17 August 2010

~pre-honyemoon~



Saja tetiba rs nak upload gambaq time aku ngn suami p jln2 (ala2 pre-honeymoon kami la)...tempatnya ialah Cameron Highland...p balik ari ja..xtidoq sana...p pagi..dlm thari sampai la...best! cuaca sejuk..org pn xramai sgt..ya la..ari selasa..x shopping apa pn..just bwk blik buah stoberi sket...tu ja...mcm biasa la klu p C.H ni..kn la p ladang teh nya...dh r time tu ujan..sejukssssssss! hehehehe..

13 August 2010

Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.....

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Sekadar renungan utk diri sendiri & kwn2...

11 August 2010

Salam Ramadhan....

Alhamdulillah..umur aku masih pjg..& dpt bertemu bln ramadhan sekali lg..kali ni ramadhan lebih bermakna sbb aku dh kawen..tentu ianya berbeza sbb sblm ni sambut posa & raya sebagai org bujang..tp thn ni lebih bermakna..

tp yg sedihnya..kesian my hubby sbb still posa sorg2..aku pn sama la..dia d sana..aku d sini...kesian bila pikir dia sahur mkn apa...berbuka mkn apa..mmg la boleh je p beli kt bazar ramadan tu..tp..aku sebagai isteri cam tk best sbb biarkan hubby aku beli mkn utk berbuka...sepatutnya aku yg prepare mkn utk berbuka...mkn utk sahur...maaf ye hubbyku..keadaan tak mengizinkan..

wpun kali ni aku sambut posa tanpa suami..nasib baik ada sepupu ku..xla rs keseorangan sgt..