17 July 2013

Nostalgia bulan puasa & raya di kampung...

Assalamualaikum...harini 8 ramadhan. dah berlalu seminggu kita berpuasa...dah merasa kemeriahan nak raya ni. Nasib setakat ni xda dengaq lagi radio pasang lagu raya...hahaha...

Time macam ni rindu kampung halaman. Rindu masakan mak..tambah pulak bulan puasa ni. Alahai, memang ternanti-nanti juadah yang mak sediakan time bulan puasa. Seronokkan time kat kampung? Bukan nak kata time skang ni tak seronok, cuma kenangan & nostalgia tu lebih kat kampung....

Bulan puasa memang happening sangat2 kat kampung. Hari kedua @ ketiga puasa dah ada bunyi mercun dum dam dum dam sana sini. Hah, kan happening tu..hihihi. Kadang-kadang tu macam pesta berlawan2 dengan kampung sebelah. Mercun sapa paling kuat. Tapi setakat ni Alhamdulillah, xda yang kena mercun lagi la. Aku xda la main mercun bunga api bagai ni time kanak-kanak ribena sebab penakut yang amat. Hahaha...

Lagi best, setiap rumah mesti akan pasang pelita. Tak kira la baru awai2 puasa @ dah nak dekat raya. Dekat raya lagi la meriah. Dah macam lawan pulak pelita umah sapa paling banyak. Dulu punya style pelita kena pacak buluh utk jadikan tiang...sekarang ni moden, jual siap dengan tiang2 sekali. Hahaha..tapi sekarang ni pelita dh kurang sikit. Cuma setiap rumah mesti akan pasang lampu kelip-kelip tu. Kalau pasang pelita pun tak banyak. Dah kurang tradisi memasang pelita kat kampung. Paling best, lepas berbuka puasa, time orang terawih, aku ngn kakak mest naik moto ronda satu kampung tengok suasana malam yang diterangi lampu pelita disetiap rumah. 

Tradisi di kampung bila bulan puasa, mesti akan ada bertukar-tukar juadah berbuka. Memang syok time ni sebab dapat tukar juadah berbuka dengan jiran-jiran.  Bayangkan ada 5 buah rumah, maknanya memang banyak la lauk untuk berbuka. Penuh meja. Bila mak dah siap masak, ha mula la sibuk tanya mak nak 'berantaq' (bahasa utara merujuk kepada hantar juadah). Dah macam beli makanan kat bazar lagaknya meja penuh. Time tu memang xde beli langsung juadah kat bazar. Tapi, sekarang dah xde dah tradisi berantaq ni. Kalau ada pun, just hantaq untuk sedara terdekat. Takde la banyak buah rumah macam dulu. 

Tradisi membuat biskut raya di malam hari lepas berbuka. Time dulu memang xdo nak order-order biskut raya ni. Semua homemade. Sendiri buat tau...banyak jenis pulak tu. Selalu insan yang buat biskut raya ni ialah kakak aku. Aku sekadar menolong apa yg patut. Hahaha...selalunya kami start buat biskut lepas seminggu puasa. Kira xda nak buat awai-awai....dekat-dekat nak raya baru start. Biskut feberet time dulu Biskut Makmur (biskut wajib ada tiap kali raya), biskut kacang @ mazola, maruku (mak yang buat..old style punya guna acuan maruku yang tekan tu)..& sudah semestinya ada ketupat daun palas. Ketupat mak buat sehari sebelum raya. 

Sehari sebelum raya, sebuah rumah akn ada 3-4 biji kereta (ada yang lebih)...anak-anak dah mula balik kampung. Memang best time tu. Meriah rumah dengan anak cucu....

Bila hari raya, time ni la dapat jmpa sedara jauh. Meriah dengan berpakaian serba baru, warna-warni...budak-budak lagi la. Insan paling gumbira bila raya. Dapat duit raya..hahaha...lepas solat sunat aidilfitri, dah jadi kemestian budak-budak akan beratur depan tangga surau tunggu tok imam @ ketua kampung nak bagi duit raya. Sebab tu aku syok bila beraya kat kampung...Amsyar leh dapat duit raya manyak2...Aku pun pernah merasa jadi antara budak-budak yang beratur nak duit raya tu. Hihihihi...Walaupun xbanyak, tapi suasana tu yang best. Biasa la budak-budak kan..time raya mesti ingat dutip duit raya ajo...

Aiseh, panjang pulak entri ni. Hahaha..apapun, itu adalah kenangan terindah time raya & posa...setiap orang ada kenangan tersendiri kan....

2 comments:

  1. Kami tak ada adat2 bagi duit raya but still it was damn fun and enjoyable moment yang dirindui. :D

    ReplyDelete
  2. d yatie..
    xde la nak kata adat...tp tiap2 tahun camtu...kan? moment yang paling best...nnt balik kampung swak mest best jugak...

    ReplyDelete