26 August 2013

Thank You Allah....


Assalamualaikum....



Kita akan sentiasa diuji..jangan dipersoalkan mengapa kita selalu diuji...
kerana taraf kita sebagai hambaNya memang layak untuk menerima ujian...

Kita akan diuji dengan pelbagai ujian..pelbagai cara....
untuk melihat sejauh mana kita bersabar menghadapi ujian tersebut....

Bila Dia xmemberi apa yang kita minta...x bermakna dia benci...
kerana mungkin ada sesuatu yang Dia mahu kita mengerti...

La Tahzan...sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar...


23 August 2013

Rafieq Amsyar & cerita bunyi gitar....


Assalamualaikum...

It's Friday! Yippeee...lompat bintang sebab suka... (lompat dalam hati ja)....dont worry....

Harini xtau nak update apa...tetiba tarak idea mau cerita pasai apa. Cerita raya tarak yang menarik..Jom cerita pasai Rafieq Amsyar....



Ha...ni dia buah hati pengarang jantung kami...Rafieq Amsyar...nak masuk umoq 2 tahun bulan depan. Cakap dah petah....tak terlayan, tapi syok sangat layan dia sembang. Kadang-kadang aku ternganga & tercengang bila dia 1st time sebut sesuatu yang aku xpenah dengaq dia sebut. Contoh, haritu time kat umah tok menakan dia, ada pondok kecik. Amsyar bila naik dok dalam pondok tu, otomatik dia sebut "wow..tingginya"....aku 1st time dengaq dia cakap perkataan tu. Vocab dia dah semakin bertambah & berkembang.... Kira 1 2 3 sampai 10 pun dia dah sukses!! Cuma kadang-kadang tu biasa la, time aku sebut 1 & minta dia ikut, dia terus 'jump' sebut 2....aku sebut 3 dia sebut 4...kiranya dia tolong sambung apa aku sebut....hehehe...Baca doa makan pun dia dah berjaya tau...aku ni tercengang & ternganga la sekali lagi bila time makan aku suruh dia baca doa....dia berjaya baca sendiri tanpa aku baca dulu....selalu aku baca dulu pastu dia akn ikut apa aku baca....doa tidoq pun dah mcm boleh baca sendiri dah...alhamdulillah...


Merajuk pun bukan main lagi budak ni sekarang....kalau nak sesuatu tu mesti nak jugak. Contoh, boleh time malam -malam dia suruh aku pakai tudung. Bila buka tudung dia marah-marah...Ala, bertudung la ibu kau dalam umah malam-malam Amsyar oi... Kalau time benda dia nak xdapat tu kena slow talk & pujuk @ alihkan perhatian dia kepada benda lain...InsyaAllah lepas tu dia ok. Hihihi....


Berbalik kepada gambaq diatas....kisahnya macam ni, aku pun xtau dari mana dia tengok orang main gitar & cmna nak main gitar. Maybe dari tv la kot...(ishh..kuatnya pengaruh tv ni kan)...Selamba dia ja amik cik ultraman pastu buat gaya cam gitar sambil menyanyi....hahaha..aku bantai gelak tengok dia. So, kesian pulak bila tengok ultraman jadi gitar...so beli la gitar yang sebenar-benarnya gitar untuk dia.. Alah, cari yang murah sudah. Ingat nak cari gitar yang berbateri tu & ada button yang akn mengeluarkan bunyi & lagu...tapi cam xjmpa pulak. Beli saja la yang ni dulu...


So, aktiviti minggu ni layan Amsyar menyanyi sambil main gitar....hehehe....treng..treng..bunyi gitar dia...

Happy weekends semua!!! Open house mana ek minggu ni?? ada? 


22 August 2013

Lesen memandu akan dibatalkan jika gagal bayar saman - KDN


Assalamualaikum...

Kenapa buat entri ni? Ada kena mengena ke? Hahahaha...Memang kena tang batang idung sendiri la....huwaaa...ingat kisah aku eksiden awai bulan 6 aritu? Kalau nak tau cerita sila la klik Malang Tak Berbau. Disebabkan eksiden itu, nama aku xpasai-pasai naik tau...ye la, bila eksiden then buat report polis memang akan kena saman. tak kira la kita salah @ tak..tetap kena bayar....Banyak tau x? RM 300....huwaaa...sampai arini aku blom setelkan saman tersebut. Bukan saja nak lengah-lengah bayar...tp paham-paham la kan...time tu dekat nak posa, pastu nak raya lagi.... Tapi aku bukan sengaja xmau bayar tau... Cuma nak tunggu lepas raya baru nak setel.. Nak dijadikan cerita jugak roadtax keta sampai ujung bulan ni...hah, mau tak mau kena la setel bayor saman dulu baru dapat renew roadtax keta...Pastu, tengok-tengok semalam dah naik berita camni... Aiyak, papa....jom p setel saman cepat2...Ketaq tau dak...


Ni artikel aku amik kat http://www.arenakereta.com pasal hal saman ni...


1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Ops Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.

"Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka)," Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.

Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.

Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 31 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292 kes.

Bagi pemandu atau penunggang yang mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.

"Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka yang memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman," - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Namun begitu, aku xpasti la arahan ni ditujukan kepada individu yang kena saman time Ops tu (macam yang KPN tu cakap) @ yang kena saman sebelum tu....senang cerita yang ada saman tertunggak la...Aku pun xberapa clear pasal tu...yang aku tau sekarang ni, aku nak p setel hal saman ni secepat yang mungkin...lagipun nak renew road kena la bayar saman jugak. Kalau xkuaq arahan mcm ni pun aku tetap akan p bayaq saman....cuma bila kuaq arahan ni ianya menakutkan aku...hahaha...

So, peringatan untuk diri sendiri.....sila setel saman secepat mungkin sebelum lesen anda dibatalkan!! Oh tidak....it's scary ok!

Siap bukti sahih...huhuhu....Sistem Semakan Online PDRM...masuk no i/c, semak, nah! terpampang saman....huwaaaaaaa.....cepat la kasi clear namaku dalam itu sistem....