02 October 2014

Pregnancy Journey: 33 weeks....


Assalamualaikum...


33 weeks now...another 7 weeks to go...
Berdebor, nebes, excited semua ada...


Artikel dari www.babycenter.com.my


Berat bayi anda sekarang 2kg (last check up aritu doktor kata baby dh 1.98kg) dan panjangnya lebih kurang 44sm dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menterbalikkan badannya - kepalanya seharusnya menghala ke bawah.

Doktor anda akan memberi perhatian rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini kerana sesetengah bayi kadangkala suka berpusing balik.

Tengkorak bayi masih lembut dan belum bertaut, utk membolehkannya keluar melalui saluran kelahiran yg agak sempit. Tetapi tulang-tulang dibahagian lain tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika ini bayi pertama anda, kepala bayi akan bergerak masuk ke dalam pelvis dalam minggu ini dan akan menekan serviks dengan kuat (Ini sering berlaku kepada sesetengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali). Jika anda ibu buat jaki kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan proses kelahiran bermula.

Anda mungkin nampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda mejadi bengkak menjelang waktu petang, Retensi air (oederma) adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan disebelah petang. Hairannya, banyal meminum air membantu mengurangkan retensi. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair. Jadi, minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap pada tangan atau muka berlaku dgn tiba-tiba, hubungilah doktor anda. Ini mungkin tanda praeklampsia.


** Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenaoi perkembangan fetus dalam rahim.



No comments:

Post a Comment