29 August 2015

Resipi: RISOLES DAGING WITH CHEESE

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


Resipi dari FB - Rina Talib Full
Nampak macam senang & menarik kan nak buat...
So, cari bahan & terus buat..


Bahan-bahan untuk inti (lebih kurang macam inti karipap)

~ Daging cincang (400g) 
~ Kentang (potong dadu) - 3 biji
~ Bawang Besar (dadu) - 1 biji
~ Serbuk lada hitam
~ Bawang putih 
~ Minyak
~ Tepung Jagung + Air (optional, tak letak pun takpa)
~ Garam + Gula

~ Additional mozarella cheese 

Cara masak

~ Tumis bawang putih, bila naik bau masukkan daging & kacau rata
~ Masukkan ubi kentang + bawang besar + 1 cawan air 
~ Masukkan serbuk lada hitam, gula + garam & kacau hingga agak kering
~ Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga inti agak pekat + melekat


Inti yang dah siap...ketepikan dan buat pula adunan untuk kulit risoles...


Bahan-bahan untuk adunan risoles (macam buat adunan kuih ketayap)

~ 2 cawan tepung gandum
~ 2 cawan santan pekat
~ 1 biji telur
~ 1 1/2 cawan air
~ Garam


- Blend semua bahan & agak-agak senang untuk di lenggang 


Letak inti dan tabur mozarella cheese...
Lepas tu gulung macam biasa..macam kuih ketayap tuh...


Lebih kurang macam ni la rupa nya bila dah lipat....


Last step....celup risoles dalam telur & golekkan atas serbuk roti...
Serbuk roti tu As buat ssendiri sebab tak sempat nak beli...


Tada!!!
Udah siap pakai baju...hehehehe..
Lepas tu goreng la..


Selamat mencuba...

2 comments: