19 October 2012

Kenali tangisan bayi....

Assalamualaikum & happy Friday!!!


Anak menangis tidak semestinya sakit. Hakikatnya bayi menggunakan tangisan sebagai medium komunikasinya. Kenali erti tangisan bayi.

"Mama, Saya Lapar"
Sering kali tangisan dikaitkan dengan lapar. Penting anda memastikan bayi mendapat penyu
suan ibu yang mencukupi. Sekurang-kurangnya sebelum tidur pastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi bagi mengelak terjaga lebih kerap.

"Mama, Lampin Saya Basah"
Bayi merasa tidak selesa apabila lampinnya basah. Sekali gus membuatkan dia menangis! Kerap menukar lampin mengelak bayi daripada mengalami ruam. Ruam yang akan membuatkan bayi berasa tidak selesa yang membuatkan dia meragam.

"Mama, Saya Rimas"
Ruang tempat tidur bayi yang terlalu banyak bantal dan barang mainan membuatkan bayi berasa ‘lemas’ ketika berada dalam katil bayi. Pergerakan yang terbatas membuatkan bayi tidak selesa. Memadai hanya bantal, selimut dan bantal peluk serta mainan gantung untuk si manja tidur dengan lena.

"Mama, Saya Sejuk/Panas"
Persekitaran tempat tidur yang terlalu sejuk atau panas akan membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena kerana berasa panas atau sejuk. Jadikan pastikan bilik dalam suhu bilik 27°C yang membuatkan bayi berasa seronok berada dalam biliknya.

"Mama, Saya Sakit Perut"
Bayi yang mengalami kembung perut (kolik) akan menangis dalam tempoh yang lama dan sukar ditenangkan. Kakinya ditarik ke dada semasa menangis. Urutan pada bahagian perut dengan minyak telon melegakan si manja.

"Mama, Saya Letih Dan Mahu Tidur"
Bayi akan menangis apabila berasa terlalu letih. Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila mengalami situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya (cara ini membuatkan bayi bersama dirinya selamat). Apabila dia kembali tenang, cuba urut perlahan pada seluruh anggotanya tanpa perlu menanggalkan bajunya (waktu urutan yang paling baik adalah selepas bayi mandi).

"Mama, Baju Saya Tidak Selesa"
Memang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas.

Sumber :
PAMA : Disember 2011
http://pama.karangkraf.com/bayi/cara-bayi-berkomunikasi-1.10802

No comments:

Post a Comment