Showing posts with label #rafieqamsyar. Show all posts
Showing posts with label #rafieqamsyar. Show all posts

17 May 2018

Happy Teacher's Day....

Asssalamualaikum....

Happy teacher's day untuk semua insan yang bergelar guru!!! Amani ada sambutan hari guru dekat tadika. Tema hari guru semua kena pakai baju kaler biru. Teacher Amani dekat tadika ada 10 orang. Yang mengajar dia hanya 2 orang. Ada banyak aktiviti dekat tadika. 



With Teacher Lin

Dengan kawan-kawan....

Hadiah untuk teacher....

Amsyar pun bagi hadiah yang sama macam Amani untuk cikgu dia.
Senang ibu beli banyak-banyak. Tu adalah keychain. Keychain ibu beli online, pen & label tu ibu DIY sendiri. Hehehehe...Jimat belanja....

30 March 2018

Rafieq Amsyar darjah 1...

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...dah masuk 3 bulan dah anak soleh As masuk darjah 1. Awal tahun memang kalut sebab uruskan hal masuk sekolah ni. Barang-barang kelengkapan sekolah pun dah beli awal-awal. Takde la beli sekaligus, beli sikit-sikit. Disebabkan kami dah berpindah ke T.Malim, Amsyar memang kena register sekolah darjah 1 dekat sana la. Tapi hujung tahun, last minit dapat tau kena pindah dok Ipoh balik. So, kena la buat pertukaran sekolah pulak. Tapi, Amsyar kena hadir disekolah lama dulu sebelum buat pertukaran. So, 1st day sekolah 2.1 tu memang di SK Tanjung Malim. Dapat la merasa masuk sekolah di T.Malim kejap. Urusan pertukaran sekejap je. Alhamdulillah. Tengahari kami dah gerak balik Ipoh untuk setel urusan di JPN Ipoh, Perak. Sempat buat pada hari yang sama. So, hari kedua persekolahan Amsyar dah boleh sekolah di sekolah baru. Cuma sesi sekolah sebelah petang.

                                                     Hari pertama di SK Tanjung Malim. 



Di sekolah baru...







 

As tunggu dekat sekolah sampai hari kedua. Time dia rehat aje la As pergi tgk untuk nak pastikan dia ok makan dekat kantin. Hari ketiga dah pandai dah. As tak payah nak tunggu dia. dah pandai berdikari. Sekolah sesi petang, So pagi Amsyar akan transit di tadika Amani. Time sekolah teacher tadika akan hantar ke sekolah. 

Belajar rajin-rajin ye abang....Ibu sentiasa doakan abang berjaya....