Leaderboard

12 June 2014

Spageti versi senang, mudah & lazat....


Assalamualaikum...


Dah lama dapur tak berasap... eleh..macam la pakai dapur kayu kan nak berasap bagai...
Sapa-sapa yang nak buat spageti dengan senang, cepat & sedap meh tengok resipi ni...


- Spageti (aku pakai brand Kimball)
- Sos spageti (juga brand Kimball)
- Bawang besar (1 labu) cincang halus
- Bawang putih (3 biji) cincang halus jugak
- Isi ayam @ udang @ daging kisar (ikut selera korang la) aku guna daging cincang
- Minyak utk menumis
- Butter sikit untuk menambah aroma
- Sayur (mushroom @ ikut suka nak letak sayur apa) aku pakai mix vege je
- Garam gula secukup rasa


1. Memula mcm biasa nak buat spageti la kan..rebus spageti sampai lembut (campur sikit minyak masak untuk bg spageti xmelekat)
2. Panaskan minyak & butter, tumis bawang besar sampai layu.
3. Pastu masukkan bawang putih. Kacau sampai naik bau.
4. Masukkan daging cincang @ ayam. Kacau sampai sebati & hampir layu.
5. Pastu masukkan sos spageti Kimball...campur air..agak-agak nak kuah banyak mana 
6. Biar masak sikit sos (mendidih) pastu masukkan sayur
7. Last, perasakan dengan garam & gula..
8. Dah siap!


 
Spageti versi senang, mudah & lazat.....

# Seronok bila tengok anak makan bertambah-tambah... hehehe...


2 comments:

  1. Sy part western. En husband yg masak. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu...hehehe...sy semua part saya kena masak... hehehe....

      Delete








Mini Rage Face Happy Smiley