30 April 2013

Update....

Assalamualaikum...hai blog

Harini nak update entri lepas pasal Bila Amsyar tak sihat. Alhamdulillah, Amsyar dh sihat sepenuhnya. Syukur sangat2..Lega hati bila tengok dia dah kembali sihat mcm biasa. Aktif, selera makan dh kembali normal. Susah hati Tuhan saja yang tau bila Amsyar kena HFMD aritu. Mana dengan papa dia jauh...minta sangat dijauhkan dr semua perkara yang buruk2. Nauzubillah....

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana menjaga kami berdua..memberi kekuatan kpd saya untuk bersabar dalam menjaga anak yang tak sihat....Alhamdulillah, Amsyar xbyk kerenah...xlangsung menyusahkan ibu...

Ahad lepas, last follow up Amsyar dengan Dr. Rahman...Lepas check, ulser pun dh mengering, bintik2 dkt tapak tgn dgn tapak kaki pun xde menampakkan akn bertambah malah dh semakin menghilang. Cuma sebagai langkah berjaga2 supaya Amsyar xdijangkiti dalam waktu terdekat, doc nasihat kan Amsyar utk tidak ke taska selama 2 hari. Pening kepala time tu sebab sy kena masuk keje esoknya, sebab last week dh EL 2 hari. Sapa nak jaga Amsyar? Huhuhuhu...klu ikut hati, memang nak sangat amik cuti lg. Tapi, apakan daya.....

Minta tolong dr mak mertua utk jaga Amsyar. Nasib la ucu Amsyar ada. Dia la tolong jaga Amsyar sepanjang 2 hari ni.

hati tak tentu arah meninggalkan anak yang xsihat...tapi apa boleh buat kan...tawakal semoga anak sentiasa dibawah lindunganNya....

No comments:

Post a Comment