30 June 2018

Aidilfitri 2018 - Part 2

Assalamualaikum...

Raya kat kampung memang meriah la. Pagi-pagi dah siap semua, kami ke surau dalam kampung untuk solat Hari Raya. Alhamdulillah...meriah sebab semua balik berkumpul. Time ni la nak jumpa kawan-kawan yang jarang-jarang kita jumpa. Lepas selesai solat, turn budak-budak beratur di depan pintu surau untuk kutip duit raya. Tradisi dari As kecik sampai sekarang masih dikekalkan. Budak-budak sahaja okey...hehehe....

Bila dah selesai, dari surau kami semua terus ke kubur...Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Tok, Wan, Ngah dan sedara mara yang lain. 


Beratur nak kutip duit raya...hehehehe....

Selfie dulu sebelum g beraya.

On the way g beraya rumah sepupu mak...rumah pertama g beraya...

Adik ipar...

Hahahaha..siap angkat bekas kuih makan kat bawah...

Adik ipar, sepupu & kakak...beraya rumah Kak Tih..sepupu mak...

Tak bergambo sangat pun sebab faham-faham la g beraya kan. Bila jumpa sembang-sembang....tel pun x sempat nak pegang..tu la kisah beraya kami. Best bila semua dapat berkumpul. Tapi, family Ngah takde yang balik. Hanya ada Kak da. Ngah pun beraya di rumah anaknya di KL. 


No comments:

Post a Comment