best kan....


Tapi nak buat macam mana...itu la adat bila bekerja..bila dok jauh..
Kalau kampung dekat tiap-tiap minggu dah balik dah...
Hahahaha...pernah jugak terfikir cari je keja kat Kedah tu..
Balik dok kampung...aman tenteram je rasanya...
Tapi, macam la ianya semudah itu...
Sekarang pun dah berjauhan, ini kan pula nak lagi jauh.....
Tak sanggup...tambahan pulak si anak semakin petah bertanya itu ini....


Amsyar: "Papa mana ibu? (selalu ayat ni dia akan tanya Isnin pagi2 time dia bangun tidoq @ dalam kereta odw nak ke taska dia)
Aku: " Papa work jauh..papa cari duit...nanti papa balik"
Amsyar: " Papa work...nanti papa datang...ambik ibu, ambik amsyar"
Aku: " Ibu pun kena work...Amsyar dok taska k...nanti ibu ambik"


Syahdu bila anak aku cakap mcm tu weh.... seakan dia paham, seakan dia mengharap papa ada selalu....
Memang boleh dikatakan sekarang dia manja dengan papa dia..walau hujung minggu saja jumpa papa...
Kalau aku marah sikit....mula la panggil papa dia...
Kalau kena time papa dia call, mula la mengadu...ibu marah.... huhuhu...
(ok..airmata tetiba bergenang ni)


Aku bukan merungut..jauh sekali menyalahkan keadaan....No...
Aku terima semua ni dengan redha...
Aku tau Dia lebih tau perancangan untuk kami...
Andai ini yang Dia atur buat masa ni, aku terima..
Dia lebih mengetahui segala-galanya...


Selingan gambaq kami dua beranak..
Rafieq Amsyar yang dah 2 tahun 5 bulan..
Nyawa aku...peneman aku...kesayangan aku...


" Ya Allah, berilah aku ketenangan, kesabaran & ketabahan dalam mendidik amanahMu ini"


18 March 2014

Dalana Herbal Cream...


Assalamualaikum...


Serius aku jatuh cinta dengan Dalana Herbal Cream ni..
Bila dah try sendiri baru leh nak bagi komen akan keberkesanannya...


Macam aku, kadang-kadang rasa pedih ulu hati,
Kadang-kadang rasa angin dalam badan,
Kadang-kadang rasa sakit kepala,
Untuk lenguh-lenguh pun boleh sapu...
Dalana sangat membantu...
Sapu ja kat tempat rasa sakit tu..
Insha Allah, akan rasa lega lepas tu...

Memang berkesan...

Selain berkesan, bau Dalana best..
Mula-mula sapu rasa panaih sikit..
Pastu akan rasa berangin...nyaman ja....
Krim Dalana tak berminyak...


Benda wajib ada dalam handbag aku sekarang...

V
V
V







Kalau ada yang nak try beli satu Dalana Herbal Cream ni leh SMS aku 017-2921724

Harga 39.90 saja / RM 6 postage



14 March 2014

My Pinky Nike...


Assalamualaikum...

Got parcel today!! Surprise sebab memang takda shopping online pun...
Tengok sender, yes!!! Dah sampai...
Thanks Erin...sebab poskan kasut kesayangan k.as...
And sorry sebab always bother you & keep asking bila nak pos kasut...


Yeah...my pinky nike!
Tapi sebab dah lama xpakai xguna, kaler pink tu dah hilang sikit..
Dah pudar...
Tapi xkisah as long as kasut tu masih elok...
Sebab apa pinky? Hahahaha..
Sedangkan aku bukan minat pink pun..
Kisahnya time nak beli satu kaler ni je ado...
Pastu dah tak sempat nak pegi tengok kedai lain...
So, pink pun pink la kan...
Aku sayang kasut ni....beli dengan duit sendiri (time tu baru keja la)


Last pakai kasut ni 2009 time Sukan IPT kat Terengganu..
Hah...lama kan? Pas tu guna time-time lapang je..
Then bila dah pindah sana sini...terus kasut ni tak tau letak mana..
Nasib baik Erin simpankan....

So, bila dah dpt kasut balik ni kena la start berjogging balik....
Elok la tu..badan pun dah mengembang ni...Hahahaha....
Nak main netball balik memang tak dapat la kan....Huuuuuuwa....missed netball so much!!!
Ada sesapa nak ajak main tak? 


Menggigil satu badan....


Assalamualaikum...


Lama tak update blog, arini terdetik nak update pasal kejadian petang kelmarin...

YA ALLAH, Engkau sebaik-baik penyelamat...

Kisahnya, balik keja kemarin singgah Tesco Extra nak jumpa kawan sebab ada order kek dari dia...
So, kami janji jumpa dekat parking tesco tu...
Nak dijadikan cerita, kemarin pulak aku drive keta adik aku...
Dia baru beli keta... 
Aku park jauh sikit dari pintu masuk tesco tu...
Senang kawan aku tu nak cari aku...

Aku parking & tunggu dalam kereta...
Tetiba kan, ada sebuah kereta Savvy hijau ni...
Berhenti depan keta aku...
Aku dalam hati dah kenapa.....
Pastu turun sorang lelaki cina, mai sebelah tmpt driver suruh aku buka tingkap...
Aku cakap tingkap tak boleh buka sebab baru  tinted...
Nasib baik, dengan alasan tingkap baru tinted tu jugak aku selamat...
Sambil suruh aku buka tingkap lelaki cina tu bagitau dia dari bank...
Sambil tunjuk kad apa tah...
Aku tak perasan...
OK, aku cuak!!! Dah start menggigil dah..takutttttt...
Dalam hati pikir nak telefon sapa ni minta tolong...

Ok..lelaki cina tu cakap kereta adik aku baru beli ni dah 4 bulan tak bayar...
So, dia nak tarik kereta tu...
Aku dalam hati, eh? kereta ni dah setel pun loan dengan bank...
Dah dapat geran pun...resit dengan bank semua ada...
Pastu aku kata tunggu, aku nak call...Time dia nampak aku nak call tu dia blah...
Hilang entah ke mana...
Tapi aku perasan dia pusing-pusing area Tesco tu jugak...

ALLAHUAKBAR!!!! 

Lepas dia blah ja aku start keta terus g ke kawasan depan tesco...
Jumpa kawan aku & sambil cerita kat dia aku menggigil....
Tak tau la apa aku cakap waktu tu...
Telefon papa Amsyar & dia cakap tu taktik nak curi kereta @ samun....
Nasib aku tak buka pintu @ tingkap....
Sambil drive balik rumah, aku menggigil...jantung berdegup kencang...

Syukur Ya Allah...Kau selamatkan hambaMu ini....
Aku tak boleh nak bayang kalau aku buka tingkap, buka pintu, lepas tu diaorang samun @ bawak lari kereta adik aku!!!!!!!!!! huwaaaaaaa......


** Peringatan untuk diri sendiri & kawan2 jugak....lepas ni kena hati-hati...




05 March 2014

Wordless Wednesday: Selfie..


Assalamualaikum...


First time selfie camni pastu tempek kat blog...Hahahaha...
Nak up tudung baru tu ja sebenarnya..
Tudung yang sangat selesa, cantik & yang penting murah...
Dah lama tak pakai tudung bawal ni...
Macam nak buat koleksi tudung bawal balik la...

Okey..aku tak jual tudung ni...
Kot karang ada pulak tanya nak beli...Hehehehe...
Tapi kalau nak aku boleh tolong belikan...
Tapi rasanya merata tempat ada tudung ni...

Okey..tudung ni RM 10 je..hihi..



Info: Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA) Negeri Kedah


Assalamualaikum...

Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA)
Untuk info lanjut, meh baca sini...


 

Tujuan: 

Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan suami isteri / ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru. Skim ini adalah berbentuk barangan keperluan bayi yang akan diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Kedah.

Objektif:

- Meringankan beban kewangan pasangan suami isteri / ibu bapa bagi menyambut kelahiran anak
- Meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru
- Menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga

Kelayakan:

- Anak mestilah warganegara Malaysia & dilahirkan di Negeri Kedah; atau
- Ibu @ bapa kepada anak yang dilahirkan mertilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah (pengesahan daripada JKKK/Penghulu); atau
- Ibu atau bapa yang bukan dari Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun (pengesahan daripada JKKK/Penghulu)
- Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut:-

* Pejabat Dearah berhampiran
* Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
* Pejabat Penghulu
* Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
* Pejabat Majlis Pembangunan

Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah / wakil @ Ahli Parlimen @ ADUN @ Pengerusi MPWK @ Penghulu Mukim / Pegawai Perubatan Hospital.

Semua borang hendaklah dihantar ke Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran @ kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.

Klik untuk Borang Permohonan


## Rasanya skim ni baru ja diperkenalkan sebab sebelum ni tak pernah dengar pasal ni.. Masih baru & tak tau la mendapat sambutan atau tak... just share & kalau ada warga Kedah yang rasa nak apply boleh la try ye...