Leaderboard

30 April 2013

Bila Amsyar tak sihat....

Assalamualaikum....hai blog...(lastweek punya draft..baru sempat nak edit)

Start dari hari Isnin, semangat nak keja tak berapa nak banyak sebab fikiran 24jam teringat buah hati yang xberapa sihat. Amsyar jadi ulser dalam mulut dia. Kesian sangat-sangat tengok dia sebab xde selera makan langsung, pastu air liur meleleh. Tapi nasib baik dia mau makan bubur. Ok la dari xde makan apa2...Boleh bayangkan mcm mana rasanya bila ada ulser dalam mulut kan? Amsyar kena kuat ye sayang....InsyaAllah, Tuhan nak menguji kita. Harap sangat xde apa2 yang serius. Ada terbaca pasal penyakit tangan, kuku, kaki & mulut. Kena ulser tu adalah salah satu tanda. Tapi, so far Amsyar xde demam dan naik bintik2 @ ruam kat tapak tangan. So, jangan la kena penyakit tu.Petang ni nak bawak dia ke klinik. Doakan untuk Amsyar ye. 

Update----
Dah bawak Amsyar ke klinik petang tu jugak. Pengasuh dia kat taska dah bgtau ada bintik2 merah naik kt tapak kaki dia. Tak mau lengah2 lagi. Nant lagi bahaya. Perkembangan dia, masih mcm sebelum tu la. Selera makan msh xada, air liur meleleh, nmpk mcm ulser masih lagi ada. Dah check, ada ulser dkt lidah, lelangit...agak besar. Ala, kesiannya anak ibu. Mesti sakit..Tapi bersyukur sangat sebab Amsyar xdemam. Kalau demam, lagi kesian kat dia. Walaupun xsihat, dia tetap aktif. Main mcm biasa. Merengek pun tak.

Dalam hati memang sah Amsyar kena HFMD ni...lagi sahih bila pengasuh bgtau ada 3 org sebelum Amsyar dh kena. Amsyar org ke4 yang dijangkiti. Bwk Amsyar ke Klinik GUL di Klebang. Klinik Dr. Alex tempat Amsyar selalu check up tutup pulak petang tu. Tak kisah la klinik mana2 pun...janji dpt jumpa doc. Jumpa je doc, ermm..betul la seperti ramalan sblm ni...mmg Amsyar kena HFMD. Terus doc bg nasihat yg sepatutnya, bagi ubat....Amsyar kena mkn ubat demam, selsema, antibiotik & satu ubat utk usus...utk elak ulser merebak ke usus. Kena follow up 3 hari berturut2...doc nak pantau keadaan dia. Amsyar tak boleh ke taska utk elak dijangkiti @ menjangkiti yg lain2. hurmmm...tpaksa la ibu amik EL utk 2 ari. Anything for u Amsyar...kena betul2 observe dan jaga Amsyar utk elak penyakit jd lebih teruk.

Akan update pasal perkembangan Amsyar di next entri.....

1 comment:








Mini Rage Face Happy Smiley