Leaderboard

30 October 2014

ML dah approved... alhamdulillah...


Assalamualaikum...


Harini submit maternity leave form dekat bos...
Risau gak bos bebel-bebel... hahaha...
Tapi, alhamdulillah...mood bos ok & cuti dah approved!!!
Ish...takkan la cuti nak beranak pun tak approved..ye dak?
Gila la namanya tu..


Aku apply seminggu awal dari due date sebab plan nak balik bersalin kat kampung...
Due date 23.11...so 17.11 aku dah start cuti....
Tapi, kalau ditakdirkan bersalin awal dari tarikh tersebut, memang akan bersalin disini saja...
Tak boleh nak jangka jugak ni awal ke lambat...Ahad ni masuk 37 minggu... Amsyar dulu time 37 minggu la keluar...adik dia ni wallahualam....
Tak kisah la awal ke lambat ke....
Preparation kena ada....


Cakap psal preparation, semuanya dah ready...
Cuma beg belum bawak masuk kereta lagi la....hehehe...
Habit nak jugak last minute kan....




Sebelum horey2 nak bercuti..sila la settel kan kerja okey!!!!!

29 October 2014

Pregnancy Journey: Check up 36 weeks...


Assalamualaikum...

Semalam check up 36 weeks & review dgn doktor result BSP....
Setakat ni semuanya okey..result BSP pun okey..
Cuma keras kejung menunggu nak dpt no giliran & dipanggil...
Dekat sejam kot tunggu...
Mana dengan perut kosong hapa pun xmakan lagi...
Alahai...nasib la...
Check up kat KKIA gitu la kekdahnya...
Sabor la banyak-banyak...gitu...


Cerita hal check up pulak...
Tak jumpa nurse pun sebab nurse ramai xdak...
Bagus jugak...lagi cepat..kalau tak, jumpa nurse, p amik darah & check urine..
Pastu menapak ke lab yang jauh nya boleh tahan....
Pastu tunggu lagi...jmpa nurse balik utk review result darah & urine...
Sembang-sembang dengan nurse....tanya itu ini...
Bila dah sudah..tunggu turn nak jumpa doktor....
So, begitu lah prosesnya...
Hahahaha... tak tau bersyukur aku ni kan...
Nak membebel ja kejanya....


Cerita baby pulak...Alhamdulillah...
Doktor scan & baby dah pun 2.8 kg...
Semua ok...kepala dah kat bwah...uri pun dah naik atas...air ketuban pun cukup...
Baby pun aktif...
Tunggu masa ja la sekarang...
Tak boleh nak jangka awal ke lambat...


** Dah 2x mimpi nak bersalin....time Amsyar dulu takdak pulak terbawak-bawak sampai ke mimpi..haishhh...excited sangat kot pikiaq sampai termimpi2... huhu...



28 October 2014

Sharing: Doa & zikir supaya dipermudahkan bersalin...




Assalamualaikum...






1. Surah Al-Fatihah (7 kali)


2. Ya Khafid (1000 kali)


Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

3. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"



4. Al-Anbia' : 87-89




"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"


6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

Yang paling penting amalkan yang no 3. Amalkan selalu tak kira dimana kita berada dan apa yang kita buat. Bila nak makan atau minum pun boleh baca dekat makanan dan minuman sebelum makan atau minum. Cukup mudah. Ibu pregnant sekelian, jom kita amalkan bermula sekarang! 

Thanks http://puankutu.blogspot.com/2013/03/selusuh-bersalin-doa-zikir-mudah.html atas info yang berguna ni...sharing is caring..semoga memberi manfaat kepada kita..

*********************************************************************************
Paling penting, jaga percakapan, perbuatan kita dengan orang lain....terutama dgn suami, ibu bapa dan yang lain...di samping solat jangan tinggal & kerap membaca al-quran... InsyaAllah...
Allah akan permudahkan segala-galanya...


26 October 2014

Received with love...


Assalamualaikum...


Dah siap pun misi mencari tilam kekabu... 
Cerita di sini...


Alhamdulillah..ari sabtu dah dapat....
Sangat berpuas hati...shantekkkk sangat2...


Jenuh jugak nak pilih design & kaler yang match..
Nasib la kakak tu sangat2 okey...
Melayan kerenah aku... hahaha...




Abang Amsyar dah rasmi bantal adik baby...
Suka bukan main dia...
Okey nanti ibu oderkan utk Amsyar lak bantal camni k...


Alhamdulillah...preparation adik baby semuanya dah siap...
Get ready anytime je,. hehehe...


** Dah xlarat nak keja oiii...

25 October 2014

Pregnancy Journey: Boy or girl??


Assalamualaik m...


Mula-mula excited jugak nak tau baby boy @ girl...
Tapi bila 1st scan dulu, adik Amsyar malu-malu nak tunjuk..xpe la tak tau pun...
Tapi, last scan dah dapat nampak dah...hehehe...surprise!!!
Amsyar bila tanya nak baby girl @ boy...kejap jawab girl..kejap nak boy...
Ala...dia bukan reti pun lagi...


Moh kita tengok petua nak tahu jantina baby...


1. Melihat kepada perut si ibu

Kalau perut kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan - Lelaki
Kalau perut kelihatan bulat bundar / melebar ke tepi - Perempuan

Me: Bulat & melebar - Perempuan


2. Melihat kepada nipple si abang @ kakak (kalau pregnant anak sulung abaikan)

Kalau terbelah - Perempuan
Kalau timbul/bulat - Lelaki

Me: Macam timbul...tapi kadang-kadang mcm tak.. hahahaha.. - So, tak pasti....


3. Melihat arah tidur si ibu 

Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan - Lelaki
Kalau tidur mengiring ke kiri - Perempuan

Me: Sokmo tidur mengiring ke kiri...tapi ada jgk berpusing ke kanan...hahaha..tp mostly mmg mengiring ke kiri lah - Perempuan


4. Merasa arah berat perut

Kalau si ibu merasa bahawa anak dlm kandungan suka duduk sebelah kanan - Lelaki
Kalau sebelah kiri - Perempuan

Me: Rasa berat ke kanan - Lelaki


5. Melihat perwatakn ibu

Kalau semasa mengandung si ibu suka bersolek, bergaya - Perempuan
Kalau malas serba serbi (ops) - Lelaki

Me: Entah...kejap ada mood nak lawa-lawa...kejap tak...tapi sokmo xsuka melawa pun 
- So, perempuan


6. Melihat garisan pada perut ibu

Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu lurus, terang & tak putus-putus - Lelaki
Kalau terputus-putus & tak terang - Perempuan

Me: Terang tapi xlurus....hah, camno tu ?? - So, lelaki


7. Melihat pada wajah si ibu

Kalau wajah si ibu berseri-seri - Lelaki
Kalau muka tak berseri - Perempuan

Me: Tak berseri pun - Perempuan


8. Melihat pada buku lali si ibu

Kalau kelihatan licin & putih berseri- Lelaki
Kalau kelihatan kehijauan - Perempuan

Me: Tak pasti sangat...kehijauan la kot - Perempuan


9. Melihat kepada respon baby lelaki atau perempuan terhadap ibu mengandung

Kalau baby perempuan suka kat ibu mengandung ni - Lelaki
Kalau baby perempuan tak suka dekat ibu mengandung ni - Perempuan
Begitulah sebaliknya

Me: Baby Arash (lelaki) kat taska Amsyar suka kalau didukung..tapi baby Amna xmau langsung kalau nak dukung dia - So, perempuan


Wallahualam...

Ini semua sekadar andaian.. Kadang2 ada yang betul ada yang tak..
APA yg penting baby selamat dilahirkan...betoi x?

24 October 2014

Sharing: Kaki & Tangan Bengkak ketika hamil...


Assalamualaikum...


Prgenant Amsyar dulu...kaki elok je...tak bengkak pun...
Tapi kali ni, ada nampak membengkak sikit..
Tanya kawan-kawan pun...aah, ada bengkak sikit kata diaorang...
Masih muat kasut yang aku pakai sekarang...
So, tak perlu la nak shopping kasut baru...eh?

Cuma satu yang aku perasan pregnant kali ni perut aku mcm lebih besar compared time pregnant Amsyar dulu....

So, gigih la aku google kenapa & mengapa keadaan ini terjadi...
Macam biasa, www.babycenter.com.my menjadi sumber rujukan aku...

Istilah saintifik utk bengkak kaki & tangan ni adalah OEDEMA

Mengapa ini terjadi? 

Bengkak pada buku lali dan tapak tangan (oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipnaggil vena kava ini terletak pd bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan & mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air dari biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang & malam. dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dpt lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal & serta merta kembali kepada keadaan asal. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak & cincin yang anda pakai akan menjadi ketat. 


Adakah ini perkara biasa?

Oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dlm trimester ketiga. Diantara 50-80% wanita hamil yg sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin merupakan salah satu tanda praeklampsia, iaitu keadaan yg serius bagi anda & bayi.


Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air & sodium sebagai cara utk membuang cecair dari dlm badan (iaitu ubat yg berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut utk mengurangkan kebengkakan:-

* Naikkan kaki bila-bila anda boleh, utk membantu melancarkan peredaran darah. Jika ditempat kerja, letakkan bangku kecil @ kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pd vena kava bawah.

* Elakkan duduk @ berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jgn cuba menyilang kaki semasa duduk.

* Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tdk berpeluang berkumpul disekeliling buku lali. Jika ini tdk berjaya, tanyalah ahli farmasi @ doktor mengenai syokin tekanan (compression stokings)

* Bersenam selalu, terutama berjalan, berenang atau dengan menggunakan basikal senaman.

* Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

* Jika kulit anda tidak terlalu tegang & sakit, anda boleh meminta seseorang utk mengurut buku lali & tapak kaki anda hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.


23 October 2014

Birthday present dari Abg Alief & Abg Amier...


Assalamualaikum...




Dapat hadiah lego dari Abg Alief & Abg Amier..
Seronok kemain...
Menjadi jugak train lego Amsyar (setelah mendapat bantuan papa) ;-)
Tima kasih paklong & maklong....
Walaupun birthday dah lama lepas...hihi...

20 October 2014

Laksa Teloq Goreng Bersarang...


Assalamualaikum...


Ahad lepas, pas bangun tidoq di petang hari terus terasa nak makan laksa Padang Polo...
Dah lama tak lepak sana sambil makan laksa sambil layan Amsyar main playground...
Terus bagitau papa Amsyar nak makan laksa Polo...
Okey...kalau setakat laksa Polo no hal... hahaha...


Tetiba papa Amsyar suggest satu laksa yang sedap kat Taman Botani...
Laksa Teloq Goreng Bersarang nama diberi...
Amboi..nama bukan main...
Kalau nak cari makan area Ipoh nie... kami tengok sini...
Macam-macam info ada...



Displaying IMG_20141019_184416.jpg
Inilah rupanya laksa teloq goreng bersarang itu...
Aku oder laksa 1 mangkuk ja...share2 gitu...
Amsyar suka rupanya...dok hirup kuah ja...
Kami oder jugak kueyteow kerang dekat gerai sebelah....


Ni tempat nya...tepi jalan ja..senang nak cari...


Laksa oh laksa...


** mak icha...aah, sama la tempat yang kamu pegi tu...hehehe...


19 October 2014

Fenomena Jeruk Buah Pelam + Asam Boi...


Assalamualaikum...


Fenomena yang melanda sekarang ni...
Sana sini dok cerita pasai jeruk pelam + asam boi nie..
Kecuq ayaq liuq bila tengok...
Nasib tak mengidam nak makan....
Nak buat sendiri pun sonang ja...
Yang penting kena ada buah pelam la kan...
Bahan-bahan lain asam boi, gula, cabai melaka & garam...
Gaul-gaul ja semua bahan & simpan dalam peti sejuk...



Sapa nak try buat...nah resipi...
Gambar resipi dari blog shiemacma.blogspot.com


Aku tak pernah makan & tak pernah try lagi keenakkan jeruk pelam + asam boi ni...
Walaupun pokok pelam depan rumah berbuah dengan begitu lebat sekali..
Dok tengok orang upload gambaq ja...
Terliuq jugak sikit-sikit....

17 October 2014

Pregnancy Journey: Beli barut baby online...


Assalamualaikum...

Plan asalnya barut baby ni mak aku yang nak buatkan...
Tapi, biasa la...sibuk yang amat pulak tok Amsyar sejak dua menjak ni...
Sempat buat tilam untuk adik Amsyar ja...
Yang lain-lain kena ikhtiar ler cari sendiri...


Kalau kat rumah ada mesin jahit memang aku DIY ja barut ni...
Tak susah mana pun...
Tapi, ila dah takdak memang kena online aje la...
Rupanya macam-macam jenis barut baby sekarang ni...
Kalau dulu-dulu kaler putih suci murni ja kan...
Sekarang ni dengan corak cantik-cantik...kaler-kaler gitu..

Tapi, aku tetap prefer kaler putih...
Walaupun orang kata kaler putih cepat kotor la...tak cantik la...
Haishhh...Tak kisah lah...janji sekarang ni nak bagi ada ja....
Kang last minit p cari, buatnya terberanak awai...baru kalut....


So, lepas survey sana sini (of course survey cari yang paling murah)..hahaha...
Jumpa FB akak ni...


Harga paling murah...untuk barut plain (putih) RM 10 / 3 helai...
So, aku oder 2 set (6 helai)..tambah pos RM6...
Ok la..setel bab barut...


Harini, aku dh dapat barut tu...yea....saya suka saya suka bak kata Mei Mei Upin Ipin...



Kain tak panas & tak tebal sangat...
Just nice untuk baby....



16 October 2014

Happy Birthday Bro !!!!


Assalamualaikum...


Harini 16 Oktober... birthday adik kesayangan aku...
Adik sorang ni ja pun....
Paksu kesayangan Amsyar ni...
Tereyak sikit ja sebut nama paksu...
Rambut cacak nak buat cam paksu....
Nampak keta putih..semua cam keta paksu....
Kalau balik kampung...boleh harap tinggai dok ngan paksu...
Ngam ngan paksu dia...
Mak pak nak p dating pun boleh... hahahaha...


Happy 27th birthday bro....
Sesuai sangat dah kawen ni...hehehe...
Tapi xdak calon lagi katanya... 
Jodoh belum sampai la tu...
Takpa2...don't worry bro...jodoh kan rahsia Allah...
Kita tak tau bila nak jumpa...cepat ka lambat...kan?
Kakakmu ini sentiasa mendoakan semoga cepat jumpa jodoh...InsyaAllah...
Semoga sihat selalu...kuat dan gagah seperti sekarang... :-)
Dapat jaga mak abah kat kampung...
Murah rezeki & sukses dalam semua hal...


Kami beza umur 4 tahun ja...
Kalau kak aku ngan abang aku beza 6 tahun...
Aku ngan kak aku beza umor 6 tahun jugak...
Dengan adik aku ni...beza 4 tahun ja...
Kami boleh dikatakan rapat jugak...
Kalau aku susah aku mintak tolong dia... :-)
Well..adik beradik kena la tolong menolong kan? Tak gitu??
Hihihi....


Motip aku upload gambaq ni kat FB & IG??
 Saja nak bagi dia merindu keta hijau dia...
Keta ni dah jual dah...
Keta yang banyak berjasa oooooo....
Sekarang orang tu dah pakai cik putih...lagi hebat...
Hihihihi...

** Sekian ucapan khas dari kakakmu...special ni...masuk blog... hihihi...

15 October 2014

Puting Beliung di Pendang, Kedah


Assalamualaikum..

Subhanallah....Allahuakbar...

Fenomena alam yang jarang berlaku di negara kita...
Selalu tengok kat negara luaq ja...



puting beliung lagi

pendang-2

pendang beliung 1

Puting beliung yang melanda Pendang, Kedah pada 14 Oktober 2014 jam 4.30 petang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun rumah dan sekolah di Kampung Alor Besar, Pendang mengalami kerosakan teruk kesan dari puting beliung tersebut. 

Sumber berita & gambar: www.melvister.com


** Beberapa km saja dari kampung....Takziah atas musibah yang melanda. Semua ini adalah kuasaNya... Dulu pernah jugak nampak puting beliung sekitar kawasan bendang dekat rumah...tapi yang kecik-kecik ja la...tu pun dah gerun tengok... Allahuakbar....

14 October 2014

Beriadah & berbasikal...


Assalamualaikum...


Nie cerita minggu lepas...
Tengok kawan papa lawan bola dekat Padang Ipoh...
Sambil tu dah alang-alang bawakla basikal Amsyar sekali...
Kesian asyik dok kayuh basikal dalam rumah ja...


Okey..ibu pun exercise sekali la...
Jalan ke hulu hilir ikut dia kayuh basikal..
Memula okey...pastu dah penat...Hahahaha...
Dah semput...Tapi sempat la berpeluh sikit..
Papa take over.....ibu duduk rehat... hihihi...


Jom layan gambaq Rafieq Amsyar berbasikal...









Pose sempena Kedah masuk separuh akhir Piala Malaysia...
Eh? Ada kaitan ke? 

Jumpa kawan...main bola pulak...
Tak reti penat ni... tak berhenti...


** Minggu ni hari Pendaftaran Tadika Little Caliph Panorama Tambun... nak pergi survey & tanya lebih details...kalau okey boleh hantar Amsyar situ...


13 October 2014

Pregnancy Journey: Dah prepare nama ke?


Assalamualaikum...

Happy Monday kengkawan semua...
Ada yang feeling blues ke arini?
hehehehe...kejap betoi masa berlalu...
Ujung minggu pun cepat sangat...
Tip tup dah kena masuk kerja..


Alkisah ada ramai yang bertanya... (ramai ke?)
Dah ada ke nama utk adik Amsyar ni?
Actually...dah ada dah...
Masih kekalkan R A...
Cam Amsyar...Rafieq Amsyar...
Cuma R tu nanti lepas bsalin baru decide...
Yang A tu confirm...hehehe...
Cam Amsyar dulu....dari dalam perut dah start panggil Amsyar...
Nasib keluarnya baby boy kan...
Kalau dak..jenuh....


Official name kena la tunggu lepas selamat semuanya nanti...
Minggu ni dah masuk 34 weeks....
Tak lama dah....
Oh...surprise nya...excitednya...nervousnya...
Segala macam perasaan ada ni...
Sampaikan terbawa-bawa masuk mimpi la nak bersalin....
Kuang kuang kuang....


Sedang bizi menyiapkan kerja2 yang tertunggak sebelum handover kat pengganti nanti...
2 bulan aje pun... cam lama bebenor...tapi mana tau tetiba nak unpaid leave sebulan kan...
Semangat nak setel semua kerja-kerja nie...
Hehehehe....


Okey...entri pendek sahajo utk hari ni...
Nak sambung buat kerja balik...

12 October 2014

'meng'donut di hari minggu...


Assalamualaikum...


Amboi...'meng'donut eh... bahasa mana la aku guna nie...
Kisah buat donut di hari minggu...dah lama nak buat..
Tapi selalu xsempat la...tertidoq la...lupa la...malas la...
Haahaha..macam-macam alasan kan?
Akhirnya, tertunai jugak hasrat 1st time mcm aku ni buat donut...
Kalau ikut tu senang aje...bahan pun tak banyak...


Macam biasa...1st timer kena godek 'google' la cari resepi paling senang & mudah...
Cari punya cari..jumpa blog akak ni.. bukanchef.blogspot.com
Sempoi ja resipi dia & of course senang aku nak paham...

Resipi Donut Lembut

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum (ayak dulu bg tepung ringan)
1 paket yis
1 cawan ayaq suam (yg panas)
3 sudu besaq susu pekat
4 sudu besaq gula
1/2 sudu teh garam
3 sudu besaq mentega cair
Telur 1 biji

Cara-cara

1. Satukan gula, susu pekat & ayaq suam. Bancuh smpai gula hancur & masukkan yis.

2. Perap yis smpai yis jadi buih. Buih mcm teh tarik & lagi lama perap lagi kembang donut nanti.

3. Cairkan mentega & masukkan ke dlm bekas lain bersama telur yang telah dipukul.

4. Bila yis dh berbuih, masukkan campuran telur & mentega tadi. 

5. Ayak tepung & campurkan adunan yis & mentega tadi. Uli adunan sampai adunan tak melekat kat tangan. 

6. Biarkan doh selama 45 minit utk bagi dia kembang. (Aku perap sampai 1 jam lebih gara-gara terlena...hahaha...sudahnya doh kembang hampir sama dengan mangkuk...hihi) 

7.  Tumbuk-tumbuk doh utk keluarkan angin.

8. Start la bentukkan adunan ikut suka. (Aku buat ball kecik2 & bentuk lubang tengah tu. Guna penutup botol ja... sendiri bentuk sebab tu ada kecik ada yang besaq.. ada yang senget2...)

9. Goreng dengan api yang sederhana. Jangan sampai hangit sudah. Lepas tu ikut la nak hiaskan dengan apa...(aku just tabur gula sahaja)


Donut senget ada...donut besaq ada...kecik pun ada...
hehehehe...


Dah siap tabuq gula...
Buat minum petang time hujan....kena dengan ayaq teh O....
Alhamdulillah...donut menjadi...
Walaupun rupa biasa-biasa tapi donut lembut & sedap (wah...puji diri sendiri)
Bagi mak mertua 5 biji....jiran sebelah rumah 5 biji...
Selebihnya papa ngan Amsyar punya...
Amsyar suka yang ball kecik2...senang dia nak ngap....


11 October 2014

Sharing: Braxton Hicks @ Kontraksi Braxton & Tips untuk mengatasinya...


Assalamualaikum...


Edisi sharing lagi...
Moga bermanfaat untuk diri sendiri & kawan-kawan...





Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tidak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi ini. 

Apakah tujuan konstraksi Braxton?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin,

Ada pakar-pakar yg berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih pada peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.


Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat kali pertama akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan. "Anda akan tahu kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:-
* biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari.
* lazimnya terhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan, duduk atau sebagainya.
*tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja
* tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit
* terus tidak boleh diduga & tidak beritma
* tidak bertambah intensiti

Kontraksi kelahiran sebenar:-
* tahan lama
*lebih teratur
*lebih kerap
* lebih menyakitkan
* lebih penjang dan lebih berkala, lebih kerap & lebih sakit

Anda mungkin mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 - 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar untuk anda membezakan sakit kelahiran palsu dengan yg benar, terutamanya jika keregangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.


Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlaku, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Sesetengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda perolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang-barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan ativitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan . Kadangkala mandi air panas juga membantu.


Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu, berjumpalah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:-
* lelehan yang melekit dan berdarah
* sakit pinggang atau kekejangan

Ini semua adalah tanda kelahiran pra-matang

Selepas 37 minggu, berjumpalah doktor jika anda:-
*pergerakan bayi berkurangan
*anda fikirkan anda sudah pecah ketuban
*jika mengalami sebarang pendarahan

Sila rujuk simptom-simptom kehamilan

Jika kontraksi anda menjadi lebih panjang & kuat, lebih berkala & kerap, ini menujukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasa ragu-ragu, segera lah berjumpa doktor.


TIPS UNTUK MENGATASI BRAXTON HICKS

Sumber: bayigenius.com


1. Menukar kedudukan 
Anda boleh berbaring jika anda sedang berdiri atau berjalan-jalan jika anda telah duduk







2. Mandi air panas selama 30 minit atau kurang

3. Oleh kerana pengecutan yang dibawa oleh dehidrasi, minum beberapa gelas air.

4. Minum secawan panas teh herba atau susu untuk melegakan sakit.




# Sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan kawan...


**************************************** sharing **********************************

.

08 October 2014

Pregnancy Journey: Preparation & checklist....


Assalamualaikum....

Check up lepas nurse tanya...

Nurse: "Barang baby dah ready masuk beg dah?"
Aku: "Erkkk...baru beli 2-3 helai baju nurse...yang lain2 blom beli"

Aku terpinga-pinga...awai lagi kot nak prepare semua siap masuk beg...
Biasa la kan...orang suka prepare last minit memang camni...haha..
Time Amsyar dulu pun puaih kak aku berletiaq suruh pack semua...
Kalau kak aku tak berletiaq, mesti aku kalut kan? Ye la...bersalin Amsyar time 37 minggu...
Memang tak jangka pun bersalin awai...

Aku pulak jenis yang xsuka nak buat checklist bagai ni...
Semua aku pakai ingat2 ja...
Time Amsyar dulu tak terasa sangat nak prepare itu ini sebab banyak pakai barang anak kak aku...
Kali ni memang semua kena beli sendiri...
Tapi tak excited mana pun nak beli barang-barang...hahaha...


90% complete utk baby...
Nak topup baju je 2-3 helai lagi...
Cukuplah kot..nanti baby cepat besaq...
Ni campoq baju Amsyar dulu yang boleh dipakai..
Kiranya kalau baju baru ada lah dalam 2-3 helai..
Yang lain semua baju Amsyar....
Tak kisah la...janji boleh pakai kan....masih elok lagi..
Box tu beli kat TESCO je..RM 16.90...
Suka sebab besar, ada penutup & transparent gitu...
Senang, angkut tu je nanti bawak balik kampung...


So far, persiapan almost done....
Dah start pack sikit2 dalam beg nak bawak ke hospital nanti...
Mana yang ada kasi masuk dulu...
Nanti senang...tak tergopoh gapah & kelam kabut....

Checklist barang nak bawak ke hospital nanti:

Untuk Baby

1. Baby diapers / Pampers (standby je 1 pek tu)
2. Baju (3 pasang)
3. Minyak telon
4. Baby Wipes / Wet Tissue
5. Towel
6. Stokin / Sarung Tangan (3 pasang)
7. Peralatan Mandi
8. Blanket / Bedung
9. Barut
10. Bantal baby


Untuk Ibu

1. Buku Merah
2. Kad Pengenalan
3. GL (check online pun boleh, standby je GL in case hosp nak)
3. Baju (1 helai cukup buat pakai time nak balik sebab nanti pakai baju hosp)
4. Stokin kaki (2 pasang)
5. Kain Batik (1 helai)
6. Tuala Mandi
7. Tudung (2 helai)
8. Maternity Pad (1 pek)
9. Selipar
10. Peralatan mandi
11. Breast Pad
12. Nursing Bra


Ini je yang aku ingat...rasanya ini dah cukup kot...
Dapat berita wife kwn papa dah selamat bersalin..
Lebih hari dr due date 5 hari...
Alhamdulillah...tahniah Mun & Wan...
Dah jadi ibu & ayah dah...
Excited & nervous tunggu my turn pulak....
Doakan selamat semuanya...
Amin...



05 October 2014

Salam Aidiladha 2014...


Assalamualaikum...


Salam Aidiladha untuk semua...

Tahun ni beraya di Ipoh...
Memandangkan raya puasa aritu dah beraya di Aloq Staq...
Kena la bergilir-gilir kan...hihihi...
Tak kisah pun...tapi sedih gak sebab raya di kampung lebih meriah walau raya haji...
Lain macam suasana nya....

Tak sempat bawak Amsyar tengok orang sembelih lembu...
Niat memang nak bawak...
Tapi ada hal yang tak dapat dielakkan...
Takpe...InsyaAllah tahun depan kalau berkesempatan boleh bawak dia...


04 October 2014

Sharing: Diabetis Gestasi (Kencing Manis Semasa Hamil)


Assalamualaikum.....

Harini nak share sikit tentang kencing manis semasa hamil...
Memandangkan diri sendiri memang ada kencing manis ni time pregnant, 
So sangat bermanfaat untuk diri sendiri & jugak untuk perkongsian...

Pregnant Amsyar dulu kena...kali ni pun kena.,..
Tapi kencing manis ni xde la sampai kena cucuk sendiri tu (insulin)..
Cuma kena control diet..makan kena jaga la senang cerita..
Tapi ada jugak aku langgar pantang...makan tak ingat...
Sekali sekala kalau teringin takpa...doktor yang cakap... hahahaha...

Artikel dari www.babycenter.com.my


Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 % ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dlm darah yg digunakan utk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin utk memenuhi keperluan bayi abda, terutama dari pertengahan kehamilan dan seterusnya, Jika badan anda tdk boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan anda akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan terevolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dgn jenis diabetis lain yg merupakan penyakit seumur hidup.


Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis sewaktu kehamilan?

Ujian yg disarankan kini utk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dlm kumpulan yg berisiko tinggi mdapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor akan membuat ujian urine utk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika tdapat gula dalam urine anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi. Walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik utk mengesan penyakit ini. Selalunya, diabetis gestasi tdk memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
- keletihan
- dahaga yang terlampau
- membuang air kecil dengan banyak
- penglihatan kabur
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom diatas, berbincanglah dengan doktor anda.


Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yg terbaik utk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran & bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan. 

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi utk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yg mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada masalah obesiti & diabetis jenis 2 dikemudian hari nanti.


Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi utk mempunyai diabetis gestasi jika:
- Indeks jisim badan (BMI) lebih drpd 30
- Dahulu anda telah melahirkan bayi yg besar dengan berat 4kg atau lebih
- anda menghidap diabetis gestasi sebelum ini
- keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk @ adik beradik yg menghidap kencing manis)
- keluarga anda dari nenek moyang yang mempunyai sejarah kencing manis yg tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.


Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dlm darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dlm mengawal cara pemakanan dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yg sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum hamil, anda disarankan utk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta utk mengawasi tahap gula dalam darah anda utk mengetahui samada perubahan yg anda lakukan memberi kesan atau tidak - doktor akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan scan ultrasound utk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.


Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10-20% kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat utk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar utk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda bersedia bersalin & semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah akan diawasi dan dikawal untuk menghalang dari timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.


Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan postnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan init telah dpt dikesan semasa kehamilan.

Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dlm darah kembali normal.


Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
Sesetengah wanita yg biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza - antara 30-85% akan menghidapinya lebih dari sekali.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawal tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan di minggu ke-16 hingga minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tdk dikesan pada ujian pertama.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yg memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya,

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung utk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam utk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.


Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?

Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang utk hamil, ambil asid folik tambahan (5mg setiap hari) semasa anda sedang cuba hendak hamil dan pada pada tiga bulan pertama kehamilan.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dgn kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yg disebabkan oleh tiub saraf yg tdk tertutup dgn baik. 

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dgn baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dlm keadaan yg lebih baik utk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutama jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.


************************************* sharing *************************************










Mini Rage Face Happy Smiley