01 August 2018

Resipi: Ketupat Sotong

Assalamualaikum....

Tak pernah seumur hidup As masak & makan ketupat sotong ni tau. Tapi bila rasa dekat rumah biras, sedap rupanya. Boleh la try buat sendiri kan bila ada masa. Kebetulan, ke Tesco nampak sotong yang besar-besar & murah, terus teringat nak buat Ketupat Sotong ni. Mulanya husband suruh buat sotong goreng tepung je...

Belanja picture yang dah siap...hihihi...1st trial, not bad la. Husband As cakap okey...so, kira okey ka tu kan...As tgk ada yang kuah kaler lg gelap. Mungkin letak lagi banyak gula melaka kot. Tapi bagi As, camni dah okey. Kira blend la rasa manis, lemak & halba & halia tu...Amsyar je makan dah berapa ekor...dia suka la tu...hihi...

Nak masak, masuk je semua dalam periuk. Susun cantik-cantik....


Jom tengok resipi...As dapat resipi dari blog http://dapur-mamasya.blogspot.com. Thanks blog Mamasya sebab share resipi yg senang & cepat faham (untuk yang 1st time nak try buat ni...hehehe)




Okey, selamat mencuba. Senang je ni kan. Kalau nak beli pun tak tau kat mana. Maybe belah-belah terengganu sana adalah jual.

31 July 2018

Update beli rumah: Loan dah lulus!!

Assalamualaikum...

Hai orang yang baca blog kiter...hihihi...hope semua sihat, alhamdulillah....

Since ada update pasal misi mencari rumah dalam blog, Alhamdulillah, loan untuk beli rumah dah lulus!!! Syukur sangat-sangat...tak lama dah, sikit lagi je nak miliki rumah sendiri. Allah permudahkan semua urusan dari saat decide nak beli, deal dengan owner, appoint lawyer, apply loan online, submit borang sampai kami sendiri ke Putrajaya sana hantar sendiri dokumen-dokumen. Eksaited campur tak sabar kitaorang ni. Hahahaha...biasa la kan, nak beli rumah sendiri ni. Feel dia lain macam...

Kami apply government loan...dan Alhamdulliah dapat full loan. Untuk yang apply government loan ni, semuanya kena isi online dekat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Lepas dah isi online, kena minta pengesahan dari Ketua Jabatan & surat dari majikan...lepas tu kena submit dokumen yang diperlukan dalam masa 60 hari. Kalau takde dokumen yang sangkut @ tak complete, cepat je diaorang approve. Lepas ni komitmen nak bayar bulan-bulan tu bertambah la sikit dari sekarang ni menyewa. Hihihi....

Bila dah dapat surat kelulusan @ Offer Letter dari LPPSA yang loan lulus, baru lah dapat nak buat permohonan untuk keluarkan EPF untuk bayar deposit rumah 10%. Alhamdulillah, kami kenal dengan owner ni, so 10% deposit tu dia boleh tunggu sampai dapat keluarkan EPF. So, sekarang ni kami tunggu EPF approve lepas tu dapat settle kan bayar deposit dan boleh dikira rumah tu dah confirm kami punya. Doakan semuanya dipermudah kan okey!! 


Lepas ni, kena fikir nak renovate rumah, nak buat rumah cantik-cantik...hihihi....cuma kami anggar dalam bulan November, duit dapat dan lepas tu bru boleh nak start renovate. Harap semuanya berjalan lancar. 

27 July 2018

Drama Jangan Benci Cintaku & penangan Husna...

Assalamualaikum...


Adaptasi dari Novel karya Emy Roberto...

Sapa kaki layan drama mesti tengok kan cerita Jangan Benci Cintaku ni....Sampai ada yang emo dengan watak Husna tu...famous tau Husna ni....Drama ni start ditayangkan 29/6/2018 jam 7 malam di TV3. Sekarang ni pun dah masuk episod 21...dah nak abis dah drama ni 28 episod semuanya. Trending sekarang ni pasal Husna tu lah..Semua memang benci, marah & meluat dengan watak Husna lakonan Niena Baharun. Kira bagus la lakonan dia kan sampai semua orang benci. 

Barisan Pelakon:
Saharul Ridzwan - Shah
Zahirah Macwilson - Fika
Azizah Mahzan - Nek Pah
Amelia Handerson - Damia
Daler Yusuf - Irwan

Sinopsis Jangan Benci Cintaku
Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami. 

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.


P/S: Sapa yang tak dapat nak tengok pukul 7 tu boleh je layan online. Kita geng! Hehehehe....time pukul 7 tu sampai rumah pun belum. Dah sampai bukan nak terus tengok TV kan...banyak kerja lain nak buat...

12 July 2018

Jamuan Raya tadika Raisha Amani

Assalamualaikum...

Masih berhari raya kan...Sana sini open house. Biasa la, raya kan sebulan. Last week, tadika Amani ada buat jamuan hari raya & juga perjumpaan waris. Bagus juga buat hari Sabtu, so parents boleh join. Untuk jamuan, As order baby borwnies dengan yatie. ....Alhamdulillah, baby brownies boleh pos ke Ipoh. Dan selamat sampai kat As 2 hari sebelum majlis. Bertabahlah tahan diri dari ngap tengok baby brownies tu....tak boleh usik sebab simpan untuk hari Sabtu. Hehehehehe....Boleh terjah IG yt.kitchen tau kalau nak order brownies sedap. 

Majlis start pukul 9 pagi. Sampai-sampai je terus boleh jumpa Tc yang mengajar Amani untuk discuss result exam dia. 4 years pun ada exam kan...so far, alhamdulillah. Result ok sangat. Ibu puas hati. Lagipun dia baru 4 years. Ini permulaan yang bagus untuk dia. 

Antara menu...ada bihun goreng, nasi tomato, rendang, satay, nasi lemak, roti jala & kari ayam...
Dessert ada brownies, kek, puding, biskut raya pun ada....Alhamdulillah...kenyang...

Cuaca pun elok je...tak panas tak hujan...


Sampai je terus terjah booth...time ni xramai lagi parents yang datang. 


Bergambar dengan principal TMIM...Puan Nita...


Raisah Amani dengan kawan-kawan dia. Baru la kenal sapa Afiyah, sapa Bella, sapa Ain..sebab sebelum ni dia asyik dok bercerita sebut nama kawan-kawan dia...tapi ibu tak kenal rupa kawan dia....

Ni Afiyah...kawan baik dia....

Bergambar dengan TC Balkis...

Ibu dengan abg Amsyar....

Dah setel makan, jumpa TC kami pun balik. Tak tunggu lama pun...Lepas jamuan dekat tadika Amani, tengahari ada kenduri kawen pulak.

02 July 2018

Raya 2018 Photoshoot....

Assalamualaikum...

Dah lama tak ambil gambar satu family. Last ambil pun time As belum kawen. Amsyar Amani bila tengok gambar tu mesti tanya, mana diaorang. So, raya kali ni kita shoot 1 lah....Cari punya cari studio gambar yang buat photoshoot ni, jumpa la 1 studio ni yang kebetulan dekat dengan rumah.


Ni promosi yang studio ni buat. Satu family macam kami, ambil pakej yang RM218 tu sebab ramai...
Korang boleh jenguk FB diaorang for more info. Tapi yang promosi untuk raya ni dah habis rasanya..

Ni gambar unofficial la...ambil dengan kamera HP sendiri. hehehehe...yang dari photographer punya blom siap....

Gambar ni kami pilih untuk framekan....cuma photographer belum abis edit...Alhamdulillah...kali ni complete 1 family. Ini lah keluarga As....

Boys...

Girls...

Couple plak...hihihi...

Family kecik kami...hehehe...

Kasi can gambar berdua...hihihi...


30 June 2018

Aidilfitri 2018 - Part 2

Assalamualaikum...

Raya kat kampung memang meriah la. Pagi-pagi dah siap semua, kami ke surau dalam kampung untuk solat Hari Raya. Alhamdulillah...meriah sebab semua balik berkumpul. Time ni la nak jumpa kawan-kawan yang jarang-jarang kita jumpa. Lepas selesai solat, turn budak-budak beratur di depan pintu surau untuk kutip duit raya. Tradisi dari As kecik sampai sekarang masih dikekalkan. Budak-budak sahaja okey...hehehe....

Bila dah selesai, dari surau kami semua terus ke kubur...Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Tok, Wan, Ngah dan sedara mara yang lain. 


Beratur nak kutip duit raya...hehehehe....

Selfie dulu sebelum g beraya.

On the way g beraya rumah sepupu mak...rumah pertama g beraya...

Adik ipar...

Hahahaha..siap angkat bekas kuih makan kat bawah...

Adik ipar, sepupu & kakak...beraya rumah Kak Tih..sepupu mak...

Tak bergambo sangat pun sebab faham-faham la g beraya kan. Bila jumpa sembang-sembang....tel pun x sempat nak pegang..tu la kisah beraya kami. Best bila semua dapat berkumpul. Tapi, family Ngah takde yang balik. Hanya ada Kak da. Ngah pun beraya di rumah anaknya di KL. 


28 June 2018

Raya Potrait 2010-2018

Assalamualaikum...

Bila raya, tak sah kan kalau takdak gambaq wajib satu family. Tak kisah la posing macam mana pun kan. Selain untuk kenang-kenangan, boleh jugak dijadikan rujukan untuk pilih kaler tema untuk raya tahun hadapan....

Jom kita throwback family potrait kami....gigih selongkaq cari gambaq2...

2010.....
Baru sangat kawen masa ni. Ada la ambik gambar di pagi raya, tapi dah hilang pulak. Tak tau kat mana simpan...hahaha....Tema adalah biru...

2011.....
Tahun kedua beraya bersama....pun takdak gambar sebab masa ni tengah pregnant Rafieq Amsyar. Mood nak bergambar memang ke laut....Tema adalah purple...

2012.....Finally ada gambar jugak. Time ni Rafieq Amsyar dah ada...dia pun time ni masih belum boleh berjalan. Tema adalah biru. Again? Sebab apa dok ulang pakai biru...sebab husband As ni dia malas nak beli baju melayu baru. Dia recycle je baju dia yang mana ada.....


2013....Tema adalah kelabu + biru (hahahaha..masih tak boleh move on dengan kaler biru lah kitaorg ni)...Kain ni biras beli untuk satu family. Sedondon la kami...


2014...Time ni tengah pregnant Raisha Amani. Dalam 6 bulan mcm tu. Perut tak nampak sangat walau dah 6 bulan sebab memang jenis perut tecik...hihi...Tema finally dapat lari dari kaler biru. Hahahaha...dapat la pakai kaler purple.


2015...Hahahaha..kembali kepada kaler biru. Alahai kitaorang ni...First time si kecik Raisha Amani beraya....


2016...terus nak kelainan...paksa jugak husband beli baju melayu baru. hahahaha....jadinya, dapat la kaler emerald green tema baju untuk raya 2016...Baju As dan Amani tu last minit baru dapat. Sebab nya nak cari yang dah siap nak pulak kaler match dengan green tu, memang tak dapat la. Sudahnya seminggu lagi nak raya terjah Jakeel, cari kain pastu pos balik kampung. Mak tolong jahitkan. Fuhhh..nasib mak tukang jahit tau...TQ mak!


2017....kembali kepada kaler kecintaan. Apakah??? Haishhh...tahun kedepan-kedepan kena banned kaler biru...hahahaha...


2018...lari jauh dari kaler biru...hihihi...tema pink belacan @ dusty pink menjadi pilihan....
Tahun depan macam nak try kaler kuning @ brown lah...hahaha...lambat lagi oi nak raya thn depan...

26 June 2018

Aidilfitri 2018 - Part 1

Assalamualaikum....

Masih dalam mood raya kan...kan....harini dah 12 Syawal...dah seminggu kita menyambut hari raya...ada yg masih berada di kampung halaman..ada yang sudah bekerja. Macam As, raya ke 7 dah masuk keja...Tahun ni turn beraya di Aloq Staq...#teamrayaaloqstaq....sehari sebelum raya kami dah balik ke kampung. Alhamdulillah, meriah beraya tahun ni bila semua adik beradik balik...dapat berkumpul ramai-ramai. Abang yang dok di Ipoh pun tahun ni beraya di kampung dulu. Lagi meriah, sambut raya dengan ahli keluarga baru...adik ipar baru. Budak-budak ni panggil Maksu...

Rabu malam kami gerak balik Aloq Staq. Alhamdulillah, jalan tak jem langsung. Clear ja...Sempat bersahur di hari terakhir puasa dengan Mak Abah....Hari Khamis, apa lagi...tugasan menanti. Tugas kemas rumah memang depa dah simpan untuk As. Hahahaha....takpe..tak susah pun...Sambil kemas kita layan lagu raya. Baru ada semangat kan...Mak buat ketupat & dah siap balut pun sebab mak ambil tempahan siapkan ketupat yang kawan-kawan dia order. 

Ambik mood nak raya dulu di rumah Ipoh...semangat lain macam bila ada lampu lip lap ni...



Rumah di kampung. Dah ready nak sambut raya...


Suasana di malam raya...


Tapi nak dijadikan cerita, malam raya tu terjadinya satu kisah yang tak mungkin dilupakan. Fius eletrik utama berasap. Gara-gara overload. Banyak sangat pakai eletrik malam tu. Ye la, masing-masing nak iron baju, aircond pun pasang...boleh pulak malam tu la As nak bakar kuih makmur.  Oven kan pakai eletrik banyak. Terus As terpaksa guna dapur gas bakar biskut. Berbalik cerita tadi, memang panik la semua orang. Nasib la tak meletup @ terjadi kejadian tak diingini. Terus off semua eletrik, terus call TNB time tu jugak. Masing-masing cuak kot. TNB mai, tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab fius tu dalam rumah. So, kena panggil wireman yang buat wiring dalam rumah. 

Wireman pun lambat datang, ye la malam raya. Tapi, alhamdulillah....keadaan terkawal. Bila semua eletrik yang tak sepatutnya guna dah off, takde dah la fius tu berasap. Tapi still kena berjaga-jaga..so, semua orang tak boleh pasang aircond, nak iron baju pun takut-takut. Hihihi...So, macam ni rupanya yang terjadi litar pintas tu. 

Lepas kejadian tu, abah terus call wireman untuk tukar fius baru yang kapasiti lebih besar untuk support kegunaan eletrik yang bertambah. Tu la cerita malam raya....jadi pengajaran jugak la bila benda camni jadi kan...

To be continued...part 2 berhari raya...lalalala....

17 May 2018

Happy Teacher's Day....

Asssalamualaikum....

Happy teacher's day untuk semua insan yang bergelar guru!!! Amani ada sambutan hari guru dekat tadika. Tema hari guru semua kena pakai baju kaler biru. Teacher Amani dekat tadika ada 10 orang. Yang mengajar dia hanya 2 orang. Ada banyak aktiviti dekat tadika. 



With Teacher Lin

Dengan kawan-kawan....

Hadiah untuk teacher....

Amsyar pun bagi hadiah yang sama macam Amani untuk cikgu dia.
Senang ibu beli banyak-banyak. Tu adalah keychain. Keychain ibu beli online, pen & label tu ibu DIY sendiri. Hehehehe...Jimat belanja....

23 April 2018

Misi mencari rumah....

Assalamualaikum semua....

InshaALLAH, semoga Allah permudahkan urusan kami. Sebenarnya niat nak beli rumah sendiri tu dah lama ada. Cuma tak pernah nak serius. Itu lah kan, bila umoq makin meningkat ni, ha barulah kalut nak cari. Harga rumah bukannya semakin turun. Semakin naik kadang-kadang tak masuk akal harganya. Tengok kawasan lah jugak. Kawasan yang dah membangun mana nak dapat rumah murah dah. Disebabkan Amsyar dah bersekolah, kami decide nak cari rumah di kawasan sekitar sekolah. Jauh-jauh sikit takpe la. So, area pencarian rumah kami hanya bertumpu di kawasan Tasek, Klebang & paling jauh pun maybe Meru. 


Nak cari rumah baru, hurmmm harga sangatlah tak masuk akal. Maka, kami cari rumah 2nd aje la. Takpe la kan, umah 2nd pun. Alhamdulillah, nak di jadikan cerita, sebelah rumah MIL ada rumah nak jual. Actually, dah lama pun owner tu iklan nak jual rumah dia. Owner sebelah rumah MIL tu Mr. Yap, dia hanya guna rumah tu untuk mengajar tuisyen. So, rumah tu memang dah ok walaupun takde renovate apa-apa (rumah asal). So, husband As pun jumpa la Mr. Yap (kami panggil Sir)...Sembang-sembang sampai lah husband suarakan hasrat yang kami berminat nak beli rumah Sir. Sir & family husband memang dah lama kenal. Iye, la Sir buka pusat tuisyen tu pun dah hampir 20 tahun.


Alhamdulillah, Allah permudahkan. Disebabkan dah lama kenal, kami atur sesi kedua jumpa Sir untuk bincang harga & apa yang perlu dilakukan seterusnya. Harga yang Sir letak RM 178k. Kalau ejen yang jualkan, rumah tu harga nya RM188k. So, lebih bagus deal terus dengan owner kan. Selepas sesi berunding harga, Alhamdulillah dah capai kata sepakat. Sir jual rumah tu dengan harga RM172k. Okey la kan. Mana la nak dapat dah rumah teres dengan harga tu sekarang. So, kami deal & InshaAllah, dalam minggu depan kami akan sign S & P. Dan seterusnya bayar 10% deposit. Tak sangka, Allah permudahkan urusan kami. Urusan mencari rumah pun senang. Dan paling best, rumah ni betul-betul berhadapan dengan surau. Tak risau kalau Amsyar nak pergi solat Maghrib sorang-sorang...sebab dia selalu minta nak pergi solat kalau pergi rumah Opah.


Lepas ni, kena la tunggu loan pulak. Kami decide guna government loan husband sebab dah ada buat apa tak guna kan. Mungkin masa untuk proses lambat, tapi takpe. Harap permohonan loan kami diluluskan.


Eksaited kan bila hal-hal melibatkan beli rumah sendiri ni??? Tu belum masuk bab nak deco la..nak renovate rumah la...nak design mcm mana la. Tapi percayalh, semua tu dah ada dalam fikiran As sekarang...Hahahaha...Tapi berangan sorang-sorang dulu la. Tunggu semua proses selesai baru la boleh nak over eksaited. Apapun, doa dipermudahkan segala urusan kami....