30 September 2014

Pregnancy Journey: Misi mencari playpen utk adik Amsyar....


Assalamualaikum...


Masih ada lagi barang adik Amsyar yang belum setel...
Alahai...mcm malas ja nak pikiaq...
Tapi mau tak mau kena pikiaq jugak...
Kena kasi setel sebelum adik Amsyar keluaq...
Last week done mendobi baju adik Amsyar...
Basuh mana yang ada dulu...
Kebanyakkannya baju-baju Amsyar...
Recycle bagi adik pakai...
Bab baju nak kena beli tambah sikit je lagi....
Pastu setel bab baju-baju nie...


Dalam list, nak kena mencari playpen/baby coat...
Rasanya memang patut beli bila pikiaq takut pulak kalau Amsyar nanti buat aksi 'stunt' atas adik dia...
Tak la minta benda tu jadi kan...tapi kena bersedia la....
Tak tau apa reaksi dia bila adik keluar ada depan mata dia....


So, survey2 la sana sini playpen/baby coat ni...
Boleh tahan mahal jugak yea... hahahaha...(ikut brand la)


Minat yang camni...siap ada mosquito net...
Dok kampung nanti tau saja la kan...
Nyamuk banyak...hehehe...
tapi jenis macam ni boleh tahan jugak reganya...

SNIGLAR Cot   The cot base can be placed at two different heights.
Ada jugak survey jamu mata IKEA punya baby coat...
Ni yang paling murah... RM 179...
Tapi nanti kena beli penghadang kiri kanan tu pulak....

KOMPISAR Bumper pad  
Ni ha...dah RM 49.00
Lagipun xberkenan sangat jenis baby coat ni...
Prefer playpen lagi...


 

 

Ini dekat Manjaku Baby Mall, Silibin Ipoh...
Banyak barang baby kat sini...
Harga pun okey...
Playpen paling murah kat sini yang RM 199.90 tu...
Tu pun promosi..kalau harga biasa dalam RM 200 - RM 300 la...
Jom lawati babaymanja homepage utk mengetahui lokasi di tempat anda


Buat jugak survey dekat Mydin, Giant & Tesco...
Mana la tau tetiba ada promotion kan....
Alhamdulillah,..Tesco ada buat promosi...
Playpen RM 199.00 promosi dapat harga RM 159.00
Okey la...harga dalam bajet kami....


Ni time pegi Tesco waktu lunch...
Terus amik gambar mesej papa bagitau ada promosi...
Sabtu lepas terus ke Tesco rembat...hihihi...
Nasib baik...sebab banyak dah abis...stok dah xdak...
Time kami p tu, tinggal 2 aje...1 yang display punya...1 yang memang stok akhir...
Fuh...nasib baik...ada rezeki kami...
Yang tinggal pun 2 kaler sahaja...biru & merah....


* Lega....done bab playpen...
Next..misi mencari tilam kekabu la pulak...


29 September 2014

Sharing: Wajib buat di Trimester Akhir...


Assalamualaikum...

Artikel dari pa&ma
Just share...


Sebaik ibu hamil memasuki trimester akhir bermaksud semakin mendekati saat hendak melahirkan bayi. Ketika ini selain penjagaan kesihatan dan pengambilan makanan perlu lebih diberi perhatian, bakal ibu juga perlu ada senarai apa yang wajib dilakukan pada trimester ketiga kehamilan.
1. Mengira jumlah pergerakan bayi
Bayi dalam kandungan semakin aktif bergerak. Biasanya doktor akan menyuruh ibu mengira jumlah pergerakan tersebut dalam sehari mesti melebihi 10 kali untuk memastikan bayi sihat dan selamat. Maka nikmati saat manis pergerakan bayi anda yang pasti akan dirindui apabila dia sudah dilahirkan kelak.
- Dah start kira baby movement start minggu ke 30....adik Amsyar kali ni lebih aktif dari Amsyar dulu...boleh rasa beza nya...

2. Belajar menyusukan bayi
Sebagai bakal ibu tentu anda mahu berikan yang terbaik kepada bayi. Jika berazam untuk memberikan susu ibu secara eksklusif, mulalah belajar pelbagai panduan penyusuan daripada kawan-kawan yang berpengalaman selain banyak membaca dan mencari info.
- InsyaAllah kalau ada rezeki adik Amsyar..macam Amsyar dulu...

3. Memilih doktor menyambut kelahiran
Tidak kira apa pilihan hospital bersalin anda, diharap semuanya dapat memenuhi kehendak dan keupayaan anda dalam melahirkan si buah hati kelak.
- InsyaAllah...

4. Menyiapkan beg ke hospital
Jangan lupa mengemas barang keperluan ibu dan anak untuk dibawa ke hospital. Simpan beg tersebut dalam kereta bagi memudahkan anda ketika menghadapi saat kecemasan ke hospital pada bila-bila masa.
- Part ni...belom ready apapun lagi...hahaha...barang pun blom abis beli...hope sempat beli & sempat menyiapkan beg ke hospital...jgn last minute ok..Time Amsyar dulu, memang last minute pun...tu pun sebab kakak dok bising2...hahaha...

5. Membasuh pakaian bayi
Segala pakaian dan segala keperluan bayi yang baharu dibeli hendaklah dibasuh bersih terlebih dahulu sebelum dipakai oleh bayi. Oleh itu pastikan anda membersihkannya di awal trimester ketiga kerana siapa tahu anda bersalin awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
- Hah..minggu lepas baru setel dobi baju baby...tapi part 1 baru sebab akan ada part 2...ada lagi yang tak beli...hihi...

Kelahiran si buah hati ke dunia ini memang sangat dinanti-nantikan. Jadi, buat persiapan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing ya.

Rafieq Amsyar: Happy 3rd Birthday my dear!!!


Assalamualaikum...


Alhamdulillah...
Harini 29 September 2014, Rafieq Amsyar genap 3 tahun...


Happy 3rd birthday sayang ibu !!!


Doa ibu, kamu menjadi anak yang yang soleh...
Anak yang mendengar kata...
Anak yang dapat mendoakan kesejahteraan ibu & papa suatu hari nanti...

Doa ibu jugak, kamu sentiasa sihat..sentiasa diberi kesihatan yang baik....
Dan juga sentiasa berada dibawah lindunganNya...

Amin.....ya rabbal a'lamin...


Gambaq fresh pagi tadi time nak ibu pegi work...
Hehehehe....

#Throwback....3 years ago....


It's been beautiful seeing you grow up my dear!!!!
Love u sweetheart!!
Happy 3rd birthday....



Throwback story 1st & 2nd birthday....


26 September 2014

Sharing: Suntikan Epidural...


Assalamualaikum...

Terbaca satu artikel ni dekat FB Danita Maternity Store
Just copy & share utk pengetahun sendiri & kwn2 jugak...
Korang mesti pernah dengar psl suntikan epidural ni kan?
Ada jugak yang pernah ambil....
Jom kita baca....

APA ITU EPIDURAL??

Epidural adalah satu suntikan ke dlm satu ruang kecil di belakang dgn menggunakan jarum yg bengkok & berlubang (ok..takleh imagine camna rupa jarum bengkok & berlubang ni)

Seorang pakar bius akan mencucuk hujung jarum yang bengkok tersebut ke antara dua vertabrae & jarum itu akan masuk ke dlm ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang yang dinamakan ruang epidura.

Satu tiub halus (katerer) akan disalurkan melalui jarum tersebut & kemudiannya hanya jarum tersebut yang akan dicabut keluar.

Katerer halus itu akan dilekatkan pada belakang anda & local anaesthetics (sejenis kelas dadah yg digunakan utk menghilangkan daya ransangan) akan disalurkan melalui katerer tersebut utk mengebaskan bahagian bawah anda.

Cara lain pula, katerer akan dilekatkan pd satu pam kecil yg membolehkan pakar bius mengawal jumlah local anaesthetics yg diperlukan & pam kecil tersebut akan mengawal suntikan dos yg dilepaskan mengikut masa yg ditetapkan.

Ianya berfungsi sama seperti doktor gigi yang mengebaskan bahagian gusi anda sebelum mencabut gigi. Bahagian tersebut akan dikebaskan dimana saraf yg berfungsi membawa isyarat sakit dari rahim atau serviks anda akan dimatikan dengan epidural ini dalam tempoh tertentu.

Epidural selalunya sangat efektif tetapi akn mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit utk berkesan. Jika anda mengambil suntikan epidural, anda tidak akan merasa perasaan untuk push kerana kesan kebas.


EPIDURAL BUKAN UNTUK ANDA SEKIRANYA:

- Anda ada masalah darah beku (blood-clot) & mengambil ubat mencairkan darah.
- Anda pernah dibedah dibahagian belakang.
- Anda mempunyai kiraan platlet rendah
- Mengalami jangkitan darah
- Mengalami pendarahan @ dalam keadaan kejutan.
- Pakar bius tidak dpt mencari kawan epidura anda.
- Jika bukaan kelahiran berlaku secara cepat, tdk akan ada masa mencukup utk mengawal dos epidural anda.


FAEDAH MENGAMBIL SUNTIKAN EPIDURAL:

- Anda boleh berehat jika proses kelahiran mengambil masa yang panjang. Dengan tdk merasa sakit ketika proses bersalin, anda mungkin mengalami proses kelahiran yg mudah & tdk traumatik.

- Jika anda mengambil epidural kerana caeseran, anda boleh berjaga ketika pembedahan & melihat proses kelahiran bayi. (Nak tengok perut dibedah pun boleh ~ atas kebenaran doktor)

- Epidural amat berkesan dlm memberi anda rehat yg cukup, perasaan yg tenang & kuat utk menghadapi proses kelahiran.

- Kebanyakan kes kelahiran dgn bantuan epidural adalah sukses! Anda tdk perlu takut utk meminta epidural jika mahu.


KESAN DARI SUNTIKAN EPIDURAL:

- Epidural boleh menyebabkan tekanan darah turun secara tiba-tiba. Utk ini, tekanan darah anda akan diperiksa secara rutin utk memastikan anda & bayi sihat.

- Anda mungkin mengalami sakit kepala yg teruk akibat kebocoran dari cecair tulang belakang. Jangan risau hanya 1% akan mengalami kesan sebegini. Jika ini berlaku, satu posedur "blood patch" akn dibuat dimana darah anda disuntik kedalam bahagian epidura utk menghilangkan rasa sakit kepala itu. Selepas disuntik, anda hanya terbaring secara mengiring sebelah dan dimonitor denyutan jantung bayi. Terbaring mengiring mungkin boleh melambatkan/memperlahankan proses kelahiran.

ANTARA KESAN SAMPINGAN:

- Menggigil, telinga berdesing, sakit belakang, kebas ditempat jarum dicucuk, loya & kesukaran kencing.
- Epidural boleh menyebabkan kelahiran bayi memerlukan bantuan sampingan seperti Pitocin, forceps, vakum dan caesarean (sekira epidural kelahiran normal)
- Selepas beberapa jam selepas kelahiran, anda mungkin akan masih tidak merasa apa-apa di bahagian bawah badan & memerlukan bantuan utk bergerak.

Jika anda tidak pasti tentang suntikan epidural semasa kelahiran nanti, berbincang dgn doktor kerana terdapat pelbagai cara lain utk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin.

Tetapi jangan risau sekiranya anda ingin menempuh proses kelahiran dengan relaks & santai menggunakan suntikan epidural. InsyaAllah, dengan bantuan pakar bius dan mereka yg terlibat, epidural tdk akan mendatangkan masalah.

Rehat dgn tenaga yg mencukupi sebelum proses meneran kelahiran adalah sangat penting.



Sumber lain tentang Suntikan Epidural:
drzubaidi.com/blog
http://portal.alamhamil.com/faqs-kehamilan/semasa-bersalin/70-epidural-anesthesia.html
http://islamqa.info/en/110531



epidural
Gambar: Google

** Sekadar perkongsian...Wallahualam...


25 September 2014

Dalam dilema...


Assalamualaikum...


Awai pagi sebelum start enjin buat keja moh update blog dulu...
Kang dah bizi apapun tak boleh...
Okey..sekarang memang bizi yang amat2...
Maklum la...nak cuti lama...kena setel keja-keja yang tertunggak...


Dalam bizi buat keja aku sekarang tengah pening a.k.a dalam dilema memikirkan nak bersalin mana ni....actually xda hal pun nak bersalin Ipoh @ A.Staq...
tapi tak tau la awat masih menjadi masalah bagi aku...
Padahal benda boleh setel.... hahahaha...
Bagi aku, yang masalahnya sekarang ialah kalau nak balik bersalin dekat A.Staq,
aku kena apply cuti at least seminggu awai.... (Bab nak cuti ni la mcm problem besaq sikit ~ company aku ni susah sikit kalau nak apply cuti)
Kalau bersalin dekat Ipoh pulak kena ajak mak abah mai awai in case kalau nak bersalin time papa Amsyar takdak...


So, lepas berbincang kami suami isteri...papa Amsyar suggest amik cuti awai seminggu then balik kampung... at least kat kampung ada org tengokkan... betoi la tu....
Tapi.... (tetap ada tapi kan) itu kalau seminggu dari due date xbersalin lagi...boleh la...
Buatnya bersalin macam Amsyar time 37minggu..memang tak la nak balik kampung...memang bersalin kat Ipoh ni je....


So...aku pun pikiaq lagi dengan mendalam.... 
Keputusan yang diambil adalah kalau dalam masa seminggu dari due date tak bersalin, 
okey...aku balik kampung....
Tapi, kalau bersalin awai..memang redho bersalin kat Ipoh je...
Setel masalah!!!! Hahahahaha....


Actually tak kisah la bersalin mana pun...yang penting, aku & baby selamat...
Betoi dak??? Tapi kalau tanya aku mana satu of course aku nak bersalin dekat A.Staq...
Hihihi....


Lilypie - (ANgi)

Sekarang dah 31 weeks....4 hari lagi masuk 32 weeks....entering 8 months...
59 days to go.... 

24 September 2014

Wordless Wednesday: Rezeki ALLAH itu luas....


Assalamualaikum...

Dihari yang bizi yang amat...
Moh kita buat wordless wednesday ja...
hahahaha...


 


* Mari kita sama-sama renungkan....

Sumber: FB

23 September 2014

Rafieq Amsyar check up 3 tahun....


Assalamualaikum...

Semalam 22/9/14 bawak Rafieq Amsyar check up 3 tahun...
Minggu depan 29/9/14 genap anak ibu ni 3 tahun...
Alhamdulillah...dah besar anak ibu...
Semakin petah berbicara...akai pun banyak...tapi, alhamdulillah, biar banyak akai..
biar apapun...janji anak ibu ni sihat walafiat....
Kurang 2 bulan nak jadi abang dah...InsyaALLAH...

Check up kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak Wallcourt...
Alhamdulillah...perkembangan semua okay...

Berat: 14kg
Tinggi: 99cm


Tahun depan nak masuk tadika dah...
InsyaALLAH semoga apa yang ibu & papa plan untuk Amsyar akan berjalan dengan lancar...


** Tengah blurrr pikiaq nak celebrate birthday minggu depan cemana...hahaha...

18 September 2014

Selamat Hari Lahir Mak...


Assalamualaikum...


18 September 1949...
65 tahun yang lalu....
Dia dilahirkan....

Kini usianya sudah 65 tahun...
Dia lah insan yang paling istimewa...
Dia lah insan yang paling ku hormat...
Dia lah insan yang melahirkan aku ke dunia 31 tahun yang lalu...
Insan yang tak pernah jemu, tak pernah penat melayan & mendidik aku...

Dia lah ibu ku....

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Rendahkanlah suaraku, perindahkan percakapanku & lembutkan hatiku untuk ibuku...
Puan Hajah Jamaliah Binti Ismail...
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku....
Peliharalah dia sebagaimana dia memeliharaku....

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunilah dosa-dosanya & kasihanilah dirinya...
Sebagaimana dia mengasihaniku sejak dari kecil...
Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berilah keberkatan dunia dan akhirat kepada kehidupan kami...

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih...

Amin Ya Rabbul A'lamin... 


SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN MAK....

SESUNGGUHNYA TIADA KATA-KATA @ HADIAH YANG DAPAT DIBERIKAN MELAINKAN SETITIS DOA SEMOGA MAK SENTIASA SIHAT & DIRAHMATI...

Mak dengan cucu-cucu... Rafieq Amsyar & Firyal Nurain...

17 September 2014

Mengidam nasi daging....


Assalamualaikum...

Bulan lepas tak tau la pasai apa...boleh pulak mimpi makan nasi daging...
Adoi...kalau dah sampai masuk mimpi tu, memang rasanya kena cari la...
Nak buat sendiri...memang tak la...malaih nak masak...masak simple2 tu boleh la...
Nasi daging boleh dikategorikan sebagai makanan renyah jugak nk memasaknya...
Kena ada time rajinnya baru leh masak nasi daging dengan senang hatinya...


Kena pulak time tu masih dalam bulan Syawal...
Harap sangat ada yang buat open house menu nasi daging...
Takdak jugak...kesian baby nak makan nasi daging... :-P
Memang betoi2 teringin ni...padahal sebelum ni mana layan sangat nasi daging ni...


So, post kat FB & ada yang suggest masak sendiri....
kakak kat kampung pulak kata tunggu raya haji dia masakkan (raya haji kan banyak daging)..tapi, cam lambat je lagi nak raya haji...
Sepupu kat Kedah suruh balik kampung...dia masakkan... (raya puasa aritu baru balik...rasanya memang tak balik kot dlm waktu terdekat ni...)


So...nak dijadikan cerita...time demam aritu ajak papa balik kampung...
Tak plan pun nak balik....
Mungkin sebab demam...(boleh dikatakan teruk jugak la demam kali ni)
Ingat nak balik ambik angin kampung....
Balik la kami 3 beranak ari Jumaat tu...
Teringat sepupu kata dia nak masak kalau blik kampung...
Terus mesej dia.."kak da...nak makan nasi daging boleh?"
Alhamdulillah....rezeki nak makan ada jgak...
Kak da masakkan nasi daging & dinner malam tu p makan kat umah kak da....


Sejujurnya...iols tambah 2 pinggan okey...hahaha....
Rugi xmakan banyak sebab sedap...
Lepas tu sengkak..tersandar kekenyangan...(ish..buruk perangai)


Antara menu-menu:
- Nasi daging
- Daging rebus
- Kari ayam
- Air asam (ini wajib)
- Kerabu Epal
- Ayam goreng berempah


** Terima kasih kak da....masakkan nasi daging untuk ibu mengandung yang mengidam ni...
Alhamdulillah....

16 September 2014

Selamat Hari Malaysia...

Assalamualaikum semua...


Harini 16 September 2014...
Selamat Hari Malaysia....
Semoga Malaysia sentiada dibawah rahmatNya....
Sentiasa dipelihara dari sebarang kejadian yang x diingini...
Dijauhkan dari musibah & malapetaka...

Harini ramai ambik peluang cuti umum pegi jalan2 dengan family...
Pegi holiday sana....holiday sini...bestnya....
Ada juga yang kena bekerja harini (cam papa amsyar...hihi)
Kami dua beranak dok umah ja...
Malas nak ke mana2... Cuma ingat nak ke tesco kot karang...
Teringin nak makan cheese cake... Cari bahan....
Petang nanti pprojek cheese cake pulak...

Apapun aktiviti semua harini...hope semuanya enjoy!!!!



15 September 2014

Pregnancy Journey: 2nd pregnancy...


Assalamualaikum...


Lilypie - (MllS)


Baru ada kesempatan nak update kisah 2nd pregnancy nih...
Alhamdulillah...sekarang dah masuk trimester ketiga dah...
Dah 30 weeks...Allah... cepat kan masa berlalu...
Tinggal 10 weeks lagi...

Early March macam rasa lain...letih & penat yang lain macam...
Balik keja ja mesti nak baring...
Terdetik dalam hati ni...mengandungkah? 
Tapi xcheck UPT lagi...ingat letih2 biasa...
Tapi bila berlarutan,...check la jugak....
Alhamdulillah...+ve...terus naik double line...
Yang lawak time tu dah pukul 12 tgh malam...
Terjaga dari tidoq, dok mamai lagi...
Terus WhatsApp papa Amsyar...tanya dulu dah tidoq ka belum...hahaha...
Pastu baru send gambaq... dia pun macam tak percaya...
Tapi, Alhamdulillah,...rezeki kami...
Amsyar nak jadi abang dah....

Alahan???
Alhamdulillah...sama macam Amsyar dulu jugak...takdak alahan/mabuk yang teruk...
Cuma biasa la..letih/penat mcm tu ja...

Masuk minggu ke 13 baru p buat buku pink...hahaha..
Konon tak mau p awai2 la sebab malaih nak p check up bulan2 tu...
Pastu padan muka kena marah dgn nurse sebab lambat register... hihi...
Sama macam Amsyar dulu jugak....ada kencing manis time pregnant...
So, kena la control diet....makan yang berkhasiat & jaga pemakanan...
Tapi sesekali langgar pantang jugak...hihi....

1st scan dekat klinik swasta...
Time ni 11 weeks dah...
EDD ikut scan 28/11/2014...
Alhamdulillah...nampak adik Amsyar dah walaupun dia tecik lagi.....


Last scan minggu lepas....
29 weeks time ni...
Alhamdulillah...baby ok..semua ok...berat pun ok...dah 1.5kg...
Jantina pun dah nampak...90% doktor confirm... :-)
Boleh la ibu start beli baju dah...hehehe...


Untuk adik baby...


Doakan semuanya selamat & dipermudahkan...Amin Ya Rabbal'alamin...

12 September 2014

Singgah Penang....


Assalamualaikum..

Curi masa time lunch update ni.. kalau tak pakai xupdate la blog untuk harini (alasan)..
Harini bizi yang amat...actually hari-hari bizi...

Short & unplanned actually..
Odw nak balik Ipoh last week, saja la gatai cakap kat papa Amsyar nak makan pasembur..
Teringin pulak nak makan (ok..skang boleh guna alasan teringin...pasni jangan harap)... hahaha....
So, bila cakap teringin korang agak2 dapat ke tak dapat?
Hihi..mesti lah dapat...(Lompat bintang suka)... TQ Papa...
Sambil tu nak ajak naik jambatan kedua Pulau Pinang tu...
Siap request lagi naik feri ke Penang then balik ikut jambatan kedua....

Okey..semua hajat dan keinginanku tertunai....amin.....
Amsyar pun excited kemain naik feri...ini 1st time dia naik feri...

Angin agak kuat haritu...hari nak hujan..
Memang msuk je kereta dalam feri...dah rasa mabuk laut...sebab angin kuat...rasa pening..
Bila feri dah jalan, baru keluar..then dah rasa ok....angin kuat memang best la..
Jalan pun leh melayang (eh..xla melayang..tapi bayangkan angin kuat kita jalan pastu cam xstabil gitu)....

1st time for Amsyar naik feri...
Excited bukan main...
tapi xberani jalan sendiri...
Agaknya sebab angin kuat sangat...
Nak papa dia dukung jugak...
Sambil tengok laut...dok nak swimming aje sampai ke sudah...
Ingat boleh swimming kot kat laut tu...


Wajah ceria, excited semua ada..
Ibu pun excited sebab dah lama tak naik feri...


Ok..terus menuju ke Padang Kota Lama...
Hari nak hujan...Alhamdulillah dapat tempat duduk baru hujan turun dengan lebatnya...
Kami oder pasembur Padang Kota & Kerang Bakar...
Pasembur banyak tu harga RM 19.00... hahahaha..makan sampai kenyang..
Kerang Bakar lak amik portion untuk sorang makan je...tapi banyak jugak dia bagi...
Harga Kerang Bakar RM10.00.. 
Alhamdulillah...kami bertiga makan dengan berselaranya...
Sedap weh pasembur tu...Amsyar pun makan tanpa toleh kiri kanan (hahaha...ni saja buat cerita)


 

Ha...kan dah kata makan tanpa toleh kiri kanan...hihihi...
Ingatkan dia xmakan..sebab dok bajet kuah pasembur mesti pedas...
tapi ok la...kalau Amsyar boleh makan maknanya kuah tu tak pedas la...


Boss makan...siap kupaskan kerang lagi...auwwwww.. so sweet...
Hehehehe...thanks papa belanja kami...


Last gambaq orang mengidam nak makan pasembur...hehehe....
Alhamdulillah..


11 September 2014

Lama menyepi....


Assalamualaikum kawan2 blog semua...

Terima kasih sebab ada yang ambik berat tanya bila nak update blog? Hehehe...
Macam mana nak cakap ya? Hurmm...senang cerita memang sindrom 'malaih' menyerang...
Blog hari2 buka....baca blog kawan2...tapi nak update memang malaih...
So, kali ni rajinkan diri balik untuk update blog...
Banyak cerita nak dikongsi dengan kawan2 semua...
Cerita Rafieq Amsyar yang nak masuk 3 tahun ujung bulan ni..
Cerita adik Amsyar yang dah 7 bulan dalam perut ibu sekarang ni...
Persiapan Amsyar nak masuk tadika tahun depan...survey tadika yang terbaik untuk dia...
Persiapan nak sambut adik Amsyar 2 bulan lagi...until now, apapun xbeli lagi...
Macam-macam la....
Takpa...kita cerita pelan2 no...one by one...
InsyaAllah...

Nah, belanja gambaq hero ibu untuk mukadimah lama menyepi...
Ultraman & Ironman...






Hahahaha..abaikan keadaan rumah yg semak maha dasyat tuh..
Dengan tilam depan TV..ni semua gara-gara kisah ibu & Amsyar demam minggu lepas..
Nanti kita story mory yea...