04 July 2013

Cameron Highlands...Day 2..

Assalamualaikum...

Pagi-pagi dah kena bebel. Spoil teruih mood pagi ni. Grrrrr......update blog baguih....

Sambung cerita jalan-jalan ke Cameron Highlands hari kedua...Terjaga 2-3 kali jugak sebab kesejukan. Bila dh sejuk, paham2 la nak ke 'cik tan' banyak kali. Hahaha...tu pun cam malaih rasanya sebab air sejuk gila. Amsyar pun nyenyak je tidonya walaupun sejuk. Ye la, dah bg pakai stokin, glove, selimut semua, selesa la dia. Bangun pagi pun lambat budak tuh. Hehehe...

Aktiviti pagi sebelum memulakan perjalanan menjelajah CH, kita breakfast dulu yok. Isi perut. Nanti baru selesa nak jalan-jalan. Destinasi breakfast sudah tentu Medan Selera Brinchang. Senang nk cari menu kat sini. Macam2 ada. So, pilih je nak makan apa. Amsyar cam biasa, bagi dia makan nasi lemak. Lauk telur ngn sosej je. Xde letak sambal sebab budak ni xleh makan pedas2...sama cam maknya. Pinggan pun nak sendiri untuk dia sebab skang dah xmau makan share2 dah. Nak makan sendiri. Mata budak ni pagi2 memang sepet. Hahahaha....

Pas dah breakfast, destinasi 1st ke Ladang Teh Bharat. Kami xpenah sampai sini lagi sebab selalu pegi Ladang Teh Boh ja. Arah ke Tanah Rata, jalan nak turun ikut Tapah. Ada lg ladang teh selain Ladang Teh Boh tu rupanya. Cuaca aritu elok...panas sikit. Ramai orang kt situ. Hari Ahad, biasa la kan. So, sampai sana makan kek sepotong dua, minum teh (wajib la kan bila p ladang teh)..bergambar setakat termampu. Anak-anak pun lena time sampai. Biasa la, time tido diaorg. Dekat nak balik baru diaorg jaga. 

Amsyar with ibu &papa...


Dah tengahari, so it's lunch time. Hehehe...makan kat Marrybrown je la senang. Tak yah pikir2 nak cari tempat makan. Sementara tunggu makanan sampai, jom kita posing seround. Dapat snap gambar Amsyar pakai glove pink. Jambu gitu. Ni papa la, belikan glove kaler pink kat Amsyar. Pokpekpokpek xsudah ibu Amsyar nape kaler pink. Hahahaha...tapi comel lak bila nampak...jambu..auwww...

Lepas makan, singgah Masjid Sultan Abu Bakar solat pastu bawak budak-budak ni main playground. Seronok le diaorg ni. Main xmau balik la. Jenuh pujuk ajak balik. Pastu singgah MARDI kejap....xde apa yang menarik. Pastu kami terus gerak ke Pekan Brinchang semula, nk pegi Taman Agro Tourism. Tempat feberet sebab ada makanan feberet disitu. Hahahaha......


Yeahh...ini makanan-makanan yang dimaksudkan. Kalau ke Taman Agro Tourism ni memang xsah kalau xbeli makanan2 ni okeh. Paling best, waffer yang ada ais cream kat atas tuh. Ni kitaorg share-share makan la. Idak le ibu Amsyar habiskan sorang semua ni. 

Sekian cerita hari kedua di CH....turun Taman Agro Tourism pun dah hampir maghrib. So, balik apartment dulu bersihkan badan, solat semua pastu kitaorg turun dinner kat Medan Selera Brinchang. Dekat-dekat aje sebab masing-masing dh penat seharian. Tu pun belum sempat dinner, Amsyar dah lena. Nasib time lunch dia makan banyak. xde la kelaparan sb xdinner. Penat sangat, smpai mengamuk2 tggu makanan sampai. Last2 dia lena dulu.

To be continued...day 3..

No comments:

Post a Comment