22 August 2013

Lesen memandu akan dibatalkan jika gagal bayar saman - KDN


Assalamualaikum...

Kenapa buat entri ni? Ada kena mengena ke? Hahahaha...Memang kena tang batang idung sendiri la....huwaaa...ingat kisah aku eksiden awai bulan 6 aritu? Kalau nak tau cerita sila la klik Malang Tak Berbau. Disebabkan eksiden itu, nama aku xpasai-pasai naik tau...ye la, bila eksiden then buat report polis memang akan kena saman. tak kira la kita salah @ tak..tetap kena bayar....Banyak tau x? RM 300....huwaaa...sampai arini aku blom setelkan saman tersebut. Bukan saja nak lengah-lengah bayar...tp paham-paham la kan...time tu dekat nak posa, pastu nak raya lagi.... Tapi aku bukan sengaja xmau bayar tau... Cuma nak tunggu lepas raya baru nak setel.. Nak dijadikan cerita jugak roadtax keta sampai ujung bulan ni...hah, mau tak mau kena la setel bayor saman dulu baru dapat renew roadtax keta...Pastu, tengok-tengok semalam dah naik berita camni... Aiyak, papa....jom p setel saman cepat2...Ketaq tau dak...


Ni artikel aku amik kat http://www.arenakereta.com pasal hal saman ni...


1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Ops Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.

"Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka)," Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.

Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.

Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 31 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292 kes.

Bagi pemandu atau penunggang yang mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.

"Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka yang memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman," - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Namun begitu, aku xpasti la arahan ni ditujukan kepada individu yang kena saman time Ops tu (macam yang KPN tu cakap) @ yang kena saman sebelum tu....senang cerita yang ada saman tertunggak la...Aku pun xberapa clear pasal tu...yang aku tau sekarang ni, aku nak p setel hal saman ni secepat yang mungkin...lagipun nak renew road kena la bayar saman jugak. Kalau xkuaq arahan mcm ni pun aku tetap akan p bayaq saman....cuma bila kuaq arahan ni ianya menakutkan aku...hahaha...

So, peringatan untuk diri sendiri.....sila setel saman secepat mungkin sebelum lesen anda dibatalkan!! Oh tidak....it's scary ok!

Siap bukti sahih...huhuhu....Sistem Semakan Online PDRM...masuk no i/c, semak, nah! terpampang saman....huwaaaaaaa.....cepat la kasi clear namaku dalam itu sistem....



4 comments:

  1. Saman + roadtax + insurans = $_$ huuuuu....

    ReplyDelete
  2. cepatnya mak icha komen....hehehe

    hah!! tau xpa..memang kopak bulan ni oiii...insurans mesti naik punya sebab claim aritu....huwaaa lagi....sob sob sob....

    ReplyDelete
  3. Tak reti bab2 claim. Hahaha. Effect eh? $ claim byk kot leh cover gak. :)

    ReplyDelete
  4. sy pun anjang la gtau....pasal claim tu...

    ReplyDelete