23 September 2010

8P..Kebahagiaan Rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

22 September 2010

Raya thn ini....2010

Apapun...selamat ari raya dulu la...still in raya mood..open house pn masih nyk lagi...time mkn2..alahai..makan? bl pikir makan..runsing aku..berat dh naik ni...walawei..misi berdiet harus di jalankan..bila? huhuhu..donno yet! tp pd tarikh aku post kt blog ni..aku mmg sedang berdiet...dh 2 ari xmkn nasi...hippeeyyy..benda lain aku mkn la..except nasi...back to d topic...psl raya...hurmmm..since this is the 1st time aku beraya ngan incik suamiku...maka byk la perbezaannya..
1. 1st time sedih (sbb beraya jauh dr family)
2. teringat kat mak,abah,adik dll...
3. teringat time nak raya aku la org maha paling siboks...

Tp...di sebalik perbezaan itu..msh ada perbezaan lain...
1. thn ni beraya ngan incik suamiku...1st time beraya as a wife...
2. 1st time raya ngan family baru..iaitu family suamiku..
3. 1st time cium tgn suami d pg raya..syahdu beb
4. 1st time pakai baju raya sedondon ngan incik suami...(sblm ni dok tgk org len ja pakai sedondon)

biar apapun perbezaannya..aku ttp bersyukur sbb aku masih d kelilingi insan2 tersayang..masih dpt peluang utk merayakan hari kemenangan ini...bila pk2 balik..ada org yg tak leh beraya...lg sedih kan...so..bersyukurla dgn apa yg ada..

Raya 1st...mcm biasa la...pg2 p solat aidilfitri...p ngan mama (mak mertuaku)..nasib surau dekat ja ngan umah..jln kaki x sampai 1 minit...hehehe..menunjukkan betapa dekatnya kan...abis solat..biasa la..p ziarah kubur arwah abah (pak mertuaku)...& pas tu ikut incik suami beraya umah member dia...merata la aku ikut..

Raya ke2..balik kg ku..yahooo...balik kg...hohohoho...balik kg...highway sesak la..besa la..org nk p beraya..lebih kurang kui 230ptg..sampai umahku..p beraya umh sedara...sampai ptg...

Itu la serba sedikit crita psl raya..yg bestnya lg...raya thn ni ada 2 reunion..best dpt jmpa kwn2 sekolah..sek men & sek rendah..byk benda nk story smpai xcukup ms la..

REUNION SEK RENDAH:
Buat ari raya ke 2...kui 8mlm...berkumpul kt umah saffrah (kwn aku)..dia jd tuan rumah..majlis di selitkan dgn kutipan derma utk pembinaan surau sekolah yg tak siap2 sampai ari ni sbb kekurangan kos...alhamdulillah..km berjaya kutip RM1111 utk surau sek...hrp dpt membantu...reunion kali ni best sbb ramai yg join...hope pas ni akn ada next reunion yg lbh happening...

REUNION SEK MEN:
Diadakan pd raya ke 3...kui 1-5 ptg..lokasi Hotel Regency Alor Star..sgt best & riuh gila..yg lg best..mana yg dh kawen semua jd bujang sbb xbwk suami masing2..kiranya semua pompuan ja..byg kan la bla pompuan2 semua berkumpul..mmg riuh..gegar dewan tu..hehehe..by d way,thanks to organizer ZUHAINY & SHARWANI for such happening reunion...cant wait for next reunion this december..

17 August 2010

Kenangan terindah

---------------------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menanti suaminya dan menjagakehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki” – (Hadis riwayatAhmad dan Thabrani)
--------------------------------------------------------------------------------------------

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharapkan teman
setampan Yusuf..
jika kasih tak setulus Zulaika..
Tak perlu mengharapkan teman
seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar
Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Hajar
kalau diri tak sesempurna Rasulullah (S.A.W)
Bimbinglah dirinya,dan terimalah kekurangan itu sebagai
keunikan,carilah kebaikan pada dirinya,
Dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan
agar dia akan terus menjadi milikmu..

MAJLIS AKAD NIKAH

Alhamdulillah...syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi...Tanggal 28 Mei 2010, tepat jam 4.30 ptg, hanya dgn sekali lafaz, aku bergelar isteri kpd org yg aku cintai...Rafizee Uzair Bin Mohamad....tak dpt aku gambarkan dgn kata2...betapa aku bersyukur krn ikatan yg kami bina selama 2 thn akhirnya diakhiri dgn ikatan yg sah...kini aku telah bergelar isteri...sesuatu yg amat sukar utk aku terima...tp itulah hakikatnya.....Akulah org yg paling bahagia....target yg aku tlh ttpkan utkberkahwin iaitu 27-28 thn akhirnya termakbul. Majlis akad nikah yg ringkas di rumah aku krn majlis kenduri akn berlangsung seminggu lg.....Tema yg aku pilih utk majlis akad nikah ialah putih + purple....aku mendoakan perkahwinan ini kekal ke akhir hayat, cepat2 dpt baby :-)
& insyaallah aku akn cuba menjadi isteri yg terbaik, isteri yg solehah..




MAJLIS RESEPSI

Seminggu kemudian, pd 05 Jun 2010bersamaan ari sabtu.....majlis perkahwinan di rumah ku...di Alor Star...tema yg menjadi pilihan mestilah biru...sememangnya biru adlh kaler favourite aku....gabungan biru + putih + itam menjadi pilihan...Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar wpun sehari sblm majlis ujan trun dgn lebat....org kata hujan rahmat..Terima kasih yg xterhingga kpd mak & abah, adik beradik, sedara mara, kwn2 yg menbantu dlm melancarkan majlis perkahwinan aku...Walaupun penat..tp aku puas hati sbb majlis aku berjln dgn lancar...betoi la kata org...bahagia sgtmenjadi raja sehari...hari tuadalah hari aku...aku la permaisuri nya..



MAJLIS BERTANDANG

Selang seminggu slps majlis di rumah aku...majlis bertandang plak d rumah suami...Rombongan keluarga ku dr Kedah naik bas bertolak pg & sampai tgahari di rumah abg ku d Ipoh...Aku mmg stay kt umah abg aku sementara menanti rombongan dr Kedah sampai...Tema gold + brown menjadi pilihan suami & kira2 pukul 1 thari, kami bertolak ke dewan di mana berlangsungnya majlis...Aku agak gementar krn akn menjadi perhatian..tp Alhamdulillah, semuanya terkawal. Ada jugak kwn2 aku dr KL yg dtg & thanks guys! Really appreciated it! Majlis d teruskan d rumah suami xjauh dr dewan....just bergambar. Majlis potong kek di adakan d sebelah mlm sekali ngan BBQ..Alhamdulillah, semua dh selesai...Tiada insan yg lebih aku cintai melainkan dia...suamiku....