Leaderboard

21 July 2011

Kenali pergerakan bayi...

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.

Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.

Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.

Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.

Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.

Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.

Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.

Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.

Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).

Sumber: Majalah Pa&Ma

20 July 2011

Minggu 27...

Memasuki minggu ke-27, iaitu d akhir trimester kedua perut semakin membesar & akn menyebabkan rs sakit d bahagian punggung & belakang. Hal ini adalah d sebabkan refleksi yg berlaku untuk menahan beban depan tubuh anda dan bertumpu pada bahagian belakang tubuh.

Untuk mengurangkn rs sakit pada bahagian punggung maka disarankan untuk mengurangi penggunaan sepatu yg terlalu tinggi, memperhatikan peningkatan berat badan kerana sekiranya berat bertambah secara berlebihan maka akan menyebabkan sakit punggung & belakang semakin ketara, posisi tubuh semasa membongkok juga harus d titik berat & hindari dr berjalan, duduk @ berdiri engan waktu yang lama.

Bayi sudah mampu mengedipkan matanya di minggu ini & selain dr itu retina matanya juga telah mulai terbentuk. Pendengarannya dan pengelihatannya juga sudah berfungsi, mungkin anda dapat mendengarkan lagu yang ringan dan juga anda dapat mencoba untuk memberi cahaya lbih disekitar perut, mungkin anda akan merasakan kalau bayi anda menganggukan kepala. Minggu ke 26 kehamilan berat badan bayi anda sudah mencapai 750-780 gram & tinggi badan bayi anda 35-38 cm.

Bayi juga sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

19 July 2011

Cerita hotcakes McD


Tetiba tekak terasa nk sgt mkn hotcakes McD nih..huhuhu..yg best, xmao yg delivery pnya..nk p sana & mkn kat sana..hahaha..mula ingt nk pg la mkn smlm..tp hubby tiba2 lak nk blik tg malim mlm jugak...so, terpaksa la d tunda ke hari lain...hrp dpt la mkn...klu x kesian jugak kt bby ni...kang xpsl2 meleleh air liur dia (org tua2 ckp)....hehehe....apa leh buat..setiap org keinginan dia lain2...nsb aku tak mintak nk mkn yg bukan2...klu x, jenuh laki aku dr tg malim nk balik cr lak...bby pn cam paham2 je..nk mkn yg senang2...yg xsusah d cr...:-)

14 July 2011

Checklist....

Ibu dh mula bt bajet nk beli brg2 baby nih...Insyaallah, d harapkan tiada ada pembaziran yg maha dasat bakal berlaku..d sebabkan ibu akn guna brg baby kakak yg byk & msh blum d gunakan, maka berlaku la penjimatan d situ...save kan? Bajet utk raya pn kena cut nmpknya...semua utk baby..xpe la..bkn selalu pn kn...

1. Kain cadar utk tilam baby
Benda 1st yg ibu kn beli kain utk bt cadar bby nant..even skang ni berlambak yg dh siap..tp bt sendiri lbh best kn? tp bkn ibu la yg jahit..mn le sempat nk menjahit2 ni..bab menjahit ibu serahkan kpd yg pakar..iaitu tok d kampung...ibu rs utk bby ibu nk wat kaler merah & putih...hehehe..jemu lak bl asyik tgk kaler biru & pink...of course la biru = baby boy & pink = baby gurl...memandangkn ibu blom tau lg jantina bby ibu...so, merah & putih sgt la sesuai..

2. Baju2 baby & socks
Dh msk 6 bln, 1 baju apapun ibu lom beli utk bby..ye la..ada yg 3-4 bulan dh siap bershopping bagai...hehehe...tkpe la,tu citarasa masing2 kan? bg ibu takpe klu beli lmbt sket...utk permulaan, ibu akn beli 2-3 helai je dl..nnt bl ada ms ibu bl lg ye? org ckp baju utk newborn bby ni xyah beli byk2...beli ckp2 je...sbb bby ni akn cept mmbesar..ermm...ibu ada jugak survey baju sblm ni...& ada yg dh berkenan..so,pasni ajk si papa je pg rembat..hehehhe..

3. Pampers (Newborn)
Pampers beli lmbt pn xpe....survey2 ja dl yg mn murah...hahahaha....

4. Stroller
Yg ni maybe after baby dh kuar br beli..ibu dahulukan mn yg penting...baby bukan kuar2 dh nk trus g jenjalan kan? hehehehe...

Ibu dh blur...apa lg yg perlu utk bby ni..xpe..nant bl dh tau ibu update kt sini ye...sekian..

13 July 2011

Si kecik & ibu - part 2

Alhamdulillah..arini ibu & bby dh 25 weeks 6 days...esok dh msk 26 weeks...Ibu skang sdh berada d ujung trimester kedua...tggl 2 weeks b4 7 months..bila d kira2 tggl lg 99 hari....sgt cepat ms berlalu...serius mula2 dl rs cam lmbtnya ms bjln....ni sedar xsedar dh nk menghampiri 7 bln....Perut ibu pn dh mula mbesar...Ibu skang dh mula rs sakit pingggang, sakit belakang yg sgt kerap...itu normal seiring dgn pembesaran kandungan...bila kandungan semakin mmbesar..mmg sakit belakang & pinggang akn selalu terasa...Bby lak skang ni makin aktif....seronok rsnya bl ibu dpt dgr denyutan jantung bby bl ibu g check up..tu blom msk scan bby lg tuh..lg la seronok...Menurut apa yg ibu bc, bby time ni dh bleh mengenal suara ibu & papa...selain dgr music...Otak bby pn dh mula bkembang & mampu mengingat...

Nant bl bby dh msk 7 bln ibu nk g scan..nk tgk camna agaknya si kecik ni...skang pn ibu xleh nk byg kn...klu leh tau boy @ gurl lg bgus...senang ibu & papa nk shopping brg2 bby nant..hehehe...si papa pn agk excited jugak nk tau bby boy @ gurl...ibu lg la excited..toksah nk crita la...xsabar rs nya nk scan...ermmm...ibu & papa pn dh mula cr nama2 yg sesuai utk baby...klu ikut papa, ermmm...nk nama yg start huruf 'R' jugak...nk sama la konon...takpe la..kita tggu aja nant...Yg penting bby sentiasa sihat.

08 July 2011

Ramadhan yg bakal menjelma

Alhamdulillah...aku di panjangkn usia & di pertemukan sekali lg dgn bulan kemuliaan..bulan penuh keberkatan..bulan Ramadhan..sekejap ja rs nya sambut bulan puasa thn lps...thn lepas sbg isteri & alhamdulillah thn ni sbg bakal ibu...camna agknya puasa aku di kala hamil ni? mcm2 aku pk...larat ke? Insyaallah..selagi terdaya aku akn cuba utk penuhkn puasa...maka aku pm search la psl pregnant d bulan puasa ni..apa yg perlu & apa yg x perlu..just want to share the knowledge...faedahnya utk diri sendiri jugak...

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.







Mini Rage Face Happy Smiley