Leaderboard

20 January 2012

Bayi tersedak susu

Assalamualaikum..

Bila bc berita psl bayi mati akibat tersedak susu buat aku jd sedih...ya la kan, bl dh ada anak sendiri...tau la mcm mana rs nya..nk salahkan sapa? apa punca? kenapa leh jd camtu? kes ni skang dh jd semakin serius...mmg la kita kata dh ajal kan...tp kn tau jugak sebab musabab jd camni...lgpun kesian sgt sbb still baby...

Kenapa bayi tersedak susu?
1. Apabila bayi tertido semasa menghisap susu, susu akn trus mengalir membuatkan bayi tersedak & seterusnya mengalir ke saluran pernafasan & paru2.
2. Lubang puting botol yg terlalu besar,menyebabkan susu mengalir tanpa henti ketika tidur.
3. Tabiat ibu bapa meletak bantal @ kain utk menyokong botol susu & meninggalkan bayi menyusu keseorangan.
4. Kedudukan bayi semasa menyusu adalah salah.

Cara2 memberi susu kpd bayi:
# Ketika menyusu (xkira susu botol @ susu bdn), pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi dr dada & kepala. Botol susu pula mesti d pegang dlm kedudukan 45-60 darjah supaya air susu x melekat pd tek
ak & menyebabkn bayi lemas.
# Pastikn lubang puting susu tidak tlalu besar utk mengelakkn angin msk ke dlm perut.
# Sekiranya menyusu badan, pastikan puting msk sepenuhnya ke dlm mulut bayi
# Elakkan memberi susu dgn meletakkan bayi d atas lantai,sebaliknya pangku bayi sepertimana teknik menyusu
# Selepas menyusu, sendawakan bayi utk mengeluarkan angin & mengelakkan bayi muntah semasa tido.

Rawatan jika bayi tersedak susu:

Tiarapkan bayi & tepuk belakang badan beberapa kali
sehingga cecair @ makanan yg menyekat saluran pernafasan keluar



Sekiranya bendasing tidak keluar, duduk dlm keadaan menghadap ke hadapan
tekan bahagian dada bayi dgn hujung genggaman tgn secara perlahan

Tekan d bahagian perut bayi ketika bayi d baringkan. Tekan & pcit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua2 ibu jari sehingga bayi dpt bernafas semula

Sumber: Harian Metro

Sekadar ingin memberitahu diri sendiri & berkongsi info dgn yg lain....

No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley