26 June 2018

Aidilfitri 2018 - Part 1

Assalamualaikum....

Masih dalam mood raya kan...kan....harini dah 12 Syawal...dah seminggu kita menyambut hari raya...ada yg masih berada di kampung halaman..ada yang sudah bekerja. Macam As, raya ke 7 dah masuk keja...Tahun ni turn beraya di Aloq Staq...#teamrayaaloqstaq....sehari sebelum raya kami dah balik ke kampung. Alhamdulillah, meriah beraya tahun ni bila semua adik beradik balik...dapat berkumpul ramai-ramai. Abang yang dok di Ipoh pun tahun ni beraya di kampung dulu. Lagi meriah, sambut raya dengan ahli keluarga baru...adik ipar baru. Budak-budak ni panggil Maksu...

Rabu malam kami gerak balik Aloq Staq. Alhamdulillah, jalan tak jem langsung. Clear ja...Sempat bersahur di hari terakhir puasa dengan Mak Abah....Hari Khamis, apa lagi...tugasan menanti. Tugas kemas rumah memang depa dah simpan untuk As. Hahahaha....takpe..tak susah pun...Sambil kemas kita layan lagu raya. Baru ada semangat kan...Mak buat ketupat & dah siap balut pun sebab mak ambil tempahan siapkan ketupat yang kawan-kawan dia order. 

Ambik mood nak raya dulu di rumah Ipoh...semangat lain macam bila ada lampu lip lap ni...



Rumah di kampung. Dah ready nak sambut raya...


Suasana di malam raya...


Tapi nak dijadikan cerita, malam raya tu terjadinya satu kisah yang tak mungkin dilupakan. Fius eletrik utama berasap. Gara-gara overload. Banyak sangat pakai eletrik malam tu. Ye la, masing-masing nak iron baju, aircond pun pasang...boleh pulak malam tu la As nak bakar kuih makmur.  Oven kan pakai eletrik banyak. Terus As terpaksa guna dapur gas bakar biskut. Berbalik cerita tadi, memang panik la semua orang. Nasib la tak meletup @ terjadi kejadian tak diingini. Terus off semua eletrik, terus call TNB time tu jugak. Masing-masing cuak kot. TNB mai, tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab fius tu dalam rumah. So, kena panggil wireman yang buat wiring dalam rumah. 

Wireman pun lambat datang, ye la malam raya. Tapi, alhamdulillah....keadaan terkawal. Bila semua eletrik yang tak sepatutnya guna dah off, takde dah la fius tu berasap. Tapi still kena berjaga-jaga..so, semua orang tak boleh pasang aircond, nak iron baju pun takut-takut. Hihihi...So, macam ni rupanya yang terjadi litar pintas tu. 

Lepas kejadian tu, abah terus call wireman untuk tukar fius baru yang kapasiti lebih besar untuk support kegunaan eletrik yang bertambah. Tu la cerita malam raya....jadi pengajaran jugak la bila benda camni jadi kan...

To be continued...part 2 berhari raya...lalalala....

No comments:

Post a Comment