Leaderboard

10 November 2014

Pregnancy Journey: 38 weeks...


Assalamualaikum...


Quick update di pagi hari Isnin...
Alhamdulillah... minggu ni dah masuk 38 weeks...
Belum ada apa-apa tanda nak bersalin lagi...
Rasa macam lambat je lagi nak bersalin...
Mungkin adik Amsyar ni keluar lambat...
Esok last check up di Ipoh...
Lepas ni kalau belum bersalin, akan sambung check up di Alor Star..
So, esok kita tengok apa doktor nak cakap...


Plan tu odw balik kampung nanti nak singgah Penang..
Nak ke Toy Museum & Trick Art Museum tu...
Hahahaha.... Since rasa cam tak ada apa-apa tanda lagi... 
Boleh kot main redah...
Confident je kan...
Tapi still kena get ready la...


Ini minggu last kerja...
Ya... tak sabar nak balik kampung & bercuti...
Macam malas jugak nak msk opis...
Haishhh... no no no...
Say no to malas-malas ok...


Ok la...nak sambung buat keja...
Cakap pun dah merapu melalut ke sana sini...


07 November 2014

Pregnancy Journey: Counting days...


Assalamualaikum...


Salam Jumaat penuh barakah semua...


Yeah...keep calm...


Harini dah 37 weeks 5 days...
Aku rasa mcm tak lama ja lagi...
Macam dalam 2-3 hari ni..
Tapi, wallahualam...
Tak sabar nak tunggu adik Amsyar keluaq...
Tak sabar nak peluk cium baby syurga ni...
Tak sabar nak tgk reaksi Amsyar dapat adik..
Semua benda aku tak sabar la kiranya...


Tapi, dalam masa yang sama...
Macam-macam bermain difikiran aku...
Cuak, nervous, excited, takut....
Ye la...bersalin kan mempertaruhkan nyawa...
Macam-macam boleh terjadi...
Memang tak boleh lari dari pikir semua ni...
Doa banyak-banyak semoga urusan melahirkan seorang lagi amanah Allah selamat...


Pada semua kawan-kawan, aku minta maaf kalau ada salah silap...
Doakan aku & baby selamat...
Amin....

06 November 2014

Sharing: Aku, Buku Merah & Ibu Itu...


Assalamualaikum...


Terpanggil untuk share satu artikel yang sangat menarik...
Semoga dapat menjadi panduan kita semua...


Artikel dari: http://dr.syamirul.my




Aku, Buku Merah, Dan Ibu Itu


“Puan, jadi kandungan ini anak sulung puan, berusia 35 minggu..puan dimasukkan ke wad semalam sebab contraction datang awal, kan.”
Ibu berkenaan mengangguk perlahan, sedang Dr. Syamirul memulakan review petang pada hari tersebut.
Wanita mengandung berusia sekitar 30 an itu memerhati Dr. Syamirul membelek perlahan buku merah nya, yang menjadi “passport” bagi semua wanita mengandung. Sering beliau ingatkan kepada pesakitnya, pergi ke mana sekalipun, hatta ke pasar malam pun, seseorang wanita mengandung mesti perlu membawa buku merahnya bersama. Semua maklumat mengenai kandungan tercatat didalam buku itu. Ditakdirkan tiba masa datang tanda kelahiran, doktor takkan sempat menyoal itu ini kepada ibu, buku merah itulah yang membawa jawapan kepada persoalan-persoalan penting.
Teringat Dr.Syamirul akan soalan viva beliau di awal posting di jabatan OnG berkenaan.
“Seorang ibu, 20+ years old, unbooked, presented with contraction pain and leaking liquor. What is the first thing you must do?” soal MO beliau.
Tergagap-gagap Dr. Syamirul. Ligat kepalanya berpusing, buntu.
Perspeculum and Vaginal Examination?” Dr. Syamirul meneka. Logiknya begitulah. Kalau betul dah datang tanda sakit dan dah turun air ketuban, maka langkah seterusnya adalah apakah bukaan rahim dah cukup luas. Silap haribulan, sudah bukaan penuh (OS full), maka ibu tersebut perlu dipindahkan ke Labor Room segera.
“Bukan, rapid test HIV! Unbooked mother, you tak tahu status HIV dia, you jangan letakkan diri you or the whole labor room team dalam risiko by conducting deliveries or even performing VE without knowing whether she had HIV or not!” Tegas MO berkenaan.
Bukanlah bermaksud penghidap HIV, kita tidak akan sambut kelahirannya. Tetapi tentulah tidak sama, langkah pencegahan apabila berhadapan dengan pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit, berbanding dengan ibu-ibu yang tidak menghidap penyakit berjangkit.
Begitulah peri pentingnya buku merah tersebut. Bukan setakat tempoh kandungan, malah status screening HIV, kedudukan/presentasi kandungan, lokasi terkini plasenta, masalah-masalah antenatal, semuanya tercatat dalam buku merah yang menjadi sumber maklumat doktor dalam mengendalikan sesebuah kelahiran.
Sedar dari lamunan, Dr. Syamirul membelek-belek buku merah ibu  tersebut. “G1P0″, dibaca “gravida one para zero“, juga sinonim dengan “nulliparous“, membawa maksud ini adalah kandungan pertama wanita ini, serta wanita ini tidak pernah mengalami kelahiran.
“Emm..doktor..” suara wanita berkenaan menarik perhatian Dr. Syamirul.
“Ye, kak?”
“Sebenarnya ini bukan anak pertama saya.” Dr. Syamirul membeliakkan mata. Menanti penjelasan lanjut wanita tersebut.
Beberapa tahun dulu saya dah pernah mengandung dan bersalin, tapi ketika itu saya muda lagi, tak kahwin lagi. Suami saya sekarang tak tahu pasal perkara ni, keluarga saya pun tak tahu.
Dr. Syamirul mengucap panjang didalam hati. Tak sangka, apa yang selama ini dianggap beliau hanya adegan dalam drama televisyen, kini berada didepan matanya.
Tak apa kak, terima kasih sebab beritahu perkara yang sebenar kepada kami. Hal ini penting kak, kerana banyak perkara yang perlu kami para doktor tahu mengenai kandungan yang sebelum ini, dan ia juga akan mengubah banyak aspek rawatan dan penjagaan akak termasuk ketika proses kelahiran kelak.”
Maksudnya ibu ini bukan lagi nulliparous, tetapi sebenarnya multiparous (sudah pernah mengalami kelahiran). Banyak management sudah berubah dari hakikat ini. Ubat penguat contraction, pitocin, tidak boleh lagi diberi pada kadar 96cc/h, sebaliknya mesti diseparuhkan. Tempoh maksimum fasa aktif kelahiran juga tidak lagi dibenarkan mencecah 12 jam, sebaliknya disingkatkan ke 8 hingga 10 jam. Kadar kecepatan proses bersalin pun berbeza, kalau nulliparous kita dapati bukaan rahim baru 4cm, kita boleh rehat-rehat lagi. Tapi kalau multipara, sudah perlu berjaga-jaga, sejam dua sudah boleh mencapai OS full.
Bukan itu sahaja. Malah, sejarah kandungan dan kelahiran terdahulu juga perlu diterokai. Bersalin biasa atau operation? Jika anak sebelum ini dibedah, perlu diketahui apakah ada komplikasi atau tidak. Adakah allow VBAC (vaginal birth after cesarian)? Berapa berat kelahiran, kerana jika anak sebelum ini besar, kemungkinan kandungan seterusnya juga besar, yang boleh mendedahkan kepada risiko soulder dystocia atau extended tear.
Soalan pertama Dr. Syamirul kepada wanita berkenaan tentulah, “Buku merah yang anak dahulu tu, masih ada kak?”
Kerana dalam buku itu tercatat semua maklumat yang perlu diketahui, termasuklah maklumat postnatal (pasca kelahiran) kelahiran yang terdahulu.
“Tak ada doktor, semua saya sudah buang. Anak tersebut pun saya dah bagi kepada keluarga angkat, saya sendiri dah tak tahu siapa dan ada di mana. Doktor tolong jangan sebut perkara ini dihadapan suami saya atau keluarga saya, mereka semua tak tahu.”
Tergambar kegusaran pada riak wajahnya. Begitulah berbezanya perspektif doktor dan pesakit. Tatkala ketika itu, seorang doktor sedang khuatir dan risau mengenai pesakitnya, plan rawatan dan management yang perlu dibuat. Sedangkan pada pihak ibu ini, apa yang beliau khuatir dan risaukan, adalah takut kebenaran diketahui oleh suami dan ahli keluarganya.
“Tak apa akak jangan risau, selaku seorang doktor, kami terikat dengan kerahsiaan pesakit sekalipun terhadap suami dan keluarga akak sendiri, kecuali kes-kes tertentu.” – barulah tampak lega pada raut mukanya.
“Tapi saya minta kepada akak, maklumat akak ni sangat penting khususnya kepada kami yang nak tolong akak ni. Kalau kami tak diberitahu mengenai hal ini, kami boleh memberi rawatan yang salah, management yang salah, yang boleh mengancam nyawa akak mahupun bayi dalam kandungan. Tengok dalam buku merah akak pun dah salah, akak sepatutnya bagitau perkara ni semasa nak buka buku merah ni lagi. Bayangkan apa terjadi kalau akak datang dalam keadaan dah nak bersalin sangat-sangat, tak sempat bagitau kami, dan kami pula hanya berpandukan buku merah ini semata? Kami boleh tersilap bagi ubat. Kami boleh tersalah rawatan.”
“Ye..akak faham..akak minta maaf,” serak suara wanita tersebut dihadapan Dr. Syamirul.
“Tak apalah akak, yang penting alhamdulillah, akak berterus-terang dengan saya hari ini. Setidaknya, saya masih sempat buat pembetulan pada buku ini. Minta maaf akak, buku merah ini maklumat hospital, kita kena tulis perkara yang betul. Tapi inshaAllah kita akan tulis dalam bahasa inggeris serta menggunakan istilah-istilah perubatan, mudah-mudahan agar suami atau ahli keluarga akak yang terbaca buku ni, tidak faham apa yang ditulis. Tapi untuk pencegahan, mungkin akak boleh simpan buku ini baik-baik agar tidak dibaca oleh orang lain.”
“Terima kasih doktor, terima kasih sangat-sangat.” lega di raut wajahnya semakin terserlah.
“Tapi saya minta dengan serius kepada akak, akak nak rahsiakan hal ini daripada suami dan ahli keluaga, itu hak peribadi akak. Namun saya minta sangat-sangat, bila sampai masanya nak bersalin nanti, akak mesti berterus terang dengan kami. Biarpun ketika itu suami akak ada sekali. Kerana ia mempengaruhi rawatan kami ketika itu.”
“Baik, doktor..”
Selesai review pesakit berkenaan, Dr. Syamirul segera mendapatkan MO beliau untuk dimaklumkan mengenai hal itu.
**********************************************
Meskipun peristiwa ini berlaku beberapa tahun yang lalu, ia masih berlegar di minda saya. Besar impaknya, kerana peristiwa realiti yang sebelum ini dibayangkan dalam novel/drama sahaja.
Wanita tersebut mungkin dahulunya jahil. Jahil sehingga melahirkan anak luar nikah. Dan mungkin dia pada ketika ini sudahpun bertaubat dan berusaha melupakan masa silamnya. Namun hakikatnya, masa silamnya itu tetap datang menghantuinya.
A new life” might not seem so new, after all.
Begitu juga, pendiriannya untuk tidak memberitahu suaminya mengenai perkara tersebut. Saya tidak berhak judge her decision. Malah sering juga kita dengar dalam kuliah agama, ustaz-ustaz mengatakan isteri tidak wajib menceritakan peristiwa hitam yang silam kepada bakal suami.
However, to what extent? Contohnya dalam situasi wanita ini. Sampai bila beliau mahu menyembunyikan hakikat ini daripada pengetahuan suaminya? Adakah beliau sanggup meletakkan nyawanya dalam bahaya demi menyembunyikan maklumat ini? Apa terjadi jika suaminya mengetahui akan hakikat ini?
Secara romantiknya orang berkata, jika benar suaminya mencintainya maka dia akan menerima isterinya seadanya. Namun benarkah realistiknya sedemikian? Kalau anda di tempat itu, bagaimana?
Kesemua kecelaruan ini, tiadalah mampu saya rungkai dalam minda, melainkan hanya mampu untuk saya katakan, “beringat sebelum kena.”
Tatkala zina membarah dalam masyarakat yang saya melihat sendiri first person akan akibatnya –  setiap minggu ada sahaja kes zina yang dilaporkan, ibu luar nikah melahirkan anak, sukar untuk saya bayangkan institusi kekeluargaan masyarakat zaman akan datang, sepuluh dua puluh tahun kemudian, bagaimana ia akan tertegak, kukuhkah ia atau rapuh didalam.
Dan betapa susah menyampaikan mesej “beringat sebelum kena” ini kepada adik-adik remaja anak muda kita, hasil dari media sekarang. Sama ada media sosial, mahupun media hiburan. Apabila remaja muda mengandungkan anak lelaki luar negara. Apabila gambar berpelukan itu tidak mengapa, asalkan tidak berpelukan dengan anjing. Mahu atau tidak, betapa peritnya ia, kita semua akur bahawa masalah sosial kian membarah didalam negara kita.
Semoga kita tidak henti menadah tangan bermunajat sambil mengenangkan qalam Ilahi, “Ya ayyuhal ladziina aamanu, quu anfusakum, wa ahliikum, naara.” Surah At Tahrim, ayat enam. [66:6]

*********************************************

Buku merah ku yang dah tak serupa buku merah...
Hahahaha... 

05 November 2014

Kes Buli....


Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni...banyak sangat kes buli kan..
Kat asrama la selalu nya pun...
Siap ada upload video lagi...
Apa nak jadi dengan bebudak zaman sekarang ni...
Dah nak jadi gangster pulak...
Zaman ke depan zaman anak-anak aku nanti tak tau la macam mana....


Aku dulu dok asrama jugak...
Ye la..zaman dulu kan..mana nak ada kes-kes buli ni...
Kalau ada pun, seingat aku time orentasi form 1...kena 'buli' dengan kakak senior...
Tapi 'buli' ni takde lah sampai pukul memukul, sepak terajang semua...
Aku dulu kena buli menyanyi... hahahaha... lagu Era Fazira...Ingat lagi time tu... 
Pastu ada jugak kena 'buli' tiup kipas syiling sampai berpusing...
Gila ko...sampai ke sudah la kipas tu tak berpusing...
Tu antara buli time aku dulu-dulu...time orentasi..
Lepas orentasi week, semua back to normal....
Belajar & hidup la macam biasa....


Tapi sekarang ni....teruk sangat aku tengok...
Nak salah siapa? urmmmm..salah mak bapak? salah cikgu? atau salah persekitaran? 
atau salah budak-budak tu sendiri? 
Entah la...banyak benda mempengaruhi apa yang jadi...
Aku rasa la... pengaruh tv, media sosial..antara sedikit sebanyak...
Cerita/movie yang berunsur keganasan...
Sekarang semua benda di hujung jari...
Teknologi semua canggih-canggih...
Bukan setakat kes buli, macam-macam dah kes lain sekarang...


Banyak sudut sebenarnya kita kena kaji...
Semua orang kena mainkan peranan bukan saja utk bendung masalah buli ni...
tapi masalah-masalah lain jugak...
Kesian tengok budak yang kena buli tu weh...
Trauma oooo jadinya...















Antara laporan kes buli yang dilaporkan....

Sumber: Google

04 November 2014

Pregnancy Journey: Last Trimester...

Assalamualaikum...


Lilypie - (pyiK)

19 hari lagi...
Itupun kalau ngam-ngam bersalin time due la..
Kalau bersalin awal... tik tok tik tok la..
Actually sekarang memang mood standby je..
Anytime from now boleh bersalin...
Cuak weh...nervous tak tau nak habaq dah nie...
Tapi, buat-buat cool je... 
Dalam hati...Tuhan ja yang tahu...
Walau pun ni anak kedua...tahap cuak dia lain macam...
Maybe sebab dah ada pengalaman, boleh imagine cemana keadaannya bila sakit contraction..keadaan dalam labour room...OMG..OMG..kalau dilayan perasaan ni..memang takut melampau-lampau la...
So, buat-buat tak mau pikiaq dah la...
Doa banyak-banyak...minta Allah permudahkan segala urusan...dari sakit...smpai melahirkan.,..
Harap sangat urusan kelahiran adik Amsyar sama macam time Amsyar dulu....
Tapi, tak akan sama punya lah...


Harini checkup lagi...biasa lah...semakin last ni...checkup pun dah jd seminggu sekali...
Nurse cerita pasal sakit nak bersalin..tanda-tanda...kalau perut mengeras disertai dengan rasa sakit tarik sampai ke pinggang...selang 5 minit sekali...kena standby pegi hospital..
Walaupun belum turun tanda air ketuban @ darah...
Aku xpernah ada pengalaman sakit kontraksi ni...ada time Amsyar dulu kejap je rasa sakit tang pinggang...tu pun turun tanda air ketuban...
Tapi, kalau perut mengeras sahaja tanpa disertai rasa sakit...tu bukan tanda lagi...


Pastu tetiba time sampai opis...rasa lain macam dah...
Nak jalan memang sangat lah tak larat...
Di tambah dengan sakit bahagian bawah tu...
Senang ckp nak jalan pun malas la....
Buat pulak tetiba rasa perut mengeras...disertai rasa sikit kat pinggang...
Cuak terus!!! Eh, takkan tanda-tanda dah kot...
Tapi, tenangkan hati...tak da apa kot...
Lagipun rasa tu lama-lama baru datang balik....
Minta-minta sempat la balik bersalin kat kampung..
Plan balik minggu depan..tapi kalau ditakdirkan bersalin sini...apa boleh buat kan..
Harap semuanya selamat aje...
Mana-mana pun tak kisah..


Belanja gambaq Rafieq Amsyar sekeping...
Tak lama dah nak jadi abang...
Jadi abang yang baik utk adik nanti tau...
Love you...

03 November 2014

Cerita Pisang Goreng Cheese & Bubur Asyura...


Assalamualaikum...


Mengidam tak habis-habis lagi aku ni...
Layan kan aja la tekak mak buyung ni ye...
Last week terasa nak makan pisang goreng cheese...
Kesian aku..ketinggalan zaman..orang dah 2-3 kali merasa aku baru nak cari...
Actually, dah lama mencari pisang goreng cheese nie...
Payah benar nak cari kat Ipoh nie...
Time balik A,Staq pun p cari..tapi kedai tutup pulak...
Tertunda la hasrat ku itu...

Bermula la misi menggoogle pisang goreng cheese kat Ipoh ni...
Tak banyak (ke aku yang tak tau?)
Kebetulan google tu jumpa ada jual dekat Medan Gopeng.. berhadapan RHB...
Petang tu bawak Amsyar tengok orang main kapal terbang & helikopter control kat Taman Botani...
Odw balik lalu Medan Gopeng...Yes, pakcik jual pisang goreng cheese tu ada..
Apa lagi...singgah la..dah lalu takkan tak singgah kan?

Ini la rupanya pisang goreng cheese itu....
Tapi cheese dah cair sebab tunggu sampai rumah baru makan...
Erm...papa Amsyar lak komplen...ingt apa la pisang goreng cheese ni...
Rupanya pisang goreng pastu tabur cheese je kat atas...
Hahahaha.... camtu baik buat sendiri dia kata...
Sebab malas nak buat sendiri la kena beli aku kata...
Untuk 7 keping pisang goreng harga adalah RM3.50
Kalau tambah coklat jadi RM4.00
Rasa? Ermmm...biasa ja...tak rasa sangat cheese tu...




Sapa kenai ini kuih apa angkat tangan!! 
Masuk ja bulan Muharam, korang pun tau kan mesti ada bubur asyura..
Ni peberet aku nih..tapi peberet pun mesti yang mak buat sendiri...
Orang lain buat cam xkick rasanya... hahaha...
Selalu mak akan buat bila anak-anak dia semua balik...
Memandangkan aku nak berpantang nanti, confirm melepas la aku nak makan kan...
So, mak kirim la bubur asyura sebekas dekat abang aku yang kebetulan balik kampung minggu lepas...Tapi yang ni mak buat untuk masuk pertandingan apa tah...kira masak ramai-ramai kot...
Rasa lain la sikit...manis pun ada...aku makan 2-3 sudu ja sebab manis...
Jadilah..dpt makan sikit pun....


02 November 2014

Anak Che Ta & Zain...


Assalamualaikum...


Subhanallah...
1st time tengok teruih rasa nak tengok lagi...
Comey gila weh...
Tak jemu mata memandang...


Comey ke idok? Cute ke idok?
Comey kan? Cute kan?










Mini Rage Face Happy Smiley