Leaderboard

31 July 2013

:: DIY :: Langsir rayaku....


Assalamualaikum...

Harini dah 22 Ramadhan..Ya Allah, cepatnya Ramadhan nak meninggalkan kita. Harap tahun depan dapat la bertemu bulan mulia ini lagi. 


Tolak tambah bahagi darab tinggai seminggu je lagi nak menyambut hari rayeeee....persiapan? hurmmm...bab baju raya dah setel, dah siap dah. Cuma blum amik dekat tailor lagi. InsyaAllah this week bab baju raya setel. Bab biskut raya, baru ada sejenis....disebabkan oven masuk wad, kena tunggu minggu ni papa amsyar repair....insyaAllah harap-harap dapat la setel 2-3 jenis biskut. Duit raya pun dah tukar, sampul raya pun dah ada. Cuma nak masukkan dalam sampul je. Eksaited kan ibu amsyar ni nak beraya. Harus la kn eksaited sebab tahun ni beraya dirumah sendiri...tahun lepas dirumah MIL....persiapan pn ikut MIL aja la...kita menolong apa yang patut. Lagi pulak tahun ni beraya di Ipoh dulu kan. So, kena la eksaited lebih sikit. 


Ok, cerita bab eksaited ni....xtau la orang nak kata hover ka apa kan...azam nak buat langsir raya sendiri akhirnya tercapai sudah. Hahahaha...biar la xlawa janji puas hati sebab ini langsir adalah hasil usaha sendiri. Jenuh lenguh kaki menggodek mesin antik mak yang manual tu. Cabaran lagi bila mesin buat hal, benang putus la...benang kusut la. Lagi cabaran bila anak bujang sorang tu asyik kacau nak duduk diriba. Hahaha....Tetapi, akhirnya berjaya jugak! Actually kalau ditanya perlu ke nak kena buat langsir baru ni? Hurmm..susah nak jawab. Takde dlm keperluan sebenarnya. Cuma kehendak hati yg nak ada langsir yang sedondon. Sebab langsir yang sedia ada sekarang ni xmatch. Sliding door lain...pintu bilik semua lain. Nampak xlawa. Hahaha... Nak raya katanya....Ala, beli kain yang murah-murah aje. 


So, misi mencari kain diteruskan selepas berbuka. Kami terjah JAKEL Aloq Staq sebab malas nak ke pekan sana. Dah confirm-confirm jalan jem. Lagipun Jakel tengah buat sale besar-besaran. Tengok la kalau ada yang berkenan di hati. 


Sungguh!! rambang mata nak memilih. Banyak kain yang tersangat la lawa....Alahai, tetapi harga pun lawa la. Hihihi. Aku nak cari kain yang murah-murah sahaja. Sesuai dengan bajet yang telah ditetapkan oleh boss besaq. So, lepas belek-belek, cari sana sini akhirnya dapat kain yang RM 3.50 semeter untuk bahagian belakang & RM 3.90 untuk bahagian atas. Kira ok la kan. Tetapi!!! Ada tetapi disini ok...kain yang harga murah tu dah xbanyak choice...maksudnya kaler yang tinggal xberapa nak menarik (memang xmenarik langsung). Tapi bila big boss dh kata xmau ke kedai lain maknanya kena la beli jugak. So, lepas pikir-pikir tpksa la amik kain hitam + cream. Boleh la kan....



Ini kain yang berjaya dirembat (ish bahasa...xsesuai langsung) oleh aku. Yang hitam ni untuk bahagian atas. Yang cream plain ada corak sikit-sikit (gambar xberapa nak clear...kat belakang tu) untuk bahagian belakang. 



Maka dengan itu bermula la proses menjahit. Ala, jahit lurus aja pun. Xde buat fesyen-fesyen bagai. Dah kesuntukan masa, xda nya nak jahit lekok sana lekok sini. Hahahaha....Mesin jahit antik mak yang dh berpuluh tahun usianya. Dengan mesin ni la mak amik tempahan buat baju raya, baju kami semua adik beradik. Tapi skang ni mak xamik tempahan dah. Cuma buat baju sendiri ja. Dah xlarat katanya. Mesin ni manual tau...kena godek-godek kaki kt bahagian bawah tu untuk menggerakkan mesin. Ada yang letrik punya, tapi mak tak berani guna. Hihihi


Nak tengok hasilnya? Hehehehe...nanti dah siap pasang semua aku tunjuk ek! Takpun moh ke rumah berhari rayeeeeeee...eleh, bajet cam ada orang kisah pulak...hahaha..


30 July 2013

Cerita balik kampung...


Assalamualaikum....

Harini baru ada mood nak update blog. Penyakit malas mai dah...ggrrrr.. Di tambah pulak MC sehari ari Isnin sebab sakit mato pastu sakit satu badan nak bergerak pun seksa....(bersabarlah dengan ujian dariNYa) ..lagi la daku malas nak update apa-apa...Alhamdulillah, harini dah masuk keja & sakit mato pun dah makin pulih. Cuma sakit badan je belum pulih. Sedapnya kalau dapat urut satu badan ni kan...


Cuti Nuzul Quran lepas kami semua balik kampung. Haruslah balik berpuasa kat kampung sebab cuti 3 hari tu. Bukan senang nak dapat cuti lama sikit bila kat kampung. Balik kampung mmg xda la nak buka blog apatah lagi nak update kan. Hp pun kat mana letak pun tak tau. Plus mood malas menyerang... Takda kisah menarik pun..semua macam biasa, seronok dapat berkumpul ramai-ramai berbuka puasa sama-sama. Masakan mak memang terbaik lah! Memang semua orang akan kata masakan mak is the best kan? Yang tu memang xdapat dinafikan...Hari 1st, mak masak cucur udang feberet anak2...uishhh..memang la terangkat. Hari kedua, buat nasi tomato sebab masak untuk moreh surau sekali. Hari ketiga, paksu Amsyar belanja makan pizza...hehehe...juadah-juadah sampingan lain pun sedap2 belaka. Memang kekenyangan la semua orang.


Hari kedua rumah kami dimasuki pencuri. Ya Allah, cuak sebentar bila kak ipar cerita. Kisahnya, si Alief pagi-pagi dah bising kat mama dia...dia jmpa handbeg mama kat bawah pokok pelam kat depan umah. Hah, tak ke cuak semua orang. Istigfar banyak-banyak bila dengar kejadian pecah masuk rumah ni. Takutnya...Ish, xsangka kan..time bulan puasa ni masih ada insan yang sanggup buat keja macam ni. Berbalik kisah terjumpanya handbeg kak ipar tu, dia pun check la semua. Duit hilang dalam seratus lebih. Nasib baik i/c, lesen & kad-kad bank semua xhilang. Pastu dalam beg tu pun ada jam SWATCH harga ratus2 jugak dengan gelang tangan. Pencuri tu xambik...Memang dia aim nak curi duit je ni. I-pad dengan note pun dia xcilok. Nasib baik.

Bila dah jadi mcm ni semua orang pakat check la barang masing-masing. Hah, bekas abah simpan duit syilling untuk raya dikebas jugak. Adalah dalam rm30 dalam tu. Memang hampeh betoi pencuri ni. Geramnya...patut la mak kata time dia bangun prepare sahur pintu belakang dekat dapur terbuka. Tapi mangga xterusik. Jadi CSI kejap, kami pun pikir la cemana pencuri ni boleh masuk rumah. Pintu depan memang berkunci la kan. Last-last, dapat tau dia masuk ikut pintu atas rumah yang dh reput dek anai-anai. Kalau kunci pun still leh tolak. Aduh...yang heran semua orang cam kena pukau. Tak sedar langsung. Kalau yang sedar & dengar ada bunyi orang berjalan pun anggap xde apa-apa jadi. Astagfirullahalazim...Jangan la jadi benda tak diingini lepas ni.

Tutup kisah bab pencuri ni..biarlah dia tanggung dosa mencuri & kalau mencuri lagi biarlah kena tangkap. Padan muka!  


# Cerita DIY langsir raya akn diupdate entri selepas ni ye..hahaha..gigih nak ada langsir baru ibu amsyar ni...well....bila rajin mcm tu la..kalau malas, aptb!


24 July 2013

Cornflakes Crunchy untuk hari raye...


Assalamualaikum...

Harini sudah 15 Ramadhan...ada lebih kurang 2 minggu lagi untuk menyambut lebaran. Chewah! Siap kira lagi...Time ni memang dah kedengaran dah lagu raya kat radio2, shopping mall dll...cuma aku ja setakat ni masih belum mendengar sebarang lagu raya...hahahaha....

Okeh2...tengok tajuk entri ok..ha, berjaya jugak akhirnya misi membuat sendiri biskut raya untuk tahun ni. Tapi baru sejenis aja la. Ada lagi 2-3-4 jenis yang masih dalam list. hahaha...hamboih2...takda la banyak sangat pun...yang dalam list, insyaAllah akan buat popia nestum (wajib buat), coklat chip cookies, snow oat cookies & satu jenis biskut lg masih dalam perancangan. 

Resipi cornflakes crunchy ni aku amik kat blog Kak Wan..memang senang dan cepat nak buat. Rasa pun sedap. Sangat crunchy....Lepas berbuka ja mesti aku bedal 1-2 keping...Hahahaha....camna nak makan time raya ni? Jom kita tengok resipi....sapa-sapa nak try boleh la..senang je uols!

Bahan A
280g mentega (aku pakai mentega buttercup)
180g gula kaster
1/2 st esen vanila
2 biji telur gred B

Bahan B (di ayak)
320g tepung gandum / tepung rose (aku pakai tepung gandum je)
1/2 st baking powder
1/4 st soda bikarbonat
1/8 st emplex (rupanya emplex ni perangup biskut...festime dengar tu jakun sikit)

Bahan C: 500g cornflakes (diramas kasar2)

Cara-Cara:
1. Pukul bahan A sampai kembang. Bila agak kembang tu masukkan telur satu-satu. Pukul lagi sampai semua sebati & kembang.

2. Step seterusnya masukkan bahan B (bahan tepung semua tu) dlm adunan butter yg dipukul tadi. Gaul la sampai menjadi adunan yang lembut. (Ikut dalam resipi kak wan, dia rehatkan adunan dlm peti sejuk semalaman...tapi aku xikut pun ~ kes nak cepat aja ni)..pas adunan lembut terus ja buat step seterusnya iaitu bentukkan adunan tu..

3. Sudukan 1/2 st adunan dan gaulkan dengan cornflakes. Jgn buat besar-besar sebab adunan tu nanti akn mengembang dan meleper. First trial aku buat besar-besar...ha, amik kau..biskut dah cam chipsmore yang besar tu jadinya..so, kena adjust buat kecik-kecik molek aje. Susun dalam tray bakar tu pn kena jarak-jarakkan. Kang dh masak melekat satu sama lain lak.

4. Bakar dalam oven yg dipanaskan dahulu dengan suhu 150oC selama 20-25 minit @ sampai kita nmpk biskut tu dah masak. Pas masak, sejukkan kejap pastu simpan dalam bekas kedap udara. 


Bentuk-bentuk lebih kurang camni...tapi ni kira besar ni. Nanti dah masak biskut mengembang & meleper. Kena kecikkan sikit...




Hasil yang siap...dah siap masuk balang. Tak pasti la pulak adunan ni dapat berapa biji. Tapi rasanya 100 keping lebih kot. Nampak cam kena buat lagi satu adunan sebab hajat nk bwk balik kampung sebalang, bagi MIL sebalang...


# Oh...oven baru beli (takdala baru sangat) masuk ICU skang. Sakit tenat. Terbantut keje-keje i nak membiskut...(bahasa apa la ni)..tunggu papa amsyar balik this week baru dia nak repair...Alahai oven, awat la leh sakit pulak? Actually, oven tu still leh pakai. Cuma pintu depan dia tu (besi yang menghubungkan pintu dgn oven tu lari sikit, so pintu tu takleh nak tutup) ~ eh, paham ke? aku pn xtau nak explain camna....hahahaha.... 



23 July 2013

Bila bapak ngan anak shopping....


Assalamualaikum...

Ni kejadian hari sabtu lepas, time ke tesco cari bahan nak buat biskut raya. Mula-mula ke kedai Wah Sean dekat pekan Ipoh cari barang-barang nak buat biskut raya. Situ semua barang yang kita nak ada. Emplex yang sebelum ni tak tau apa kebenda pun ada kat sana. Kat tesco memang xda la. Rupanya emplex ni perangup biskut. Hahahaha....baru tau..

Lepas tu, terus ke tesco cuci mato sambil membeli barang dapur yang dah tinggal sikit. Oh, telur, sayur sikit & barang basah aja pun. Tak banyak mana, bunyi cam banyak kan. Hihihi...Jom layan gambar bapak ngan anak ni bershopping...bunyi je shopping..tapi xbeli apa pun... tengok-tengok saja. Maklum la, blum gaji katanya. Hehehehe...

Harus pusing ke bahagian barang-barang letrik. Apa dicari pun tak tau la. Tapi mcm perasan papa amsyar dok ushar-ushar set home theatre...hahaha..

Sah dah...Tapi belum jumpa idaman hati agaknya..semua dia kata mahai...hahaha...

Ini budak sangat baik....xda sibuk-sibuk nak turun dari troli pun. Nampak tangan dia? Dapat pegang bola kira ok la...

Tetiba, ternampak peti ais yang design dia sgt cantik & lain dari yang lain. Harga pun boleh tahan. Papa amsyar pun macam berkenan, siap suruh aku amik gambaq...mana tau leh cari peti ais mcm ni dekat tempat lain...nak buat perbandingan harga la tu...hihihi...oh, bukan sekarang masanya untuk membeli peti ais baru... pakai aje peti ais yang lama dulu okeh!


22 July 2013

Puding Aiskrim Oreo...


Assalamualaikum..

Nak share resipi yang senang, sedap & cepat ni. Hehehe..mana tau leh jadi menu untuk korang berbuka puasa. Resipi dari blog Kak Lin...selamat mencuba!

Bahan-bahan:
250g agar-agar (potong kecil-kecil utk bg cepat larut)
1250ml air
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 st esen vanila
1 biji telur
sepeket biskut oreo(kisar halus) - aku buang cream sb xmau manis sangat
5@6 scoop ais krim (perasa apa pn boleh) - aku guna perasa vanila ~ ikut la klu nak rasa ais krim lbh, letak la banyak

Cara-cara:
1. Masak agar-agar dengan air. Biar sehingga agar-agar larut@hancur
2.Masukkan gula, kacau sebati.
3. Telur, susu cair, ais krim & esen vanila di blend. Kemudian satukan dengan adunan agar-agar.
4. Kacau sehingga semua sebati & baru masukkan biskut oreo yg telah dikisar halus. Kacau lg smpai biskut sebati dgn adunan.
5. Tuang ke dalam bekas & sejukkan. Dah sejuk baru sedap makan..


Selamat mencuba ye...


Menu Iftar 12 Ramadhan...


Assalamualaikum...

Hari Isnin, 13 Ramadhan...sudah hampir 2 minggu kita berpuasa...tak lama lagi nak raya dah...mesti lagu raya pun dh berkumandang di sana sini...oh, belum bayar zakat lagi...this week kena remind papa amsyar...Blog ari minggu cuti...xdan nak update...hihihi..

Macam biasa hari minggu hari masuk ceruk dapur. Selalunya hari Ahad memang wajib masak. Hari sabtu berbuka umah mak mertua, so cuma masak puding aiskrim oreo tu je bawak g umah mak mertua. Hari Ahad lepas try masak ayam percik. Resipi simple dan sangat senang ni amik kat blog ANASUZANA - cahaya cinta ku...Not bad, sebab papa amsyar puji kemain...siap suruh tahun depan jual ayam percik kat bazar...hahaha..hamboih...

Menu tambahan, memandangkan ada lebih daging kisar dalam fridge...so try la buat bebola daging homemade..yes, berjaya...hihihi..senang je rupanya nk buat bebola daging homemade ni. So, jadila sup bebola daging feberet amsyar jugak. Sapa-sapa nk try buat bebola daging homemade ni resipinya:

Daging kisar, bawang besar & bwg putih (hiris halus2), tepung jagung, lada sulah & garam sikit. Gaul semua bahan, pastu bentuk mjadi bulat2 & rebus dalam air mendidih. Mcm msk kuih buah melaka tu, bebola akan timbul bila dah masak. 

Ayam percik...

Menu simple di hari 12 ramadhan..ayam percik, sup bebola daging, telur rebus sos cili + mayonis & puding aiskrim oreo....alhamdulillah...

# Seronok tengok orang update pasal juadah masing2...hehehe...sedapnya tengok ayam bakar blackpepper mak icha...kalau umah dekat mmg hantar pinggan dah..hahahaha....


19 July 2013

Puisi Dayana buat Ashraf Muslim...sob sob sob..sebak...

Assalamualaikum...

Kisah Ashraf Muslim kawen lagi ni top tip top sekarang. Sana sini orang dok bercakap..Kat FB pun ramai beri komen, kat blog pun ada jugak...Apa agaknya perasaan si isteri, Dayana time tu kan? Hurmmm...bila Dayana buat puisi khas untuk si suami, Ashraf Muslim ni mmg boleh rasa penderitaan & kekecewaan Dayana dengan apa yang berlaku. Terbaca puisi tu dekat blog Abang Nara, mmg sedih wei. Dayana yang selama ni diam ajek akhirnya bersuara melalui puisi nya untuk sang suami. Apa agaknya perasaan Ashraf Muslim bila baca puisi ni ek? 



Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Simple tapi mempunyai makna yang sangat mendalam.

Update: Mak Icha komen puisi tu bukan dari Dayana (thanks yatie for the info)...Dah ramai kata tu Dayana yang tulis..Baca sini RotiKaya tentang isu sebenar pasal puisi ni. Penulis sebenar tampil mengatakan dia yang menulis puisi tersebut bukan Dayana...macam-macam. 

18 July 2013

Anak bujang ibu...


Assalamualaikum...

Rafieq Amsyar sekarang sudah pun setahun sembilan bulan...3 bulan lagi nak masuk 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Tahun depan dah 3 tahun...tahun depan lg 4 tahun..lagi depan masuk sekolah. Amboi, advance ibu amsyar ni pikior ha...

Bila dah semakin besar, macam-macam la kerenah dia. Dah pandai merajuk, pandai mengamuk, pandai marah-marah orang, pandai memujuk ibu yang buat-buat merajuk, pandai makan sendiri, pandai buka seluar sendiri (baju belum berjaya lagi), pandai berborak dah dengan ibu dan macam-macam lagi la. Walau macam-macam kerenah, ibu xjemu melayan kamu nak. Cakap pun dah nak petah dah walaupun ada jugak yang kedengaran pelik & lucu di telinga ibu. Banana jadi nanana..papaya jadi papapa (dah macam panggil papa je bunyinya amsyar)....Hahahaha..Apa kita cakap dia mesti akan tiru. Lagi sakan, kalau mengamuk bila apa yang dia nak dia xdpt dengan cepat. Adoi amsyar, cuba belajar bersabar boleh? Hangin jugak ibu bila penat-penat dia mengamuk camtu. Ibu pun kena banyak bersabar jugak...

Ni salah satu feberet dia..memunggah a.k.a 'mengemas'...sampai terbalik la penyidai towel tu dikerjakan...Seronok la main-main camtu. Ikut kamu la nak, janji jangan bagi patah sudah penyidai tu. Garu kepala ibu nak minta papa beli lagi...hahaha...



Dah besar sikit ni, dah reti & paham nak tengok video-video. Buat masa ni amsyar baru ada koleksi CD cita CARS, CD mari mengaji, & CD set learning ABC tu...feberet dia cd mari mengaji..siap lenggok-lenggok ikut abang ngn kakak dlm CD tu menyanyi alif ba ta...style tengok pun macam-macam gaya ada...ada meniarap, ada duduk, ada menungging...tapi, ini budak tak leh lama-lama tengok video. Jenis cepat bosan gamaknya...kejap aja la dia layan cd-cd tu..jadi la nak, at least ada jugak kamu belajar sesuatu walau sekejap cuma..esok-esok sambung lagi....



Sangat obses dengan kereta, lori, helikopter dan yang sewaktu dengannya. Hai, dah nama anak lelaki, takkan nak main ank patung barbie doll pulak kan. Apa la ibu amsyar ni...hihihi....tu salah satu koleksi kereta kesayangan dia, keta polis. Kalau ke mana-mana mesti kena ada pegang keta ditangan. Koleksi kereta pun banyak. Ada kereta polis besar, keta polis kecik, kereta bomba, kapal korek, kapal terbang, moto....oh, dah penuh sebakul. Ibu kena stop kejap la beli kereta untuk Amsyar...( iye la tu..)



Bersama encik ultraman beliau...beli yang murah-murah sudah. Hihihi...sebab tu senang je kepala, kaki, tangan ultraman tu dicabutnya...Skang ni xberapa nak obses sangat dah dgn ultraman ni..kadang-kadang dia main...cita ultraman pn dh jarang tengok....biasa la, budak kan cepat bosan...bila ada benda baru dia jumpa, macam tu la. semua tu kan proses pembelajaran untuk diaorg....


# Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan hati ini bila tengok anak membesar dengan sempurna didepan mata. Sebagai ibu, kita akn cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Kan?

# Tak jaga sahur pagi tadi..adoi, sangat tak bermaya plus tetiba sakit belakang. Bertahan dan bersabar lah...



17 July 2013

Nostalgia bulan puasa & raya di kampung...

Assalamualaikum...harini 8 ramadhan. dah berlalu seminggu kita berpuasa...dah merasa kemeriahan nak raya ni. Nasib setakat ni xda dengaq lagi radio pasang lagu raya...hahaha...

Time macam ni rindu kampung halaman. Rindu masakan mak..tambah pulak bulan puasa ni. Alahai, memang ternanti-nanti juadah yang mak sediakan time bulan puasa. Seronokkan time kat kampung? Bukan nak kata time skang ni tak seronok, cuma kenangan & nostalgia tu lebih kat kampung....

Bulan puasa memang happening sangat2 kat kampung. Hari kedua @ ketiga puasa dah ada bunyi mercun dum dam dum dam sana sini. Hah, kan happening tu..hihihi. Kadang-kadang tu macam pesta berlawan2 dengan kampung sebelah. Mercun sapa paling kuat. Tapi setakat ni Alhamdulillah, xda yang kena mercun lagi la. Aku xda la main mercun bunga api bagai ni time kanak-kanak ribena sebab penakut yang amat. Hahaha...

Lagi best, setiap rumah mesti akan pasang pelita. Tak kira la baru awai2 puasa @ dah nak dekat raya. Dekat raya lagi la meriah. Dah macam lawan pulak pelita umah sapa paling banyak. Dulu punya style pelita kena pacak buluh utk jadikan tiang...sekarang ni moden, jual siap dengan tiang2 sekali. Hahaha..tapi sekarang ni pelita dh kurang sikit. Cuma setiap rumah mesti akan pasang lampu kelip-kelip tu. Kalau pasang pelita pun tak banyak. Dah kurang tradisi memasang pelita kat kampung. Paling best, lepas berbuka puasa, time orang terawih, aku ngn kakak mest naik moto ronda satu kampung tengok suasana malam yang diterangi lampu pelita disetiap rumah. 

Tradisi di kampung bila bulan puasa, mesti akan ada bertukar-tukar juadah berbuka. Memang syok time ni sebab dapat tukar juadah berbuka dengan jiran-jiran.  Bayangkan ada 5 buah rumah, maknanya memang banyak la lauk untuk berbuka. Penuh meja. Bila mak dah siap masak, ha mula la sibuk tanya mak nak 'berantaq' (bahasa utara merujuk kepada hantar juadah). Dah macam beli makanan kat bazar lagaknya meja penuh. Time tu memang xde beli langsung juadah kat bazar. Tapi, sekarang dah xde dah tradisi berantaq ni. Kalau ada pun, just hantaq untuk sedara terdekat. Takde la banyak buah rumah macam dulu. 

Tradisi membuat biskut raya di malam hari lepas berbuka. Time dulu memang xdo nak order-order biskut raya ni. Semua homemade. Sendiri buat tau...banyak jenis pulak tu. Selalu insan yang buat biskut raya ni ialah kakak aku. Aku sekadar menolong apa yg patut. Hahaha...selalunya kami start buat biskut lepas seminggu puasa. Kira xda nak buat awai-awai....dekat-dekat nak raya baru start. Biskut feberet time dulu Biskut Makmur (biskut wajib ada tiap kali raya), biskut kacang @ mazola, maruku (mak yang buat..old style punya guna acuan maruku yang tekan tu)..& sudah semestinya ada ketupat daun palas. Ketupat mak buat sehari sebelum raya. 

Sehari sebelum raya, sebuah rumah akn ada 3-4 biji kereta (ada yang lebih)...anak-anak dah mula balik kampung. Memang best time tu. Meriah rumah dengan anak cucu....

Bila hari raya, time ni la dapat jmpa sedara jauh. Meriah dengan berpakaian serba baru, warna-warni...budak-budak lagi la. Insan paling gumbira bila raya. Dapat duit raya..hahaha...lepas solat sunat aidilfitri, dah jadi kemestian budak-budak akan beratur depan tangga surau tunggu tok imam @ ketua kampung nak bagi duit raya. Sebab tu aku syok bila beraya kat kampung...Amsyar leh dapat duit raya manyak2...Aku pun pernah merasa jadi antara budak-budak yang beratur nak duit raya tu. Hihihihi...Walaupun xbanyak, tapi suasana tu yang best. Biasa la budak-budak kan..time raya mesti ingat dutip duit raya ajo...

Aiseh, panjang pulak entri ni. Hahaha..apapun, itu adalah kenangan terindah time raya & posa...setiap orang ada kenangan tersendiri kan....

16 July 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013...

Assalamualaikum....

Seminggu sudah kita berpuasa. Ish, pejam celik pejam celik, cepatnya masa itu berlalu. Tak lama je lagi nak raya dah. Eh, sebelum raya jangan lupa tau bayar zakat. Ini dah jadi kewajipan kita semua umat Islam. Bagi yang berkemampuan, tunaikan la zakat untuk membantu insan yang memerlukan. 

" Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji (jika mampu) & berpuasa pd bulan Ramadhan." (Al-Bukhari dan Muslim)

Kadar Bayaran Zakat Fitrah mengikut negeri-negeri

Waktu membayar zakat fitrah:-
     * Waktu Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
     * Waktu paling afdal : Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
     * Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
     * Waktu Makruh : Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal
     * Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 syawal

Sumber: Google

Menu berbuka hari kelima....

Assalamualaikum...

Dah lima hari puasa baru nak memasak ke? Hahaha..harap maklum la time weekend ja papa Amsyar ada. Hari lain malas la nak masak sebab makan pun sorang. Balik keja pun dh pukul bapa kn. So, adalah lebih baik beli aje kan. Ni menu berbuka kami ari Ahad lepas. Baru nak dapat update arini.. hihihi...

Ari Ahad pagi2 dah bgtau papa Amsyar nak ke Mydin, cari lauk sikit nak masak untuk berbuka. Tu yang jadi masak ketam lemak tu. Mula-mula nak masak ayam percik. Tapi, tukar jadi ayam bakar last minit. Teringin lak nak makan cucur udang versi mak buat. Gigih la aku start dari kul 4 lbh masuk dapoq. Siap semua awai2...nant senang kan. 

Cucur udang feberet....sekali kena dengan kuah kacang, memang teringat cucur mak...

Kailan Ikan Masin....

Tambahan...rajin nak buat dadih lak.....

Dah ready untuk di'santap'...hehehe...

Apa la, time macam ni cerita pasai makan2...jangan terliur sudah. 

15 July 2013

Ketam masak lemak cili api versi sempoi....

Assalamualaikum...

Entri masak memasak pulak kali ni. Request by papa Amsyar bila nampak ketam yg gumuk-gumuk time bershopping di Mydin ahad lepas. Huh, terus disuruh beli, masak lomak cili api katanya untuk berbuka. Kami beli 2 ekor je ketam. Sesuai la untuk kami berdua makan. Sekor belah 2...dah dapat 4 ketul...cukup la 2 ketul untuk berbuka & 2 ketul lagi untuk bersahur. Tapi kan, 2 ekor pun dh RM 9.43 uols. Mahainya....Kalau amik sekilogram RM23.40. Fuh! Papa kata takpa....beli aje...tau la feberet dia pun. Ok la, sekali sekala kan. Bukan hari-hari mau makan ketam. 

Jom tengok resipi ketam masak lemak cili api versi sempoi. Sebab apa sempoi? Hahahaha..suka suki nak bagi nama, sempoi sebab kan selalu orang masak ketam lemak ni letak nenas @ timun & etc.....aku buat ketam semata-mata ja....orang yang request nk makan (papa amsyar la) kata tak yah letak apa2...buat sempoi2 aja...hahaha...

Bahan-bahan

Ketam (2 ekor) - basuh bersih2 pastu kerat 2...

Ni bahan-bahan untuk dikisar:
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- Kunyit hidup (agak2 dalam 5cm)
- 8-10 tangkai cili padi (agak2 nak byk mana...suka pedas kaw2 letak la banyak)
- 2 batang serai diketuk (serai xyah blend sekali)
- Santan (bahagi 2; setengah mangkuk buat pati & selebihnya dicampur sedikit air blend bsama bahan2 diatas)
















Cara-cara masak
1. Blend semua bahan kisar 
2. Masukkan dalam periuk, masukkan serai yang diketuk pastu baru hidupkan api. Sederhana je api tu ya...kena sentiasa kacau sampai mendidih. Untuk elak pecah minyak, sebab tu kena kacau, kacau & kacau. 
















3. Bila dh mendidih, masukkan la cik ketam pastu pati santan tadi. Kacau sampai kuah sebati dengan ketam.
4. Kalau nmpak kuah pekat, tambah la sedikit air. Ikut citarasa...ada yang suka kuah banyak..ada suka kuah sikit.
5. Lastly, masuk garam untuk menambah perisa.  





















Tada!!! Sudah siap ketam masak lemak cili api versi sempoi....Komen dari juri (papa amsyar)...sedap sampai makan nasi 2x tambah...hehehe..cuma kasi kuah banyak sikit katanya.

14 July 2013

Nak tumbuh gigi lagi......

Assalamualaikum....

Cepatnya weekend berlalu...esok dah keja.. oh, malasnya rasa....ramadan pn dh msk hari kelima...so fast kan?

Berbalik kepada tajuk entri. Sapa lagi nak tumbuh gigi kalau bukan Amsyar. Takkan la aku yg 3 series ni nk tumbuh gigi lagi. Hehehe.....

Amsyar memang gigi dia lambat. Sekarang pn gigi xpenuh lagi. Terbaru, gigi nak tumbuh lagi 2 batang. Gigi depan. Gigi geraham pn xpenuh lagi. Kisahnya, arini kerap sangat budak tu isap jari. Bukan main isap sampai meleleh air liur. Ibunya ni heran, xpenah2 dia isap jari. Adeh, agaknya tabiat isap jari sebab gigi nak naik lagi kot. Aku buat tafsiran sendiri. Hehe.....Agaknya la...well,ada kemungkinan jgk. 

Tak kisah la nak. Jangan sakit demam sudah. Kan ada yg demam bila gigi nak tumbuh...

12 July 2013

Finally...barang kecintaan itu berjaya dimiliki...

Assalamualaikum.....

Hari Jumaat, 3 Ramadhan sudah...cepat masa berlalu kan. Harini dh 3 hari berpuasa...sedaq-sedaq esok lusa nak raya dah..hahaha...melampau...

Tengok tajuk entri kemain kan?.

Akhirnya, berjaya jugak aku membeli barang idaman hati. Biar pun ianya cuma yang biasa-biasa (ada ka yang luar biasa?) hahaha...kira ok la dengan kegunaan nya nanti. Kang nak amik yang luar biasa, macam xberbaloi sebab jarang sekali guna. Bila mood rajin kemain tu ja la benda ni berguna. Buat masa ni, simpan diam-diam dalam kotak dulu la. Sebab mood rajin xmai lagi. hahaha..eh? xciwi ka nak guna benda baru ni? xmau test? Hahahaha....tengok la weekend ni cemana ya...eh, melalut ke laut dah ni...jom tengok apakah barang kecintaanku itu...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tada!!! presenting my new mixer. Hahahaha..eleh, beli mixer pun nak heboh-heboh....eh? biaq la... 

# Lepas ni dapat buat biskut raya, kek, pavlova idaman hati & macam-macam lagi lah. Cheeskut versi mixer punya pn dapat buat...sebelum ni guna blender je...hahaha..kesian kan? 

11 July 2013

Cerita hari 1st berpuasa....

Assalamualaikum semua...

Macam mana hari 1st berpuasa korang? Menu berbuka apa? Beli ke masak sendiri? 

Bagi aku, beli aje la memandangkan berbuka sensorang jek. Beli lauk sikit pastu balik masak nasi. Kemarin mak mertua bg cucur udang. Dah cukup 1 menu berbuka. Pas keja hajat tu memang nak singgah bazar dekat Medan Selera Tasek. Situ je yang dekat sebab satu jalan nak ke taska Amsyar. Ingat, singgah bazar dulu pastu baru amik Amsyar. 

Tapi kan.....agaknya kemarin 1st day puasa semua malas nak masak..so serbu bazar ramadan aje. Tu yang buat bazar ramai sesangat plus nak cari parking punya la azab. Dua tiga kali round, xdapat2 (kalau ada rezeki, dapat la). Tapi kemarin memang xda rezeki. Nak parking jauh pun dah penuh. Last2, malas terus amik Amsyar. Ingat balik masak je apa yang ada. Hahahaha.

Last2 nampak ada orang jual lauk-lauk + kuih muh tepi jalan odw nak ke umah mak mertua. Rezeki beli kat situ aje la. Ok la kan. So, beli ayam masak kurma 2 ketoi, + keli bakar sekor. Untuk Amsyar just standby beli bubur lambuk tu. Budak tu kat taska dh makan. Memang klu dia dh kenyang dia xmau makan dh malam tu. Main-main ja lebih. Hah, kalau main tu memang dia dh kenyang la. Tapi kan, hampir habis satu mangkuk bubur tu dia makan. 

Hari ni xtau la nak beli apa pulak. Memang xmau singgah bazar medan selera tasek dah. Hahaha, cam serik. Biarlah dulu...minggu depan ke baru pegi. (Macam la pegi minggu depan org xramai kan). hehehe...actually xde pun plan nak beli kat bazar mana2. kang balik klu nampak cam ok, singgah la. Kalau dak, beli kat tmpt kemarin ja. 

# Kakak mesej, mak buat cucur udang utk berbuka. Haishhh....saja nak bagi aku jeles la tuh.  Takpa, tunggu nanti balik kampung.

# Merindui suasana bazar Ramadhan Dato Keramat & Kg. Baru....

10 July 2013

Cuti raya, baju raya, sahur & puasa....

Assalamualaikum....

Puasa baru sehari...tu pn blom masuk setengah hari dah sibuk nak cerita pasal cuti raya. Hehehehe..Takpe la, perancangan awal tu kan perlu...supaya xde tergesa-gesa di kemudian hari. Hihihi...

Lagipun, taska Amsyar dah bagi notis untuk cuti raya. Seminggu uols taska tutup..garu kepala la ibu Amsyar ni cemana nak buat...sebab plan awalnya memang xmau amik cuti langsung sebab InsyaAllah raya akan jatuh hari Khamis...so, Jumaat, Sabtu & Ahad dah mcm cukup berhari raya & balik kampung apa semua. Tapi, bila mengenangkan taska Amsyar tutup seminggu, nampak gayanya kena buat plan baru la...cam kena apply jugak cuti. Tapi, tu pun kena tengok keadaan dl....mcm malas nak amik cuti sebab 1/8 ni baru cukup setahun kerja kat company ni. Akan dapat la cuti untuk yang cukup setahun bekerja ni (6 hari kot kalau xsalah). Macam sebelum ni (keja xscukup setahun lagi), xde cuti...kalau amik cuti kena replace. Urghhh....meluat. Hahahaha....until now, xabis2 lagi replace cuti nya. Cemana ni...huhuhu...

Raya kali ni, giliran beraya di Ipoh....raya ke 2 baru kami balik kampung...Kami xde la bergaduh nak balik raya mana. Kira kalau raya posa kat Ipoh, raya Haji mest kat Aloq Staq. Macam tu lah kiranya. Ala, dekat je pun...toksah gaduh2....hihihi...Bab baju raya, semua sebelum puasa lagi dah setel anta tailor. Senang, xyah pening kepala pikir cam tahun lepas. Hik hik hik...Cuma nnt baju dah siap, kena la pikir untuk mengeluarkan duit bayor upah tailor jahit baju. Hihihihi...Tema kami tahun ni ialah biru + kelabu....Kalau ikutkan tahun ni nak pakai kaler coklat (kain tahun lepas yang xsempat dijahit)...tapi baju raya tahun ini telah disponsor oleh paklong Amsyar sedondon uols satu family semua...(thank you paklong)...so, kain tahun lepas simpan untuk tahun depan lak. Alahai....lamanya kain tu dok berlipat dalam plastik Kamdar tu..hihihi....Tengah pikir nak decorate umah sikit bagi lawa....walaupun umah sewa, harus la nampak cantik cam umah sendiri kan...lagipun nak raya...hihihi...langsir nak tukar ke idak? hahahaha....over...

Semalam pas kerja, singgah Tesco Extra hajat nak beli lauk pauk sikit utk masak time sahur sebab papa Amsyar balik umah. 1st day sahur katanya, kena balik umah. Best2...tapi, kat Tesco apa satu pun tarak. Ikan-ikan boleh dibilang berapa ekor yang ada. Kalau ada pun, perut dah terburai....erk? xde stok ikan fresh2 dah ke Tesco ni? Lagipun esoknya kan nak puasa...mesti la ramai nak beli lauk pauk. Ish..ish..terpaksa ke kedai runcit biasa je. Nasib ada ikan + beli ayam sikit. So, untuk dinner just masak kueyteow sup. Sahur lak masak ayam kicap, ikan kembung goreng panas2 + sup....Alhamdulillah. Harini xtau lagi nk makan apa. Takda feel nak mengidam makan macam2 time berbuka sebab berbuka sensorang ajek...Orang kata 1st day puasa ni mesti teringin nak makan itu ini kan. Entah la...Singgah aja la bazar ramadhan balik kang, beli je se-ala kadar yang mampu.

Tengok kalendar ada cuti time Nuzul Quran. Hah, boleh la balik berpuasa kat kampung. Cuti 3 hari tu. Oh, tetiba xsabar nak makan cucur udang mak, daging masak itam mak & karipap mak. Semua air tangan mak. Harusla anak ni rindu nak makan. Hehehehe...sabaq2..posa ni.....dok terliur sebut makanan pulak dah.

Selamat berbuka puasa untuk semua...

08 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

Assalamualaikum..


Dah nak masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menemui bulan mulia ini. Bulan istimewa dimana Allah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar & bulan khusus umat Islam berpuasa disiang hari dan berterawih serta bersahur pada malamnya. Amalan-amalan sunat sepanjang bulan Ramadhan ialah bersedekah, solat terawih, tilawah al-quran (khatam al-quran),  berdoa dan menyucikan hati. Selamat berpuasa untuk semua...

Tahun ni tak dapat puasa penuh cam 2 tahun sudah.... :-)

Weekend kami.....

Assalamualaikum...

Weekend yang padat...dari pagi ke petang xlekat kat umah. Hahahaha...

Hari Jumaat malam tu semangat nak buat cheesekut. Nampak cam senang, so nak try la buat. Bahan2 pun mudah didapati..Tengok kat instagram & FB...rupanya, ramai geng mummy gojes pakat buat cheesekut jgak. I ni mummy gak..tapi xde la gojes. Hahahaha....Sapa nak resipi, sila la masuk blog sayepunyebelog ni..Hasilnya, amat mengagumkan...senang & sedap. Hehehe...peberet Amsyar jugak tu...


Sabtu pagi, ibu ngn Amsyar pegi breakfast kat McD. Ibu xde idea nk msak apa since papa amsyar awai2 pagi dah keluar g aktiviti Kelab Kereta Lama dia. Kami ditinggalkan berdua. Huhuhuhu...Nasib la anak...so, jom kita ke McD.  Saja sesekali breakfast hebat sikit (hebat ka??) hahaha....ala, saja mengenangkan sian ank bujang tu dok umah ja. Lagipun kat McD kan ada playground. Suka la Amsyar tu...Pas breakfast, tetiba ajak Amsyar ke Giant. Malaih nak ke Tesco sebab Giant orang xramai. Ha, kan betul...Sunyi je...Petangnya lak kami pegi bithday party Iskandar. Tak dapat makan kek spiderman sebab majlis potong kek nya malam. Kami pegi siang..hahaha..dapat makan laksa ngn pulut kuning + rendang aje....BBQ pun malam jugak..alahai, melepas...Amsyar dapat jumpa Icha...tapi sayang, sapa pun xteringat nak amik gambar Amsyar, Icha & Iskandar. 

Budak excited nak pegi McD ni...

Hari Ahad, pagi2 papa Amsyar ajak pegi Lokin (org Ipoh tau la tempat ni...eh? org luar pun mesti tau kan)..nasib pegi awal2 pagi, xla panas sangat. Tah nk cari apa tak tau papa Amsyar. Kami mengikut aje. Tengah berjalan-jalan tu, terjumpa Wood Toy ni. Horeyy.....suka la ibu amsyar sebab dah lama nak cari wood toy ni. Hahaha..lagi suka, ianya hanya RM5...apa lagi, beli jangan xbeli. Amsyar eksaited kemain dapat wood toy ni. Orang kata, mainan ni dapat melatih anak menggerakkan jari jemari dengan cepat (anak akan cepat menulis) dan pada masa sama melatih otak untuk fokus & menyelesaikan masalah dengan cepat. 

Amsyar & wooden toy...

Tengaharinya kami ke Kuala Kangsar pulak. Kawan papa buat kenduri sambut bulan puasa. Jauh berjalan kami..nun ke Manong nun. Ibu pun 1st  time sampai tempat tu.  Lepas kenduri, terus lajak ke Kg Gajah. Hahaha...terus terjebak tengok drag. Amsyar suka la tu. Tapi kejap je kat situ sebab dah petang. Memang pack betoi la weekend Amsyar..Nextweek dok umah aje ye nak sebab dah puasa. Kalau keluar, kita pegi bazar ramadhan je..hahahaha...ibu amsyar ni poyo la...

Amsyar with papa....

Cameron Highlands...Day 3

Assalamualaikum...

Nak perabih cerita ke CH...hari ketiga..dah nak balik Ipoh dah...bangun pagi, kemas-kemas barang & kami bergerak pulang ke Ipoh. Tapi harus singgah ke Medan Selera Brinchang (tempat makan wajib) isi perut dulu....Hari Isnin, pekan Brinchang bertukar wajah terus. Jadi pekan yang sunyi sepi...Hari Sabtu dan Ahad, memang sangat sesak dengan orang bercuti. Hehehehe...

Makan-makan dulu sebelum bergerak balik....

Amsyar with cousins....

Harus lah ada gambar ngan ibu...

@ pasar (tak ingat nama apa tempat ni)..tapi kat sini mcm pasar la..ada jual mcm2..murah2...

Superman tengah nak membeli barang...hahaha....beli la sangat. Amsyar dapat bantal 'spongebob' je...

Itu lah saja rentetan kisah family gathering kami ke Cameron Highlands. InsyaAllah, lepas ni (tahun depan ke) family gathering tempat lain pulak. Kumpul duit nak pegi Korea katanya...Huhuhuhu...entah dapat sampai entah tidak. Hahaha....Apapun, family gathering is the best...dapat mengeratkan tali persaudaraan antara mak mertua dengan menantu2 nya...biras dengan biras, Amsyar dengan sepupu2 nya...

04 July 2013

Amsyar's New Ride....

Assalamualaikum...

Lama nak update pasal keta baru Amsyar ni. Bapak ada keta baru, anak pun ada keta baru. Ibu je xdapat apa2...eh, kan dapat meja makan tu...hehehe.....






Ni dia budak seronok dapat keta baru. Memang dah lama nak beli keta berbateri ni. Tapi pikir2 balik, harga mahal sikit so kena la hold dulu. Tunggu papa ngn ibu ada duit lebih baru dapat beli. Hehehe...Baru ingat nak pegi tengok kat Padang Besar keta macam ni. Dengar orang kata murah. Tapi, pikir2 balik alahai nak kena ke Perlis pulak semata-mata nak beli keta ni je kan. Lainla kalau memang ada hal kat sana, sambil menyelam minum air ok jugak. Berbaloi. Tapi, kalau ye pun murah, sama je bila kira duit minyak semua kan. Pulak tu, ada kawan gtau dia beli keta camni untuk anak dia kat Padang Besar harga lebih kurang je dengan beli kat Ipoh ni. Mahal lagi ada la. 

Kira on the spot je beli ni sebab xde lak gtau papa amsyar yang memang nak beli. Lepas kitaorg breakfast kat kedai feberet Amsyar ari Ahad tu, odw balik umah saja la ckp kat papa amsyar nak cari beskal untuk amsyar since time balik kampung aritu suka sangat dia naik beskal kak long. Takde langsung terpikir ke arah nak beli keta ni. So, papa amsyar bwk kitaorg ke kedai alat2 mainan (kereta2 berbateri & basikal) kat pekan Ipoh (xtau nama tempat tu)....ingt nak beli beskal je la kan...tup2 terus papa amsyar tanya nak kereta mana 1. Oh, rezeki kamu anak....papa nak belikan kereta berbateri. So, lepas belek2 dan teliti mana yang ok kitaorg setuju nak amik keta merah ni. Ada 3 kaler...merah, pink, hitam. Pink dah sah2 la xkan dipilih...hehehe.....

Excited itu anak...tak sabar nak tunggu sampai rumah...sampai umah apa lagi, drift la seround. Nasib umah ada ruang buat dirft. Papa amsyar pun syok la gamaknya...dia yang pegang remote control anak dia..ala2 dia pn drift jugak. Hahahaha. Since amsyar kecik & xberapa pandai nak tekan pedal minyak sendiri, so kena kitaorg yang control dulu. Setakat ni main dalam rumah aje la dulu. Tak sempat nak bawak ke luar pegi taman @ ke mana2. 

Yang best, keta ni ada music lagu macam2. Antaranya, lagu Oppa Gangnam Style. Hah, ber'oppa' op op la budak tu. Hehehehe....siap gaya lagi. Mana dia belajar tak tau la. 

Cameron Highlands...Day 2..

Assalamualaikum...

Pagi-pagi dah kena bebel. Spoil teruih mood pagi ni. Grrrrr......update blog baguih....

Sambung cerita jalan-jalan ke Cameron Highlands hari kedua...Terjaga 2-3 kali jugak sebab kesejukan. Bila dh sejuk, paham2 la nak ke 'cik tan' banyak kali. Hahaha...tu pun cam malaih rasanya sebab air sejuk gila. Amsyar pun nyenyak je tidonya walaupun sejuk. Ye la, dah bg pakai stokin, glove, selimut semua, selesa la dia. Bangun pagi pun lambat budak tuh. Hehehe...

Aktiviti pagi sebelum memulakan perjalanan menjelajah CH, kita breakfast dulu yok. Isi perut. Nanti baru selesa nak jalan-jalan. Destinasi breakfast sudah tentu Medan Selera Brinchang. Senang nk cari menu kat sini. Macam2 ada. So, pilih je nak makan apa. Amsyar cam biasa, bagi dia makan nasi lemak. Lauk telur ngn sosej je. Xde letak sambal sebab budak ni xleh makan pedas2...sama cam maknya. Pinggan pun nak sendiri untuk dia sebab skang dah xmau makan share2 dah. Nak makan sendiri. Mata budak ni pagi2 memang sepet. Hahahaha....

Pas dah breakfast, destinasi 1st ke Ladang Teh Bharat. Kami xpenah sampai sini lagi sebab selalu pegi Ladang Teh Boh ja. Arah ke Tanah Rata, jalan nak turun ikut Tapah. Ada lg ladang teh selain Ladang Teh Boh tu rupanya. Cuaca aritu elok...panas sikit. Ramai orang kt situ. Hari Ahad, biasa la kan. So, sampai sana makan kek sepotong dua, minum teh (wajib la kan bila p ladang teh)..bergambar setakat termampu. Anak-anak pun lena time sampai. Biasa la, time tido diaorg. Dekat nak balik baru diaorg jaga. 

Amsyar with ibu &papa...


Dah tengahari, so it's lunch time. Hehehe...makan kat Marrybrown je la senang. Tak yah pikir2 nak cari tempat makan. Sementara tunggu makanan sampai, jom kita posing seround. Dapat snap gambar Amsyar pakai glove pink. Jambu gitu. Ni papa la, belikan glove kaler pink kat Amsyar. Pokpekpokpek xsudah ibu Amsyar nape kaler pink. Hahahaha...tapi comel lak bila nampak...jambu..auwww...

Lepas makan, singgah Masjid Sultan Abu Bakar solat pastu bawak budak-budak ni main playground. Seronok le diaorg ni. Main xmau balik la. Jenuh pujuk ajak balik. Pastu singgah MARDI kejap....xde apa yang menarik. Pastu kami terus gerak ke Pekan Brinchang semula, nk pegi Taman Agro Tourism. Tempat feberet sebab ada makanan feberet disitu. Hahahaha......


Yeahh...ini makanan-makanan yang dimaksudkan. Kalau ke Taman Agro Tourism ni memang xsah kalau xbeli makanan2 ni okeh. Paling best, waffer yang ada ais cream kat atas tuh. Ni kitaorg share-share makan la. Idak le ibu Amsyar habiskan sorang semua ni. 

Sekian cerita hari kedua di CH....turun Taman Agro Tourism pun dah hampir maghrib. So, balik apartment dulu bersihkan badan, solat semua pastu kitaorg turun dinner kat Medan Selera Brinchang. Dekat-dekat aje sebab masing-masing dh penat seharian. Tu pun belum sempat dinner, Amsyar dah lena. Nasib time lunch dia makan banyak. xde la kelaparan sb xdinner. Penat sangat, smpai mengamuk2 tggu makanan sampai. Last2 dia lena dulu.

To be continued...day 3..

03 July 2013

Cameron Highlands...Day 1

Assalamualaikum...

Baru leh nak update cerita family gathering minggu lepas. P cameron highlands ja pun. Tapi, sangat seronok even pegi Cameron Highlands yang dh berapa kali pegi...hahaha...Dah lama plan family gathering ni, tapi biasa la...kadang2 ada hal yang xdapat dielakkan & terpaksa postpone. Ni family gathering sebelah papa amsyar. Sebab pilih Cameron Highlands? Maybe sebab dekat kot. Pastu kalau pegi tempat lain yang jauh sikit kena amik cuti tambahan. Ni pun amik cuti 1 hari. Kami stay 3 hari 2 malam. Bertolak hari Sabtu pagi (actually xde pagi sangat pun...tengahari baru semua gerak). Naik 3 biji kereta & sampai dalam petang camtu la.

Dua beranak yang excited terlebih nak p jalan-jalan...hahahaha

Perjalanan kami ke mendaki Cameron Highlands...dah nama weekend, memang CH selalu ramai pengunjungnya...jem disana sini. Biasa la kan. Apartment yang kami sewa, Crown Imperial Court namanya. Terletak di pekan Brinchang, betul2 belakang Petronas (sapa yg biasa je CH tau la kan). Kami amik apartment 3 bilik dekat area Pekan Brinchang tu. Memang dekat sangat dengan pasar malam Brinchang. Jalan kaki aje.....bawak keta kena pusing satu hal, pastu nak cari parking satu hal...baik jalan kaki...tapi tu la, penat sebab apartment ats bukit...termengah-mengah dibuatnya..Lokasi dh strategik, sebab dekat ngan pasar malam Brinchang. Apartment memang sangat marbeles..lawa, selesa, dan cukup semua kelengkapan. Yg penting harus ada water filter (air panas)..Lupa lak nak snap gambar apartment. Alahai...hehehe...Setiap bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Memang selesa. Cuma kena lawan dengan rasa sejuk smpai menggigil dibuatnya. Eh, xde la sampai menggigil, cuma sejuk dari biasa je la..Kami dapat apartment tgkt 5 dari 10 tgkt. Dah la ats bukit, tingkat 5, memang angin sepoi2 bahasa la direct msk...sejuk xtau nak habaq. Siang pun sejuk, malam lagi la kan. Bak kata mak mertua, sejuk sampai ke tulang hitam. Hahaha....Tapi, dah nama pun Cameron Highlands kan..haruslah sejuk...

Dah check in, kanak-kanak yang paling happy. Amsyar with cousins. Seronok bukan main lompat-lompat atas katil. Cousin Amsyar 5 org semuanya. 2 lelaki (campur Amsyar & 4 lagi gugurl). Coming soon next year InsyaAllah, Amsyar dpt lagi sorang cousin. Makin bertambah cucu Opah Biah. 

Dah berehat, petang tu kami semua gerak ke Pasar Malam Brinchang. Mak ai, ramai sungguh orang. Jalan pun bersentuh bahu...hahaha...lupa lg nak snap picture keadaan pasar malam yg sangat ramai tu. Bila penat jalan, take 5 sambil tengok gelagat orang. Hahahaha...Takda membeli sangat pun, tengok2 ja. 

Tak penat sungguh budak sorang ni. Seronok ja dapat jalan, main-main. Tak mau didukung langsung. Bukan apa, risau nak lepas dia jalan sebab ramai sangat orang. So, lepas jalan-jalan pusing pasar malam Brinchang, semua orang balik berehat. Amsyar lah tido paling awai sebab petang dia xtdo. Cuma tido thari time odw naik CH...dia memang cmtu, klu petang xtido memang malam awai la dia tido. Lagipun penat seharian perjalanan. 

To be continued....day 2...








Mini Rage Face Happy Smiley