27 July 2018

Drama Jangan Benci Cintaku & penangan Husna...

Assalamualaikum...


Adaptasi dari Novel karya Emy Roberto...

Sapa kaki layan drama mesti tengok kan cerita Jangan Benci Cintaku ni....Sampai ada yang emo dengan watak Husna tu...famous tau Husna ni....Drama ni start ditayangkan 29/6/2018 jam 7 malam di TV3. Sekarang ni pun dah masuk episod 21...dah nak abis dah drama ni 28 episod semuanya. Trending sekarang ni pasal Husna tu lah..Semua memang benci, marah & meluat dengan watak Husna lakonan Niena Baharun. Kira bagus la lakonan dia kan sampai semua orang benci. 

Barisan Pelakon:
Saharul Ridzwan - Shah
Zahirah Macwilson - Fika
Azizah Mahzan - Nek Pah
Amelia Handerson - Damia
Daler Yusuf - Irwan

Sinopsis Jangan Benci Cintaku
Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami. 

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.


P/S: Sapa yang tak dapat nak tengok pukul 7 tu boleh je layan online. Kita geng! Hehehehe....time pukul 7 tu sampai rumah pun belum. Dah sampai bukan nak terus tengok TV kan...banyak kerja lain nak buat...

1 comment:

  1. Adakah anda dalam krisis kewangan, mencari wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri atau membayar bil anda?
    Saya mendapat saya dari Mike Fisher. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2,000 setiap hari. Saya mendapatnya dari minggu lalu dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 percuma. ATM kosong mengeluarkan wang dari setiap mesin ATM dan tidak ada nama keluarga, ia tidak dapat dikesan dan sekarang saya mempunyai wang untuk bekerja dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup.

    PERCAYA KAD KREDIT KESELAMATAN DI HARGA PRIBADI
    * Mereka menjual kad ini kepada semua pelanggan dan pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $ 2000 hingga $ 5000 dan sehingga $ 50,000 di kedai dan POS tanpa had. *

    * e-mel: blankatm156@gmail.com
    * Anda juga boleh menghubungi atau membantu Hubungi kami hari ini untuk lebih banyak pencerahan
    +1 (301) 329-5298

    ReplyDelete