30 April 2013

Update....

Assalamualaikum...hai blog

Harini nak update entri lepas pasal Bila Amsyar tak sihat. Alhamdulillah, Amsyar dh sihat sepenuhnya. Syukur sangat2..Lega hati bila tengok dia dah kembali sihat mcm biasa. Aktif, selera makan dh kembali normal. Susah hati Tuhan saja yang tau bila Amsyar kena HFMD aritu. Mana dengan papa dia jauh...minta sangat dijauhkan dr semua perkara yang buruk2. Nauzubillah....

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana menjaga kami berdua..memberi kekuatan kpd saya untuk bersabar dalam menjaga anak yang tak sihat....Alhamdulillah, Amsyar xbyk kerenah...xlangsung menyusahkan ibu...

Ahad lepas, last follow up Amsyar dengan Dr. Rahman...Lepas check, ulser pun dh mengering, bintik2 dkt tapak tgn dgn tapak kaki pun xde menampakkan akn bertambah malah dh semakin menghilang. Cuma sebagai langkah berjaga2 supaya Amsyar xdijangkiti dalam waktu terdekat, doc nasihat kan Amsyar utk tidak ke taska selama 2 hari. Pening kepala time tu sebab sy kena masuk keje esoknya, sebab last week dh EL 2 hari. Sapa nak jaga Amsyar? Huhuhuhu...klu ikut hati, memang nak sangat amik cuti lg. Tapi, apakan daya.....

Minta tolong dr mak mertua utk jaga Amsyar. Nasib la ucu Amsyar ada. Dia la tolong jaga Amsyar sepanjang 2 hari ni.

hati tak tentu arah meninggalkan anak yang xsihat...tapi apa boleh buat kan...tawakal semoga anak sentiasa dibawah lindunganNya....

HFMD....

Assalamualaikum..hai blog

Rentetan dari Amsyar kena HFMD last week, disini sy nak share pasal penyakit ni...hasil dari google di blog DR AZWAN - HFMD

Definisi 
HFMD ialah sejenis jangkitan melalui sejenis virus yg dipanggil enterovirus @ virus yg biasa tdapat didalam usus. HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 dan enterovirus 71. Cox A16 adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tdk bahaya. HFMD yg disebabkan oleh enterovirus 71 adalah lbh merbahaya & menyebabkan kematian. Ini disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningtis), jangkitan otak (encephalitis), jantung (myocarditis) & jangkitan paru2 berair.

Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dpt merebak melalui sentuhan (melalui cairan hidung & mulut, air liur, cecair drpd lepuh tgn & kaki & najis mereka yg dijangkiti). Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti org lain dlm tempoh seminggu tkena jangkitan.

Gejala
Ruam dan lepuh di tangan & tapak tangan, tapak kaki & juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% shj kes yang mempunyai ruam di dlm mulut. Kadang2 hanya ruam di tangan shj. Pd masa yg sama, pesakit akn mengalami demam, rs lenguh2 badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut & kadangkala cirit birit. Di antara virus penyebab HFMD, virus enterovirus 71 adalah paling merbahaya. Demam adalah tinggi (melebihi 39oc) & melebihi 3 hari.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak dijangkiti HFMD:-
1. Demam dgn suhu yang tinggi
2. Lemah & penat
3. Tdk mahu makan dan kurang kencing
4. Bernafas kencang
5. Muntah
6. Nampak mengantuk, cepat marah & menangis
7. Sawan

Rawatan
HFMD biasanya tdk bahaya dan akn hilang sendiri. Kebanyakan kes hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar & tdk perlu dimasukkan ke hospital.

Perawatan simptomatik (menurunkan demam, mengurangkan kesakitan spt skt kepala & sakit bdn, meningkatkan hidrasi & rehat secukupnya) diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. 

Antibiotik tidak diperlukan dlm kebanyakan kes. Pesakit perlu diasingkan drpd kanak2 lain.

Pesakit akn dimasukkan ke hospital apabila
1. Tidak boleh makan & minum & perlu dimasukkan air melalui saluran darah
2. Kelihatan lemah & teruk
3. Demam melebihi 4 hari dgn suhu 38oc & 39oc
4. Doktor menjangka akn mendapat jangkitan kpd kawasan otak yg akn menyebabkan kanak2 meracau, diserang sawan, kepenatan melampau & tdk peka thadap persekitaran
5. Terdapat mslh jantung seperti gangguan bunyi jantung & tekanan darah rendah.

Elakkan jangkitan!
1. Membasuh tgn dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak anda
2. Menggunakan air dan sabun untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian, lampin.
3. Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang @ kompleks membeli belah. Sekolah @ nurseri juga perlu dielakkan utk mengelakkan jangkitan merebak

Jangan panik sekiranya anak anda terkena jangkitan HFMD. Kebanyakan HFMD tdk merbahaya dan akn pulih sendiri. 

Dapatkan nasihat doktor di klinik untuk penjelasan lebih terperinci & elakkan jangkitan kepada anak2 lain.

Bila Amsyar tak sihat....

Assalamualaikum....hai blog...(lastweek punya draft..baru sempat nak edit)

Start dari hari Isnin, semangat nak keja tak berapa nak banyak sebab fikiran 24jam teringat buah hati yang xberapa sihat. Amsyar jadi ulser dalam mulut dia. Kesian sangat-sangat tengok dia sebab xde selera makan langsung, pastu air liur meleleh. Tapi nasib baik dia mau makan bubur. Ok la dari xde makan apa2...Boleh bayangkan mcm mana rasanya bila ada ulser dalam mulut kan? Amsyar kena kuat ye sayang....InsyaAllah, Tuhan nak menguji kita. Harap sangat xde apa2 yang serius. Ada terbaca pasal penyakit tangan, kuku, kaki & mulut. Kena ulser tu adalah salah satu tanda. Tapi, so far Amsyar xde demam dan naik bintik2 @ ruam kat tapak tangan. So, jangan la kena penyakit tu.Petang ni nak bawak dia ke klinik. Doakan untuk Amsyar ye. 

Update----
Dah bawak Amsyar ke klinik petang tu jugak. Pengasuh dia kat taska dah bgtau ada bintik2 merah naik kt tapak kaki dia. Tak mau lengah2 lagi. Nant lagi bahaya. Perkembangan dia, masih mcm sebelum tu la. Selera makan msh xada, air liur meleleh, nmpk mcm ulser masih lagi ada. Dah check, ada ulser dkt lidah, lelangit...agak besar. Ala, kesiannya anak ibu. Mesti sakit..Tapi bersyukur sangat sebab Amsyar xdemam. Kalau demam, lagi kesian kat dia. Walaupun xsihat, dia tetap aktif. Main mcm biasa. Merengek pun tak.

Dalam hati memang sah Amsyar kena HFMD ni...lagi sahih bila pengasuh bgtau ada 3 org sebelum Amsyar dh kena. Amsyar org ke4 yang dijangkiti. Bwk Amsyar ke Klinik GUL di Klebang. Klinik Dr. Alex tempat Amsyar selalu check up tutup pulak petang tu. Tak kisah la klinik mana2 pun...janji dpt jumpa doc. Jumpa je doc, ermm..betul la seperti ramalan sblm ni...mmg Amsyar kena HFMD. Terus doc bg nasihat yg sepatutnya, bagi ubat....Amsyar kena mkn ubat demam, selsema, antibiotik & satu ubat utk usus...utk elak ulser merebak ke usus. Kena follow up 3 hari berturut2...doc nak pantau keadaan dia. Amsyar tak boleh ke taska utk elak dijangkiti @ menjangkiti yg lain2. hurmmm...tpaksa la ibu amik EL utk 2 ari. Anything for u Amsyar...kena betul2 observe dan jaga Amsyar utk elak penyakit jd lebih teruk.

Akan update pasal perkembangan Amsyar di next entri.....

22 April 2013

Ustaz Amsyar :-)

Assalamualaikum...

Happy Monday...lemau jugak nak msk keja setelah bercuti 3 hari...hahaha..


Ni la ustaz Amsyar kesayangan saya...harini usia nya dah 1 tahun 7 bulan. Dah besar panjang, banyak akai, macam2 ragam anak bujang nan sorang ni. Pagi ni odw antar dia ke taska, tiba-tiba mood dia nak pakai kopiah yang tok ngn wan beli kat Mekah tempohari. Alhamdulillah, sejuk hati tgk dia macam tu. Bukan apa, anak bujang saya ni sangat la xsuka kalau pakai apa2 atas kepala dia. Sejak dari dulu...letak topi, dibuangnya..xdan seminit topi tu atas kepala...ditarik2. 

Hari ni pakai kopiah sampai ke taska. Tak mau buang pulak. Good boy la anak ibu ni...

18 April 2013

Harap kali ni ada la rezeki kami....

Assalamualaikum...

Hari ni last day bekerja utk minggu ni sebab esok (19/4/2013) adalah cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. Org Perak aje yang bercuti tau...hehehe...

Pagi ni semangat lain macam. Nak tau sebab apa?


Ni la dia. Pagi tadi buka internet ternampak UPSI ada buka kekosongan untuk 3 jawatan diatas. Alhamdulillah, ada jawatan Pembantu Tadbir (P/O). Terus apply & berharap sangat kali ini ada rezeki. Walaupun sebelum dh antar banyak permohonan kat UPSI jugak dan semuanya xberjaya, kali ni xmau patah semangat. Mana la tau kali ni ada rezeki kan. Berdoa dan terus berusaha. 

Lagi best sebab permohonan kali ni dah x menggunakan sistem permohonan online (baru tau dah xde guna sistem permohonan online untuk memohon jawatan di UPSI). Agak leceh guna sistem online sebab bila dah siap isi semua kena print dan attach dengan semua document yg dikehendaki. Pastu bru leh submit by pos. Selagi x submit by pos walaupun dh isi online, tetap xlengkap. Bagi saya cam leceh sikit la, sebab selalunya kalau isi online, click submit dah terus lengkap. Diaorg akan proses. Tapi walaupun leceh, tetap kena buat la kan. 

Bagi yang x tau, saya memang berharap sangat dpt keja kat UPSI ni sebab husband saya kerja kat sana jugak. Itulah sebab utama nya. Kesian husband tiap2 minggu kena ulang alik ke Ipoh. Kadang-kadang bila Amsyar xsihat, dia paling risau. Kadang-kadang risau bila pikir kami tinggal dua beranak. Ada ketikanya, dia sanggup balik walaupun dah lewat. Sy kesian sangat-sangat. Saya tau, perancangan Allah itu lebih baik. Kami redha. Mungkin belum sampai rezeki kami nak tinggal sama-sama. Takpe la, selagi terdaya kami akan usaha mana yang patut. 

Sebab tu sy harap sangat permohonan kali ni akn berjaya. Doakan saya ye! Semoga saya terpilih diantara ramai-ramai yang memohon. Amin, ya rabbal alamin. 

17 April 2013

Edisi Rajin: Cupcakes Carrot Blended

Assalamualaikum...

Semalam tetiba jadi rajin nak buat cupcake plak. Godek2 la resipi cupcake yang senang dibuat lagi mudah & berkhasiat...harus berkhasiat sebab nak bagi anak makan kan. Memandangkan byk resipi cupcake @ kek @ muffin menggunakan mixer, kena la cari resipi yang tidak menggunakan mixer. Ye la, daku belum hado mixer ye! Next month target nak culik mixer murah2 satu untuk kesenangan membuat kek @ cupcake @muffin @ apa2 aja la di masa hadapan. Lagipun kan dah nak raya xlama lagi....(lambat lagi lah!!) Maka, nak target lagi ni...raya ni mesti ada 2-3 balang biskut rayo...harus la...ada oven bru kalau xdigunakan maka sangat lah rugi..nnt papa Amsyar bising, beli oven kalau setakat nak biar dlm kotak baik xpyh beli...ha, kan dah kena....tapi so far, belum ada lagi la ayat-ayat sebegitu. Lepas ni kena pelbagai kan la...bakar ayam, dan lain-lain. Bukan untuk bakar biskut @ kek aja....Hehehe..eh? dah lari topik....

Lepas cari dan cari, dapat la resipi yang sangat senang...mudah & sedap. Terbukti sebab lps bakor je 2-3 biji ngap masuk mulut. Tak sabor2....Ini lah cupcake comel kiut miut yang dihasilkan semalam. Namanya Cupcake Carrot Blended. Sebab apa panggil kiut miut? Sebab saja buat kecik2..senang Amsyar nak ngap. Sekali msk mulut je. Dan resipi ni sgt senang....masuk semua bahan dlm blender then blend smpai halus....senang kan? Jom tengok resipi sebelum saya tempek gambo2 nya ya....

Cupcake Carrot Blended

Bahan-bahan
1 batang carrot (Anggaran 180g)
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 sudu baking powder (* ayak bersama tepung)
secubit serbuk kayu manis (optional)

Cara-cara
1. Bersihkan carrot, potong kecil-kecil dan masukkan ke dlm blender bersama-sama dengan gula, minyak dan telur. Kisar semua bahan sampai halus.
2. Tuang bahan yang dikisar ke dlm mangkuk dan campurkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. 
3. Pipe ke dlm cup dan bakar selama 25 minit pd suhu 170c sehingga masak. 

*** Boleh jugak kalau nak terus masuk dalam loyang dan terus bakar. 


Alhamdulillah, menjadi jugak la cupcakes ni semalam. Dapat la Amsyar bwk bekal ke taska makan dengan kawan-kawan. 

15 April 2013

Mari Mengundi....

Assalamualaikum...

Marilah mari...pergi mengundi..tunaikan kewajipan pada negara...~~ ada sambungan lagi lagu ni...dah lupa (lagu femes yg selalu kita dengaq time nak mengundi) masih ingatkah? 

Semua persoalan sudah terjawab, tarikh mengundi pun dh diberitahu. Sakan la sekarang ni..berpinau2 la mata ni tengok bendera pelbagai kaler menghiasi jalanraya, jalan2 kampung, persimpangan sini..persimpangan sana. Tapi satu je la, janganla pasang bendera tu sampai mengganggu lalulintas. Sebab kadang-kadang ada nampak la bendera tu cam menutup jalan nak msk simpang...tutup signboard dan lain-lain. 

PRU adalah pada 5 Mei 2013.Ari Ahad la pulak. Tarikh penamaan calon pd 20 April 2013. Ini kali kedua sy mengundi bermakna dah 2 kali la sy pangkah (x). Hehehehe...Apapun, semoga PRU kali ni berjalan dengan lancar.

End of May 2013.....

Assalamualaikum....


Apakah? hehehe...over tak? siap bulat bagai..konon-konon reminder...Eh, xda la...saja suka suki...Tengah plan nak melancong ni..pada tarikh yang dibulatkan tu...hehehe..melancong, bunyi cam best ja kan...op kos la melancong tu best...tp situasi disini xde la melancong sangat....melencong a.k.a jalan-jalan makan angin ja... :-)

InsyaAllah, jika diizinkan & dipermudahkan. Ni boleh dikira family holiday kami la..dah lama xberjalan-jalan makan angin.Tengah survey2 apa yang patut. Destinasi? Xde la jauh sangat. Dekat-dekat aje....hehehe..Memandangkan 24/5 tu Public Holiday (Wesak Day), so dapat la extra 1 hari..kalau x harap sabtu ngan ahad aje la...penat sikit kalau nak jalan-jalan masa singkat ni. Itu nak buat, ini nak buat...xsempat. Harap menjadi la plan kali ni.

Copy Paste...

Assalamualaikum....


Ni la copy paste nya...ada serupa tak? hehehe...entah la, kalau mata sendiri yang memandang, xde la nampak serupa...tp mata org lain, ramai yang kata Amsyar copy paste muka saya...paling ketara tang hidung...yang ni memang saya akui....hidung kami serupa..tapi kadang-kadang bila perati balik, cam lain...hahaha...apa lah! 

Pada saya, Amsyar lebih banyak copy paste papa nya...telinga, mata, kulit & mulut...memang sama. Dan lagi satu yang saya perasan, Amsyar banyak menggunakan tangan kirinya apabila buat sesuatu. Dah sah, memang akn kidal cam papanya. 

Apapun, xkisah la dia ikut saya @ papanya....yang penting kami berdua harap & berdoa Amsyar membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, mendengar kata & bijak! Amin Ya Rabbal A'lamin.....

Nak update sikit pasal anak saya yang sorang ni....sekarang dia dah 1 tahun 7 bulan..Alhamdulillah, membesar dengan sihat & semakin bijak. Skang ni dah pandai sebut ibu...kalau dulu, kena suruh baru nak sebut..skang ni, asyik-asyik ibu....xnampak ibu, panggil la berkali2...hehehe....dah petah bercakap walaupun ada setengah bahasa tu dia aja yang tau..dah start kenal huruf, benda, binatang, dah faham arahan kalau suruh dia buat..Dah pandai merajuk...semakin lasak & aktif. Alhamdulillah....semoga Amsyar akan sentiasa sihat dan menjadi penyeri dalam hidup kami.....

Rafieq Amsyar bin Rafizee Uzair.....permata hati kami...

11 April 2013

MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke2

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama xmeng'hapdate' blog...malas rasanya tmbah lak dgn kekeringan idea..xtau nak hapdate apa...

Arini kembali berblog dengan cerita MasterChef selebriti Malaysia musim ke2...Salah satu cerita feberet nih. Sebab suka tengok gelagat artis2 tanahair memasak. kadang2 cam tak terjangka..eh, pandainya diaorg masak. Ha, lenkali jangan pandang diaorg sebelah mata tau! Hehehe....Macam musim 1 dulu suka tengok Tomok..memang xterjangka dia pandai masak. Utk yang xtau, musim 1 dulu juaranya adalah Dato' Fazley...musim 2 ni xtau la sapa. Nak teka pun masih terlalu awal. Akan start bersiaran di ASTRO RIA (104), MUSTIKA HD (134) dan ASTRO ON THE GO pd 20 April 2013 nih, jam 9 malam. 

Jom kita tengok artis2 yang terlibat untuk musim ini..


































Masih terlalu awal nak teka kan sapa agaknya yang bakal menjadi juara MasterChef Selebriti Musim ke2 ni kan?