Leaderboard

29 September 2014

Sharing: Wajib buat di Trimester Akhir...


Assalamualaikum...

Artikel dari pa&ma
Just share...


Sebaik ibu hamil memasuki trimester akhir bermaksud semakin mendekati saat hendak melahirkan bayi. Ketika ini selain penjagaan kesihatan dan pengambilan makanan perlu lebih diberi perhatian, bakal ibu juga perlu ada senarai apa yang wajib dilakukan pada trimester ketiga kehamilan.
1. Mengira jumlah pergerakan bayi
Bayi dalam kandungan semakin aktif bergerak. Biasanya doktor akan menyuruh ibu mengira jumlah pergerakan tersebut dalam sehari mesti melebihi 10 kali untuk memastikan bayi sihat dan selamat. Maka nikmati saat manis pergerakan bayi anda yang pasti akan dirindui apabila dia sudah dilahirkan kelak.
- Dah start kira baby movement start minggu ke 30....adik Amsyar kali ni lebih aktif dari Amsyar dulu...boleh rasa beza nya...

2. Belajar menyusukan bayi
Sebagai bakal ibu tentu anda mahu berikan yang terbaik kepada bayi. Jika berazam untuk memberikan susu ibu secara eksklusif, mulalah belajar pelbagai panduan penyusuan daripada kawan-kawan yang berpengalaman selain banyak membaca dan mencari info.
- InsyaAllah kalau ada rezeki adik Amsyar..macam Amsyar dulu...

3. Memilih doktor menyambut kelahiran
Tidak kira apa pilihan hospital bersalin anda, diharap semuanya dapat memenuhi kehendak dan keupayaan anda dalam melahirkan si buah hati kelak.
- InsyaAllah...

4. Menyiapkan beg ke hospital
Jangan lupa mengemas barang keperluan ibu dan anak untuk dibawa ke hospital. Simpan beg tersebut dalam kereta bagi memudahkan anda ketika menghadapi saat kecemasan ke hospital pada bila-bila masa.
- Part ni...belom ready apapun lagi...hahaha...barang pun blom abis beli...hope sempat beli & sempat menyiapkan beg ke hospital...jgn last minute ok..Time Amsyar dulu, memang last minute pun...tu pun sebab kakak dok bising2...hahaha...

5. Membasuh pakaian bayi
Segala pakaian dan segala keperluan bayi yang baharu dibeli hendaklah dibasuh bersih terlebih dahulu sebelum dipakai oleh bayi. Oleh itu pastikan anda membersihkannya di awal trimester ketiga kerana siapa tahu anda bersalin awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
- Hah..minggu lepas baru setel dobi baju baby...tapi part 1 baru sebab akan ada part 2...ada lagi yang tak beli...hihi...

Kelahiran si buah hati ke dunia ini memang sangat dinanti-nantikan. Jadi, buat persiapan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing ya.

No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley