28 September 2010

21 Oct. 2010....

Birthday incik suami...
Aku sedang berfikir-fikiran ni..nk bg hadiah apa utk incik suami ni...nk bt surprise apa kt incik suami ni..adoi...dl2 time cintan cintun...incik suami xkasi aku bg dia adiah2...membazir katanya..ckp sekadar wish.."selamat hari jadi"....baiknya incik suami...tp aku tekad...birthday incik suami kali ni..aku nk bt sesuatu...aku nk beli adiah (wpun xmahal @ xcantik)..tp bermakna..(still thinking adiah apa yg sesuai ni)....memandangkan 21/10 jatuh ari khamis..bkn weekend, aku terpaksa pk lg.. nk wat surprise camno? incik suami di sana..aku di sini..(klu dok sekali lain la kan)...takkan nk suruh incik suami trn KL lak...hurmmm...think2! xpa...msh ada ms lg..
1 lg..incik suami xmkn kek..dh sah2 la aku xleh sediakan kek time tu..(kek ngan birthday kn adik beradik..time birthday ja mest kn ada kek)..ni aku kn pk alternatif lain la...ganti kek..


27 September 2010

Magika.....oh Magika..

Filem yg menghimpunkan lebih dr 20 artis popular...sound interesting kan...terasa nk tgk la..ramai yg ckp best..ala2 alice in wonderland...tambah2 lak KRU yg bikin..lg aku suka..sbb selalunya hasil kerja adik beradik 3 org ni marvellous! pas MAGIKA...tunggu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA kuaq lak...tp nak tau best ka x..kena la tgk sendiri...hehehe..ni la filem melayu yg aku rs nk p tgk..selalunya klu filem melayu ni..aku jarang la nk p tgk kt wayang..(bkn nk kondem filem melayu ok! tp kn tgk yg quality gak) klu x...buang duit p tgk kt wayang...biar berbaloi la org kata..hikhikhik...komen psl filem ni..kena tgk dulu...


p/s: tunggu gaji baru tgk MAGIKA....hehehehe

24 September 2010

10 jenis solat yg tak diterima Allah....

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidakmenjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan
yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


p/s: sekadar renungan utk diri sendiri & kita semua...Solat adalah tiang agama...

23 September 2010

Bila lg?

bila dok study...org sibok dok tanya...
"bila nk abis study?"

bila dh abis study..org sibok dok tanya lg...
"bila nak keja?"

bila dh keja...nmpk maju sket..org tu dok sibok tanya lg...
"bila nak kawen ni?"

bila dh kawen...dlm 2-3 bulan...org tu mula la sibok lg...tanya lg...
"bila nak dpt anak?"

bila dh dpt anak sorg...pastu org tu terasa nak tanya lg..
"bila nk tambah anak?"

warghhhhhhhh
hhhh..ni la org..hehehe..sebenarnya xsalah pn..dh mmg lumrah alam mcm tu..yg aku cuba nak sampaikan d sini adalah....aku la salah sorg yg asyik dok kena tanya soalan2 mcm ni...adoyai...lg mencabar skang ni...aku br kawen..almost 3 month..& org dh mula start tanya dh...
"bila lg?"
"bila apa?" (aku tanya depa balik) hahahaha...depa pn kata..amboi..buat2 xpaham lak..(aku gelak mengekek dlm hati)...aku dh agak dh...lantas dgn gaya sorg artis jwb soalan aku pn jawab la...
"tadak rezeki lagi"....@ ayat 1 lg.."awai lg kot"...hahahha,...agak2 puas hati x dgn jwpn aku? xpuas ati sudah..ada aku kesah?
actually...xsalah sebenarnya depa dok tanya..tu tandanya depa ingt & amik berat psl kita..tp agak2 la...jgn sampai menyesakkan hati dgn soalan yg sama berulang kali...

Insyaallah..sapa yg tak mao anak? (org yg buat keja haram tu ja buang anak! gila...xde perikemanusiaan lgsg)...aku & incik suami mmg mengharapkn dpt anak cepat..aku pn dh umoq brapa kan..tp Tuhan blom nk bg lg..km sabaq & terus berusaha & berdoa..insyaallah..suatu ari nant..pasti ia akn dtg...syok bila tgk kwn2 dpt baby...geram je...(selalu dok pk..bila la dpt pegang baby sendiri)..insyaallah..masa tu akn sampai...

p/s: congrate to my sis...hastini sbb dh pregnant 3 bulan...weeeyyyyyyyy...dpt anak buah baru..

Diet?


Sampai skang...ini la mslh aku...nk diet..utk kuruskan sket bdn aku ni..bkn nk kurus sgt pn..just nak bg ideal dgn ketinggian aku yg 168cm ni...i have to put my weight smpai 68kg..(my current weight now is 7+ kg tau!) warghh..nk trun 1kg pn susah..klu nak naik..bkn main senang kan..tp bila nak bg turun...seksanya...

Tp bila tanya incik suami...dia kata aku tak gemok pn..huhuhu...ye ke syg? tp, nape aku rs cam aku gemok (selalu mcm tu)....hurmmm... terasa sgt jeles dgn fizikal diriku 10years ago...zaman kanak2 lg tu..time tu berat aku 62kg je...wargh....time tu aku aktif sukan...dr netball..handball..olahraga..sampai merata tempat la aku p...bdn slim gila la time tu..tp pas SPM ja...berat aku naik...mendadak...why it happen? story nya mcm ni..pas SPM dl aku apply UITM course SAINS SUKAN..sbb yakin dgn kebolehan & kelebihan yg aku ada dlm bidang sukan ni...(buktinya sijil berlambak2)...but my application was rejected (reject means tak dpt la)...so..! starting from that..aku merajuk..merajuk nk libatkan diri dlm sukan ni lg! & stop myself from involved in any sports activities...then? kesannya...berat bdn naik mendadak2..really! org kata hormon la..sbb dlm aktif..tp bila dh stop..hormon terkejut...warghhhhhhhhhhh...ye ke? hurmm..bila masuk U br la start aktif balik...tp tu la..mcm dh terlambat..dh byk lemak2 yg bermaharajalela....susah nak tewaskan dia...perlu usaha yg keras!
Aku nk diet skang! pls bg semangat kt aku! i can do it! insyaallah...


p/s: bersyukurlah dgn apa yg kita ada....

8P..Kebahagiaan Rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

22 September 2010

Raya thn ini....2010

Apapun...selamat ari raya dulu la...still in raya mood..open house pn masih nyk lagi...time mkn2..alahai..makan? bl pikir makan..runsing aku..berat dh naik ni...walawei..misi berdiet harus di jalankan..bila? huhuhu..donno yet! tp pd tarikh aku post kt blog ni..aku mmg sedang berdiet...dh 2 ari xmkn nasi...hippeeyyy..benda lain aku mkn la..except nasi...back to d topic...psl raya...hurmmm..since this is the 1st time aku beraya ngan incik suamiku...maka byk la perbezaannya..
1. 1st time sedih (sbb beraya jauh dr family)
2. teringat kat mak,abah,adik dll...
3. teringat time nak raya aku la org maha paling siboks...

Tp...di sebalik perbezaan itu..msh ada perbezaan lain...
1. thn ni beraya ngan incik suamiku...1st time beraya as a wife...
2. 1st time raya ngan family baru..iaitu family suamiku..
3. 1st time cium tgn suami d pg raya..syahdu beb
4. 1st time pakai baju raya sedondon ngan incik suami...(sblm ni dok tgk org len ja pakai sedondon)

biar apapun perbezaannya..aku ttp bersyukur sbb aku masih d kelilingi insan2 tersayang..masih dpt peluang utk merayakan hari kemenangan ini...bila pk2 balik..ada org yg tak leh beraya...lg sedih kan...so..bersyukurla dgn apa yg ada..

Raya 1st...mcm biasa la...pg2 p solat aidilfitri...p ngan mama (mak mertuaku)..nasib surau dekat ja ngan umah..jln kaki x sampai 1 minit...hehehe..menunjukkan betapa dekatnya kan...abis solat..biasa la..p ziarah kubur arwah abah (pak mertuaku)...& pas tu ikut incik suami beraya umah member dia...merata la aku ikut..

Raya ke2..balik kg ku..yahooo...balik kg...hohohoho...balik kg...highway sesak la..besa la..org nk p beraya..lebih kurang kui 230ptg..sampai umahku..p beraya umh sedara...sampai ptg...

Itu la serba sedikit crita psl raya..yg bestnya lg...raya thn ni ada 2 reunion..best dpt jmpa kwn2 sekolah..sek men & sek rendah..byk benda nk story smpai xcukup ms la..

REUNION SEK RENDAH:
Buat ari raya ke 2...kui 8mlm...berkumpul kt umah saffrah (kwn aku)..dia jd tuan rumah..majlis di selitkan dgn kutipan derma utk pembinaan surau sekolah yg tak siap2 sampai ari ni sbb kekurangan kos...alhamdulillah..km berjaya kutip RM1111 utk surau sek...hrp dpt membantu...reunion kali ni best sbb ramai yg join...hope pas ni akn ada next reunion yg lbh happening...

REUNION SEK MEN:
Diadakan pd raya ke 3...kui 1-5 ptg..lokasi Hotel Regency Alor Star..sgt best & riuh gila..yg lg best..mana yg dh kawen semua jd bujang sbb xbwk suami masing2..kiranya semua pompuan ja..byg kan la bla pompuan2 semua berkumpul..mmg riuh..gegar dewan tu..hehehe..by d way,thanks to organizer ZUHAINY & SHARWANI for such happening reunion...cant wait for next reunion this december..