23 November 2012

Family planning....

Assalamualaikum..

Entry ni dh lama tersimpan dlm draft....hampir2 nk berhabuk..hehehe..

Kali ni cerita psl family planning..apakah itu? Senang ckp, kaedah merancang keluarga..dh apasal lak tetiba nk update psl family planning lak ni kan? hehehe..xde, sy tetiba teringat time pas bersalin setahun yg lalu..br ari kedua nurse dh tanya...begini la lebih kurang perbualan antara kami:

Nurse: Puan plan nk merancang camna lps ni? 

Saya: Blur....terkebil2..pastu br paham..hahaha...sy pn ckp kt nurse,nk discuss dgn husband dl...xtau lg..tp mmg sy nk merancang..cuma kaedahnya blom confirm lg...

Nurse: ok...tp make sure merancang ye & jgn lupa discuss dgn husband (sambil tgn dia hulur pamplet kaler biru bertajuk "Kaedah Merancang Keluarga")

Saya: Baik nurse...(buat2 belek pamplet yg dia bg dgn penuh minat) konon!!! 

Bila pk2 balik...br le paham apa mksd family planning tu....sy pn google la utk mengetahui lbh lanjut psl family planning ni...

Apa itu perancang keluarga? 

Perancang keluarga adalah kaedah yg diamalkan isteri @ suami yg blum bersedia utk menimang cahaya mata @ bg mereka yg tlh menimang cahaya mata ttp ingin pula menjarakkan kelahiran anak. Ada pelbagai cara utk merancang keluarga.

Objektif:

-Utk memastikan kesihatan ibu pulih dgn sepenuhnya sblm kelahiran seterusnya.
-Utk memastikan ank br lahirmdpt penjagaan & kasih syg sepenuhnya.
-Kaedah perancangan keluarga adalah utk menjarakkan kehamilan @ mengehadkan bilangan ank sama ada
 secara kekal @ sementara.
-Perlu diingat bhw kaedah perancangan keluarga bukan beerti tdk mahu anak.

Hukum Menjarakkan anak dalam Islam?

Fatwa dr Majlis Fatwa 1981 menetapkan bhw kontrasepsi utk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali ats sebab2 yg mengharuskan dan perlulah dilakukan dgn cr tdk kekal @ tdk memandulkan.

Keadaan yg diharuskan adalah isteri terlalu lemah @ sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap @ masih menyusu bayi & kandungan menyebabkan gangguan mental thdp ibu.

Merancang keluarga adlh bersifat sementara, menjarakkan ank kerana kesihatan, pelajaran & kebahagiaan keluarga adalah harus.

Siapa yg terlibat?

Perkara ini hrus dibincang bersama suami isteri agr tdk mendatangkan masalah yg mungkin akn menjejaskan perhubungan.
Mereka yg br berkahwin & msh blum bersedia utk menimang cahaya mata boleh lah menggunakan kaedah merancang keluarga.
Individu yg mempunyai mslh kesihatan & tdk digalakkan mempunyai kelahiran yg byk perlu bjumpa doktor utk berbincang mengenai kaedah perancangan keluarga.

Tempoh jarak kelahiran

Tempoh menjarakkan kelahiran bergantung kpd menjarakkan kemampuan & keinginan pasangan. Seeloknya tempoh yg baik menjarakkan kelahiran sekurang-kurangnya 2 thn bg memberi peluang utk ibu membina kesihatan seperti sedia kala, memberi ms penjagaan sempurna utk ank baru lahir. Selain itu, ia memberi peluang menyusukan ank secara eksklusif selama enam bulan pertama & seterusnya sehingga anak berusia 2 tahun.

Dalam ms dua tahun pertama, perkembangan dr segi fizikal & emosi seorang ank itu amat penting. Menjarakkan kelahiran sekali gus memberi peluang kpd suami isteri menstabilkan  hal-hal ekonomi rumahtangga. Dgn bertambahnya ahli keluarga akn bertambahlah perbelanjaan keluarga.

Kaedah2 merancang keluarga:

* Natural

Kaedah ini menggunakan cara mengelakkan waktu subur seseorg wanita. Kaedah bergantung kpd kitaran haid. Mereka blh menggunakan cara rhythm & utk mengelakkan waktu subur mereka blh mengira dr waktu kitaran haid yg terpendek, tolak 20 hari & hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid yg terpanjang di tolak 11 hari.

Jadi mereka harus mengelakkan hubungan kelamin pd lebih kurang hari kelapan hingga ke 24 jika kiraan haid mereka 28 ke  35 hari.

* Pil perancang keluarga

Ia mengandungi estrogen dan progestogen. Cara utama menghalang kehamilan ialah dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seseorang wanita. Di samping itu, ia juga menyebabkan lendir dari pintu rahim menjadi lebih pekat dan ini juga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.

Pil perancang keluarga dimakan pada setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21. Ini diikuti dengan tujuh hari rehat. Pada waktu ini perdarahan akan berlaku dan pil dari paket baru perlu dimulakan selepas tujuh hari walaupun perdarahan mungkin belum habis.

Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu 99.9 peratus. Ada pil yang mengandungi progestogen sahaja. Pil jenis ini mengelakkan kandungan dengan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir yang pekat. Ia boleh juga mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari tetapi ia tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Hampir 50 peratus wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang ovari. Ini kerana ia perlu dimakan dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan. Jika masa makan berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu hamil.

Pil perancang adalah salah satu kaedah yang amat popular di kalangan wanita dunia dan juga di Malaysia. Selain mengelakkan kandungan, pil perancang keluarga mempunyai kesan sampingan yang positif seperti mengurangkan kadar perdarahan haid serta mengurangkan penyakit anemia atau kurang darah dan mengurangkan kesakitan sewaktu haid. Ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.

Pil perancang keluarga yang baru mengandungi progestogen yang baru seperti drospirenone yang mengurangkan risiko kenaikan berat badan disebabkan penyimpanan air yang berlebihan. Ia juga membuat kulit menjadi lebih cantik dan mengurangkan perasaan tidak menentu akibat sindrom prahaid. Jika menggunakan pil perancang, mereka akan mengeluarkan telur sebaik berhenti pil dalam masa satu hingga dua bulan.

Nota: harus diingatkan; kadang-kadang 'kita mungkin tak serasi' dengan jenis-jenis pil ini di pasaran. Memang tak ada side effect yg teruk; namun kadang-kadang cuba kita tengok, ada kala tu wanita akan jadi GEMUK tak menentu ataupun jadi KURUS secara tiba-tiba, bergantung dengan penerimaan tubuh badan individu itu sendiri. Mungkin "side effect" tu tak jadi sekaligus. Mungkin nanti lama-kelamaan suami tidak mendapat "nikmat" seperti sebelum kita gunakan pil ini. So, BEWARE! Jangan sampai suami rasa tak seronok lagi bila bersenggama dengan kita.

Tidak di nafikan bahawa memang ada pil cegah hamil yg betul-betul bagus; suami masih rasa "nikmat". Tapi... itu mungkin hanya setahun, dua tahun atau tiga tahun... lama-kelamaan, pasti ada side effect; tak itu, ini, tak ini, itu! Jadi, fikirkanlah nak guna ke tak nak guna.

* Suntikan

Suntikan menggunakan hormon progestogen, disuntik setiap dua bulan bergantung kepada hormon yang digunakan. Disebabkan dosnya yang tinggi, ia mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari di samping mengakibatkan lendir yang pekat. Wanita yang menggunakan kaedah ini boleh mengalami perdarahan yang tidak menentu.

* Alat dalam rahim 

Salah satu kaedah yang popular dan telah digunakan semenjak tahun 60-an lagi. Ia perlu dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada pengguna.

Setelah dimasukkan, alat ini boleh disimpan selama tiga hingga lima tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. Efikasinya untuk mengelakkan kandungan adalah lebih kurang 98 peratus. Ada alat dalam rahim yang telah diserapkan dengan hormon progestogen. Ini meninggikan efikasinya kepada lebih 99.9 peratus untuk mengelakkan kandungan. Di samping itu, ia boleh mengurangkan perdarahan haid dan hampir zero peratus wanita tidak mengalami perdarahan selepas tiga bulan penggunaannya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak harus bimbang kerana walaupun tidak datang haid, telur masih dikeluarkan dari kilang ovari seperti biasa. Ini juga boleh mengurangkan masalah anemia dari perdarahan haid yang berlebihan.

* Kaedah barrier 

Kaedah barrier yang paling popular adalah kondom lelaki. Ada kondom yang diserapkan dengan ubat antisperma. Kaedah ini tidak begitu baik kerana efikasinya cuma lebih kurang 60 hingga 0 peratus jika digunakan dengan betul. Tetapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengelakkan penyakit kelamin dan HIV.

Kondom untuk kaum wanita juga ada tetapi tidak begitu popular. Kaedah barrier yang lain termasuk penggunaan diafram, alat penutup pintu rahim dan span. Kaedah-kaedah ini juga tidak popular.

* Implan

Implan adalah alat perancang yang mengandungi hormon progestogen yang dimasukkan ke bawah kulit di bahagian dalam lengan. Ia mengelakkan kandungan dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari, boleh dipakai selama tiga hingga lima tahun. Keberkesanannya mencecah 99 peratus.

* Sterilisasi

Sterilisasi boleh dilakukan kepada wanita dan juga kaum lelaki. Kaedah ini adalah kekal. Saluran fallopio wanita diikat atau dipotong bagi mengelakkan perjalanan telur ataupun sperma dan seterusnya menghindarkan persenyawaan. Vasektomi adalah kaedah sterilisasi kekal untuk lelaki. Ia memerlukan pembedahan kecil di mana saluran vas deferens dipotong sedikit dan diikat.

* Pemandulan

Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).

Nota: Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.

Kebaikan merancang keluarga

Kebaikan merancang keluarga bukan saja untuk menjaga kesihatan ibu tetapi bagi memastikan pembesaran anak sempurna dari segi fizikal dan emosi. Ia juga memberi peluang untuk suami memastikan kewangan keluarga terjamin bagi menampung kehadiran ahli baru.

Umur yang terbaik untuk melahirkan anak adalah pada usia 25 hingga 35 tahun kerana pada umur ini risiko pada ibu adalah minimum. Pada asasnya seorang wanita boleh melahirkan bayi walaupun pada umur yang hampir menopaus tetapi risiko pada ibu akan berlipat ganda. Pada zaman ini, di mana kaum wanita berkahwin lewat ataupun memilih menjayakan karier terlebih dahulu, lebih ramai yang melahirkan anak pada usia melewati 35 tahun.

Bincang bersama
Isu merancang keluarga harus dibincang bersama walaupun kaedah yang diamalkan memihak lebih kepada kaum perempuan. Kaum wanita perlu kerjasama dan restu suami untuk merancang keluarga. Objektif mereka adalah melakukan yang terbaik untuk keluarga. Jika mereka di dalam keadaan sihat tubuh badan dan rohani, wanita boleh menjaga suami dan keluarga dengan lebih baik lagi.

Nasihat pakar

Soal bila pasangan yang baru berkahwin ingin menimang cahaya mata, bergantung kepada banyak faktor. Mereka boleh memulakan bila-bila masa selepas berkahwin. Walau bagaimanapun, mereka perlu tahu cara-cara merancang keluarga kerana biarlah setiap kandungan itu anak yang diingini 
dan bukan kerana tersalah kira!



Sumber rujukan: http://www.ipislam.edu.my , http://www.mesra.net/forum

No comments:

Post a Comment