27 March 2013

Balik Kampung....

Assalamualaikum...

Balik kampung minggu lepas. Alhamdulillah, percutian singkat yang penuh bermakna. Bila dapat balik kampung mmg sgt seronok ok! Dapat melepaskan rindu kat mak abah & family yg lain. Time ni aja la dpt berkumpul satu family pun. Yang penting, dapat tgk mak & abah happy sebab semua anak2 berkumpul. Main ngan cucu yang 6 orang tu...Amsyar pun dah pandai sebut WAN, TOK, PAKSU...seronok la dia bila balik kmpung. Wan bwk ronda2 naik moto pusing kampung pagi petang. Dapat main beskal Kak Long, dapat main batu2 kat halaman rumah Wan...dapat tengok rabbit umah sebelah. Tu belom masuk bab tgk mesin padi amik padi lagi. Mesti ternganga mulut budak kecik tu kan....Time kami balik aritu, musim menuai dah lepas. Tinggal nak membajak. Kena tggu bulan 6 nanti la bru dpt tgk mesin amik padi....

Alhamdulillah, bertolak dr Ipoh jam 10 pagi sampai kampung lebih kurang koi 230 ptg. Sepatutnya koi 1 mcm tu dah sampai..tapi sebab jalan jem sangat2 lepas exit Pendang...lambat la kami sampai. Tapi memang tensen jugak la sebab jem ni. mana taknya, perut berkeroncong lapar sgt. Nasib bekalan biskut ada. Buat lapik perut orang kata. Mak abah kat rumah semua dok tunggu kami sampai nak p kenduri sama2. Tapi, alhamdulillah selamat sampai walaupun lambat. Itu lebih baik kan. Biar lambat asal selamat. Huhuhuhu. Tapi, nak jugak melepaskan geram kat org yang buat jalan kat highway tu. Penyebab jem teruk. Macam nak ja bgtau kat diaorg, jangan la buat jalan time ari minggu. Keta banyak. Bila keta banyak, buat jalan pulak memang jem la.

Sampai umah ja terus ke kenduri kawan sekolah rendah. Kebetulan, mak abah kenal mak ayah dia. So, kami satu family pegi kenduri tu. Dapat la jmpa beberapa org kwan time sekolah rendah dulu. Semua dah berkeluarga. Pas kenduri kwan, terus ke kenduri satu lg. Perut yang tadi berkeroncong maha dasat terus full & sengkak sebab makan banyak.

Esoknya kenduri lagi. Dekat je ngan rumah, sepupu mak yang kawen. Tapi sebaya saya la. Hehehe. Time kenduri kendara ni la dapat jmpa sedara pun. Bersembang sampai ke malam. bukan senang nak dapat peluang jmpa. Tapi lepas kenduri dah nak balik Ipoh. Ala, kejap je rasa. Sampaikan mak siap suruh amik cuti hari Isnin, xpuas main ngan cucu katanya. Tapi xboleh sbb Papa Amsyar dh pn amik cuti minggu sebelum tu. Insya Allah nant kami balik kampung lagi. Itu sudah pasti, tapi xtau la bila kan. 


Beriadah di petang hari....

Assalamualaikum...

Bila berkesempatan, setiap kali lepas amik Amsyar..kami akan singgah playground dekat taska dulu. Excited sungguh la Amsyar sebab dapat p playground. Walhal, kat umah pn ada playground jugak (mini playground). Tapi real playground lagi best gamaknya sebab luas & dia dapat berlari kesana sini dgn bebas. Betoi jugak tu kan. Kat umah sempit...Jenuh xterkejar la bila berlari sana sini. Tapi, asalkan si anak happy, si ibu ok je. Berlari2 kat tengah padang kejar si anak pakai baju kurung pun ok je. Hahahaha....

Seronok bukan main..lagi best sebab Amsyar sorang2 ja kat playground..boleh main sepuas hati......

Bebas berlari ke sana sini...jenuh nak kejar..berpeluh-peluh ibu...

Malaih nak panjat tangga la tu kan....nak naik dr bawah jugak..

Tengok apa la tu..khusyuk sungguh la....

Ada kawan la...leh main sama2...

Ok...hari dah nak malam..jom balik. Drive thru KFC beli dinner dulu la...ibu malas nak masak...hahaha...Seronok nampak dapat minum air milo...minum sikit je ok! xleh banyak2....

## Sekian aktiviti riadah kami dua beranak di petang hari....esok2 kalau xhujan kami beriadah lagi... 

26 March 2013

Muffin Yogurt Coklat Chip

Assalamualaikum..

Lama xupdate blog....kali ni jom cerita pasal masak2 pulak ye kawan2. Rajin masak? Tak jugak sebab tgk keadaan. Sy ni takde la hari2 rajin...ish2..kalau hari2 rajin camna la gamaknya. Kdg2 balik keje, main2 ngn anak, tidokan anak..last2 dgn sy sekali tido. Time tu memang malas la...Ni kisahnya..time balik kampung aritu akhirnya dpt jugak sy beli OVEN kesayangan yg telah sekian lama sy idamkan. Dari tahun lepas aim oven tu...akhirnya dpt jugak beli. Maka, semalam sy saja buat muffin tu untuk resmi oven baru. Hahahaha! Ciwi + over! Biarlah.....

Godek2 resipi dkt internet & terfikir nak buat muffin la...1st trial kan..harus buat yang senang2 dulu. Maklumlah, sy ni bukannya terror sgt membaking ni...Jom tgk resipi (pada sesiapa yg nak try)..serius! sangat senang & sedap....

MUFFIN YOGURT COKLAT CHIP 
Resipi dari: izahdaut

Bahan-bahan:
1 cawan tepung (tepung gandum)
1/3 cawan gula (klu xmau manis sgt, leh kurangkan)
1/2 cawan yogurt natural low fat (any brand)
2 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/3 cawan susu segar / susu cair 
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter (cairkan)
1/2 cawan coklat chip
1 biji telur

Cara-cara:
- Ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dalam 1 bekas besar. 
- Campur gula + garam. Ketepikan.
- Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin + sebati. 
-Kemudian masukkan susu cair, esen vanilla + butter. 
- Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
- Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt. 
- Masukkan coklat chip & sendukkan ke dalam muffin cup.
- Bakar selama 25 minit pd suhu 180c

Ni la hasilnya...pasni kena pakai muffin cup yang kecik. Baru nampak comel....

## Amsyar bwk muffin ke taska, makan dgn kwan2....