16 April 2018

Review: Drama Mr. Grey di Astro Ria

Assalamualaikum. 

Sapa layan drama Mr Grey angkat tangan sat....

Dengan loghat utara dia...memang layan kan...Walaupun pelakon baru, tapi lakonan depa memang baguih. Tapi, mula-mula memang tak mau layan sebab tengok pelakon macam tak best ja. Tapi, bila sekali tengok teruih jatuh cinta. Kira ngam la hero dengan heroin.



Pelakon: Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Fauziah Ahmad Daud, Farah Nabilah

SINOPSIS MR GREY:
Mengisahkan Mr Grey & Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma (emak Mr Grey) dan Ilham Arsyad (kawan baik Nisa). Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Mr Grey meninggalkan isteri untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa kepada kembalinya Ilham kepada Nisa atau mungkin Mr Grey akan menyedari kesilapannya dan kembali kepada Nisa?


Sumber: http://www.kbergetar.co

1 comment: