Leaderboard

09 March 2015

Kenapa pilih nama Rafieq Amsyar & Raisha Amani??

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Dua beradik ni, Rafieq Amsyar & Raisha Amani..nama diaorang memang aku yang pilih...papa diaorang ikut je asalkan okey..tak kisah katanya..tapi dia nak depan mesti start huruf R... aku ok ja...so..nama Amsyar & Amani memang aku dah confirm sejak mengandung lagi....dah chop siap-siap dah nama tu...kiranya dah bersalin cuma perlu tambah nama yang depan ja... aku memang tak suka sangat nama yang panjang...cukup la 2 nama...gitu...

Macam Amsyar dulu...dari dalam perut aku dah panggil nama Amsyar...nasib la dah tau jantina laki ke pompuan...kalau keluar pompuan haru biru...hehehe...so, bila Amsyar lahir aku cuma perlu fikir nama depan ja...tapi cabaran gak sebab nak kena cari nama yang pangkal R tu...ada beberapa nama la yang aku list...antaranya:

Amsyar Rusyaidee
Rifqi Amsyar
Rafieq Amsyar...

Sudahnya kami pilih Rafieq Amsyar.. "teman yang cergas" maknanya...

Amani pulak, mula-mula sebelum aku mengandung aku cam suka nama Ayra...ingat kalau dapat anak pompuan nak letak nama Ayra la...pastu mengandungkan Amani & scan pun nampak gigirl..terus nama Ayra tu hilang dari pandangan... hehehe...terbekenan nama Amani pulak...untuk Amani aku cuma ada 2 list nama ja...
Raisha / Raisya Amani
Hayfa Amani

Nama Hayfa tu aku suka kononnya nak bagi sama dengan pangkal nama aku H... Tapi sudahnya kami pilih Raisha Amani sebab Hayfa tu macam susah nak sebut - 'hey' @ 'hai'...ini pendapat orang la..aku tanya mana sesuai...Dah memandangkan memang nak nama sama abangnya, start dengan R so, pilih Raisha Amani la....Raisha Amani pulak maknanya "Pemimpin, Cita-citaku, ketenanganku & kesejahteraanku"



Semoga Rafieq Amsyar & Raisha Amani menjadi anak yang baik...amin...


Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

2 comments:

  1. wah! jelas dan nyata makna nama - nama dia orang. semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..itu lah yang diharapkan..semoga anak-anak ini menjadi anakyg soleh & solehah...amin.. :-)

      Delete








Mini Rage Face Happy Smiley