09 July 2014

#Throwback: Menu iftar 8 Ramadan...


Assalamualaikum...

Ni cerita #throwback ye kengkawan...
Bukan aku masak semalam @ pagi tadi.. 
Ari Ahad lepas...terasa nak buat nasi tomato pulak...
Actually hari Sabtu lagi dah nak buat...
Tengahari dah siap2 beli bahan-bahan semua..
Tetiba mak mertua telefon ajak berbuka umah dia...
Cuma buat agar-agar lapis milo ja bawak ke umah mak mertua..
Bukan tak boleh bawak nasi tomato...
Tapi nanti banyak sangat juadahnya...
Mak mertua pun masak banyak...
Haritu mak mertua masak kari ayam, ikan kembung masak asam, 
kerabu pegaga & nenas, kuih-muih...
Ha...kan dah banyak lauk pauk tu...


So, decided hari Ahad buat nasi tomato...
Nak kata 1st time buat xjugak..
Sebab dulu time bujang pernah buat...tapi time tu xberapa nak reti masak sgt kan...
Nasi tak jadi...hahaha...


So, nekad nak cuba lagi..
Resipi pakai ingat-ingat lupa ja guna resipi mak...



Untuk resipi nasi:

3 cawan beras (guna beras biasa pun boleh & nak lg cantik beras basmathi la kan)
Air untuk masak nasi (Agak-agak)
Butter @ Minyak sapi
Daun Pandan
Susu cair
Tomato puree
Sos tomato 
Garam

Bahan tumis:
Bunga lawang
Bunga Cengkih
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bawang besar - 1 labu (hiris)
Bawang putih - 3 biji (hiris)

Cara-cara masak:
1. Basuh beras mcm biasa & toskan
2. Panaskan butter @ minyak sapi, tumis bahan tumisan sampai naik bau.
3. Masukkan beras yang ditoskan & kacau sebati
4. Masukkan sos tomato, tomato puree, susu cair & daun pandan
5. Perasakan dengan garam
6. Masak nasi seperti biasa



Untuk resipi ayam masak merah:

Ayam - goreng separuh masak
Bawang besar - potong bulat
Kacang peas (untuk hiasan) - aku tak letak sb lupa nak beli
Garam
Sos tomato
Tomato puree

Bahan kisar:
Cili kering (5-6 tangkai)
Bawang besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Serai
Lengkuas
Belacan (Agak-agak nak letak banyak mana ye)

Cara-cara masak:
1. Goreng ayam separuh masak - ketepikan
2. Dengan lebihan minyak goreng ayam tadi, tumis bahan kisar
3. Tumis sampai naik bau & pecah minyak
4. Masukkan sos tomato, tomato puree 
5. Masak sehingga kuah agak pekat & tambah air sedikit kalau nak kuah lebih
6. Perasakan dengan garam
7. Masukkan bawang besar & kacang peas



Alhamdulillah...menjadi...
Nasi Tomato, Ayam Masak Merah & Acar Timun


Weekend ja masuk dapoq ketang ketung pun...weekend ja sibuk pikiaq nak masak apa...
tanya papa amsyar, nak makan apa arini...ala..masak ja apapun...
lagi la pening nak pikiaq...hehehe...nasib laki aku tak cerewetssssss...
apa aku masak dia makan...sonang aku...

Tapi weekdays memang beli lauk tunjuk 1-2 jenis...udah..aku sorang je pun nak makannya...
plus untuk anak bujang sorang tu jgk..dia pun makan xbanyak mana...


** Orang sibuk update beli baju raya dah...aku? Nanti la..seminggu nak raya baru p beli...hahaha... 



No comments:

Post a Comment