26 February 2014

Wordless Wednesday: Rindu Amsyar...


Assalamualaikum...



Rindu sangat kat buah hati aku yang sorang ni...
Bukan apa..semalam aku marah dia...
Gara-gara dia tu tengok TV bukan nak dok jauh2..
Nak jugak berdiri terpacak depan TV tu...
Bila panggil suruh dok belakang dia buat dek..
Hangin la aku...Tapi marah aku ni tak da la sampai memukul...
Volume suara ni naik la sikit pitch dia...
Huhuhu..sampai ke sudah dia tak bergerak-gerak..
Last2 aku off  TV sambil mulut pok pek marah dia...
Bila aku pok pek pok pek tu tereyak la dia..
Ala....kesian la pulak...Huhuhu...
Time tu pulak papa dia call...
Apa lagi...terus mengadu kat papa....sambil air mata laju ja menitik..
Sayu pulak aku tengok...

Ala anak ibu..ibu marah bukan ibu benci...
Ibu marah sebab ibu sayang...
Tak boleh tengok TV tu dekat2 sangat..
Nanti mata rosak....

Time ni bila ingt kisah semalam...rasa bersalah pulak marah-marah..
Patutnya ambik pendekatan explain pelan-pelan kat dia rather than tinggikan suara..
Oh, my bad...serius, rasa bersalah sangat...
Tak sabar bak tunggu pukul 530 ni..
Nak jumpa buah hati ibu..

20 February 2014

Rindu Laksa Kari Nyonya Melaka


Assalamualaikum...

Sedang belek-belek gambaq p Melaka aritu, terjumpa gambaq ni...


Buat pertama kali...aku jadi hantu laksa...
Tapi bukan semua jenis laksa ye..
Hanya laksa ini sahaja..
Sedap sampai teringat ni...
1st time makan laksa kari nyonya melaka ni aritu kat Mydin MITC, Melaka...
Tak tau nak describe camana rasa dia...
Hahaha..sedap dia lain macam...
Nasib la tak mengidam kan...
Kalau tak jenuh mana nak cari yang macam ni...


Nak kena masak sendiri la macam ni...tp boleh ke dpt rasa sebijik macam yang aku makan tu? Hahahaha...


Latih anak berpisah sekejap...


Assalamualaikum...

Topik menarik nak share dengan semua....

Sumber: Mingguan Wanita

Pada usia satu hingga dua tahun, anak akan berhadapan tahap ‘takut berpisah’ dengan ibu bapa. Merasa kehilangan ini menyebabkan mereka takut berpisah dengan orang-orang yang selama ini memberi kasih sayang, melindungi dan memenuhi keinginan mereka.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak dari Schubert Center of Child Development, Case Western Reserve University, Ohio, A.S, Donald K.Freedheim, ini merupakan sesuatu normal dihadapi oleh kanak-kanak dalam usia tersebut. Puncaknya terjadi pada kanak-kanak berusia 1 ½ tahun dan reda setelah berumur 2 ½ tahun. Bagaimanapun ibu bapa perlu meyakinkan bahawa mereka ditinggalkan untuk tempoh sementara sahaja.

Bagi membantu ibu bapa memujuk dan memberi keyakinan kepada anak-anak, berikut ada beberapa panduan yang boleh diikuti:

1. Beritahu ketika hendak pergi
Cara ini akan membuat anak anda berasa terganggu apabila mengetahui anda hilang daripada pandangannya. Biasakan untuk selalu memberitahu meskipun anda hanya akan meninggalkannya seketika. Misalnya, “Sayang, ibu pergi sebentar membeli susu untuk kamu. Ibu pasti kembali!” Ini akan memberikan keyakinan bahawa setiap kali anda hilang dari pandangannya, hanya bersifat sementara. Ketika tiba, tunjukkan barang-barang yang anda beli.

2. Maklumkan lebih awal
Jika anda merancang meninggalkannya seharian, maklumkan si kecil pada malam sebelumnya. Contohnya, dengan memanfaatkan kesempatan ketika membacakan buku cerita sebelum tidur. Lebih baik jika anda sediakan buku cerita mengisahkan kanak-kanak yang bermain sementara ibu bapanya keluar bekerja.

3. Tenang dan konsisten
Jika kanak-kanak menangis menjerit-jerit ketika anda meninggalkannya, berusaha untuk tidak membatalkan rancangan. Peluk anak anda dan bercakap dengan lembut. Sikap konsisten diperlukan untuk membantu anak memahami bahawa ketika dia tidak melihat anda, tidak bererti anda meninggalkan dia selamanya atau tidak sayang kepadanya. Jika anda tidak konsisten, anak akan bingung dan sukar menerima perkara yang sedang anda ajarkan.

4. Yakinkan bahawa anda akan kembali
Keyakinan dan kepercayaan anak bahawa anda hanya pergi sementara dapat ditumbuhkan secara bertahap. Pada awalnya, anak anda mungkin tidak percaya. Namun untuk mengembalikan keyakinan, anda harus membuktikan bahawa setiap kali pergi, anda akan kembali muncul di hadapannya. Maka, setiap kali pulang, katakan, “Sayang, ibu pulang..”

5. Latih meninggalkan anak secara bertahap
Anda boleh melatihnya secara berperingkat. Pada mulanya, menyorok di balik pintu dan muncul kembali. Kemudian, tinggalkannya di sebuah bilik selama lima hingga 10 minit dan setelah itu hampirinya. Secara bertahap, dia akan terbiasa ditinggalkan.

6. Melakukan aktiviti bersama
Sesekali bawa anak anda melakukan aktiviti di luar bersama. Dengan ini dia akan memahami bahawa ketika anda tidak berada bersama di dalam rumah, anda mempunyai urusan dan tahu bahawa anda tetap kembali.



Kami tak pernah berpisah....
Tak boleh nak bayang kalau kena berpisah walaupun semalam...
Sebelum ni tak pernah lagi berjauhan dengan Amsyar...
Hanya time aku p kerja, dia ke taska tu dah kira biasa la...
Maksud di sini berpisah sementara...
Camana la Amsyar kalau tidoq aku takda sebelah...
Dan macam mana la aku kalau tidoq takda Amsyar sebelah...
hahahaha....aku pun tak dak jawapan yang pasti...
Cuma...InsyaAllah harap bila dah semakin besar Amsyar akan dpt menyesuaikan diri...
Mana la tau kan lps ni nak dapat adik ke...
Kena la kongsi ibu dengan adik...
Eh?? Melalut pulak....

Nak share panduan tu aje pon...dah boleh melalut sampai amsyar nak dapat adik pulak... hahahha....
Apapun semoga panduan dari Majalah Wanita tu dapat membantu....untuk aku jugak la...& korang...