Assalamualaikum...
Edisi sharing lagi...
Moga bermanfaat untuk diri sendiri & kawan-kawan...
Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tidak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi ini.
Apakah tujuan konstraksi Braxton?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin,
Ada pakar-pakar yg berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih pada peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.
Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat kali pertama akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan. "Anda akan tahu kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:-
* biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari.
* lazimnya terhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan, duduk atau sebagainya.
*tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja
* tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit
* terus tidak boleh diduga & tidak beritma
* tidak bertambah intensiti
Kontraksi kelahiran sebenar:-
* tahan lama
*lebih teratur
*lebih kerap
* lebih menyakitkan
* lebih penjang dan lebih berkala, lebih kerap & lebih sakit
Anda mungkin mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 - 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar untuk anda membezakan sakit kelahiran palsu dengan yg benar, terutamanya jika keregangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlaku, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.
Sesetengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda perolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang-barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan ativitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan . Kadangkala mandi air panas juga membantu.
Bilakah saya harus memanggil doktor?
Jika anda hamil kurang dari 37 minggu, berjumpalah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:-
* lelehan yang melekit dan berdarah
* sakit pinggang atau kekejangan
Ini semua adalah tanda kelahiran pra-matang
Selepas 37 minggu, berjumpalah doktor jika anda:-
*pergerakan bayi berkurangan
*anda fikirkan anda sudah pecah ketuban
*jika mengalami sebarang pendarahan
Sila rujuk simptom-simptom kehamilan
Jika kontraksi anda menjadi lebih panjang & kuat, lebih berkala & kerap, ini menujukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasa ragu-ragu, segera lah berjumpa doktor.
TIPS UNTUK MENGATASI BRAXTON HICKS
1. Menukar kedudukan
Anda boleh berbaring jika anda sedang berdiri atau berjalan-jalan jika anda telah duduk
2. Mandi air panas selama 30 minit atau kurang
3. Oleh kerana pengecutan yang dibawa oleh dehidrasi, minum beberapa gelas air.
4. Minum secawan panas teh herba atau susu untuk melegakan sakit.
# Sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan kawan...
**************************************** sharing **********************************