26 August 2016

Didi & Nana

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Ni bukan Didi & Nana dalam cerita DIDI & FRIENDS tu tau...Didi & Nana yang ni adalah sepasang kura-kura Amsyar! Comel je nama kan. Mula-mula beli je bila tanya dia nak letak nama apa kura-kura ni dia cakap letak nama 'lelaki' & 'perempuan'..suci murni sangat tau nama dia bagi. Pastu bila suruh tukar nama lain, automatik dia sebut Didi & Nana. Kebetulan kot nama tu terlintas di fikiran dia. Boleh la....

Kisahnya, Amsyar ni nampak cam suka binatang. Kiranya nak ada binatang peliharaan. Nak bela kucing, dia takut kucing. Mak dia pun takut jugak sikit-sikit. Hehehe...aritu pernah la bela ikan. Ikan laga-laga tu. Beli dekat Lokin, Ipoh ni ha. Masuk hari kedua, ikan pun mati. Susah sikit nak bela ikan ni.

Kemudian, bela la kura-kura pulak. Masuk harini dah 2 minggu la. Dan kura-kura masih hidup. Selalu balik dari sekolah dia akan tanya, kura-kura mati ke? Maybe, senang sikit nak jaga kura-kura ni. Tak macam ikan laga-laga tu...kira ok la kan.

Didi & Nana. Nak kenal mana 1 jantan, mana 1 betina kena tengok dekat bawah. Kalau corak banyak, itu betina. Sekarang yang betina lagi besar dari yang jantan. Geli oi nak pegang. hahahaha.. Amsyar dah berani pegang...Nak jaga tak susah sebab kura-kura ni 2 alam. Boleh hidup di darat & di air. Makan pun setakat ni bagi makanan ikan tu ja. Tunggu dah besar boleh la bagi makan sayur. 

No comments:

Post a Comment