Leaderboard

26 February 2013

Amsyar & Fish...

Assalamualaikum...

Fish...fish...bunyi sh sh sh ja yg kuaq...tu la Amsyar bila dpt tgk ikan. suka benar ngn ikan. skng ni kt sebelah umah kitaorg pn ada ikan. xpyh la tiap2 ari nak kena p Gunung Lang tgk ikan...hehehe...p umah atok sebelah ja. Amsyar pggl atok...kt umah atok ada 2 akuarium & ada ikan arowana yg besaq. bukan main seronok bila dpt tgk ikan tu...ptg2 klu blik awal dpt la amsyar jmpa ikan...kdg2 bila time p shopping kt mydin @ tesco, dia bosan...mula nk mengamuk...bwk g tmpt ada ikan ni..hah, diam la...khusyuk tgk ikan...kira ok la kan...hehehe....

tgk tu..siap tgn silang blkg bila tgk ikan...khusyuk bkn main. 

Amsyar dgn papa kt Gunung Lang....

## tgh xda idea nk update apa kat blog....

20 February 2013

Cerita hari cuti CNY....

Assalamualaikum...

Minggu yg penuh dgn cuti. Apalagi, lemau la bila kena msk keja tambah2 lak kt opis pn ada berapa org je. ramai yg bercuti seminggu direct...bestkan klu dpt cuti seminggu direct cmtuh? 

Alhamdulillah..mak,abah,abg & kak ipar selamat kembali dr tanah suci Mekah pd 7hb...Amsyar dpt 3 helai jubah yg sgt kiut dr Tok. Wan pulak belikan Amsyar kopiah. Comey je. Boleh la melaram nant. Cuti CNY kali ni kami 3 beranak x kemana2...xde balik kg. malas rasanya nak bersesak2 bila pergi & balik dr kg. lagipun semua family kt kg turun ke Ipoh. Kira ok la tu kan. So, memandangkan semua dh ada kt Ipoh, mak cadangkan kami proceed plan nak buat kenduri doa selamat msk umah + kesyukuran mak abah semua slmt balik dr Mekah. Mula2 kami tunda plan ni nak buat nant2..tp mak kata dh alang2 dia semua kat Ipoh buat aje la. So, ni kira last minit punya preparation. Kenduri buat sehari sblm raya cina.

Menu utk kenduri bihun sup utara & 2 jenis kuih ((karipap & agar2 laici) + bubur kacang. Semua masak sendiri. Erk? maksud masak sendiri tu bukan la sy yg masak ye. Kami (mak, kakak & sy) sama2 masak...he3. Serius, sy pnya sibuk smpai xsempat nak tgkp gmbr bagai. maka, xde la gmbr utk ditatap. Huhuhu....kami jemput org surau & buat bacaan yasin. Alhamdulillah, dah selesai.

Cuti pjg kali ni kami xkemana. lgpun mak mertua sy demam & kn berulang alik ke rumah mak mertua. Selain dr berulang alik ke rumah mak mertua yg nasib baik dekat kami lepak kat umah je. menghabiskan masa bersama 3 beranak. melayan kerenah si anak & ternyata itu adalah sgt best...best dr dpt pegi jalan2...yeke? hehehe...

PJJ....Pupuk bahagia walau berjauhan...


Assalamualaikum...
Terjumpa artikel yg best ni kat Pa & Ma...teringat diri yg mengalami PJJ ni...just nak share & maybe ada yg berguna utk dimanfaat bersama..Jom baca...
Tentu ramai yang pernah mendengar istilah ‘PJJ’ iaitu singkatan bagi perkahwinan jarak jauh. Malah mungkin ramai di kalangan kita sedang melalui fasa tersebut. Inilah salah satu cabaran alam rumah tangga.
Bagi anda yang pernah melalui fasa PJJ ini, mungkin istilah ini tidak pelik namun bagi yang tidak pernah mengalaminya, mungkin akan terasa sedikit janggal dan lucu. Istilah lain iaitu weekend wife atau weekend husband tidak dinafikan sedikit sebanyak menguji emosi pasangan seterusnya mampu menggegarkan rumah tangga anda ia tidak mampu dikendalikan dengan baik. Namun demi tugas atau pelajaran, pasangan terlibat terpaksa akur dan mengharapkan akan ada pengakhiran buat mereka.
Jarak yang jauh dengan adalah satu cabaran kerana masa untuk bertemu dan melunaskan pelbagai tanggungjawab adalah amat terhad. Ya, bukan mudah untuk menghadapi situasi ini. Kedua-dua pihak perlu berkorban dan bertolak ansur. Biasanya jika berjauhan, anak-anak akan bersama si ibu. Dengan kata lain, si ibu harus kental berdikari menguruskan perihal anak-anak termasuk sakit demam.
Cari jalan bahagia
Ingatlah kebahagiaan perkahwinan tidak terletak pada kesempurnaan semata-mata tetapi terletak pada hati yang sentiasa reda dan positif melalui kehidupan ini. Usah fokus kepada masalah-masalah yang timbul tetapi carilah jalan bagaimana untuk mencipta bahagia sedangkan diri dan pasangan terpisah jauh beribu-ribu batu. Moga tip yang dipaparkan akan memberikan panduan dan kebahagiaan kepada pasangan yang melayari bahtera pernikahan secara jarak jauh.
Terima kenyataan dan komited
Terima kenyataan bahawa anda memiliki pasangan yang berada jauh. Set kan pada minda bahawa anda perlu melalui kehidupan tanpa si dia berada di sisi sepanjang masa. Hanya dengan menerima kenyataan ini anda akan menjadi kuat untuk menempuh cabaran kehidupan berumah tangga jarak jauh ini terutama sekali  ketika melalui saat-saat genting. Jangan sesekali membanding-bandingkan rumah tangga anda dengan perkahwinan orang lain yang tinggal sebumbung kerana halnya tidak akan sama. Sentiasalah bersikap positif dan bersabar. Jika anda mempunyai anak dan ia tinggal bersama anda, terangkan kepadanya kenapa ayah atau ibunya tidak selalu bersama seperti keluarga orang lain.
Jaga kehormatan diri
Apabila pasangan tiada di sisi, jangan pula kita berlagak bujang dan bebas bergaul dengan insan bukan muhrim. Ingatlah anda adalah suami atau isteri orang yang wajib menjaga kehormatan diri. Benar anda mungkin sepi dan rasa sunyi. Oleh sebab itu, semasa ketiadaan suami atau isteri, cuba penuhi masa anda yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti menumpukan perhatian kepada anak, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mengambil kursus secara sambilan atau melakukan kerja sambilan. Usah membuka ruang pada diri anda untuk terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti pergaulan bebas dengan bukan muhrim.
Kerapkan berhubung
Hubungi pasangan anda dengan kerap. Anda pasti rindu padanya dan luahkan cinta anda menerusi panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, e-mel atau saluran media sosial seperti Facebook. Teknologi terkini seperti Skype dan panggilan video membolehkan anda boleh berkomunikasi dengan pasangan anda dengan lebih mudah dan berkesan. Sekiranya ada hal mengenai anak atau keluarga, segera maklumkan kepadanya kerana hal ini akan menyebabkan pasangan anda berasa dekat, diperlukan, sebahagian daripada keluarga dan disayangi anda.
Maksimumkan masa bertemu
Berusahalah memaksimumkan tempoh pertemuan anda dan pasangan. Rancang dan wujudkan jadual sepanjang tahun dan tentukan tarikh anda boleh bersamanya. Adalah lebih baik jika pertemuan boleh dilakukan ketika cuti hujung minggu dan ketika anda bercuti peristiwa atau public holiday. Anda juga boleh merancang agar pasangan dan anda bergilir-gilir untuk pergi ke lokasi tempat tinggal masing-masing supaya lebih adil dan saksama. Selain itu gunakan masa bertemu sebaik mungkin untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab dan melakukan aktiviti berfaedah bersama.
Jujur dan setia pada pasangan
Bersikap jujur pada pasangan anda adalah kemestian dalam hubungan jarak jauh. Letakkan kejujuran ini pada sudut hati yang paling dalam. Justeru, murnikan hubungan anda dengan rasa  jujur dan setia nescaya pasangan anda juga akan berbuat demikian. Jangan sesekali menipu walau pun mengenai hal-hal yang kecil kerana si dia berhak untuk mengetahui perkara yang sebenar. Tepis godaan dari luar yang mungkin akan mengeruhkan keadaan. Apabila kita komited, jujur, setia dan menghormati ijab kabul anda dan pasangan, tidak mustahil segala perkara negatif seperti perbuatan menduakan suami atau bermain kayu tiga dapat ditangkis.
Tunai tanggungjawab masing-masing
Anda dan pasangan anda perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai suami, isteri atau ibu dan bapa kepada anak-anak. Meski pun berada jauh, tanggungjawab dan kewajipan terhadap mereka tetap perlu dilunaskan. Sebagai contoh suami perlu menyediakan nafkah, perlindungan, tempat tinggal semampunya ia walau pun tidak duduk sebumbung. Berbincanglah dengan pasangan anda sekiranya anda tidak mampu untuk menunaikannya kerana dengan kukuhnya sesebuah ikatan perkahwinan itu terletak pada persefahaman, saling bertolak ansur dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Saling percaya
Berikanlah kepercayaan kepada pasangan anda saat anda berdua berjauhan. Suami atau isteri yang patuh pada agama sudah tentu akan sentiasa menjaga kesejahteraan rumah tangga. Yakinlah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Oleh sebab itu, jagalah pekerti anda supaya suami juga melakukan hal yang sama.
Sentiasa menghargai  dan raikan pasangan
Hargailah pasangan anda dengan mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidupnya seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan anda berdua. Raikan juga saat-saat gembiranya seperti kenaikan pangkat, kejayaannya menurunkan berat badan  atau keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak. Kirimkan jambangan bunga atau hadiah sebagai tanda penghargaan anda. Apabila bertemu pula raikan ia dengan memasak makanan kegemarannya atau membawanya ke tempat yang disukainya. Wujudkan saat romantis anda dan dia berdua-duaan seperti keluar bersama atau dating yang pastinya akan menghangatkan ikatan kasih sayang yang terjalin.
Tulis surat cinta
 Selain itu, menulis surat cinta adalah idea lama yang boleh dipraktikkan kala berjauhan. Apa kata tulis surat cinta yang penuh kata-kata romantis dan kasih sayang untuk kepada suami atau isteri. Sebagai contoh anda dan suami terpisah selama sebulan maka tulislah 30 surat cinta yang berbeza isi kandungan buatnya dan suruhlah dia membuka satu surat setiap sehari supaya kasih antara anda berdua sentiasa membara dan segar setiap hari.
Tawakal dan berdoa
Di saat anda tidak berada di sisinya maka berdoalah kepada Allah SWT agar dipelihara keselamatan pasangan anda dan kesejahteraan rumah tangga yang terbina. Deria manusia amat terhad tetapi Allah SWT  Maha Mendengar dan Maha Melihat. Pohonlah pada Rabbul Izzati agar pasangan sentiasa jujur dan setia dalam melayari bahtera perkahwinan walau pun jarak yang jauh memisahkan. Pinta juga keredaan hati menempuh pelbagai dugaan agar anda sentiasa pasrah dalam mencari syurga rumah tangga.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Mac 2013)

## setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...

19 February 2013

Wanita.....by KRU



Jom layan lagu ni..sangat best ok. dgr byk kali xjemu...

### saja post lagu lak kt blog sb xdak idea nak tulis apa...hahahaha....

06 February 2013

Ragam anak bujang saya....

Assalamualaikum...

Happy Wednesday...happy sebab arini dh ari rabu. sebab esok nk jmpa mak,abah, abg & kakak ipar sy yg blik dr menunaikan umrah. sungguh cpt masa berlalu. 2 minggu rasa kejap je. Alhamdulillah, semoga diaorg semua slmt sampai. itu mukadimah je...sy nk crita psl ank bujang nan sorg ni. Arini anak bujang sy dh setahun 4 bulan. rs cam dh lama xupdate psl dia. 

Petang smlm pas balik keja, kami dua beranak bosan sgt. Xtau nak buat apa. Maklumla, tinggal kami berdua ja. lgpun smlm sampai umah awal. selalu dkt maghrib bru smpai. Singgah umah opah kejap. Amsyar lak sibuk ngn keta TOLO dia smbil minum susu. pastu kejap2 punggah mainan, main sorg2. dh bosan tu apa lagi...snap la gambar si anak bermain sorang2...layan aje la gambo2 dia.

Anak bujang sy dh pok pek..sebutan pn dh jelas. byk benda yg kita sebut & act dia akn tiru. so, this time kn ckp & act benda yg elok2 je sb dia dh start meniru...pastu asyik sebut papa je..ibu ari2 ngn dia xde lak disebutnya. maybe sebutan papa tu sgt senang nk disebut. memang pun. klu nak something, dh pandai sebut 'nak' smbil jari tunjuk benda apa yg dia nak tu. pastu dah pandai merajuk...comel je :-) bila dgr azan, dia pun tunduk cam rukuk....sgt la obsess dgn bas hinggakan lori2 pun dia sebut bas. kira pd peringkat ni dia dh boleh beza & kenal benda disekeliling. Lg best bila suruh dia ajuk bunyi binatang. siap dgn gaya lagi. Paling best, part dia amik tudung sy..pastu bising2 srh sy pakai even time tu waktu malam dh nak tido pn disuruhnya pakai. alahai anak. tp, alhamdulillah, seronok sgt rasanya dgn keletah anak sorang ni. mmg menjadi penghibur kami berdua. 



Ni pulak aktiviti Amsyar di hari minggu. Dah lama beli kolam Ben 10 tu..tp asyik xde masa je nak buka. Last week dpt la bagi dia mandi kt kolam tu. Excited sungguh. Sorry ya, pic Amsyar sexy sikit. Hehehehe..Layan kan aje budak ni main air + mandi. tp xleh lama2 sb takut selsema. klu kata sudah dia marah2 sb nak main lg


Alhamdulillah, Amsyar dh boleh makan sendiri. Cuma kena sabar aja la sebab abis berterabur. Good job anak ibu!!


Permata hati ibu & papa...we love u so much! 

05 February 2013

Plan nk bercuti lg la....

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni mood nk update blog time pagi ja. maybe lps buka blog & baca blog kwn2, terus idea dtg. boleh mcm tu? Ok, kali ni nak update psl plan nk bercuti2 malaysia lg. Asyik bjalan ja kejanya...xsalah bila ianya kena dgn kedudukan kewangan & masa. Lgpun sekadar plan2 je. Kalau menjadi alhamdulillah la kan? chewah!

1. Bukit Tinggi, Pahang
Ni tmpt yg sejak dr dulu teringin sgt nak p. Sampai skang xsampai2 lg. Kesian betoi kan? hehehe..InsyaAllah akn pastikan dpt jugak jejak kaki ke sini suatu hari nnt. Lg excited nak p bila Puan Dayang cita & share keseronokan disana. Aishhh.....xsabaq aih nak p. Reason nak sgt pg sana maybe sb tmpt tu cantik & cam ala2 g oversea gitu. Ye la, nk dpt pegi oversea tah bila la kan. dpt pegi sini dulu pn jadi la. Tp sebelum apa2 kn buat survey hotel, kos pergi & balik dll. Proposal akn diusulkan kpd Big Boss nant. Apap2 pn kena buat plan betoi2 supaya xkena reject. hehehehehe...Nah, siap google lg gmbr2 menarik kt Bukit Tinggi. Cer tgk...lawa kan tmpt ni...


2. Pulau Perhentian, Terengganu
Tempat ni adalah tmpt dlm list nak p time honeymoon. Tp xmenjadi. So, klu dpt pg ngan anak pn kira ok la..berhoneymoon bertiga. Ok apa. Reason nak p tmpt ni maybe sb cantik & tenang. Boleh mcm tu? Mcm la xda pulau lain yg cantik & tenang. Entah, xtau sb apa nk p sini. 


3. Melaka Bandaraya Bersejarah
Walaupun dulu pernah smpai Melaka, tp ttp rasa nak p lagi bwk Amsyar. Byk tempat menarik utk dilawati kt sana.


4. Sabah
Reason nk p Sabah selain nk jalan2 ialah nk melawat cousin yg menetap disana. Tp tu lah, susah gak nk ke sana. Nk kena cr tiket flight yg murah, bila dpt murah, susah lak nk booking (Pengalaman pertama nk booking tiket ke Sabah time free seating AA dl) maklum la, 1st time katanya. tensen sbb kena main2 tukar tarikh nk cr harga yg betoi2 murah. Ingt senang org nk bg free? hahahaha..last2 give up. tggu next promo plak la bru try lg utk booking. 

5. USS
Ni dh dikira bukan cuti2 malaysia lg dh. Dah p oversea...he3. Sj nk msukkan dlm list jgk sb dulu penah bersuara nk p. Tp bila pikiaq2 blik, harus ada bajet lebih (lebih byk) utk kesana. 


## Sokseksoksek: So far, ni je kot tmpt2 yg dok rasa nak p...esok2 xtau la plak mcm mana. he3. agak2 encik suami baca blog ni x? haahaha..mmg taklah....klu bc senang jugak kan. erm..apa2 pun harus start menabung sikit2 dr skang kalau nk bercuti2 malaysia. amboi, bukan main ibu amsyar plan! hak hak hak

04 February 2013

Happy Birthday to me!!!


Assalamualaikum..

Happy birthday to me...Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur sy ungkapkan sb sy masih diberi peluang utk menyambut tarikh kelahiran sy yg ke 30..Syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk bernafas & melihat insan2 tersayang. 

Tarikh 2/2/1983 30 tahun yg lalu tepat jam 4.30 ptg sy dilahirkan. Anak ke 3 kpd pasangan Hashim & Jamaliah. Alhamdulillah, terima kasih kpd mak & abah krn selama 30 thn menjaga, mendidik & memberi sepenuh kasih sayang (Mood sebak tetiba bila teringat mak & abah yg kat Mekah). Insya Allah 3 hari lg dpt jmpa mak ngn abah. 

Buat suami tercinta, walaupun tiada hadiah, ucapan & ingatan dh memadai. Terima kasih krn menjadi suami & papa yg terbaik utk kami berdua.

Seiring dgn bertambahnya usia ni, tiada apa yg diharapkan melainkan diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, menjadi isteri yg diredhaiNya, menjadi ibu & cth terbaik dlm mendidik Rafieq Amsyar...

## eh, lupa nk gtau, sy ada buat kek utk diri sendiri pd malam sblm birthday sy...kek biasa2 je..kek coklat kukus...tp xsempat nk snap picture dh licin...hahahaha...sendiri buat, sendiri potong kek, sendiri makan..hahaha! 

Cerita jalan2 ke Penang...

Assalamualaikum..

Pagi update blog sb mood lemau semacam. Is it monday blues? he3..entah la. Just nak cita psl percutian ke Penang time cuti Thaipusam aritu...

Percutian yg singkat, itupun disebabkan kami menghantar mak abah pergi umrah & naik kt Airport Penang. So, sambil menyelam minum air la....seminggu sblm tu sy lah insan paling sibuk mencari hotel utk kami bermalam nnt. Nmpk mcm senang kan, ala nak cr hotel aja pun. Hah...senang lah sgt. Bg sy, agak susah sb time kami nak p cuti nnt adalah public holiday iaitu Thaipusam Day & ada request pulak nak hotel area Batu Ferringhi & tepi pantai. Hotel pun byk yg dh full & klu ada pun yg mahal2. Erk? xmau la mahal2..nak yg biasa je, yg kami mampu. Mula2 tukar fikiran cr homestay @ apartment @ condo. Ada tu mmg ada, tp byk yg nak full payment. xmau deposit. takut kena tipu, so kena la cr hotel balik.

Alhamdulillah, finally dpt gak cr hotel tp bukan dkt area Batu Ferringhi lah. Hotel yg sy dpt ni area Tanjung Bungah. Dkt la jugak dgn Batu Ferringhi & mmg dkt pantai pun. Harga utk sebilik adalah RM190. boleh la kan. so, kami booked utk 2 bilik. Kami check in hotel hampir kul 4. Ni semua gara2 jammed sb jalan nak ke hotel lalu tmpt org sambut Thaipusam. Mmg masak la jammed. Sabar aja la. Sampai hotel pn dh hampir kul 4. Nasib xsesat nk cr Hotel tu.

Disebabkan masa hanya sehari, xda la berjalan2 kemana sgt pn. Just ke tepi pantai Batu Feringghi & singgah Padang Kota Lama sekejap menikmati rojak. Tu pun time odw nak blik dh. But, kami enjoy. InsyaAllah akn merancang utk bercuti lama sikit lps ni.






Plan for next holiday..ke manakah? hehehehe...







Mini Rage Face Happy Smiley