Leaderboard

26 February 2014

Wordless Wednesday: Rindu Amsyar...


Assalamualaikum...



Rindu sangat kat buah hati aku yang sorang ni...
Bukan apa..semalam aku marah dia...
Gara-gara dia tu tengok TV bukan nak dok jauh2..
Nak jugak berdiri terpacak depan TV tu...
Bila panggil suruh dok belakang dia buat dek..
Hangin la aku...Tapi marah aku ni tak da la sampai memukul...
Volume suara ni naik la sikit pitch dia...
Huhuhu..sampai ke sudah dia tak bergerak-gerak..
Last2 aku off  TV sambil mulut pok pek marah dia...
Bila aku pok pek pok pek tu tereyak la dia..
Ala....kesian la pulak...Huhuhu...
Time tu pulak papa dia call...
Apa lagi...terus mengadu kat papa....sambil air mata laju ja menitik..
Sayu pulak aku tengok...

Ala anak ibu..ibu marah bukan ibu benci...
Ibu marah sebab ibu sayang...
Tak boleh tengok TV tu dekat2 sangat..
Nanti mata rosak....

Time ni bila ingt kisah semalam...rasa bersalah pulak marah-marah..
Patutnya ambik pendekatan explain pelan-pelan kat dia rather than tinggikan suara..
Oh, my bad...serius, rasa bersalah sangat...
Tak sabar bak tunggu pukul 530 ni..
Nak jumpa buah hati ibu..

20 February 2014

Rindu Laksa Kari Nyonya Melaka


Assalamualaikum...

Sedang belek-belek gambaq p Melaka aritu, terjumpa gambaq ni...


Buat pertama kali...aku jadi hantu laksa...
Tapi bukan semua jenis laksa ye..
Hanya laksa ini sahaja..
Sedap sampai teringat ni...
1st time makan laksa kari nyonya melaka ni aritu kat Mydin MITC, Melaka...
Tak tau nak describe camana rasa dia...
Hahaha..sedap dia lain macam...
Nasib la tak mengidam kan...
Kalau tak jenuh mana nak cari yang macam ni...


Nak kena masak sendiri la macam ni...tp boleh ke dpt rasa sebijik macam yang aku makan tu? Hahahaha...


Latih anak berpisah sekejap...


Assalamualaikum...

Topik menarik nak share dengan semua....

Sumber: Mingguan Wanita

Pada usia satu hingga dua tahun, anak akan berhadapan tahap ‘takut berpisah’ dengan ibu bapa. Merasa kehilangan ini menyebabkan mereka takut berpisah dengan orang-orang yang selama ini memberi kasih sayang, melindungi dan memenuhi keinginan mereka.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak dari Schubert Center of Child Development, Case Western Reserve University, Ohio, A.S, Donald K.Freedheim, ini merupakan sesuatu normal dihadapi oleh kanak-kanak dalam usia tersebut. Puncaknya terjadi pada kanak-kanak berusia 1 ½ tahun dan reda setelah berumur 2 ½ tahun. Bagaimanapun ibu bapa perlu meyakinkan bahawa mereka ditinggalkan untuk tempoh sementara sahaja.

Bagi membantu ibu bapa memujuk dan memberi keyakinan kepada anak-anak, berikut ada beberapa panduan yang boleh diikuti:

1. Beritahu ketika hendak pergi
Cara ini akan membuat anak anda berasa terganggu apabila mengetahui anda hilang daripada pandangannya. Biasakan untuk selalu memberitahu meskipun anda hanya akan meninggalkannya seketika. Misalnya, “Sayang, ibu pergi sebentar membeli susu untuk kamu. Ibu pasti kembali!” Ini akan memberikan keyakinan bahawa setiap kali anda hilang dari pandangannya, hanya bersifat sementara. Ketika tiba, tunjukkan barang-barang yang anda beli.

2. Maklumkan lebih awal
Jika anda merancang meninggalkannya seharian, maklumkan si kecil pada malam sebelumnya. Contohnya, dengan memanfaatkan kesempatan ketika membacakan buku cerita sebelum tidur. Lebih baik jika anda sediakan buku cerita mengisahkan kanak-kanak yang bermain sementara ibu bapanya keluar bekerja.

3. Tenang dan konsisten
Jika kanak-kanak menangis menjerit-jerit ketika anda meninggalkannya, berusaha untuk tidak membatalkan rancangan. Peluk anak anda dan bercakap dengan lembut. Sikap konsisten diperlukan untuk membantu anak memahami bahawa ketika dia tidak melihat anda, tidak bererti anda meninggalkan dia selamanya atau tidak sayang kepadanya. Jika anda tidak konsisten, anak akan bingung dan sukar menerima perkara yang sedang anda ajarkan.

4. Yakinkan bahawa anda akan kembali
Keyakinan dan kepercayaan anak bahawa anda hanya pergi sementara dapat ditumbuhkan secara bertahap. Pada awalnya, anak anda mungkin tidak percaya. Namun untuk mengembalikan keyakinan, anda harus membuktikan bahawa setiap kali pergi, anda akan kembali muncul di hadapannya. Maka, setiap kali pulang, katakan, “Sayang, ibu pulang..”

5. Latih meninggalkan anak secara bertahap
Anda boleh melatihnya secara berperingkat. Pada mulanya, menyorok di balik pintu dan muncul kembali. Kemudian, tinggalkannya di sebuah bilik selama lima hingga 10 minit dan setelah itu hampirinya. Secara bertahap, dia akan terbiasa ditinggalkan.

6. Melakukan aktiviti bersama
Sesekali bawa anak anda melakukan aktiviti di luar bersama. Dengan ini dia akan memahami bahawa ketika anda tidak berada bersama di dalam rumah, anda mempunyai urusan dan tahu bahawa anda tetap kembali.



Kami tak pernah berpisah....
Tak boleh nak bayang kalau kena berpisah walaupun semalam...
Sebelum ni tak pernah lagi berjauhan dengan Amsyar...
Hanya time aku p kerja, dia ke taska tu dah kira biasa la...
Maksud di sini berpisah sementara...
Camana la Amsyar kalau tidoq aku takda sebelah...
Dan macam mana la aku kalau tidoq takda Amsyar sebelah...
hahahaha....aku pun tak dak jawapan yang pasti...
Cuma...InsyaAllah harap bila dah semakin besar Amsyar akan dpt menyesuaikan diri...
Mana la tau kan lps ni nak dapat adik ke...
Kena la kongsi ibu dengan adik...
Eh?? Melalut pulak....

Nak share panduan tu aje pon...dah boleh melalut sampai amsyar nak dapat adik pulak... hahahha....
Apapun semoga panduan dari Majalah Wanita tu dapat membantu....untuk aku jugak la...& korang...


19 February 2014

Cuti CNY - Melaka (Part 2)....


Assalamualaikum..

Bila dah ada part2 kena la gigih jugak menghabiskan cerita....
Malaih wei nak sambung taip entri pastu publish...hadoi la...Hehehe..

Hari kedua di Melaka...yakni hari last...pepagi lagi dh siap2..
kemas2 beg semua terus zass bawak turun simpan dlm keta & terus g breakfast.
Nanti tak payah pikir dah nak naik atas...angkut beg2..lepas breakfast dah leh terus gerak...

Hari last plan nak ke Zoo Melaka & Taman Buaya. Since tempat2 tu memang dah satu jalan ke highway...
Aku malas nak celoteh panjang2..jom la layan gambaq2 yang ada..


Excited nak p zoo okey...odw to Zoo Melaka ni...
Baru lepas breakfast ramai-ramai...

Okey dah sampai Zoo Melaka...
Sepanjang nak ke zoo cabaran jugak la sebab boleh tahan jem jugak...
Kan ke zoo ni jalan nak ke highway...
Ok la...dah sampai zoo mesti la kena masuk kan...
Memang excited dah nak masuk semua orang...
Tapi kan...sedih la...tak dapat nak masuk sebab orang ramai sangat..
Time nak beli tiket tu yang Q panjang tak hengat...
Malas la nak beratur terus tak dapat masuk...
Kesian Amsyar...takpe la..nanti kita g zoo Taiping aje la ye...


Masuk Taman Buaya aje la kita....
Ok la...dlm taman ni pun ada mini zoo jugak....hihi...
Nak masuk pun takde nak kena Q panjang berjela...


Tiket masuk ke Taman Buaya RM 15 utk org dewasa & 
utk kanak2 bawah 4 tahun cam Amsyar free aje...


Route Map...xla besaq sangat pun Taman Buaya ni...


Okey..ambik gambaq ngan buaya dulu..hehehe...



Bergambar depan replika Masjid Negara, KLCC, Penang Bridge, Putrajaya etc...


Start our tour to see crocodile...xbanyak sangat actually buaya dalam ni...
Time kami sampai semua buaya tengah tidoq...
Tapi pukul 2.30 mcm tu ada la crocodile show..
Tapi kami dah keluar time tu...
Tak dapat la Amsyar tengok crocodile buat show...

So, selain buaya-buaya kat dalam taman ni ada rumah hantu uols...
Pastu cam ada mini water park jugak...
Tergedik-gedik kaki Amsyar ajak masuk sana...
Sudah...mana de bawak baju nak mandi manda pun...
Mana la tau kan dalam tu ada tempat swimming tu...


Keluar dari Taman Buaya, dekat-dekat area situ jugak ada kereta lembu...
Lama tak tengok kereta lembu...ye la..last time pegi Melaka tahun bila kan..
Time tu kereta lembu masih dekat area A Famosa tu...
Lupa pulak nak tanya berapa ringgit naik kereta lembu ni...

So, itu la serba ringkas cuti-cuti kami ke Melaka....
Tak puas sebab xdapat pegi banyak tempat..
Takpa, next time kita pegi lagi...

Tapi kan...ada kisah pulak odw nak balik....bayangkan kami gerak nak balik jam 4 ptg..
Tapi disebabkan jalan nak ke highway tersangat-sangat la jem...kami decide untuk lepak kt Petronas sampai jam 12 tgh malam baru gerak...
Tunggu highway clear sikit...
Alhamdulillah, selamat sampai Ipoh 6 pagi...

Al tammat percutian 3 hari 2 malam kami ke Melaka...

Wordless Wednesday: Sabar...


Assalamualaikum...




Kadang-kadang berdiam diri untuk seketika adalah lebih baik...
Beri peluang kpd diri sendiri untuk berfikir & bertenang...
InsyaAllah bila kita dah tenang, bila kita dah sabar semuanya akan jadi lebih baik...

Selagi boleh sabar, sabarlah...
Selagi boleh diam, diamlah...
Selagi boleh tahan, tahanlah...
Sebab, Allah tahu apa yang kita rasa...


14 February 2014

99 Body Musk Perfumes....


Assalamualaikum...

Hai...perfume lovers out there! Mai tengok produk terbaru ni...

99 Body Musk Perfumes


* Tiada campuran alkohol
* Boleh dibawa solat
* Bau tahan lama


Pelbagai wangian inspired dari minyak wangi terkenal..





Contoh botol




Untuk lelaki...


Untuk wanita..


Berminat untuk memiliki 1 @ 2 @ 3 @ lebih??
Untuk dijadikan hadiah?
Untuk dijadikan koleksi peribadi??

PM / WatssApp 017-2921 724

Harga sebotol 5ml hanya RM 15 / free postage
beli 4 botol percuma 1 botol


11 February 2014

Tropical Baby Herbal Cream...


Assalamualaikum..

Pernah dengar pasal cream ni?
Mesti ada yang pernah & ada yang tak pernah kan?
Yang tak pernah, jom jamu mata tengok apa yang best sangat cream ni....


Sesuai untuk bayi / kanak-kanak / orang dewasa...
Pendek kata sesuai untuk semua peringkat umur...

Tapi paling banyak digunakan untuk baby la...
Jom tengok kelebihan cream ni...

Dengan ramuan minyak kayu putih, halia & beberapa herba tropika lain...


Didatangkan dalam bekas yang comel...senang untuk digunakan & yang penting krim ini tidak melekit & tak meninggalkan kesan minyak pada tangan..yang penting ianya HALAL dan DIJAMIN BERSIH serta BEBAS dari bahan kimia....


Berminat nak try??

Harga hanya RM 39.90 / RM 6 pos

PM 0172921724 atau jenguk
FB - Aszieda Page  untuk details product & juga produk2 lain...


10 February 2014

Playroom Amsyar...


Assalamualaikum..

Mula-mula cam malas je nak buat playroom untuk Amsyar ni...
Ye la..umah sewa je pun...
Kalau umah sendiri lain macam sikit semangat nak buat...
Tapi, bila pikir mainan dah makin banyak..
Buku-buku pun makin bertambah..
Bola 2, 3, 4 biji...ada besaq..ada kecik...
Dengan mini playground tu lagi...
Pastu ditambah lg dengan kereta, moto, basikal..
Haha..jenuh kalau semua bersepah kat ruang tamu..
Mau pening kepala mak dia...


So...decided to transfer semua mainan dia ke bilik belakang..
Lagipun dekat dengan dapur..so, kalau tengah masak still boleh jenguk/dengar apa dia buat kat dlm bilik tu...
Actually bilik tu buat simpan barang...kira cam stor la...
Tapi brg xbanyak mana pun...
Cuma susun elok2 satu side..
Ada la ruang untuk buat playroom Amsyar...


Gigih tau mengemas malam2 pas balik keja...
Tolak kotak...susun kotak cantik2...bagi nampak kemas..mop, sapu semua...
Pastu baru start susun mainan, buku2...segala kereta, moto, basikal...
Hurmmm...okey..memuaskan...buat permulaan ok la..
Nak buat sekaligus zaaa cantik & complete jenuh la...
Slow-slow upgrade ok...
Hehehe..
So, ini la dia playroom Amsyar..


Penjuru tu plan nak letak meja study nanti...
Belum dapat nak beli sampai ke hari ni..
Takpa..slow2 cari...


Terjumpa dekat Mr. DIY...
Alat ukur ketinggian..pastu ada ABC lagi..
Murah saja uols... RM 2.90
Apa lagi....rembat la 1..


Beli kat MYDIN... beli 2 dulu..pasni cari lg..
Ada belajar ABC & Belajar Jawi...
Mula-mula pening xtau nak lekat kat mana...


Dapat idea!! Selalu naik plaground...so, tampal dekat playground..
So..everytime dia naik mesti dia akn nampak..


So..bila nampak dia akan tanya ni apa....tu apa...
Secara xlangsung dapat ajar dia...
hehehehe... 2 in 1.. play & learn...


Mainan dia yang banyak tu lak just masukkan dalam bakul & susun tepi..
Plan nak cari rak @ kabinet yang boleh letak mainan @ buku sekali..
Takpe...cari dulu pastu survey...


Cuti CNY - Melaka (Part 1)


Assalamualaikum...

Ok..ini cerita seminggu yang lalu...
Hahaha..baru nak dapat update...

Cuti CNY aritu kami join konvoi KEKAL 84 papa Amsyar ke PD & Melaka...
Nama pun konvoi, ramai la...ada dlm 11 buah kereta...
Best sebab ramai2...xde la bosan...

Jom layan gambar yang ada...

 Konvoi KEKAL 84...11 buah kereta semuanya..
Bertolak dari Ipoh kul 7 pagi...sampai hentian pertama PD jam 1 tgahari...



Budak excited nak swimming...huhu..mula2 bg main air ombak je..
last2 mengamuk nak mandi...
Terpaksa la papa layankan dia swimming...
1st time amsyar mandi laut ni...
Hitam la kamu nak...hahaha...

So, dipendekkan cerita (hahaha...mls nak cita pnjang2 kan aku ni)
Dari PD ke Melaka xlama pun....ikut jalan bawah (tak ikut highway) melalui Sungai Udang..
So, sepanjang perjalanan tu memang heaven sebab kiri kanan nmpk rumah Melaka yang comel kiut miut tu..
Seronok ja tengok....
Nak ke bandar Melaka memang jem tak ingat...nasib la kan...

Sampai apartment pun dah malam...aktiviti seterusnya sambung keesokan hari..



Okey..ini apartment yang kitaorg sewa...
Nama apartment ni aku dah lupa...
Best sangat apartment ni sebab dekat dgn laut...
Memang dok kena angin laut ja la..
Kami amik 2 apartment...
1 untuk kaum lelaki & 1 untuk kaum perempuan..
Standard 1 apartment ada 3 bilik, 2 bilik air...
Apertment pun dekat dengan town actually..
Boleh jalan kaki sahaja nak ke town...
Tapi...boleh tahan lenguh la kaki kalau berjalan...


Aktiviti esoknya kami pusing bandar Melaka lah...awai pagi dh keluar ni...
Semangat nak naik Menara Taming Sari, nak masuk Kapal Portugis dan lain2...

Jalan-jalan kat Dataran Pahlawan dulu...
Ok je...mcm shopping complex yang lain jugak...
Memandangkan cuaca kat luar memang panas terik...kami lepak dlm ni saja...hahaha...
lepas tu baru kuar jalan2 sekitar..


Hanya mampu melihat dari bawah Menara Taming Sari...
Sedih kot sebab xdpt nak naik...
Sebabnya...nak beli tiket Q teramat la panjang..
Dah malaih nak beratur..
Nasib la bila p time public holiday camni kan...
Ok takpe..nanti kita datang Melaka time hari biasa pulak okeh...
Hahahaha..bilakah?


Kagum sebentar kami melihat beca-beca yang cantik2...
Siap pasang speaker lagu macam2..
Ok...aku memang ketinggalan zaman pasal beca sebab kali terakhir aku ke Melaka adalah berpuluh2 tahun nan lalu...time tu depan A Famosa tu padang lagi...ada kereta lembu..
Skang ni mana ada dah padang...kereta lembu pun dah dipindahkan dekat Zoo Melaka...
Tu pasai ketinggalan zaman sikit tengok betapa berubahnya Melaka...


 

Naik beca la...dah penat berjalan..
Haahaha...25 hengget ja untuk naik beca ni...
Dia bwk pusing banyak tempat gak...
Ok la...sejuk je bila ats beca sambil menikmati pemandangan sekeliling...

Okay...nasib ada abang beca...dia la tolong amikkan gambar kami ni....
Hehehe..kalau idak jangan harap la ada gambar bertiga...
Walau pergi konvoi..tp masing2 bw haluan masing2...
Kami tak jalan ramai2...


Semua gambar dekat A Famosa...
Nak naik Kapal portugis pun xdapat jgak..
Orang ramai sangat oiii...
Sudahnya naik beca aja la..


Malam kami plan nak ke Jonker Walk & naik bot kat River Cruise...tapi tak dpt nak ditunaikan sebab paham2 la ye....ramai sangat manusia time tu...sudahnya jalan2 cari makan aja...


To be continued.... Part 2...



Alif Ba Ta...


Assalamualaikum...


Ni nak share satu video yang aku jmpa &
 ia sangat menjadi feberet Amsyar untuk belajar Alif Ba Ta...
2-3 kali tengok video tu dia dah leh ikut baca alif ba ta walau xsampai habis..
Sampaikan dah pandai minta nak tgk Alif Ba Ta...
Kira ok la untuk permulaan..
Semoga anak ibu cepat pandai...


Sumber: Youtube



07 February 2014

Kain Tenun cantik...


Assalamualaikum...

Berminat dengan kain tenun? Ini original dari Kelantan..
Murah-murah...
Pasti puas hati..

Contoh kain tenun yang telah siap dijahit..
Sangat cantik untuk baju lelaki & perempuan...
Sumber: Google

                                                                      

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Pilihan yang amat menarik...
Berminat? 

Harga hanya RM 110 free postage
4 meter

PM / WhatssApp 017-2921724 @ layari FB Aszieda Page untuk keterangan lanjut...











Mini Rage Face Happy Smiley