31 July 2018

Update beli rumah: Loan dah lulus!!

Assalamualaikum...

Hai orang yang baca blog kiter...hihihi...hope semua sihat, alhamdulillah....

Since ada update pasal misi mencari rumah dalam blog, Alhamdulillah, loan untuk beli rumah dah lulus!!! Syukur sangat-sangat...tak lama dah, sikit lagi je nak miliki rumah sendiri. Allah permudahkan semua urusan dari saat decide nak beli, deal dengan owner, appoint lawyer, apply loan online, submit borang sampai kami sendiri ke Putrajaya sana hantar sendiri dokumen-dokumen. Eksaited campur tak sabar kitaorang ni. Hahahaha...biasa la kan, nak beli rumah sendiri ni. Feel dia lain macam...

Kami apply government loan...dan Alhamdulliah dapat full loan. Untuk yang apply government loan ni, semuanya kena isi online dekat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Lepas dah isi online, kena minta pengesahan dari Ketua Jabatan & surat dari majikan...lepas tu kena submit dokumen yang diperlukan dalam masa 60 hari. Kalau takde dokumen yang sangkut @ tak complete, cepat je diaorang approve. Lepas ni komitmen nak bayar bulan-bulan tu bertambah la sikit dari sekarang ni menyewa. Hihihi....

Bila dah dapat surat kelulusan @ Offer Letter dari LPPSA yang loan lulus, baru lah dapat nak buat permohonan untuk keluarkan EPF untuk bayar deposit rumah 10%. Alhamdulillah, kami kenal dengan owner ni, so 10% deposit tu dia boleh tunggu sampai dapat keluarkan EPF. So, sekarang ni kami tunggu EPF approve lepas tu dapat settle kan bayar deposit dan boleh dikira rumah tu dah confirm kami punya. Doakan semuanya dipermudah kan okey!! 


Lepas ni, kena fikir nak renovate rumah, nak buat rumah cantik-cantik...hihihi....cuma kami anggar dalam bulan November, duit dapat dan lepas tu bru boleh nak start renovate. Harap semuanya berjalan lancar. 

27 July 2018

Drama Jangan Benci Cintaku & penangan Husna...

Assalamualaikum...


Adaptasi dari Novel karya Emy Roberto...

Sapa kaki layan drama mesti tengok kan cerita Jangan Benci Cintaku ni....Sampai ada yang emo dengan watak Husna tu...famous tau Husna ni....Drama ni start ditayangkan 29/6/2018 jam 7 malam di TV3. Sekarang ni pun dah masuk episod 21...dah nak abis dah drama ni 28 episod semuanya. Trending sekarang ni pasal Husna tu lah..Semua memang benci, marah & meluat dengan watak Husna lakonan Niena Baharun. Kira bagus la lakonan dia kan sampai semua orang benci. 

Barisan Pelakon:
Saharul Ridzwan - Shah
Zahirah Macwilson - Fika
Azizah Mahzan - Nek Pah
Amelia Handerson - Damia
Daler Yusuf - Irwan

Sinopsis Jangan Benci Cintaku
Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami. 

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.


P/S: Sapa yang tak dapat nak tengok pukul 7 tu boleh je layan online. Kita geng! Hehehehe....time pukul 7 tu sampai rumah pun belum. Dah sampai bukan nak terus tengok TV kan...banyak kerja lain nak buat...

12 July 2018

Jamuan Raya tadika Raisha Amani

Assalamualaikum...

Masih berhari raya kan...Sana sini open house. Biasa la, raya kan sebulan. Last week, tadika Amani ada buat jamuan hari raya & juga perjumpaan waris. Bagus juga buat hari Sabtu, so parents boleh join. Untuk jamuan, As order baby borwnies dengan yatie. ....Alhamdulillah, baby brownies boleh pos ke Ipoh. Dan selamat sampai kat As 2 hari sebelum majlis. Bertabahlah tahan diri dari ngap tengok baby brownies tu....tak boleh usik sebab simpan untuk hari Sabtu. Hehehehehe....Boleh terjah IG yt.kitchen tau kalau nak order brownies sedap. 

Majlis start pukul 9 pagi. Sampai-sampai je terus boleh jumpa Tc yang mengajar Amani untuk discuss result exam dia. 4 years pun ada exam kan...so far, alhamdulillah. Result ok sangat. Ibu puas hati. Lagipun dia baru 4 years. Ini permulaan yang bagus untuk dia. 

Antara menu...ada bihun goreng, nasi tomato, rendang, satay, nasi lemak, roti jala & kari ayam...
Dessert ada brownies, kek, puding, biskut raya pun ada....Alhamdulillah...kenyang...

Cuaca pun elok je...tak panas tak hujan...


Sampai je terus terjah booth...time ni xramai lagi parents yang datang. 


Bergambar dengan principal TMIM...Puan Nita...


Raisah Amani dengan kawan-kawan dia. Baru la kenal sapa Afiyah, sapa Bella, sapa Ain..sebab sebelum ni dia asyik dok bercerita sebut nama kawan-kawan dia...tapi ibu tak kenal rupa kawan dia....

Ni Afiyah...kawan baik dia....

Bergambar dengan TC Balkis...

Ibu dengan abg Amsyar....

Dah setel makan, jumpa TC kami pun balik. Tak tunggu lama pun...Lepas jamuan dekat tadika Amani, tengahari ada kenduri kawen pulak.

02 July 2018

Raya 2018 Photoshoot....

Assalamualaikum...

Dah lama tak ambil gambar satu family. Last ambil pun time As belum kawen. Amsyar Amani bila tengok gambar tu mesti tanya, mana diaorang. So, raya kali ni kita shoot 1 lah....Cari punya cari studio gambar yang buat photoshoot ni, jumpa la 1 studio ni yang kebetulan dekat dengan rumah.


Ni promosi yang studio ni buat. Satu family macam kami, ambil pakej yang RM218 tu sebab ramai...
Korang boleh jenguk FB diaorang for more info. Tapi yang promosi untuk raya ni dah habis rasanya..

Ni gambar unofficial la...ambil dengan kamera HP sendiri. hehehehe...yang dari photographer punya blom siap....

Gambar ni kami pilih untuk framekan....cuma photographer belum abis edit...Alhamdulillah...kali ni complete 1 family. Ini lah keluarga As....

Boys...

Girls...

Couple plak...hihihi...

Family kecik kami...hehehe...

Kasi can gambar berdua...hihihi...