30 April 2013

HFMD....

Assalamualaikum..hai blog

Rentetan dari Amsyar kena HFMD last week, disini sy nak share pasal penyakit ni...hasil dari google di blog DR AZWAN - HFMD

Definisi 
HFMD ialah sejenis jangkitan melalui sejenis virus yg dipanggil enterovirus @ virus yg biasa tdapat didalam usus. HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 dan enterovirus 71. Cox A16 adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tdk bahaya. HFMD yg disebabkan oleh enterovirus 71 adalah lbh merbahaya & menyebabkan kematian. Ini disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningtis), jangkitan otak (encephalitis), jantung (myocarditis) & jangkitan paru2 berair.

Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dpt merebak melalui sentuhan (melalui cairan hidung & mulut, air liur, cecair drpd lepuh tgn & kaki & najis mereka yg dijangkiti). Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti org lain dlm tempoh seminggu tkena jangkitan.

Gejala
Ruam dan lepuh di tangan & tapak tangan, tapak kaki & juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% shj kes yang mempunyai ruam di dlm mulut. Kadang2 hanya ruam di tangan shj. Pd masa yg sama, pesakit akn mengalami demam, rs lenguh2 badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut & kadangkala cirit birit. Di antara virus penyebab HFMD, virus enterovirus 71 adalah paling merbahaya. Demam adalah tinggi (melebihi 39oc) & melebihi 3 hari.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak dijangkiti HFMD:-
1. Demam dgn suhu yang tinggi
2. Lemah & penat
3. Tdk mahu makan dan kurang kencing
4. Bernafas kencang
5. Muntah
6. Nampak mengantuk, cepat marah & menangis
7. Sawan

Rawatan
HFMD biasanya tdk bahaya dan akn hilang sendiri. Kebanyakan kes hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar & tdk perlu dimasukkan ke hospital.

Perawatan simptomatik (menurunkan demam, mengurangkan kesakitan spt skt kepala & sakit bdn, meningkatkan hidrasi & rehat secukupnya) diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. 

Antibiotik tidak diperlukan dlm kebanyakan kes. Pesakit perlu diasingkan drpd kanak2 lain.

Pesakit akn dimasukkan ke hospital apabila
1. Tidak boleh makan & minum & perlu dimasukkan air melalui saluran darah
2. Kelihatan lemah & teruk
3. Demam melebihi 4 hari dgn suhu 38oc & 39oc
4. Doktor menjangka akn mendapat jangkitan kpd kawasan otak yg akn menyebabkan kanak2 meracau, diserang sawan, kepenatan melampau & tdk peka thadap persekitaran
5. Terdapat mslh jantung seperti gangguan bunyi jantung & tekanan darah rendah.

Elakkan jangkitan!
1. Membasuh tgn dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak anda
2. Menggunakan air dan sabun untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian, lampin.
3. Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang @ kompleks membeli belah. Sekolah @ nurseri juga perlu dielakkan utk mengelakkan jangkitan merebak

Jangan panik sekiranya anak anda terkena jangkitan HFMD. Kebanyakan HFMD tdk merbahaya dan akn pulih sendiri. 

Dapatkan nasihat doktor di klinik untuk penjelasan lebih terperinci & elakkan jangkitan kepada anak2 lain.

No comments:

Post a Comment