23 November 2012

Selepas setahun sebulan....

Assalamualaikum & happy friday!

Saya terpanggil utk menulis entri ni sbb sy rs sy perlu share & maybe sy akn dpt feedback (any ideas @ pendapat ttg permasalahan sy) dr kwn2 diluar sana...ok, actually sy xtau nk kategorikan ia as problem @ tak...tp bg sy, mybe it's a problem la kot...

Selepas melahirkan Amsyar kira2 setahun sebulan yg lalu, sy masih belum period. Tp sy xda la risau sgt pd mulanya sb sy dh tau yg period sy sblm kawen pn dh mmg tak normal. kdg2 2-3 bulan sy tak period. Tp, bila dh setahun lebih ni, sy jadi risau balik. Bila tanya doktor jwpn yg sy dpt ialah; it's a normal when u breastfeed ur baby...ok, sy leh terima sb mmg sy tgh menyusukan Amsyar time tu...so sy xde la risau sgt2 bila xperiod. Tp bila Amsyar dh setahun sebulan sekarang & x lagi fully breastfeed sy jd risau balik. Keriasauan sy itu bertambah2 bila pk, org lain yg menyusukan cam saya period diaorg ok je...hah! now, this kind of thinking cross to my mind and made me confius & serabut. argghhh....serius sy risau & at the same time pikir yg bukan2 dh. Normal ke sy ni? huhuhu...Ramai gak yg kata, ish...best la sb xpyh ganti puasa & xtinggal solat...best tu mmg la best...tp, kena fikir dr sudut yg satu lg tu jugak...takut penyakit @ apa2..astagfirullahalazim..minta di jauhkan semua tu la....

So, ada terfikir nk jmpa pakar & mmg dh ramai pn suggest pergila jmpa doktor pakar. Yes, memang sy akn pergi. Lebih2 lagi setelah sy menemui jawapan kpd permasalahan yg sy rasa lebih kurang sama dgn apa yg saya lalui skang. Kebetulan, sy terbeli majalah Pa & Ma keluaran September 2012. Ada satu soalan dalam ruangan Sihat Segar yg bertanyakan soalan yg lbh kurang ttg masalah sy skang ni.

Inilah jawapan dr pakar 2:

"Tempoh keluar darah nifas akn berakhir lbh kurang 40-60 hari setelah melahirkan anak. Berakhirnya tempoh nifas menandakan keadaan organ pembiakan seseorang wanita itu telah pulih.

Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid ibu akn kembali normal dimana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas berhenti. Namun, sebahagian ibu mengalami kelewatan haid, adakalanya sehingga bayi berusia 6 bulan, bahkan ada yg sampai 12 bulan. Keadaan ini biasanya lebih diakibatkan oleh keadaan hormon ibu. Ibu yg menyusui bayinya secara eksklusif sering kali tidak mengalami haid sehingga bayi mengambil makanan pejal lain. Ini terjadi kerana selama ibu menyusukan bayi, badan ibu menghasilkan hormon prolaktin yg mengakibatkan tdk terjadinya ovulasi @ haid.

Wbagaimanapun, ada juga ibu yang mengalami mslh kelewatan haid wpun tidak menyusui bayi mereka secara eksklusif kerana kandungan hormon prolaktin ibu yg tinggi. Ada kajian menunjukkan 10-30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yg terus-menerus meskipun darah nifas sudah berhenti. Ini mengakibatkan ibu tdk mengalami haid. Gangguan ini disebut hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan ibu tdk mengalami haid, gangguan ini bahkan menyebabkan amenorrhea, suatu keadaan bila ibu tdk mengalami haid sepanjang tahun. 

Sesetengah wanita yg mengalami masalah ini turut mengalami oligomenorrhea (putaran haid lebih lama drpd 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang drpd 21 hari). Peningkatan hormon prolaktin juga boleh terjadi apabila ibu mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan @ implan.

Puan dinasihatkan agar berjumpa doktor utk membuat pemeriksaan lanjut. Doktor biasanya akn melakukan serangkai pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi dll. Setelah memperoleh diagnosis keats gangguan menstruasi tersebut doktor akn memberi supplemen zat besi dan ubat utk mengatur keadaan hormon itu. Selain itu, doktor juga mungkin akn memberi ubat pencegah hamil utk mengatur ovulasi yg terganggu dan melancarkan putaran haid. Pemberian hormon progesterone juga boleh membantu mengatasi masalah ini." - Majalah Pa & Ma, keluaran September 2012.

Insyaallah, pasni sy akn jmpa doktor pakar utk tau apa mslh sy...mood? cuak, seriau, takut, nervous semua ada...yg pasti sy berdoa supaya tiada apa yg buruk akn terjadi..

Berpinau2 mata tgk nama scientific2 di atas...hahaha...sila la buka link di bwh ni utk lebih details: 


Family planning....

Assalamualaikum..

Entry ni dh lama tersimpan dlm draft....hampir2 nk berhabuk..hehehe..

Kali ni cerita psl family planning..apakah itu? Senang ckp, kaedah merancang keluarga..dh apasal lak tetiba nk update psl family planning lak ni kan? hehehe..xde, sy tetiba teringat time pas bersalin setahun yg lalu..br ari kedua nurse dh tanya...begini la lebih kurang perbualan antara kami:

Nurse: Puan plan nk merancang camna lps ni? 

Saya: Blur....terkebil2..pastu br paham..hahaha...sy pn ckp kt nurse,nk discuss dgn husband dl...xtau lg..tp mmg sy nk merancang..cuma kaedahnya blom confirm lg...

Nurse: ok...tp make sure merancang ye & jgn lupa discuss dgn husband (sambil tgn dia hulur pamplet kaler biru bertajuk "Kaedah Merancang Keluarga")

Saya: Baik nurse...(buat2 belek pamplet yg dia bg dgn penuh minat) konon!!! 

Bila pk2 balik...br le paham apa mksd family planning tu....sy pn google la utk mengetahui lbh lanjut psl family planning ni...

Apa itu perancang keluarga? 

Perancang keluarga adalah kaedah yg diamalkan isteri @ suami yg blum bersedia utk menimang cahaya mata @ bg mereka yg tlh menimang cahaya mata ttp ingin pula menjarakkan kelahiran anak. Ada pelbagai cara utk merancang keluarga.

Objektif:

-Utk memastikan kesihatan ibu pulih dgn sepenuhnya sblm kelahiran seterusnya.
-Utk memastikan ank br lahirmdpt penjagaan & kasih syg sepenuhnya.
-Kaedah perancangan keluarga adalah utk menjarakkan kehamilan @ mengehadkan bilangan ank sama ada
 secara kekal @ sementara.
-Perlu diingat bhw kaedah perancangan keluarga bukan beerti tdk mahu anak.

Hukum Menjarakkan anak dalam Islam?

Fatwa dr Majlis Fatwa 1981 menetapkan bhw kontrasepsi utk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali ats sebab2 yg mengharuskan dan perlulah dilakukan dgn cr tdk kekal @ tdk memandulkan.

Keadaan yg diharuskan adalah isteri terlalu lemah @ sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap @ masih menyusu bayi & kandungan menyebabkan gangguan mental thdp ibu.

Merancang keluarga adlh bersifat sementara, menjarakkan ank kerana kesihatan, pelajaran & kebahagiaan keluarga adalah harus.

Siapa yg terlibat?

Perkara ini hrus dibincang bersama suami isteri agr tdk mendatangkan masalah yg mungkin akn menjejaskan perhubungan.
Mereka yg br berkahwin & msh blum bersedia utk menimang cahaya mata boleh lah menggunakan kaedah merancang keluarga.
Individu yg mempunyai mslh kesihatan & tdk digalakkan mempunyai kelahiran yg byk perlu bjumpa doktor utk berbincang mengenai kaedah perancangan keluarga.

Tempoh jarak kelahiran

Tempoh menjarakkan kelahiran bergantung kpd menjarakkan kemampuan & keinginan pasangan. Seeloknya tempoh yg baik menjarakkan kelahiran sekurang-kurangnya 2 thn bg memberi peluang utk ibu membina kesihatan seperti sedia kala, memberi ms penjagaan sempurna utk ank baru lahir. Selain itu, ia memberi peluang menyusukan ank secara eksklusif selama enam bulan pertama & seterusnya sehingga anak berusia 2 tahun.

Dalam ms dua tahun pertama, perkembangan dr segi fizikal & emosi seorang ank itu amat penting. Menjarakkan kelahiran sekali gus memberi peluang kpd suami isteri menstabilkan  hal-hal ekonomi rumahtangga. Dgn bertambahnya ahli keluarga akn bertambahlah perbelanjaan keluarga.

Kaedah2 merancang keluarga:

* Natural

Kaedah ini menggunakan cara mengelakkan waktu subur seseorg wanita. Kaedah bergantung kpd kitaran haid. Mereka blh menggunakan cara rhythm & utk mengelakkan waktu subur mereka blh mengira dr waktu kitaran haid yg terpendek, tolak 20 hari & hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid yg terpanjang di tolak 11 hari.

Jadi mereka harus mengelakkan hubungan kelamin pd lebih kurang hari kelapan hingga ke 24 jika kiraan haid mereka 28 ke  35 hari.

* Pil perancang keluarga

Ia mengandungi estrogen dan progestogen. Cara utama menghalang kehamilan ialah dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seseorang wanita. Di samping itu, ia juga menyebabkan lendir dari pintu rahim menjadi lebih pekat dan ini juga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.

Pil perancang keluarga dimakan pada setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21. Ini diikuti dengan tujuh hari rehat. Pada waktu ini perdarahan akan berlaku dan pil dari paket baru perlu dimulakan selepas tujuh hari walaupun perdarahan mungkin belum habis.

Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu 99.9 peratus. Ada pil yang mengandungi progestogen sahaja. Pil jenis ini mengelakkan kandungan dengan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir yang pekat. Ia boleh juga mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari tetapi ia tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Hampir 50 peratus wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang ovari. Ini kerana ia perlu dimakan dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan. Jika masa makan berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu hamil.

Pil perancang adalah salah satu kaedah yang amat popular di kalangan wanita dunia dan juga di Malaysia. Selain mengelakkan kandungan, pil perancang keluarga mempunyai kesan sampingan yang positif seperti mengurangkan kadar perdarahan haid serta mengurangkan penyakit anemia atau kurang darah dan mengurangkan kesakitan sewaktu haid. Ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.

Pil perancang keluarga yang baru mengandungi progestogen yang baru seperti drospirenone yang mengurangkan risiko kenaikan berat badan disebabkan penyimpanan air yang berlebihan. Ia juga membuat kulit menjadi lebih cantik dan mengurangkan perasaan tidak menentu akibat sindrom prahaid. Jika menggunakan pil perancang, mereka akan mengeluarkan telur sebaik berhenti pil dalam masa satu hingga dua bulan.

Nota: harus diingatkan; kadang-kadang 'kita mungkin tak serasi' dengan jenis-jenis pil ini di pasaran. Memang tak ada side effect yg teruk; namun kadang-kadang cuba kita tengok, ada kala tu wanita akan jadi GEMUK tak menentu ataupun jadi KURUS secara tiba-tiba, bergantung dengan penerimaan tubuh badan individu itu sendiri. Mungkin "side effect" tu tak jadi sekaligus. Mungkin nanti lama-kelamaan suami tidak mendapat "nikmat" seperti sebelum kita gunakan pil ini. So, BEWARE! Jangan sampai suami rasa tak seronok lagi bila bersenggama dengan kita.

Tidak di nafikan bahawa memang ada pil cegah hamil yg betul-betul bagus; suami masih rasa "nikmat". Tapi... itu mungkin hanya setahun, dua tahun atau tiga tahun... lama-kelamaan, pasti ada side effect; tak itu, ini, tak ini, itu! Jadi, fikirkanlah nak guna ke tak nak guna.

* Suntikan

Suntikan menggunakan hormon progestogen, disuntik setiap dua bulan bergantung kepada hormon yang digunakan. Disebabkan dosnya yang tinggi, ia mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari di samping mengakibatkan lendir yang pekat. Wanita yang menggunakan kaedah ini boleh mengalami perdarahan yang tidak menentu.

* Alat dalam rahim 

Salah satu kaedah yang popular dan telah digunakan semenjak tahun 60-an lagi. Ia perlu dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada pengguna.

Setelah dimasukkan, alat ini boleh disimpan selama tiga hingga lima tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. Efikasinya untuk mengelakkan kandungan adalah lebih kurang 98 peratus. Ada alat dalam rahim yang telah diserapkan dengan hormon progestogen. Ini meninggikan efikasinya kepada lebih 99.9 peratus untuk mengelakkan kandungan. Di samping itu, ia boleh mengurangkan perdarahan haid dan hampir zero peratus wanita tidak mengalami perdarahan selepas tiga bulan penggunaannya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak harus bimbang kerana walaupun tidak datang haid, telur masih dikeluarkan dari kilang ovari seperti biasa. Ini juga boleh mengurangkan masalah anemia dari perdarahan haid yang berlebihan.

* Kaedah barrier 

Kaedah barrier yang paling popular adalah kondom lelaki. Ada kondom yang diserapkan dengan ubat antisperma. Kaedah ini tidak begitu baik kerana efikasinya cuma lebih kurang 60 hingga 0 peratus jika digunakan dengan betul. Tetapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengelakkan penyakit kelamin dan HIV.

Kondom untuk kaum wanita juga ada tetapi tidak begitu popular. Kaedah barrier yang lain termasuk penggunaan diafram, alat penutup pintu rahim dan span. Kaedah-kaedah ini juga tidak popular.

* Implan

Implan adalah alat perancang yang mengandungi hormon progestogen yang dimasukkan ke bawah kulit di bahagian dalam lengan. Ia mengelakkan kandungan dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari, boleh dipakai selama tiga hingga lima tahun. Keberkesanannya mencecah 99 peratus.

* Sterilisasi

Sterilisasi boleh dilakukan kepada wanita dan juga kaum lelaki. Kaedah ini adalah kekal. Saluran fallopio wanita diikat atau dipotong bagi mengelakkan perjalanan telur ataupun sperma dan seterusnya menghindarkan persenyawaan. Vasektomi adalah kaedah sterilisasi kekal untuk lelaki. Ia memerlukan pembedahan kecil di mana saluran vas deferens dipotong sedikit dan diikat.

* Pemandulan

Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).

Nota: Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.

Kebaikan merancang keluarga

Kebaikan merancang keluarga bukan saja untuk menjaga kesihatan ibu tetapi bagi memastikan pembesaran anak sempurna dari segi fizikal dan emosi. Ia juga memberi peluang untuk suami memastikan kewangan keluarga terjamin bagi menampung kehadiran ahli baru.

Umur yang terbaik untuk melahirkan anak adalah pada usia 25 hingga 35 tahun kerana pada umur ini risiko pada ibu adalah minimum. Pada asasnya seorang wanita boleh melahirkan bayi walaupun pada umur yang hampir menopaus tetapi risiko pada ibu akan berlipat ganda. Pada zaman ini, di mana kaum wanita berkahwin lewat ataupun memilih menjayakan karier terlebih dahulu, lebih ramai yang melahirkan anak pada usia melewati 35 tahun.

Bincang bersama
Isu merancang keluarga harus dibincang bersama walaupun kaedah yang diamalkan memihak lebih kepada kaum perempuan. Kaum wanita perlu kerjasama dan restu suami untuk merancang keluarga. Objektif mereka adalah melakukan yang terbaik untuk keluarga. Jika mereka di dalam keadaan sihat tubuh badan dan rohani, wanita boleh menjaga suami dan keluarga dengan lebih baik lagi.

Nasihat pakar

Soal bila pasangan yang baru berkahwin ingin menimang cahaya mata, bergantung kepada banyak faktor. Mereka boleh memulakan bila-bila masa selepas berkahwin. Walau bagaimanapun, mereka perlu tahu cara-cara merancang keluarga kerana biarlah setiap kandungan itu anak yang diingini 
dan bukan kerana tersalah kira!



Sumber rujukan: http://www.ipislam.edu.my , http://www.mesra.net/forum

19 November 2012

Bila Cuti: Cameron Highlands.....

Assalamualaikum...


Percutian yg tak dirancang....tp alhamdulillah, Amsyar dpt jalan2 lg...kali ni papa bwk Amsyar ke Cameron Highlands...kali kedua Amsyar ke sana...

Pegi balik hari je...nama pn percutian x dirancang kn...mn de nk bermalam pun...pegi pagi & petang kami balik...pegi 2-3 tempat je sbb keadaan cuaca ketika itu hujan & org ramai..maklum la kan..cuti...bila hujan, mmg sejuk la kt ats...kami cuma pegi ke Strawbery Park, Pasar Malam Brinchang & Ladang Teh Bharat...plan nk ke Ladang Teh Boh tpaksa dibatalkan sb hujan...xpe la...kira ok la dpt lepak kt Ladang Teh Bharat pn...

@ Strawberry Park......

Amsyar with ibu...mmg xmau dok diam bila dh leh jalan ni...penat mengejar...
tp ibu happy tgk amsyar mcm ni...

Lagi aksi Amsyar bila dpt naik keta mainan ni...

My small happy family...Alhamdulillah....Amsyar with ibu & papa....

Kesinambungan cerita Creepe Durian...

Assalamualaikum...

Ni cita pasal episod 1 creepe durian...(mcm drama plak bila ada episod2 ni)...http://e-datuzair.blogspot.com/2012/11/creepe-durianapa-tu.html

Bila dh seminggu tertangguh..akhirnya hajat utk membuat sendiri creepe durian ni tertunai jgk....mcm2 halangan sungguh la...puas hati bl dh dpt buat sendiri creepe durian...kan dh kata...xla susah sgt nk buat..cuma...cuma creepe sy xmenjadi di bahagian kulit....inti ok..marbeles...hahaha..ok la, my 1st trial buat...hope pas ni ada la kerajinan lg nk try buat utk kali kedua...(ada ke? sb dh xde keinginan nk mkn dh pun)...klu ada pun beli aje sonang! Alkisah time nk buat creepe ni, dua tiga kali tpaksa tinggal separuh jalan sb si anak bngun tido...tpaksa tdo kan dia dl...pastu br smbung buat balik..hahaha....

Nak buat kulit ni leceh gak sbnarnya..huhuhu..kn ada skill jugak di situ..skill utk melenggang kulit (cam nk buat kulit kuih ketayap tu)....& agk leceh jgk sbb nk kena make sure kulit creepe nipis & xkoyak..haha..mencabar jgk la! 


Ni la hasilnya creepe durian buatan sendiri...hahaha...ada kecik, ada besaq..ada lawa..ada xlawa...hahaha...walaupun xmenarik, tp rasanya ttp sodap! mesti ada yg heran kan sbb nape ada satu je kaler merah di situ? hahaha....kisah sedih sbb kulit creepe kaler merah semuanya xjd..heran bin ajaib..padahal satu adunan je ngn kaler hijau...cuma asingkan buat dua adunan utk masukkan kaler merah & hijau....still confius smpai ke hari ni nape la yg merah xjadi sedangkan hijau ok je....actually sy dpt menyiapkan lebih kurang 15 biji creepe je...xsempat nk menghantar kpd jiran2 (puan dayang..sorry ek! xdpt nk bg km rasa) 

Oh ya, lupa lak nk bgtau yg sebelum buat creepe sendiri ni, sy dh beli 2 set creepe saiz mini sb dah tak tahan sgt nk mkn...hahaha...google dgn bantuan puan dayang dpt la cr org buat creepe area Ipoh...& luckily pg order...ptg trus dpt..sepatutnya esoknya br dpt...maybe si penjual ada stock lebih @ ada yg cancel order last minit kot...set mini ni kecik sgt...sekali msk mulut je...tp 1st time creepe durian msk mulut mmg best...nikmatnya...ye la,sekian lama nk makan kan...sedap! ada rs cam mkn eskrem durian...hahaha..dasat sungguh la penangan creepe durian ni....


Sekian cerita psl creepe durian sb dh dpt rasa & buat sendiri....hahahaha....

14 November 2012

Bila Cuti: Jalan2 Zoo Taiping...

Assalamualaikum...


Minggu yg penuh dgn cuti...13hb cuti Deepavali...15hb dh cuti Awal Muharam lak...best..tp xbest sbb cuti sehari, keja, cuti sehari, keja...hahaha...mood nk bt keja pn dh cuti jgk sb kat opis pn ramai yg bercuti...

Tp lhamdulillah la sbb bila cuti ni dpt la luang ms dgn anak & suami & bila cuti of course akn terfikir nak jalan2..plan nk ke sana sini...sejak dr awal bln lg..haha..over sy kan? tp harus lah kan...Actually km plan nk bercuti ke Penang...tp disebabkan seminggu sblm tarikh nk bercuti tu Amsyar xberapa sihat..batuk & selsema..so,plan ke Penang tpaksa dicancel ats sbb ank xsihat....pastu kami decide utk p jalan dekat2 aja la...so, plan la ke Zoo Taiping since sy sendiri dh lama suarakan hasrat nk bwk Amsyar ke sini...dpt green lite dr Papa Amsyar...cuma xconfirm lg at that time nk p ari apa...

Tp plan asal utk berjalan kami 3 beranak shj akhirnya disertai oleh mertua & ahli keluarga yg lain...2 biji keta gak la...xpa la...ramai2 pn best..tp harus ada hari di mana hanya kami bertiga shj jalan2...wakakaka (bunyi cam selfish je kan)...xde la sgt..tp kdg2 tu nak jgk kualiti time bsama...hahaha..over!

Plan nk kuar pagi la sb bila smpai zoo xde la panas sgt...lbh kurang sejam lbh gak dr Ipoh ke Taiping...tp bila dh ramai ni..biasa la, last2 koi 10.30pg br kami semua gerak ke Taiping...smpai sana pn dh lbh kurang koi 12..alhamdulillah, cuaca xde la pamas terik & kira ok la..mendung je gitu...kesian ank2 klu panas terik sgt..smpai je trus makan dl sb dh thari, perut minta diisi..nnt senang nk jln dlm zoo sb perut pn dh kenyang...hehehe..

Memandangkan ari kmi p tu adalah public holiday (Deepavali) maka org mmg ramai toksah nk ckp la kn..parking pn penuh & tpaksa gak la parking jauh...nasib la kan...sp suruh? hahahaha...ops! 

Tiket utk msk ke zoo hanya RM12 utk dewasa & RM8 utk kanak2 di bawah umo 3 thn...not bad la..xde la mahal sgt..di sebabkan org sgt ramai & kemudahan ketapi utk round2 dlm zoo tu sgt terhad smpai que punyala panjang...(gila, bosan menunggu lama sgt)..kami pn decide utk bjalan kaki shj pusing satu zoo...hah, mmg exercise la...turun bpe kg xtau la..hahaha..nsb Amsyar elok je ddk dlm stroller dia...& selesa lak dia bila stroller siap ada kipas..(thanks to Makngah sbb belikan Amsyar kipas tecik tu)...dr awal smpai nk balik Amsyar mmg xberpeluh lgsg...ye la,papa ngn ibu ni dh berpeluh sakan dh...bukan xmao bg dia jalan..tp kesian dia kang penat...zoo tu boleh tahan besar la...kesian dia nnt...

Tataplah gambar sebagai kenangan2...(over lagi!)....

Acara wajib adalah bergambar ramai2....

Amsyar with ibu & papa.....

Suka dia dpt tgk mcm2 binatang.....

Macam2 aksi Amsyar....


Next holiday?? Insyaallah..ke mana tak tau...haha..tp ada lah tu...(xde idea)..ok la..enjoy ur holiday ye kawan2...

p/s: happy holiday to Icha's family...bestnya dpt g Melaka...hope Amsyar pn dpt pegi Melaka jgk lps ni...


09 November 2012

Creepe Durian....apa tu?

Assalamualaikum....

Apa tuh?? Ha..ni la kegilaan di luar sana sekarang...Creepe durian...tgh hot tau org dok meng'order' creepe ni sana sini...laris sungguh la bisnes org buat kek & creepe ni...tp kan, sekali dengaq bila ada DURIAN tu cam, ala xbest sb sy ni bukan penggemar durian...hahahaha...tp bila tgk sana sini dok sebut..kata sedap...serius sedap...then, try la godek FB & google...apa la benda creepe durian ni....

Ni la rupanya...nmpk cam kuih ketayap kan..hehhe..tp bukan la...actually boleh di dapati dgn pelbagai kaler..

Nampak cam biasa je kan? tp org kata mmg sedap...inti dalam ada durian & cream..yummy..sgt sedap lg bila makan time sejuk..warghh..terus sy rs NAK...NAK..NAK!!! Tp susah la nk cr area Ipoh ni.....camna ni? nsb la sy xtermengidam kan...klu x, jenuh. 

Maka ats sebab dh xleh tahan sgt nk makan...sy try godek resipi camna nk buat creepe ni dgn niat & harapan nk buat sendiri la..hahahaha...harap menjadi! 

Setelah google sana sini resipi nk buat creepe durian ni, sy terjumpa satu blog ni yg sgt membantu sy yg br nak belajar buat...sebab dia ada tutorial...senang la kan sy nk ikut satu persatu...sgt membantu!  sila jenguk blog ni pd sapa2 yg rasa nk try buat creepe durian nii ye....


Not bad....xle susah sgt nk buat...senang jugk la...tp bila belom cuba buat, xtau la nk kata sesenang tgk resipi & tutorial tu @ tak...makanya, dengan semangat nk makan yg membara2, insyaallah pasni nk singgah tesco beli bahan & mlm ni nk try buat....doakan sy berjaya! hahaha...bila dh siap buat akn sy paparkan di blog ini utk tatapan semua.....kui kui kui....

Amsyar @playground....

Assalamualaikum...

Tak mau ckp byk...tatap lah gambar excited, gumbira & aksi Amsyar bila dpt p playground.....

Cer tengok muka Amsyar...excited dia nmpk segala mcm mainan kt playground...xmau layan dh ibu yg gila nk amik gambaq...ibu senyum sorang2 ja...Amsyar xlayan la....ok Amsyar, let's move...

Aksi2 Amsyar...mula2 cam xbiasa...pekebenda la nih..lama2, wah! bestnya....

@playground slide....mula2 xmau bila letak dia...cam takut2...

Hah...sekali dh boleh slide...teruih mcm2 aksi dia....

Macam2....as long as u happy!

Xleh nk snap gmbaq byk2 coz nk kn pegang Amsyar (takut jatuh).... next time kita ajak papa pulak...biar papa yg jaga Amsyar..leh ibu amik gambar byk2....Walau pn hanya 20 minit, tp ianya berharga sgt sb ibu tgk Amsyar happy....lenkali ibu bwk Amsyar ye...riadah Amsyar petang2...

Bukan 1st time Amsyar p playground ni...kesian plak bila ada yg pk Amsyar xpenah ke playground ke?Ada la...tp ni 1st time dia dpt main mcm ni..sblm ni kecik lg...letak ats slide tu..xbergerak2...kali ni dia dh besaq...dh lasak..ha, syok la...Ibu pn ikut syok la bila nk bawak...syok mmg syok la..tp kena sentiasa alert & jaga keselamatn anak...sb bahaya sentiasa ada di mana2...auwww! 

Anything for you my dear, as long as u happy!