08 April 2015

Anak bujang den... Rafieq Amsyar 3 tahun 7 bulan


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...


Haritu cerita pasal anak dara...
Ni nak cerita pasal anak bujang pulak...
Dah 3 tahun 7 bulan lebih dah..
Tak lama lagi nak masuk 4 tahun..
Kalau kira tahun dah 4 tahun la...
Kalau ikut bulan, kena tunggu bulan 9 nanti...


Sejak dah masuk tadika, alhamdulillah...
Nampak minat sangat nak belajar..
Aku perasan dia jenis cepat tangkap..
Maksudnya, cepat belajar apa yang cikgu ajar..
Contoh...sekarang dah boleh baca surah Al-fatihah dengan lancar...
Termasuk tiga QUL...
Doa-doa & selawat pun dah pandai...
Azan pun alhamdulillah dah boleh...


Obses nak mewarna..
Pantang nampak kaler & kertas @ buku, mula la menconteng..
Tapi, sekarang ni, aku perasan minat mewarna dah beralih arah ke dinding...
Huwaaaa...penat aku cakap weh..jangan conteng dinding...
Bila dah penat cakap, tak mau jugak dengaq...hah, lantak la...


Yang terbaru, sekarang suka mengeja...
Dah boleh mengeja
PA PA = PAPA
SU SU = SUSU...
BU KU = BUKU
PI PI = PIPI
Cari yang sukukata sama...senang dia nak ingat & hafal...
Kasi eja yang senang-senang dulu la....


Suka bahasakan diri 'kita' kalau bercakap sekarang..
Takde bahasakan diri 'Amsyar' dah...
Agaknya terikut dengan kawan-kawan kat sekolah kot...
Kadang-kadang aku lebih suka panggil dia 'abang Amsyar'...
Seorang abang yang penyayang...sayang adik sesangat...
Kalau aku marah adik, "ibu..kenapa marah adik?" ~ gitu la bunyi ayat dia..
Dan masih peminat tegar Ultraman... hahahaha...
Dan juga Power Rangers....


Copy paste muka mak kan???
Hehehehe...


Anak kesayangan ibu yang dah besar...
Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh....
Anak & abang yang baik....
Amin Ya Rabbal Alamin...

07 April 2015

Another HOPE...


Bismillahirrahmnairrahim..
Assalamualaikum...


Our 2nd hope yang berharap sangat at least tak dua-dua, dapat salah 1 pun jadi la...
Tapi harapnya lebih kepada dapat interview kedua-duanya...
Semoga kesabaran berjauhan selama hampir 4 tahun akan berakhir...
Ini lah harapan terakhir kami...kalau tak dapat, kena la kami berpindah ke Tg Malim...

Ini cerita our 1st hope SPA PERAK

Our 2nd hope, MBI... 
Semoga ada rezeki kami sekeluarga..




_____________________________________________________________________________________________________

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi pelbagai jawatan di Majlis Bandaraya Ipoh seperti berikut:
 
PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
PEMBANTU KEMAHIRAN
PEMBANTU KESIHATAN AWAM
PEMANDU KENDERAAN
PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT)
PEMBANTU AWAM
 
 
 
Tarikh Tutup Permohonan : 26 APRIL 2015
_________________________________________________________________________________




06 April 2015

Fast & Furious 7


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Ni cerita feberet kami laki binik...
Bila laki dah minat bab kereta ni..otomatik binik teruih jadi minat jugak...
Hehehe..tak jugak..tengok jugak la jalan cerita ni macam mana..
Tapi, aku ni memang jenis peminat cerita-cerita cenggini..
Slow-slow punya cerita..i is tak berapa nak layan...

Lama dah weh tak tengok wayang ngan laki...
Last rasanya belum ada anak...
Ada anak dah tak dapat nak p tengok wayang...
Kira Amsyar dah 4 tahun la..maka 4 tahun la tak tengok wayang hoi...

Semalam, tengah tengok TV, ada iklan pasal Fast & Furious ni...
Terus ajak encik laki ku tengok wayang...
feeling zaman bercinta balik rajin jugak la kami tengok wayang...
Hurmm...ok jugak tu..tapi kena cari waktu yang sesuai la...

Korang dah tengok ke cerita ni???
Meh share sikit...best ke idak?
Daku nak pegi tengok ni...
Tapi, memang best la..cer tengok trailer kat bawah ni...traile je pun dah gempak...
Tak sabaq nak tengok full movie...
Dha tengok nanti aku review ye..








Tinggal kenangan...pasni next Fast & Furious hero baru la...


Auwww... my feberet hero dalam cita nih... Van Diesel


Sedang berkira-kira mencari waktu yang sesuai nak g dating tengok Fast & Furious...
Nanti kita review eh cerita ni best ke tak...