Leaderboard

25 August 2016

Amsyar & Amani...

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Amsyar sekarang dah 5 tahun. Amani pulak nak masuk 2 tahun. Cepat kan masa berlalu. Alhamdulillah, anak-anak membesar depan mata. Alhamdulillah jugak mereka dikurniakan kesihatan yang sempurna. Semoga anak-anak membesar dengan sihat & dijauhkan dari perkara yang tak diingini. 

Dua beradik ni boleh dikatakan kamceng. Tapi kamceng pun ada ketikanya gaduh-gaduh jugak. Biasalah gaduh tu kan...Tapi selalunya kalau gaduh, abang yang banyak mengalah dengan adik. Selalu memang macam tu ka? 

Amani sekarang masih bf. Tak nampak lagi tanda-tanda nak wean-off. Takpe lah, teruskan selagi boleh. Tapi nasib lah dia kalau kat rumah pengasuh nak susu formula ni. Kalau tak, jenuh ibu nak mengepam. Hehehehe....Masalah allergik pun dah takde sekarang. Boleh je makan apapun. Favourite dia sebarang makanan berkuah. Bihun sup, mee sup, apa-apa yang ada sup la. Amsyar pun macam tu jugak. Makan je semua. Cuma dua beradik ni memang tak boleh makan pedas. Same with me la....


Gini la kalau nak ambil gambar budak berdua ni...tak akan pernah dapat yang betoi-betoi get ready punya gambar...well, tak kisah la kan...nama pun budak-budak....



Seronok pulak tengok dondon-dondon gini...ini bila mood diaorg okey nak bergambar...


Anak-anak penyejuk hati ibu. Harta ibu dunia dan akhirat. Ibu cuba untuk menjadi ibu yang terbaik. InshaAllah...ibu mana yang tak sayang anak kan. 



No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley