26 September 2014

Sharing: Suntikan Epidural...


Assalamualaikum...

Terbaca satu artikel ni dekat FB Danita Maternity Store
Just copy & share utk pengetahun sendiri & kwn2 jugak...
Korang mesti pernah dengar psl suntikan epidural ni kan?
Ada jugak yang pernah ambil....
Jom kita baca....

APA ITU EPIDURAL??

Epidural adalah satu suntikan ke dlm satu ruang kecil di belakang dgn menggunakan jarum yg bengkok & berlubang (ok..takleh imagine camna rupa jarum bengkok & berlubang ni)

Seorang pakar bius akan mencucuk hujung jarum yang bengkok tersebut ke antara dua vertabrae & jarum itu akan masuk ke dlm ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang yang dinamakan ruang epidura.

Satu tiub halus (katerer) akan disalurkan melalui jarum tersebut & kemudiannya hanya jarum tersebut yang akan dicabut keluar.

Katerer halus itu akan dilekatkan pada belakang anda & local anaesthetics (sejenis kelas dadah yg digunakan utk menghilangkan daya ransangan) akan disalurkan melalui katerer tersebut utk mengebaskan bahagian bawah anda.

Cara lain pula, katerer akan dilekatkan pd satu pam kecil yg membolehkan pakar bius mengawal jumlah local anaesthetics yg diperlukan & pam kecil tersebut akan mengawal suntikan dos yg dilepaskan mengikut masa yg ditetapkan.

Ianya berfungsi sama seperti doktor gigi yang mengebaskan bahagian gusi anda sebelum mencabut gigi. Bahagian tersebut akan dikebaskan dimana saraf yg berfungsi membawa isyarat sakit dari rahim atau serviks anda akan dimatikan dengan epidural ini dalam tempoh tertentu.

Epidural selalunya sangat efektif tetapi akn mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit utk berkesan. Jika anda mengambil suntikan epidural, anda tidak akan merasa perasaan untuk push kerana kesan kebas.


EPIDURAL BUKAN UNTUK ANDA SEKIRANYA:

- Anda ada masalah darah beku (blood-clot) & mengambil ubat mencairkan darah.
- Anda pernah dibedah dibahagian belakang.
- Anda mempunyai kiraan platlet rendah
- Mengalami jangkitan darah
- Mengalami pendarahan @ dalam keadaan kejutan.
- Pakar bius tidak dpt mencari kawan epidura anda.
- Jika bukaan kelahiran berlaku secara cepat, tdk akan ada masa mencukup utk mengawal dos epidural anda.


FAEDAH MENGAMBIL SUNTIKAN EPIDURAL:

- Anda boleh berehat jika proses kelahiran mengambil masa yang panjang. Dengan tdk merasa sakit ketika proses bersalin, anda mungkin mengalami proses kelahiran yg mudah & tdk traumatik.

- Jika anda mengambil epidural kerana caeseran, anda boleh berjaga ketika pembedahan & melihat proses kelahiran bayi. (Nak tengok perut dibedah pun boleh ~ atas kebenaran doktor)

- Epidural amat berkesan dlm memberi anda rehat yg cukup, perasaan yg tenang & kuat utk menghadapi proses kelahiran.

- Kebanyakan kes kelahiran dgn bantuan epidural adalah sukses! Anda tdk perlu takut utk meminta epidural jika mahu.


KESAN DARI SUNTIKAN EPIDURAL:

- Epidural boleh menyebabkan tekanan darah turun secara tiba-tiba. Utk ini, tekanan darah anda akan diperiksa secara rutin utk memastikan anda & bayi sihat.

- Anda mungkin mengalami sakit kepala yg teruk akibat kebocoran dari cecair tulang belakang. Jangan risau hanya 1% akan mengalami kesan sebegini. Jika ini berlaku, satu posedur "blood patch" akn dibuat dimana darah anda disuntik kedalam bahagian epidura utk menghilangkan rasa sakit kepala itu. Selepas disuntik, anda hanya terbaring secara mengiring sebelah dan dimonitor denyutan jantung bayi. Terbaring mengiring mungkin boleh melambatkan/memperlahankan proses kelahiran.

ANTARA KESAN SAMPINGAN:

- Menggigil, telinga berdesing, sakit belakang, kebas ditempat jarum dicucuk, loya & kesukaran kencing.
- Epidural boleh menyebabkan kelahiran bayi memerlukan bantuan sampingan seperti Pitocin, forceps, vakum dan caesarean (sekira epidural kelahiran normal)
- Selepas beberapa jam selepas kelahiran, anda mungkin akan masih tidak merasa apa-apa di bahagian bawah badan & memerlukan bantuan utk bergerak.

Jika anda tidak pasti tentang suntikan epidural semasa kelahiran nanti, berbincang dgn doktor kerana terdapat pelbagai cara lain utk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin.

Tetapi jangan risau sekiranya anda ingin menempuh proses kelahiran dengan relaks & santai menggunakan suntikan epidural. InsyaAllah, dengan bantuan pakar bius dan mereka yg terlibat, epidural tdk akan mendatangkan masalah.

Rehat dgn tenaga yg mencukupi sebelum proses meneran kelahiran adalah sangat penting.



Sumber lain tentang Suntikan Epidural:
drzubaidi.com/blog
http://portal.alamhamil.com/faqs-kehamilan/semasa-bersalin/70-epidural-anesthesia.html
http://islamqa.info/en/110531



epidural
Gambar: Google

** Sekadar perkongsian...Wallahualam...


2 comments: