19 March 2014

Bila Amsyar dah petah berbicara, bertanya itu & ini....


Assalamualaikum...


Harini dah Rabu, dua hari lagi untuk bekerja..lepas tu weekend menjengah..
Semua orang tak sabar kan menunggu weekend?
Sapa tak suka weekend ohoi...


Rafieq Amsyar sekarang ni dah pandai ajak balik kampung uols...
Dalam sehari mesti ada 2-3 kali dia sebut..


Amsyar: " Ibu, jom balik kampung"
Aku: "Nak balik kampung jumpa sapa?"
Amsyar: "Nak jumpa tok, wan, kak long, awie, makngah bla bla bla..." (nasib dia tak sebut satu kampung) hahahaha..over la tu aku ni...
Aku: " Okey, nanti kita ajak papa balik kampung k"


Serius, aku pun rindu nak balik kampung halaman sendiri....
Selalu kalau balik, orang kata xdan panas punggung dah nak balik Ipoh dah...
Macam tu la...Tak pernah nak balik kampung lama-lama...
Amsyar baru baru nak start mesra dengan tok, wan semua tetiba dah kena balik....
Tak sempat Amsyar nak merasa jadi 'kampung boy'....
Sangat tak best kan....


Tapi nak buat macam mana...itu la adat bila bekerja..bila dok jauh..
Kalau kampung dekat tiap-tiap minggu dah balik dah...
Hahahaha...pernah jugak terfikir cari je keja kat Kedah tu..
Balik dok kampung...aman tenteram je rasanya...
Tapi, macam la ianya semudah itu...
Sekarang pun dah berjauhan, ini kan pula nak lagi jauh.....
Tak sanggup...tambahan pulak si anak semakin petah bertanya itu ini....


Amsyar: "Papa mana ibu? (selalu ayat ni dia akan tanya Isnin pagi2 time dia bangun tidoq @ dalam kereta odw nak ke taska dia)
Aku: " Papa work jauh..papa cari duit...nanti papa balik"
Amsyar: " Papa work...nanti papa datang...ambik ibu, ambik amsyar"
Aku: " Ibu pun kena work...Amsyar dok taska k...nanti ibu ambik"


Syahdu bila anak aku cakap mcm tu weh.... seakan dia paham, seakan dia mengharap papa ada selalu....
Memang boleh dikatakan sekarang dia manja dengan papa dia..walau hujung minggu saja jumpa papa...
Kalau aku marah sikit....mula la panggil papa dia...
Kalau kena time papa dia call, mula la mengadu...ibu marah.... huhuhu...
(ok..airmata tetiba bergenang ni)


Aku bukan merungut..jauh sekali menyalahkan keadaan....No...
Aku terima semua ni dengan redha...
Aku tau Dia lebih tau perancangan untuk kami...
Andai ini yang Dia atur buat masa ni, aku terima..
Dia lebih mengetahui segala-galanya...


Selingan gambaq kami dua beranak..
Rafieq Amsyar yang dah 2 tahun 5 bulan..
Nyawa aku...peneman aku...kesayangan aku...


" Ya Allah, berilah aku ketenangan, kesabaran & ketabahan dalam mendidik amanahMu ini"


No comments:

Post a Comment