Leaderboard

30 March 2015

Hari Sukan Tadika Ceria Emas


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Sabtu lepas 28/3/15 hari sukan tadika Amsyar...
Pes time mak ni nak attend hari sukan anak...
Terus feeling dah besor anak mak ni...
Tu belum anak masuk sekolah rendah lgi tu...
Hahahaha..over mak Amsyar ni...
Tapi, semua mak-mak macam tu kan?


Okey...sukan start 8.00 pagi...7.40 budak-budak dah kena ada sana...
Start lambat kang pukul berapa nak habis..panas lagi kan...
Amsyar baru 4 tahun...so, masuk acara susun telur atas papan ja..
Dengan acara lumba lari pelajar lelaki...

Dimulakan dengan bacaan doa..


Opening sports day Tadika Ceria Emas


Hadiah-hadiah yang menanti pemenang..

With my boy...umah hijau.. comel je..teringat zaman sukan sekolah dulu-dulu..


Bergambar sefamily pulak...macam biasa la adik Amani tu..buat hal sendiri..

Dengan kawan-kawan..

Acara lumba lari lelaki.. tengok Amsyar tu..paling kanan ujung sekali...kecik je nampak...hehehe..lawan lari dengan abang 5 & 6 tahun...

Lari laju-laju...

Penat lari kita minum dulu...

hehehe..cute je kawan Amsyar ni...ni acara susun telur atas papan...

Acara tiup tepung cari gula-gula..


Acara penyampaian hadiah..ok la tu dapat hadiah bekas air.. :-)


 

Dapat hadiah bergambar ramai-ramai...


Markah keseluruhan..rumah hijau dapat no last sekali la...hehehe...
Next year cuba lagi..
 
Hahahha..ni acara untuk bapa-bapa sekalian..
Kena tutup mata, pastu berlari ke depan cari anak masing-masing...
Melilau la mencari anak masing-masing... 


Ni pulak acara untuk mak+bapak+anak (1 family gitu)..
Kaki diikat antara mak, anak & bapak..
Pastu lari la sapa cepat sampai ke garisan penamat..

Cikgu-cikgu



Acara penutup...persembahan dari kanak-kanak Tadika Ceria Emas...
Lagu tu yang best tu :-)


27 March 2015

Masalah rambut gugur selepas bersalin...normal ka?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...


Image result for rambut gugur selepas bersalin

Ya...ini masalah aku sekarang...
Banyak benau rambut guguq weh...
Kadang-kadang tu rasa takut nak sikat rambut sebab nanti mesti banyak gila rambut kat sikat...
Bila syampoo lagi la...boleh bayangkan tak? 
Orang tua-tua kata bila anak dah pandai main air liur, rambut maknya akan gugur..
Tapi aku tengok Amani takdak pulak berjela-jela air liur nya..Ada la sikit...

Maka, penyelesaian kepada masalah ini harus dicari....
Gigih la google sana sini...

Ni aku google dari http://pama.karangkraf.com/

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?
Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Okey...dalam banyak-banyak yang aku google semuanya menyatakan ianya adalah disebabkan oleh perubahan hormon. Ianya akan kembali normal bila anak memasuki usia pertama (ok..jenuh nak tunggu lagi 8 bulan Amani masuk setahun)... hahahaha...Pemakanan seimbang juga dapat menyelesaikan masalah ini...

Sesapa ada masalah macam aku jom share....

Tahniah Lia...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...


Tahniah alyaazam atas kelahiran baby boy yang ke 3...
Baby yang dilahirkan pada 25/3/15...
Dah 3 orang bodyguard ko lia..
Dah potong line pulak tu...
Hehehehe...


Exclusive gambar newborn baby...


Ni abang-abang nya...


Seronok tengok baby-baby baru lahir ni...geram je..

26 March 2015

Sharing: DIY Pallet Indoor Furniture Design


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...


Pagi Khamis ni moh kita jamu mata tengok DIY Furniture yang awesome sesangat!!
Kalau ada yang berminat & pandai bertukang tu leh la try buat sendirik...


28

27

26


24
Rak buku

23
Katil

21

19
Rak kasut
18


14


13

6
Satu set - Sofa + coffe table...lawa kan?

2



25 March 2015

Gojes Blogger Supermom & Baby (GBSB)


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Yeay...dapat jugak join Gojes Blogger Supermom & Baby punya group!!!..
Dah lama teringin tau nak join...
Tenkiu Cikna & Admin GBSB yang lain-lain...


Harini dapat ramai kawan baru tau...
Mommy-mommy yang supergojes & supermom :-)
Selamat berkenalan untuk semua...
Semoga ukhuwah yang baru dibina ini akan berkekalan...

Selamat berkenalan semua mommy-mommy GBSB!!!!


24 March 2015

Iklan Kekosongan Jawatan di SPA Perak 2015


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...


Moh anak Perak yang rasa nak berkhidmat di negeri Perak moh ler memohon...(tetiba pelat cakap perak pulak teman ni)
Yang bukan anak perak yakni no. i/c bukan 08 macam teman ni, kalau rasa nak pohon boleh ler try...tp teman rasa macam susah la sikit nak dapat..sebab keutamaan diberi kepada anak Perak sahaja...
Akan tetapi, nak mencuba tak salah, kalau dapat rezeki la namanya tu kan...
Haissshhh...lawak aih cakap Perak ni..tak reti aku...

Kisahnya....ada kekosongan jawatan untuk papa...teruih aku suruh apply cepat-cepat..
Mana la tau kan...ada rezeki kali ni..dapat la pindah balik Ipoh...
Susah sangat nak dapat pindah balik Ipoh nie..
Semoga impian ini akan tercapai...InsyaALLAH...
Korang tolong doakan eh... 




Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam negeri Perak seperti berikut:

1. Pegawai Syariah
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
3. Penolong Jurutera (Awam)
4. Penolong Juruukur Bahan
5. Penolong Pegawai Belia dan Sukan
6. Jurubahasa
7. Pembantu Syariah
8. Penjaga Jentera Eletrik
9. Pembantu Laut
10. Juruteknik Komputer
11. Pembantu Setiausaha Pejabat
12. Pembantu Kemahiran
13. Pemandu Kenderaan
14. Pengawal Keselamatan (Lelaki Sahaja)

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 10 April 2015.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web SPA Perak ni ye :-)



Semoga ada rezeki untuk kami sekeluarga kali ini....amin ya rabbal alamin...

23 March 2015

LAZADA 3rd Birthday Sale


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Sapa suka shopping online angkat tangan!!! 
Hehehe..sapa tak suka kan...
Ni nak habaq mai...LAZADA ada buat birthday sale..
Sapa rasa nak shopping barang yang mungkin harga kaw-kaw murah jenguk la page LAZADA na..





















Sweet Cherry Product


Eh...nak tengok banyak lagi sila ke page LAZADA k....
LAZADA 

Nasib la belum bergaji...kalau tak mau goyah nafsu tengok sale-sale ni :-)

18 March 2015

12 March 2015

Raisha Amani dah meniarap!!


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...


Dah meniarap dah anak dara den yang sorang ni...
Sejak meniarap ni memang tak boleh letak bawah...
Asyik nak pusing meniarap ja...hehehe...
Nak pakaikan pampers pun dah mencabar sekarang ni...
Orang kata, cepatnya dah meniarap...
Entah la..aku pun tak sure umoq berapa yang sesuai...
Eh...ada ka umoq yang sesuai nak meniarap ni...
Rasanya tak kot...ada baby yang cepat & ada yang lambat...
Kira kalau time 3 bulan dah meniarap ni orang kata cepat la...
Okey....tak kisah la cepat @ lambat kan....






Abang pun nak jugak meniarap macam adik :-)








Mini Rage Face Happy Smiley