21 August 2013

Wordless Wednesday: 39 days to go...



Assalamualaikum...




Siap kira okeh lagi 39 hari menuju ke tarikh kelahiran Amsyar yang kedua...X lama dah anak aku tu nk masuk 2 tahun...

Anak aku dah besaq...


Catatan berhari raya...part 3..


Assalamualaikum...


Kembali ke kehidupan yang normal...normal cemana tuh? Hehehe...normal maksudnya Amsyar ke taska, aku ke opis &papa Amsyar pun dah balik ke Tg Malim...Tunggu hujung minggu ni untuk kami dua jumpa papa lagi..


Walau dah kembali ke rutin harian, suasana hari raya masih terasa ye kawan-kawan...dah hampir 2 minggu kita menyambut hari lebaran. Open house di sana sini of course la kan. So far, xde lagi jemputan ke open house sapa-sapa untuk minggu ni....Umah kami xde la nak open house lagi...hehehe....tapi sesapa nak datang beraya, amatlah dialu-alukan. Biskut raya pun ada lagi...Kalau langkah kanan, ada la juadah sampingan. Hihihi...Cam last week, hari Sabtu terasa nak makan laksa lemak. So, merajinkan diri untuk buat. 1st time dalam hidup msk laksa lemak. Hahaha..Nasib menjadi. Kena la di tekak ni. Papa Amsyar pun kata ok. Thumbs up... So, alang-alang masak la lebih. Dapat la hantar kat MIL sikit...kak Ani jiran sebelah umah sikit. Rezeki Mak Icha jugak...petang tu datang beraya...dapat la rasa laksa lemak air tangan ibu Amsyar....hahahaha.....sedap ke idak wallahualam.....


Ok, bersambung lagi cerita berhari raya kami. Part ke 3 adalah hari raya ke 4 dimana kami sehari suntuk di rumah mak sedara papa Amsyar di Sg. Petani. Cousin papa bertunang. So, kami gerak dari Aloq Staq dalma koi 11 lebih camtu. Ala, SP dekat je. Sejam je...Cousin papa yang bertunang ni anak sulung Mak Tam papa Amsyar. Kiranya kami rapat jugak ngan Mak Tam ni...sebab dulu kecik-kecik dia la ngasuh papa Amsyar...


Majlis start dalam koi 3 ptg...so, kami yang sampai awai ni xde buat apa pun..melayan anak-anak main & sembang-sembang gitu ja. Makanan awai-awai lagi dah siap. Tuan rumah dah masak awal. MIL pun awai g tido umah adik dia. Menu haritu adalah mee rebus tulang & kuih muih. Sedap mee rebus tulang tu kata kao! Aku makan berulang la...hahaha....panjang lebar lak celotehnya...jom saksikan gambar2 yang ada...gambar harus la ada kan...walaupun xbanyak mana....huhuhu


Macam biasa la...harus ada gambar dua beranak ni...posing dalam keta ja odw ke Sg. Petani...Tema baju ikut suka..tapi kalau ikut tu MIL dah mesej siap-siap suruh semua pakai baju raya..sedondon katanya nant sebab nak amik gambar 1 family...so, kami menurut perintah..cuma Amsyar dengan papa pakai baju biasa je dulu sebab baju melayu kang berkedut & berpeluh-peluh lak kalau pakai awal...so, siap-siap iron & gantung dalam kereta. Nanti time nak bergambar baru kasi tukar uniform....


Bergambar bersama kakak cantik...ni Amsyar yang kata...asyik dok perati kakak ni ja sebab mekap..kan cantik...hihihihi...bila kakak cantik nak dukung dia xmau lak...malu auw auw lak amsyar ni... sepupu papa ni muda lagi...20 an gitu..hihi...tunang pun orang dekat-dekat situ jugak....kami panggil Nurul ja...sedih sebab aku xtau nama penuh dia....selamat bertunang Nurul!



Gambar kami dua beranak. Hahaha..gambar makanan yang sedap memang xdan aku nak snap...biasa la..si anak ligat kemain..kejap nak tengok ikan kt kolam...kejap nak panjat naik tangga pondok..macam-macam la.. Dlm hpone papa ada la gambar upacara sarung cincin semua. Oh! Lupa nak cerita....bergambar satu family sedondon cancel tak tau sebab apa. Nasib amsyar xsarung baju melayu...kalau dak jenuh berpeluh dia...


Aktiviti tambahan petang tu sebelum balik kami beraya umah kawan papa yang tinggal dekat-dekat situ jugak. 1st time jumpa wife dia....tengah sarat..tunggu hari nak bsalin anak sulung. Time kawen aku x pegi....esoknya kawan papa mesej wife dia dah selamat bersalin anak pompuan. Hihihi...Tahniah uncle Zul & Wife....


Al-tamat catatan berhari raya rasanya....rasanya la...hehehe.....




20 August 2013

Taman Jubli Emas, Aloq Staq, Kedah.

Assalamualaikum...

Mood raya lagi...tapi boring cita raya ja kan...hahaha..masih di hari raya, tapi nak cita pasal beriadah di hari raya...

Tempat riadah yang kami kunjungi ialah Taman Jubli Emas. Dekat Aloq Staq....baru ja buka tempat ni. Ok la, sesuai untuk beriadah petang-petang dengan family. Ada tasek, ada ikan, ada kuda, ada playground, ada tempat untuk jogging dan macam-macam lagi. Kami first time ke sini. So, kesempatan yang ada dapat la jejak kaki ke sini. Malas nak cerita panjang, jom layan gambar yang ada...

Tengok ini budak...bukan main seronok dia berlari sana sini. Seronok la dapat bebas. Hehehe...mak pak penat nak ligan. Bukan apa, takut terjun tasik ja. Tapi Alhamdulillah, semuanya terkawal. Hehehe..ada 2 bodyguard baik punya. Mak relaks sikit....


Cer tengok..penat paksu nak ligan dia. Kejap nak g tengok kuda...kejap nak tengok monyet.....kejap nak tengok orang main helikopter...macam-macam. Budak nak koi besaq macam ni la kan. Bulan depan nak masuk 2 tahun dah anak ibu ni...kejap kan masa berlalu...


Turut serta beriadah my sister a.k.a Makngah Amsyar & KakLong Firyal Nurain a.k.a cousin Amsyar....


Bersama anak kesayangan menikmati keindahan ciptaan Tuhan....subhanallah...cantik sungguh...sambil-sambil bagi ikan makan. Banyak gila ikan dalam tasek ni. Ikan pun besaq-besaq semuanya. Ya la, mau xbesaq, setiap masa orang bagi makan. hehehe..makanan ikan dijual dengan harga RM1 je sepeket... Selain ikan, kat sini ada jugak kuda... sapa berminat nak menunggang kuda pusing taman boleh la sewa. Lupa lak harga dia brapa. 


Si bapak melayan kerenah anak bujang yang nak beli kereta mainan a.k.a control car....Nasib berjaya pujuk jangan beli....hahaha....tu pun jenuh jugak nak pujuk. 


Last but not least, our family picture.....Alhamdulillah....saya bahagia dengan kehidupan ini...mereka berdua adalah kekuatan saya...papa & amsyar...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber gambar & Info: Google

Sedikit info tentang Taman Jubli Emas:

- Dibina pada hari Selasa, 9/9/08.
- Simbolik untuk Kesultanan Melayu Kedah.
- Dibina sempena ulang tahun ke-50 pemerintahan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
- Lokasi di Jalan Suka Menanti, Alor Star, Kedah
- Dirasmikan oleh Sultan Kedah sendiri sebagai tanda terima kasih baginda terhadap rakyat yang menyokong dan mendoakan keberkatan sepanjang pemerintahan baginda.
- Mercu lima batang keris tersergam indah setinggi 20 meter menandakan kerajaan Tuanku selama 50 tahun memerintah
- Kemudahan seperti taman kanak-kanak, tasik, dan padang yang luas turut disediakan